Anda di halaman 1dari 4

5 amalan pada bulan syaaban

1. MENDIRIKAN SOLAT FARDU DI AWAL WAKTU DAN PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud bertanya kepada Rasulullah SAW:

‫ َقاَل ُثَّم َأّى َقاَل “اْلِج َهاُد‬.‌” ‫ َقاَل ُثَّم َأُّى َقاَل “ُثَّم ِبُّر اْلَو اِلَدْيِن‬.‌‌”‫َأُّى اْلَعَمِل َأَح ُّب ِإَلى ِهَّللا َقاَل “الَّص َالُة َع َلى َو ْقِتَها‬
‌.”‫ِفي َس ِبيِل ِهَّللا‬
Maksudnya: “Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab: “Solat pada
waktunya.” Dia (perawi) bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda: “Berbuat baik kepada kedua
ibu bapa.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda: “Jihad pada jalan Allah SWT.”

(HR al-Bukhari, hadis sahih)

Imam al-Ghazali mengingatkan bahawa jika kita merasakan solat fardu yang dikerjakan adalah
sempurna, maka itulah tanda ketidaksempurnaan dan juga menunjukkan syaitan telah berjaya
perdayakan kita.

Justeru, digalakkan untuk perbanyakkan solat sunat seperti qabliah dan ba’diah, tahajud, solat sunat
duha dan sebagainya. Mudah-mudahan, ia dapat tampung atau melengkapkan kekurangan yang ada
ketika kita menunaikan solat fardu.

Abu Hurairah r.a. menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ َوِإْن َفَس َدْت َفَقْد‬، ‫ َفِإْن َص ُلَح ْت َفَقْد َأْفَلَح َو َأْنَج َح‬،‫ َص اَل ُتُه‬:‫ِإَّن َأَّو َل َم ا ُيَح اَسُب ِبِه اْلَعْبُد َيْو َم اْلِقَياَم ِة ِم ْن َع َم ِلِه‬
‫ اْنُظُر وا َهْل ِلَعْبِد ي ِم ْن َتَطُّو ٍع َفُيَك َّمَل ِبَها‬:- ‫ َقاَل الَّرُّب – َع َّز َو َج َّل‬، ‫ َفِإْن اْنَتَقَص ِم ْن َفِريَضِتِه َش ْي ٌء‬، ‫َخ اَب َو َخ ِس َر‬
‫َم ا اْنَتَقَص ِم ْن اْلَفِريَضِة؟ ُثَّم َيُك وُن َس اِئُر َع َم ِلِه َع َلى َذ ِلَك‬.
Maksudnya: “Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada kiamat ialah
solatnya; jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah dia. Jika solatnya rosak
(tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya,
Allah SWT berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat sunat yang dapat
menampung solat fardunya?” Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab.”

(HR Tirmizi, hadis sahih)

2. PERBANYAKKAN BERISTIGHFAR KEPADA ALLAH SWT


Daripada Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

‫َوِهَّللا ِإِّني َأَلْس َتْغ ِفُر َهَّللا َو َأُتوُب ِإَلْيِه ِفي الَيْو ِم َأْك َثَر ِم ْن َسْبِع يَن َم َّر ًة‬.
Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-
Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.”

(HR al-Bukhari, hadis sahih)


Antara lafaz istighfar yang boleh diamalkan ialah sayyidul istighfar iaitu penghulu kepada segala istighfar.
Ia terkandung kalimah tauhid yang membesarkan Allah SWT dan mengakui diri kita sebagai seorang
hamba yang lemah dan hina.

Daripada Syaddad bin Aus r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫ َو َأَنا َع َلى َعْه ِد َك َو َو ْع ِد َك َم ا‬،‫ َخ َلْقَتِني َو َأَنا َعْبُدَك‬، ‫ الَّلُهَّم َأْنَت َر ِّبي َال ِإَلَه ِإاَّل َأْنَت‬: ‫َس ِّيُد ااِل ْس ِتْغ َفاِر َأْن َتُقوَل‬
‫ َفِإَّنُه‬،‫ َو َأُبوُء َلَك ِبَذ ْنِبي َفاْغ ِفْر ِلي‬، ‫ َأُبوُء َلَك ِبِنْع َم ِتَك َع َلَّي‬، ‫ َأُعوُذ ِبَك ِم ْن َش ِّر َم ا َص َنْع ُت‬، ‫اْس َتَطْع ُت‬
‫َال َيْغ ِفُر الُّذ ُنوَب ِإاَّل َأْنَت‬.
Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak
ada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku
dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku
berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku
mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa
melainkan Engkau”.

(HR al-Bukhari, hadis sahih)

Nabi Muhammad SAW juga ada menyatakan kelebihan bagi sesiapa yang mengamalkan sayyidul
istighfar tersebut. Baginda SAW bersabda:

‫ َو َم ْن َقاَلَها‬،‫ َفُهَو ِم ْن َأْه ِل الَج َّنِة‬، ‫ َفَم اَت ِم ْن َيْو ِمِه َقْبَل َأْن ُيْم ِس َي‬،‫َو َم ْن َقاَلَها ِم َن الَّنَهاِر ُم وِقًنا ِبَها‬
‫ َفُهَو ِم ْن َأْه ِل الَج َّنِة‬، ‫ َفَم اَت َقْبَل َأْن ُيْص ِبَح‬،‫ِم َن الَّلْيِل َو ُهَو ُم وِقٌن ِبَها‬.
Maksudnya: “Barang siapa yang mengucapkannya (sayyidul istighfar) di waktu siang hari serta yakin
dengannya, lalu dia meninggal dunia pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam
kalangan penghuni syurga. Dan barang siapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh
keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan
penghuni syurga”.

(HR al-Bukhari, hadis sahih)

3. PERBANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW


Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫َفِإَّنُه َم ْن َص َّلى َع َلَّي َص اَل ًة َص َّلى هللا َع َلْيِه ِبَها َعْش ًر ا‬.
Maksudnya: “Sesungguhnya barang siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah
SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”

(HR Muslim, hadis sahih)


Dalam sebuah hadis yang lain diriwayatkan bahawa, para sahabat pernah bertanya kepada Nabi
Muhammad SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada Baginda SAW. Kemudian Baginda SAW
menjawab dengan mengatakan:

‫ الَّلُهَّم َباِر ْك‬،‫ َك َم ا َص َّلْيَت َع َلى آِل ِإْبَر اِهيَم ِإَّنَك َح ِم يٌد َم ِج يٌد‬، ‫الَّلُهَّم َص ِّل َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آِل ُم َح َّم ٍد‬
‫ َك َم ا َباَر ْك َت َع َلى آِل ِإْبَر اِهيَم ِإَّنَك َح ِم يٌد َم ِج يٌد‬، ‫َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آِل ُم َح َّم ٍد‬.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana
Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha
Mulia"

(HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)

4. PERBANYAKKAN MEMBACA DAN MENTADABBUR AL-QURAN


Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫اْقَر ُؤوا الُقْر آَن فإَّنه َيْأتي َيوَم الِقياَم ِة َش ِفيًعا َألْص حاِبِه‬.
Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi
syafaat kepada sahabat-sahabatnya (pembacanya).

(HR Muslim, hadis sahih)

Tadabbur bermaksud menghayati dan mengambil iktibar daripada al-Quran untuk diamalkan.

Firman Allah SWT:

‫ِكَٰت ٌب َأنَز ْلَٰن ُه ِإَلْيَك ُم َٰب َر ٌك ِّلَيَّد َّبُر ٓو ۟ا َء اَٰي ِتِهۦ َو ِلَيَتَذ َّك َر ُأ۟و ُلو۟ا ٱَأْلْلَٰب ِب‬.
Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai
Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya untuk mereka memahami dengan teliti
kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”

(Surah Sod: 29)

5. PERBANYAKKAN BERDOA DAN BERMUNAJAT KEPADA ILAHI


Rasulullah SAW berpesan kepada Ibnu Abbas r.a.:

‫إذا َس َأْلَت َفاْس َأِل َهَّللا َو ِإَذ ا اْس َتَعْنَت َفاْس َتِع ْن ِباِهَّلل َو اْع َلْم َأَّن اُألَّم َة َلِو اْج َتَم َعْت َع َلى َأْن َيْنَفُعوَك‬
‫ِبَش ْي ٍء َلْم َيْنَفُعوَك ِإَّال ِبَش ْي ٍء َقْد َكَتَبُه ُهَّللا َلَك َو َلِو اْج َتَم ُعوا َع َلى َأْن َيُضُّر وَك ِبَش ْي ٍء َلْم َيُضُّر وَك ِإَّال‬
‫ِبَش ْي ٍء َقْد َكَتَبُه ُهَّللا َع َلْيَك‬.
Maksudnya: “Apabila kamu meminta, mintalah pada Allah, dan apabila kamu meminta pertolongan,
mintalah dengan Allah. Ketahuilah, jika suatu kumpulan manusia berpakat untuk memberikan kebaikan
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikan apa-apa melainkan apa yang ditulis oleh Allah SWT
untukmu. Dan jika mereka berpakat untuk mengenakan keburukan kepadamu, mereka tidak akan
mampu menimpakan apa-apa melainkan apa yang telah Allah tuliskan ke atasmu.”

(HR Tirmizi, hadis sahih)

Allah SWT juga menggalakkan kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya sepertimana yang terdapat dalam
surah Ghafir ayat 60:

‫َو َقاَل َر ُّبُك ُم ٱْدُع وِنٓى َأْسَتِج ْب َلُك ْم ۚ ِإَّن ٱَّلِذ يَن َيْسَتْك ِبُروَن َع ْن ِع َباَد ِتى َسَيْد ُخ ُلوَن َجَهَّنَم َداِخ ِر يَن‬.
Maksudnya: “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan
bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk
neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”

(Surah Ghafir: 60)

Anda mungkin juga menyukai