Anda di halaman 1dari 10

BERKATA DENGAN PERKATAAN YANG BAIK

dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran:

Firman Allah SWT:

‫َوَمْن َأْح َسُن َقْواًل َّمِّمن َدَعا ِإىَل الَّلـِه َو َعِم َل َص اًحِلا‬

Fussilat:33

Maksudnya: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang
soleh.”

Syeikh Wahbah al-Zuhaili Rahimahullah berkata ketika menafsirkan ayat ini dengan
menyatakan beberapa isi penting iaitu perkataan menyeru kepada mengesakan Allah dan
taat kepada-Nya serta beribadah kepada-Nya. Selain itu, maksud beramal soleh di dalam
ayat di atas adalah menunaikan segala yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas manusia di
samping menjauhkan segala yang diharamkan oleh Allah SWT ke atasnya. [Lihat: Tafsir al-
Munir, 228-229/24]

Tambahan pula, di dalam sebuah hadith yang sahih bahawa Nabi SAW memerintahkan kita
agar berkata benar atau diam. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW:

‫ِل‬ ‫ِه ِم ِخ‬ ‫ِم‬


‫َوَمْن َك اَن ُيْؤ ُن ِبالَّل َوالَيْو اآل ِر َفْلَيُقْل َخ ْيًرا َأْو َيْص ُم ْت‬

Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah
dia berkata yang baik atau diam. ” [Riwayat al-Bukhari (6018)
7 KALIMAH YANG DI SUKAI OLEH ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA:

1. kalimah “BISMILLAH”, yang haruslah kita ucapkan pada tiap-tiap hendak melakukan
sesuatu.

Baginda Nabi SAW memerintahkan umatnya supaya dalam melakukan setiap perkara
hendaklah dimulai dengan membaca Basmalah. Ini seperti Sabda Nabi SAW:

‫ِهلل‬ ‫ِه‬ ‫ٍل‬


‫كُّل أمٍر ذي با ال ُيبَد ُأ في ببسِم ا الرمحِن الرحيم فهو أْقَطُع‬
Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji Allah, maka amalan tersebut
akan terputus. Riwayat Ibnu Majah (1894)

Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya, perkara yang penting di dalam hadis di atas
maksud terputus di dalam hadis di atas adalah kurangnnya keberkatan dalam melakukan
sesuatu perbuatan. Para ulama menyatakan disunatkan memulakan setiap penulisan,
pembelajaran, pengajaran, khutbah, percakapan dan perkara-perkara yang lain yang dilihat
penting dengan memuji Allah SWT.

2. kalimah “ALHAMDULILLAH” yang diucapkan pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

Syukur merupakan pengiktirafan terhadap kurniaan Tuhan dengan memujinya. Hakikatnya


menzahirkan atas kesan nikmat pada lidah, hati dan anggota badan di mana lidah memuji,
hati mengiktiraf dan anggota badan melakukan mengikut apa yang diredhai-Nya. (Lihat
Madarij al-Salikin, 2/244)

Syukur pada istilah ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan Allah
kepadanya untuk mentaati-Nya. (Lihat Hasyiyah al-Syabramalisi, 1/22) Bersyukur adalah
diperintahkan oleh Tuhan. Allah SWT berfirman:
‫َواْش ُك ُروا ِنْع َم َت الَّلـِه ِإن ُك نُتْم ِإَّياُه َتْع ُبُد وَن‬

Maksudnya: Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya
semata-mata. Surah al-Nahl (114)

Dalam menjawab persoalan di atas, kami sebutkan seperti berikut:

Hendaklah memuji Allah SWT di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Ini sepertimana
ungkapan Nabi Allah Sulaiman AS:

‫ِل يِن‬ ‫ِم‬


‫َه ٰـَذ ا ن َفْض ِل َر يِّب َيْبُلَو َأَأْش ُك ُر َأْم َأْك ُف ُر‬
Maksudnya: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur
atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.” Surah al-Naml
(40)

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Dhuha:

‫َوَأَّم ا ِبِنْع َم ِة َرِّبَك َفَح ِّد ْث‬

Maksudnya: Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan


zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Imam al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Sebarkanlah apa yang Allah SWt
kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut
pelbagai nikmat Allah dan mengiktiraf nikmat tersebut adalah satu bentuk kesyukuran.”
3. kalimah “ASTAGHFIRULLAH” yang diucapkan jika lidah terselit perkataan yang tidak
patut atau ada tindakan kita yang tidak pantas.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

‫َوالَّلِه ِإيِّن َأَلْس َتْغِف ُر الَّلَه َوَأُتوُب ِإَلْيِه يِف الَيْو ِم َأْك َثَر ِم ْن َس ْبِعَني َم َّرًة‬

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun
kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)]

Demikian menunjukkan akan pentingnya istighfar di dalam kehidupan seharian kita.


Berdasarkan soalan di atas, terdapat hadith yang menceritakan berkaitan Penghulu Istighfar
atau ia dinamakan sebagai Sayyid al-Istighfar.

Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ َوَأَنا َعَلى َعْه ِدَك‬، ‫ َخ َلْق َتيِن َوَأَنا َعْبُد َك‬، ‫ الَّلُه َّم َأْنَت َر يِّب َال ِإَلَه ِإاَّل َأْنَت‬: ‫َس ِّيُد ااِل ْس ِتْغَف اِر َأْن َتُقوَل‬
‫ِف‬ ‫ِب‬ ‫ِبِن ِت‬ ‫ِب ِم‬ ‫ِد‬
‫ َوَأُبوُء َلَك َذ ْنيِب َفاْغ ْر‬، ‫ َأُبوُء َلَك ْع َم َك َعَلَّي‬، ‫ َأُعوُذ َك ْن َشِّر َم ا َص َنْعُت‬، ‫َوَو ْع َك َم ا اْس َتَطْعُت‬
‫ِف‬
‫ َفِإَّنُه َال َيْغ ُر الُّذ ُنوَب ِإاَّل َأْنَت‬، ‫يِل‬

Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah


Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang
menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai
dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku
mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku.
Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari
(6306)]
4. kalimah “IN SHA ALLAH”, yang kita ucapkan jika merencanakan untuk berbuat sesuatu.

Insya-Allah (Arab: ‫ )إن شاء هللا‬bererti "jika Allah menghendaki". Ini menunjukkan bahawa kita
tidak tahu masa hadapan, apa yang berlaku kepada kita. Selain itu, ia juga menunjukkan
bahawa manusia punya rencana, Allah punya kuasa. Dengan demikian, kata Insya-Allah
menunjukkan kerendahan hati seorang hamba sekali gus kesedaran akan kekuasaan Allah.

5. kalimah ”LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”, yang diucapkan jika menghadapi
sesutu yang tidak disukai maupun tidak diingini.

hadis sahih yang menyatakan kelebihan berzikir dan kelebihan mengucapkan hauqalah[31].
Antaranya hadis sahih yang diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

‫‌َفِإَّن ا‌َك ‌ِم ‌ُك ُنوِز ‌ا َّنِة‬،‫‌َأْك ِث وا‌ِم ‌ ِل ‌اَل ‌ َل ‌ اَل ‌ َّوَة‌ِإاَّل ‌ِباِهلل‬
‫َجْل‬ ‫َه ْنٌز ْن‬ ‫ُر ْن َقْو َحْو َو ُق‬

Maksudnya: “Perbanyakkan menyebut la haula wa la quwwata illa billah (tiada daya dan
upaya melainkan dengan bantuan Allah). Sesungguhnya ucapan tersebut (hauqalah) adalah
gedung daripada gedung syurga.“[32]

Al-Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa gedung yang dimaksudkan ialah kalimat yang akan
memberikan manfaat kepada orang yang mengucapkannya di akhirat nanti.[33]

Bahkan zikir itu boleh mendatangkan ketenangan yang menjadi ubat kepada jiwa dan diri. Ini
berdasarkan firman Allah SWT:

‫ِبِذ ِه ِئ‬
‫َأاَل ْك ِر الَّل َتْطَم ُّن اْلُقُلوُب‬

Maksudnya: “Ketahuilah dengan zikrullah (ingat kepada Allah) itu, tenang tenteramlah hati
manusia.
6. kalimat “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN”, yang diucapkan jika menghadapi dan
menerima musibah.

Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah S.W.T:

﴾١٥٥﴿ ‫َو َلَنْبُلَوَّنُك م ِبَش ْي ٍء ِّم َن اَخْلْو ِف َواُجْلوِع َو َنْق ٍص ِّم َن اَأْلْم َواِل َواَأْلنُفِس َوالَّثَمَراِت َوَبِّش ِر الَّص اِبِريَن‬

‫اَّلِذيَن ِإَذا َأَص اَبْتُه م ُّم ِص يَبٌة َقاُلوا ِإَّنا ِلَّلـِه َو ِإَّنا ِإَلْيِه َراِج ُعوَن‬

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang
yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,
mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali”.

Surah al-Baqarah (155-156)

Pada ayat ini, Allah S.W.T memberi khabar bahawa Dia menguji hamba-hambaNya yang
beriman dengan beberapa ujian di saat mereka berada dalam keadaan suka dan duka, dan
kesemua ini (mereka yang diuji Allah S.W.T dalam kalangan hambaNya) mendapat pahala jika
mereka bersabar terhadapnya. Mereka kemudiannya mengucapkan lafaz istirja’ bukti
sebagai seorang yang sabar dan syukur. [Lihat: Tafsir al-Maraghi; 1/467].

Begitulah petunjuk yang telah diberikan melalui wahyu yang mana apabila berlakunya
musibah (kematian) maka antara ciri-ciri mereka yang bersabar dengan musibah tersebut
adalah mereka mengucapkan istirja’ iaitu ucapan:

‫إَِّنا ِلَّلِه َو ِإَّنٓا ِإَلۡي ِه َٰرِج ُعوَن‬


Maksudnya: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali”.

Ummu Salamah R.A berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

" ‫ اللُه َّم‬،]156 :‫ {ِإَّنا ِلَّلِه َو ِإَّنا ِإَلْيِه َراِج ُعوَن } [البقرة‬:‫ َفَيُقوُل َم ا َأَم َرُه اُهلل‬،‫َم ا ِم ْن ُمْس ِلٍم ُتِص يُبُه ُمِص يَبٌة‬

‫ ِإاَّل َأْخ َلَف اُهلل َلُه َخ ْيًرا ِم ْنَه ا‬،‫ َوَأْخ ِلْف يِل َخ ْيًرا ِم ْنَه ا‬، ‫"ْأُجْريِن يِف ُمِص يَبيِت‬.

Maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah
diperintahkan oleh Allah, “Innaa lillahi wainnaa ilaihi raaji'uun allahumma`jurnii fii
mushiibati wa akhlif lii khairan minhaa (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan
kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala karena mushibah ini dan tukarlah bagiku
dengan yang lebih baik daripadanya).' melainkan Allah menukar baginya dengan yang lebih
baik".

7. kalimat “LA ILAHA ILLA ALLAH ” yang diucapkan sepanjang siang dan malam, hingga tak
terpisahkan dari lidah kita.

Daripada Mu’az bin Jabal, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫َمْن َك اَن آِخ ُر َك اَل ِمِه اَل ِإَلَه ِإاَّل الَّلُه َدَخ َل اَجْلَّنَة‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang ucapan terakhirnya “‫( اَل ِإَلَه ِإاَّل ُهَّللا‬Tidak ada Tuhan melainkan
daripada Allah).” [Riwayat Abu Daud (3116)][sanadnya adalah hasan menurut Imam al-
Nawawi]

Di dalam hadith di atas, Nabi SAW menyuruh kita agar menjadikan kalimah tauhid iaitu “ ‫اَل ِإَلَه‬
‫( ِإاَّل ُهَّللا‬Tidak ada Tuhan melainkan daripada Allah)” sebagai kalimah atau ucapan yang
terakhir buat kita di dunia ini. Ini kerana, barangsiapa yang berjaya mengucapkannya, maka
baginya atau dia berhak untuk dimasukkan ke dalam syurga. Untuk menjawab percanggahan
ini, maka kami ingin nukilkan pendapat daripada al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani yang
mana beliau menukilkannya daripada al-Suhaili bahawa di antara hikmah Nabi SAW
mengucapkan kalimah “ ‫( الَّلُهَّم الَّر ِفيَق اَألْع َلى‬Ya Allah, KekasihYang Tertinggi)” sebelum Baginda
SAW menghembuskan nafasnya yang terakhir adalah kerana kalimah tersebut mengandungi
tauhid (iaitu mengesakan Allah) dan ia (tauhid) diucapkan di dalam hati. Ini menunjukkan
rukhsah (keringanan) kepada orang lain bahawa tidak disyaratkan untuk mengucapkannya
(kalimah tauhid) dengan lisan (lidah). Kadang-kadang, sebahagian manusia tidak mampu
atau terhalang daripada mengucapnya dengan lidah dan ini sebenarnya tidaklah
memudharatkannya sekira hatinya terkandung kalimah tauhid tersebut.

DOA :

‫ِح ِم‬ ‫ِب ِت‬ ‫ِس‬ ‫ِب‬ ‫ِب ِب ِه ِت‬


‫َالَّلُه َّم َنِّو ْر َقْل َنا ُنْو ِر َد اَي َك َك َم ا َنَّو ْرَت ﭐَألْرِض ُنْو ِر َش ْم َك َأَبًد ا َرْح َم َك َيآ َأْرَح َم الَّرا ْيَن‬

Terjemahan: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi
dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”

‫َالَّلُه َّم َاْلِه ْم َنا َرْش ِد َنا َو ِقَنا َش َّر َنْف ِس َنا‬

Terjemahan: “ Ya Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri. ”

‫َالَّلُه َّم َأْخ ِرْج َنا ِم ْن ُظُلَم اِت ﭐلَو ْه ِم َو َأْك ِرْم َنا ِبُنْو ِر ﭐلَف ْه ِم َو ﭐْفَتْح َعَليَنا ِبَم ْع ِرَفِتَك َوَس َّه ْل َلَنا َأْبَو اَب َفْض ِلَك َيآ‬
‫ِح ِم‬
‫َأْرَح َم الَّرا ْيَن‬

Terjemahan: “ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan
pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu,
wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”
‫ِم‬ ‫ِب ِت‬ ‫ِئ ِة‬ ‫ِب‬ ‫ِف‬
‫َالَّلُه َّم اْفَتْح َعَلْيَنا ُفُتْوَح ﭐلَعاِر ْيَن َو اْرُزْقَنا َفْه َم الَّن ِّيـْيَن َو ِإْلَه اَم ﭐلَم َال َك الُم َقَّرِبْيَن َرْح َم َك َيآ َأْرَح َم الَّراح ِْيَن‬

“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada
kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”

‫ِم‬ ‫ِن‬ ‫ِت‬ ‫ِع‬ ‫ِل ِن‬ ‫ِد‬


‫َالَّلُه َّم ِإَّن َنْس َتْو ُعَك َم ا َع ْم َت ـْيَنا َفاْرُدْدَنا ِإَليَنا ْنَد َح اَج َنا ِإَلْيَنا َوَال َتْنَس يْـَنا َيا َرَّب الَعاَل ْيَن‬
“ Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka
kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku
melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”

‫َالَّلُه َّم ِإَّن َنُعْو ُذِبَك ِم َن الَه ِّم َو الَحَزْن َو َنُعْو ُذِبَك ِم َن الَعْج ِز َو الَك َسْل َو َنُعْو ُذِبَك ِم َن الُج ْبِن َو الُبْخ ِل َو َنُعْو ُذِبَك‬
‫ِم َغَلَبِة الَّد ْيِن َقْه ِر الِّرَج اِل‬
‫َو‬ ‫َن‬

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada–Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-
Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku
berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”

‫ َو ِم ْن َدْع َو ِتَنا َال‬, ‫ َو ِم ْن َنْف ِس َنا َال َتْش َبُع‬, ‫ َو ِم ْن َقْلِبَنا َال َيْخَش ُع‬, ‫َالَّلُه َّم ِإَّنا َنُعْو ُذِبَك ِم ْن ِع ْلٍم َال َيْنَف ُعَنا‬
‫ُيْس َتَج اُب َلهَا‬

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yanh
tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

‫ َو يَا َح ُّي‬, ‫َفَف َه ْم َناهَا ُس َلْيَم اَن َوُك َّال َٰاَتْينَا ِح ْك مًا َو ِع ْلًم َوَس َّخ ْر نَا َمَع َداُوَد الِج َباَل ُيَّس ِبْح َن َو الَّطْيِر ُوكنَّا َفاِعِلْيَن‬
‫ِن‬ ‫َّل‬ ‫ِع‬ ‫ٍد َّل‬ ‫ِإ ِه‬
‫ َال ُه َّم اْرُزْق ا الَف ْه َم‬, ‫َيا َقُّيوُم يَا َرَّب ُموَس ٰى َو َه اُرْو َن َوَرَّب ْبَرا ْيَم َو يَا َرَّب ُمَح َّم َص ى اُهلل َعَلْيِه ْم َأجْمَـ ْيَن‬
‫ِح ِم‬ ‫ِب ِت‬ ‫ِح‬ ‫ِع‬
‫َو ال ْلَم َو ال ْك َم ًة َو الَعْق َل َرْح َم َك َيا َأْرَح َم الَرا ْيَن‬
“ Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing kami berikan hukum dan ilmu, kami
tundukkan gunung-ganang dan burung kepada Daud, dan semuanya itu Kamilah yang membuatnya.
Ya Allah, Tuhan Musa dan Tuhan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berilah aku
rezeki, faham ilmu dan hikmah, dan fikiran dengan-Mu, Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.”

Anda mungkin juga menyukai