Anda di halaman 1dari 7

Amalan Sedikit Tapi Berterusan

‫ال‬ ِ ‫عن عائشة قالت قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم َأ َحبُّ اَألعْ َم‬
‫ِإ َلى هَّللا ِ َت َعا َلى َأ ْد َو ُم َها َوِإنْ َق َّل‬

Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:


“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang
berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Amalan yang paling dicintai Allah terhadap hambanya adalah
yang dilakukan secara berterusan walaupun jumlahnya sedikit.
2. Menurut Ibnu Rajab ”Balasan dari amalan kebaikan adalah
amalan kebaikan selanjutnya. Barangsiapa melaksanakan
kebaikan lalu melanjutkan dengan kebaikan lainnya, maka itu
adalah tanda diterimanya amalan yang pertama. Begitu pula
barangsiapa yang melaksanakan kebaikan, namun dilanjutkan
dengan amalan keburukan, maka itu adalah tanda tertolaknya
atau tidak diterimanya amalan kebaikan yang telah dilakukan.”
(Latho-if Al Ma’arif, hal. 394)
3. Lakukan amal baik berterusan walaupun sedikit. ’Alqomah
pernah bertanya pada Ummul Mukminin ’Aisyah, ”Wahai Ummul
Mukminin, bagaimanakah Rasulullah SAW beramal? Apakah
baginda mengkhususkan hari-hari tertentu untuk beramal?”
’Aisyah menjawab,

َ ‫ان َع َملُ ُه دِي َم ًة َوَأ ُّي ُك ْم َيسْ َتطِ ي ُع َما َك‬


‫صلى هللا‬- ِ ‫ان َرسُو ُل هَّللا‬ َ ‫ َك‬.َ‫ال‬
‫ َيسْ َتطِ ي ُع‬-‫عليه وسلم‬
”Tidak. Amalan beliau adalah amalan yang berterusan (rutin).
Siapa saja di antara kalian pasti mampu melakukan yang baginda
lakukan.”(HR. Muslim no. 783)
4. Imam Nawawi mengatakan, ”Ketahuilah bahawa amalan yang
sedikit namun berterusan dilakukan, itu lebih baik dari amalan
yang banyak namun cuma sesekali saja dilakukan. Amalan sedikit
yang rutin dilakukan akan memudahkan amalan ketaatan, zikir,
pendekatan diri pada Allah, niat dan keikhlasan dalam beramal,
juga akan membuat amalan tersebut diterima Allah. Amalan
sedikit yang rutin dilakukan akan memberikan ganjaran yang
besar dan berlipat dibandingkan dengan amalan yang banyak
namun sesekali saja dilakukan.”(Syarh An Nawawi ‘ala Muslim,
3/133)
5. Amalan yang sedikit tetapi berterusan akan mencegah
masuknya virus ”futur” (penat atau jemu untuk beramal).
Rasulullah SAW bersabda:
‫َولِ ُك ِّل َعم ٍِل شِ رَّ ةٌ َولِ ُك ِّل شِ رَّ ٍة َف ْت َرةٌ َف َمنْ َي ُكنْ َف ْت َر ُت ُه ِإ َلى ال ُّس َّن ِة َف َق ِد اهْ َتدَ ى‬
‫ض َّل‬َ ‫ك ِإ َلى َغي ِْر َذل َِك َف َق ْد‬ ُ ‫َو َمنْ َي‬
”Setiap amal itu pasti ada masa semangatnya. Dan setiap masa
semangat itu pasti ada masa futur (malasnya). Barangsiapa yang
kemalasannya masih dalam sunnah (petunjuk) Nabi SAW, maka
dia berada dalam petunjuk. Namun barangsiapa yang keluar dari
petunjuk tersebut, sungguh dia telah menyimpang.”(HR.
Thobaroni dalam Al Mu’jam Al Kabir) Status: Sahih
Ayuh kita istiqamah melaksanakan amal solleh walaupun ianya
sedikit.
7 zikir ( amalan ) yang Allah dan para malikat sangat suka dan
diampunkan dosa.
1. Baca basmallah sebelum memulakan sesuatu yang baik
"Sesungguhnya syaitan menganggap halal makanan yang tidak
disebutkan nama Allah padanya."(Hadis Riwayat Muslim)
2. Baca Hamdalah setiap selesai melakukan sesuatu pekerjaan

<۟ ‫َف ْٱذ ُكرُون ِٓى َأ ْذ ُكرْ ُك ْم َوٱ ْش ُكر‬


ِ ‫ُوا لِى َواَل َت ْكفُر‬
١٥٢ ‫ُون‬
"Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum
dan undang-undang-Ku) supaya Aku membalas kamu dengan
kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah
kamu kufur (akan nikmatKu)" (Surah Al-Baqarah: Ayat 152)
" Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah
dan setiap tahlil ialah sedekah dan setiap lafaz takbir adalah
merupakan sedekah. "
3. Mengucap 'Astaghfirullah' jika lidah tersilap perkataan yang
tidak elok.
Istighfar bermaksud memohon kemaafan. Dan kita digalakkan
untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan menyebut '
‫ُهللا ْال َعظِ ْي َم‬
َ ‫ 'اَ ْس < َت ْغفِر‬bersama rasa menyesal di hati.Amalan harian
Rasulullah dulunya beristighfar 100kali untuk mengelakkan
lidahnya daripada menuturkan kata-kata buruk.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan
memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku
bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat
Muslim).
4. Mengucap 'Insya Allah' jika merencanakan berbuat sesuatu
di hari esok.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari beberapa orang
penduduk Mekah datang berjumpa dengan Nabi SAW. untuk
bertanyakan mengenai hal roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah
Dzulkharnain. Nabi SAW. lalu menjawab, "Datanglah pada
esok pagi agar aku dapat menjawabnya, " .
Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi SAW. hatta
baginda gagal menjawab soalan-soalan yang telah
dikemukakan itu. Dan tentu sahaja kegagalan ini menjadi
bahan cemuhan orang-orang kafir.
Ketika itu turunlah ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi yang
menegur perbuatan baginda itu.
Firman Allah SWT maksudnya :
" Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, '
Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada
esok ' , kecuali (dengan menyebut) ' Insya Allah ' . Dan ingatlah
kepadaTuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah ' Mudah-
mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang
lebih dekat kebenarannya daripada ini '. " (Surah Al-Kahfi ayat
23-24)
5. Mengucap 'La hawla wala quwwata illa billah' jika
menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
Baginda SAW. menerangkan maksudnya :"Ia bermakna tidak
ada sesiapa yang mempunyai daya keupayaan untuk
memelihara dirinya daripada menderhakai Allah melainkan
dengan pertolongan dan perlindungan dari Allah, dan tidak
ada sesiapa pun mempunyai daya keupayaan untuk mentaati
dan beribadat kepada Allah tanpa bantuan dan petunjuk
daripada Allah.

Tidak ada daya keupayaan untuk mengelak daripada


menderhakai Allah melainkan dengan perlindungan dan
pertolongan Allah dan tidak ada daya keupayaan untuk
mentaati dan menyembah Allah melainkan dengan
pertolongan dan petunjuk daipada-Nya, dan tidak ada tempat
perteduhan yang selamat daripada kemurkaan Allah
melainkan Allah"
Dalam riwayat yang lain, "Kami bersama Nabi SAW. Bila kami
menaiki dataran tinggi, maka kami mengucapkan takbir. Maka
baginda mengatakan: 'Wahai manusia kasihilah diri kalian,
kerana kalian tidaklah menyeru Dzat yang tuli atau jauh, akan
tetapi Ia Maha Mendengar dan Maha Melihat. 'Lalu baginda
mendatangiku, sementara aku sedang mengucapkan dalam
diriku: 'La hawla wala quwwata illa billah.'Lalu baginda
mengatakan: 'Wahai Abdullah bin Qais (nama Abu Musa),
ucapkan La hawlawala quwwata illa billah. Sesungguhnya itu
adalah salah satu kekayaan yang tersimpan di syurga.' Atau
beliau mengatakan:'Tidakkah kamu mau aku tunjuki salah satu
harta kekayaan di syurga? Lahawla wala quwwatailla billah'."
(Hadis Riwayat Bukhari )
6. Ucap kalimah tarji’

{‫ت‬ ِ ‫س َوالثَّ َم َرا‬ ِ ُ‫ال َواأل ْنف‬ ِ ‫ص ِم َن األ ْم َو‬ٍ ‫وع َونَ ْق‬ ِ ‫ف َوا ْل ُج‬ِ ‫َي ٍء ِم َن ا ْل َخ ْو‬ ْ ‫َولَنَ ْبلُ َونَّ ُك ْم بِش‬
َ ‫صيبَةٌ قَالُوا ِإنَّا هَّلِل ِ َوِإنَّا ِإلَ ْي ِه َرا ِج ُع‬
‫ون‬ َ ‫ين ِإ َذا َأ‬
ِ ‫صابَ ْت ُه ْم ُم‬ َ ‫) الَّ ِذ‬155( ‫ين‬ َ ‫صابِ ِر‬
َّ ‫ش ِر ال‬ ِّ َ‫َوب‬
َ ‫صلَ َواتٌ ِمنْ َربِّ ِه ْم َو َر ْح َمةٌ َوُأولَِئكَ ُه ُم ا ْل ُم ْهتَد‬
‫ُون‬ َ ‫) ُأولَِئكَ َعلَ ْي ِه ْم‬156( 
Allah SWT. berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar
gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang
yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka
berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-
orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta
rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat
petunjuk-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :


"Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya
setiap perkara dalam urusannya (orang Mukmin ) semuanya
adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian
melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa
kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik
baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur
maka yang demikian adalah baik baginya." (Hadis Riwayat
Muslim)
7. Mengucap 'La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah'
sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari
lidahnya
"Dari Ubadah bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda
yangbermaksud.."Barangsiapa bersaksi mengatakan ُ ‫آل ِا َل َه ِااّل هّللا‬
ِ ‫( م َُح َّم ٌد َرسُوُ ل هّللا‬Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan
Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah) maka Allah akan
mengharamkan Neraka baginya.."
Rasulullah bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang berkata
kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADARRASULULLAH
sebanyak 100 kali maka tatkala ia datang di hari kiamat dengan
wajahnya seperti bulan purnama."
"Barangsiapa datang kepada Allah dengan membawa dosa
sepenuh bumi maka jika ia menyebut LAILAHAILLAH
MUHAMMADARASULULLAH , maka nescaya Allah akan
mengampuninya."

Anda mungkin juga menyukai