Anda di halaman 1dari 6

3 DOA

AGAR DIMUDAHKAN
MELANGSAIKAN
HUTANG
Para fuqaha’ telah mendefinisikan hutang pada istilah syara’ sebagai
‘pemberian hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan
syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang
tambahan.’ Lihat: Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali Syarbaji,
al-Fiqh al-Manhaji. jil. 6. hlm. 101.

Terdapat beberapa hadis yang baik untuk diamalkan kepada setiap


orang yang terbeban dengan hutang. Antaranya :-

Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA


katanya: “Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat
seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.
Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau
sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?”
Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku
wahai Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku
ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan
menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu
Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka
Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan
petang bacaan ini:

‫الَّلُه َّم ِإِّني َأُعوُذ ِبَك ِم ْن اْلَه ِّم َو اْلَحَزِن َو َأُعوُذ ِبَك ِم ْن اْلَع ْجِز َو اْلَكَس ِل َو َأُعوُذ‬
‫َأ‬
‫ِبَك ِم ْن اْلُجْب ِن َو اْلُبْخ ِل َو ُعوُذ ِبَك ِم ْن َغ َلَبِة الَّد ْيِن َو َق ْه ِر الِّرَجاِل‬

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada


Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau
dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat
pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari
bebanan hutang dan penindasan manusia.”

1
Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah
menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”

Riwayat Abu Daud (4/353)

Hadis ‘Aisyah R.Anha. Bahawa ‘Aisyah R.Anha memberitahu, bahawa


Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam:

، ‫ َو َأُعوُذ ِبَك ِم ْن ِفْتَنِة اْلَم ِس يِح الَّد َّجاِل‬،‫اللُه َّم ِإِّني َأُعوُذ ِبَك ِم ْن َع َذ اِب اْلَق ْب ِر‬
‫ اللُه َّم ِإِّني َأُعوُذ ِبَك ِم َن اْلَم ْأَثِم‬، ‫َو َأُعوُذ ِبَك ِم ْن ِفْتَنِة اْلَم ْحَي ا َو اْلَم َم اِت‬
‫َو اْلَم ْغ َرِم‬

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau


dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal,
dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat
kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari
dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”

Riwayat al-Bukhari (832) dan Muslim (129)

Imam al-Hafiz Ibn Hajar menyebut bahawa makna bagi kalimah


maghram ialah dain iaitu hutang. Dikatakan yang dikehendaki dengan
al-Maghram ialah apa yang diperhutangkan sama ada perkara harus
atau tidak, kemudia orang yang berhutang tidak mampu untuk
membayarnya.” Lihat: Ibn Hajar al-Asqalani. Fath al-Bari. jil 2. hlm.
371.

2
Daripada Suhail, beliau berkata: “Abu Soleh memerintahkan kepada
kami apabila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah
berbaring sebelah kanan kemudian mengucapkan:

،‫ َرَّبَنا َوَرَّب ُكِّل َش ْي ٍء‬، ‫َالَّلُه َّم َرَّب الَّس َم اَو اِت الَّس ْب ِع َوَرَّب اْلَع ْر ِش اْلَع ِظ ْي ِم‬
‫َأ‬
‫ ُع ْو ُذ ِبَك ِم ْن َش ِّر‬، ‫ َوُم ْن ِزَل الَّت ْو َراِة َو ْاِإلْنِج ْي ِل َو اْلُف ْر َق اِن‬،‫َف اِلَق اْلَحِّب َو الَّنَو ى‬
‫ َو َأْنَت‬،‫ َالَّلُه َّم َأْنَت ْاَألَّو ُل َفَلْي َس َق ْب َلَك َش ْي ٌء‬. ‫ُكِّل َش ْي ٍء َأْنَت آِخ ٌذ ِبَناِص َي ِتِه‬
‫ َو َأْنَت‬،‫ َو َأْنَت الَّظ اِه ُر َفَلْي َس َف ْو َق َك َش ْي ٌء‬،‫ْاآلِخ ُر َفَلْي َس َبْع َد َك َش ْي ٌء‬
‫َأ‬
‫ ِاْق ِض َع َّنا الَّد ْيَن َو ْغ ِنَنا ِم َن اْلَفْق ِر‬،‫اْلَباِط ُن َفَلْي َس ُد ْو َنَك َش ْي ٌء‬

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menguasai langit ketujuh-tujuh


langit, Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung, Tuhan kami dan
Tuhan kepada segala sesuatu. Tuhan yang membelah butir tumbuh-
tumbuhan dan biji benih, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan
Furqan (Al-Quran). Aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada
segala kejahatan sesuatu yang Engkau memegang rambut hadapannya
(yakni semua makhluk dibawah kekuasaan Allah). Ya Allah! Engkau-
lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang
terakhir, setelah-Mu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang Zahir,
tidak ada sesuatu di atas-Mu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada
sesuatu yang terlepas daripada-Mu. Langsaikanlah hutang kami dan
berilah kepada kami kekayaan hingga terlepas daripada kefakiran.”

Riwayat Muslim (2713)

3
Imam Nawawi rahimahullah menyebut: “Yang dikehendaki dengan
maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban
terhadap hamba seluruhnya, ianya merangkumi segala macam jenis
kewajiban.” (Lihat: Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syarf al-
Nawawi. Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim. juz. 17. hlm. 36). Beirut. Dar
Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

Hadis Ali RA. Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab telah
datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya aku tidak mampu
untuk melangsaikan hutang perjanjian dengan tuan aku (perjanjian
kitabah iaitu antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan
dirinya), maka tolonglah aku! Maka Saidina Ali RA berkata:
“Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu doa yang telah Rasulullah
SAW ajarkan kepada mereka. (Iaitu) Jika kamu dibebani hutang yang
setinggi bukit, Allah akan selesaikanya untuk kamu? Saidina Ali
berkata: “Katakanlah:

‫الَّلُه َّم اْك ِف ِنى ِبَحَالِلَك َع ْن َحَراِم َك َو َأْغ ِنِنى ِبَف ْض ِلَك َع َّم ْن ِس َو اَك‬

Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal


dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku
dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.”

Riwayat al-Tirmizi. Hadis hasan sahih.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita


kefahaman dan keyakinan kepada Allah SWT. Amiin.

4
Semoga dengan 3 Doa Agar Dipermudahkan
Menjelaskan Hutang dapat membantu kalian.

Anda mungkin juga menyukai