Anda di halaman 1dari 10

Daurah Tahsin Solat

Merungkai
Kesempurnaan
Solat
Oleh;
Al-Faqir IlalLah

www.abuanasmadani.com

Bertempat di :
UIA Gombak.
10 Muharram 1434H / 24 Nov 2012.
Anjuran:
K-Fiqh Sdn. Bhd.

Disusun Oleh:
www.dartaibah.com

Daurah Tahsin Solat



. ( )




]54 : [ :

1- Muqaddimah.
Solat merupakan perkara utama dalam hidup setiap muslim. Selaras dengan perintah Allah
agar manusia muslim menunaikan solat, Rasulullah telah memberikan penjelasan tentang cara
dan kaedah menunaikan solat bersesuaian dengan sifat Baginda sebagai penghurai dan penjelas
terhadap perintah Allah di dalam Al-Quran.
Maka cara terbaik untuk menunaikan solat adalah dengan mengikuti panduan Rasulullah
dalam mengerjakannya. Zaman-berzaman, para ulama hadis telah berusaha mengumpul dan
menyusun hadis-hadis tentang sifat solat, sama ada menerusi penerangan Rasulullah sendiri
ataupun menerusi penerangan para sahabat Baginda. Manakala para ahli fiqh telah berusaha untuk
mengeluarkan pendapat terbaik tentang cara solat berdasarkan hadis-hadis yang telah dikumpulkan
itu. Terdapat pendapat yang sama pada beberapa aspek sifat solat dan terdapat juga beberapa
perbezaan pendapat dalam bahagian tertentu.
Mafhum dakwah kepada solat Rasulullah .
Seruan ini adalah berdasarkan wasiat atau pesanan Rasulullah di dalam sebuah hadis kepada
sekumpulan pemuda yang datang berguru dengan Baginda di Madinah.
Kisah Hadis:

:






:





(( :








-


-
))
Maksudnya: Malik bin Al-Huwairith menceritakan: Kami datang bertemu Rasulullah
[pada tahun kedatangan )wufud( tahun 9H], kami golongan pemuda yang hampir sama [umur dan
ilmu]. Kami tinggal bersama Rasulullah selama 20 malam. Rasulullah adalah seorang yang
pengasih dan penuh kasihan belas. Apabila Baginda merasakan kami semua telah merindui keluarga
kami, Baginda pun bertanya tentang mereka yang kami tinggalkan itu, maka kami pun
menceritakannya. Setelah itu Baginda bersabda: Pulanglah ke pangkuan keluarga kamu, tinggal
bersama mereka, ajar dan suruhlah mereka. [Kata Abu Qilabah (perawi hadis) banyak lagi pesanan
Baginda ada yang aku ingat dan ada yang aku lupa. Di antara pesanan Baginda:] ..Dan bersolatlah
sebagaimana kamu melihat aku solat. Apabila tiba waktu solat, maka salah seorang dari kamu
laungkan azan, dan yang menjadi imam ialah orang yang paling tua dikalangan kamu. [Hadis
riwayat Al-Bukhari]

)

( :


:


:

."



"







(1) Muqaddimah Munyatul Musalli.

Merungkai Kesempurnaan Solat
















.






.

2- Bersuci (At-Toharah)
Tarif At-Toharah.
Erti bersuci mengikut bahasa ialah: Bersih dan terhindar daripada segala kekotoran sama ada
dalam bentuk hissiyyah iaitu yang boleh dirasa seperti najis atau manawiyyah seperti perkara yang
mengaibkan atau sifat-sifat keji.
Bersuci mengikut istilah Syara ialah: Perbuatan yang apabila dilakukan akan mengharuskan
solat didirikan atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan hukum solat, samalah seperti
berwuduk kepada sesiapa yang tidak berada dalam keadaan berwuduk, mandi kepada sesiapa
yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan tempat.
Islam sangat mengambil berat terhadap bersuci dan kebersihan. Ia dapat dilihat di dalam firman
Allah yang memerintahkan berwuduk untuk mendirikan solat, dorongan atau gesaan supaya
mandi di dalam keadaan tertentu.
Kebersihan pula terbahagi kepada dua iaitu batin (manawiyyah) dan zahir (hissiyyah).
1) Manawiyyah ialah suci hati daripada segala syirik, dosa dan maksiat.

2) Hissiyyah ialah suci daripada segala hadas dan najis.)2(


WUDUK.
Erti wuduk ; dari segi bahasa diambil daripada perkataan
iaitu elok dan berseri.
Dari segi Syara ialah; Perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu beserta
dengan niat. Firman Allah :

] :[

Maksudnya: {Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka
basuhlah mukamu dan tanganmu sehingga ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu
sehingga kedua buku lali, dan jika kamu berjunub maka mandilah .} [Al-Maidah: 6].
Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Zaid apabila menyifatkan wuduk Rasulullah :
Maksudnya: (( Dia telah melihat Rasulullah berwuduk, Baginda berkumur dan memasukkan air
ke dalam hidungnya, kemudian membasuh mukanya sebanyak tiga kali, membasuh tangan kanan
(hingga ke siku) sebanyak tiga kali, begitu juga tangan yang satu lagi (kiri). Lalu menyapu
kepalanya bukan dengan air lebihan tangannya tadi (yakni dengan air yang baru), dan akhirnya
membasuh kedua kakinya hingga ke buku lalinya.)) [Muslim No. 235].
Juga hadis Sayyidina Usman : Maksudnya: ((Daripada Humran, bahawa Sayyidina Usman bin
Affan telah meminta air untuk berwuduk. Lalu dia membasuh dua tangannya tiga kali, kemudian
berkumur-kumur, dengan memasukkan air ke hidung dan menghembuskannya kembali. Kemudian
beliau membasuh mukanya tiga kali, membasuh tangan kanannya hingga ke siku tiga kali,
kemudian tangan kirinya seperti itu juga. Kemudian dia menyapu kepalanya, membasuh kaki kanan
hingga ke buku lali tiga kali dan kaki kiri seperti itu juga, kemudian beliau berkata: Aku telah
melihat Rasulullah berwuduk sepertimana wudukku ini.)) [HR Bukhari dan Muslim].
Cara-cara berwuduk sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah :
1. Berniat.
2. Membaca bismillah. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Maksudnya:
((Tiada (sempurna) wuduk seseorang yang tidak menyebut nama Allah (pada permulaannya)). [HR
Imam Ahmad].
(2) Lihat: Al-Fiqh Al-Manhaji 1/27.

Daurah Tahsin Solat

3. Membasuh kedua tangan sebanyak 3 kali.


4. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak 3 kali.
5. Membasuh muka sebanyak 3 kali.
6. Membasuh kedua tangan hingga ke siku sebanyak 3 kali.
7. Menyapu semua kepala bagi lelaki dan bahagian depan kepala bagi wanita bersekali dengan
dua telinga, sekali sahaja. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Zaid :
Maksudnya: ((Sesungguhnya Nabi menyapu kepalanya dengan kedua tangannya, yang dibawa ke
hadapan dan dibalikkan semula ke belakang, iaitu Baginda memulakan sapuan pada kepala pada
bahagian hadapan, kemudian Baginda membawa tangannya ke bahagian belakang kepalanya, dan
sekali lagi dibawa ke bahagian hadapan di mana Baginda memulakan sapuannya..)) [HR Bukhari].
Hadis riwayat Abdullah bin Amru : Maksudnya: ((... Rasulullah menyapu kepalanya
kemudian Baginda memasukkan kedua-dua jari telunjuknya ke dalam kedua-dua telinganya dan
menyapu di luar telinganya dengan dua ibu jarinya.)) [HR Abu Daud].
8. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali sebanyak 3 kali.
9. Berdoa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Umar Maksudnya: ((Tidak seorangpun
daripada kamu yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian membaca:

Melainkan dibukakan kepadanya pintu-pintu syurga yang lapan, lalu dia boleh masuk dari manamana pintu yang dipilihnya.)) [ HR Muslim].
10. Semua ini hendaklah dilakukan secara tertib dan berturutan atau bersambung, tidak terhenti
atau terputus di antara satu perbuatan dengan yang lain.
* Manakala dalil-dalil tentang yang lain telah dijelaskan melalui firman Allah dan hadis
Rasulullah di atas.
Perkara-perkara yang membatalkan wuduk:
1. Keluar sesuatu melalui qubul atau dubur. Firman Allah : Maksudnya: {Atau seseorang dari
kamu datang ke tempat qada hajat (dan ia menunaikan hajatnya samada buang air besar atau
kecil)}. [An-Nisa: 43].
2. Tidur yang tidak tetap papan punggung. Sabda Rasulullah : Maksudnya: ((Sesiapa yang
tidur hendaklah dia berwuduk )). [HR Abu Daud : 203].
3. Hilang akal. (Dengan sebab mabuk, pitam, sakit atau gila). Dihukum batal kerana diqiyaskan
kepada tidur kerana ia lebih kuat maknanya daripada tidur.
4. Menyentuh qubul atau dubur dengan tangan tanpa berlapik. Maksudnya:
((Sesiapa
yang
menyentuh kemaluannya hendaklah dia berwuduk )). [HR Abu Daud : 181].
5. Berlaku sentuhan kulit antara lelaki dan wanita bukan mahram. Firman Allah :
Maksudnya: ((Atau kamu menyentuh perempuan-perempuan )). [An-Nisa: 43].
6. Murtad. Waliyazubillah.

3- Solat:
Solat merupakan ibadat yang sangat besar kedudukan dan paling jelas dalilnya. Islam sangat
mengambil berat tentang solat, ia menjadi penghubung antara seorang hamba dengan Tuhannya.
Dengan menunaikan solat, jelas seorang hamba itu mengikut perintah Tuhannya.

Maksudnya: {Dan dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat}. [Al-Baqarah: 44].


Tarif solat:
Menurut bahasa Arab, solat ertinya doa, sebagaimana firman Allah :

Maksudnya: {Dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi)
ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.} [At-Taubah: 103].
Menurut istilah pula, solat ialah suatu ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan
yang tertentu, dimulakan dengan 'takbiratul-ihram dan disudahi dengan mengucap salam.
3

Merungkai Kesempurnaan Solat

Yang dimaksudkan dengan perkataan; takbir, membaca al-Quran, tasbih, doa dan lainnya.
Yang dimaksudkan dengan perbuatan; berdiri (Qiyam), rukuk, sujud, duduk di antara dua
sujud, duduk tahiyyat dan lainnya.
Dalil tentang wajibnya solat ini terdapat di dalam Al-Quran, Al-Hadis dan Ijma ulama.
Dari Al-Quran terdapat banyak sekali ayat tentangnya. Antaranya firman Allah :
.)87 :(

Maksudnya: {Maka dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali
(agama) Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik
Penolong.} [Al-Hajj: 78]. Manakala dari hadis Rasulullah sabdanya:


] )) [




((

Maksudnya: Islam itu dibina di atas lima rukun: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang
berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, menunaikan haji )di Baitullah al-Haram bagi mereka yang mempunyai
kemampuan untuk menunaikannya( berpuasa di bulan Ramadhan. [H.R: Al-Bukhari No. 8 dan Muslim No. 16].
Dari ijma ulama: Telah bersepakat seluruh ulama tentang kewajipan solat, bahawa ia adalah
salah satu daripada rukun Islam yang lima; yang mana Islam seorang itu tidak diterima tanpanya.
Syarat-syarat sah solat. [Lihat: Al-Fiqh Al-Manhaji 1/160]
1) Islam.
2) Berakal.
3) Tamyiz: Telah dapat membezakan di antara perkara bersih dan kotor.
4) Mengetahui telah masuk waktu.
5) Menghadap kiblat.
6) Menutup aurat. Aurat lelaki: Dari pusat ke lutut. Aurat perempuan: Seluruh anggota kecuali
muka dan dua tapak tangan.
7) Suci daripada najis dan segala kotoran pada pakaian, tubuh badan dan tempat menunaikan
solat.
8) Suci daripada hadas kecil iaitu dengan berwuduk dan suci daripada hadas besar dengan
mandi junub.
Rukun solat. [Lihat: Al-Fiqh Al-Manhaji 1/170]
1. Niat.
2. Berdiri (bagi yang mampu).
3. Takbiratul ihram.
4. Membaca Al-Fatihah.
5. Rukuk.
6. Bangun daripada rukuk (itidal).
7. Sujud dua kali dalam setiap rakaat, di atas tujuh anggota.
8. Duduk antara dua sujud.
9. Duduk bagi tahiyyat (tasyahud) akhir.
10. Membaca tahiyyat (tasyahud) akhir.
11. Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir.
12. Salam yang pertama.
13. Tertib.

Sifat (Cara-cara) Solat Secara Umum.


Setiap muslim wajib mengikuti Rasulullah , termasuk mengikuti sifat solat Rasulullah ,
kerana sabdanya:
.](( )) [
Maksudnya: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat. [H.R. Al-Bukhari].
Hadis Umum sifat Solat yang menjelaskan perkara yang wajib dilakukan dalam solat, hadis ini
masyhur dengan hadis al-Musi solatahu - ( Orang yang tidak sempurna solatnya)
iaitu seorang yang bernama Khallad bin Rafi;

Daurah Tahsin Solat







(( :

(( :

))







(( :
: ))




















]793: 397: ))[




Abu Hurairah menceritakan bahawa seorang lelaki masuk ke dalam masjid, sedang Rasulullah
berada di satu sudut masjid, lelaki tadi menunaikan solat, kemudian datang memberi salam kepada
Rasulullah . Jawab Rasulullah : Waalaikassalam, kembalilah menunaikan solat kerana engkau
belum menyempurnakannya! Lelaki tadi pergi mengulangi solatnya, kemudian datang memberi salam
kepada Rasulullah. Jawab Rasulullah : Waalaikassalam, kembalilah menunaikan solat kerana
engkau belum menyempurnakannya! Selepas dua atau tiga kali, lelaki tersebut berkata: Demi Tuhan
yang telah mengutuskan tuan dengan benar, saya tidak pandai lain daripada apa yang telah saya
lakukan, maka ajarkan saya wahai Rasulullah! Maka sabda Rasulullah : Apabila engkau (hendak)
mendirikan solat maka ambillah wuduk, kemudian menghadap ke arah kiblat, bertakbir, kemudian
bacalah apa yang kamu boleh baca daripada al-Quran. Kemudian rukuklah dengan sempurna, kemudian
bangun berdiri pula dengan sempurna (itidal). Kemudian sujudlah dengan sujud yang sempurna dan
bangun duduk dengan sempurna kemudian sujud pula dengan sujud yang sempurna dan bangun duduk
dengan sempurna. Lakukanlah demikian di dalam keseluruhan solat kamu. [HR Bukhari: 793, Muslim: 397].

Sifat Solat yang diriwayatkan daripada Rasulullah .)3(


Terdapat banyak kitab-kitab hadis yang mengumpulkan riwayat-riwayat dari Rasulullah yang
menceritakan tentang sifat solat Baginda, samada dari segi aqwal dan afal. Untuk keterangan
yang lebih jelas kita mesti kembali merujuk kitab-kitab hadis serta syarah-syarahnya yang begitu
banyak dan terperinci.
Di bawah ini kami cuba ringkaskan sebahagian daripada kandungan hadis tersebut dan
menyatukannya secara umum perbuatan, bacaan, rukun dan sunat, untuk menerangkan tentang sifat
solat Baginda .
1) Berwuduk dengan sempurna, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam
firman-Nya:







]6: [

Maksudnya: {Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka
basuhlah mukamu dan tanganmu sehingga ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu
sehingga kedua buku lali.} [Al-Maidah: 6]. Sabda Rasulullah :


((

))

Maksudnya: Apabila engkau (hendak) mendirikan solat maka sempurnakanlah wuduk . [HR
Bukhari: 793, Muslim: 397].

2) Menghadap Kiblat. Baginda juga berdiri dengan menghadap Kabah dengan seluruh
tubuhnya (atau ke arahnya) sebagai kiblat. Tidak kira di mana saja berada kecuali di dalam
beberapa keadaan yang dimaafkan, telah dijelaskan dengan terperinci di dalam kitab-kitab fiqh.
3) Niat: Apabila Nabi berdiri untuk solat menghadap Allah Baginda berniat solat dalam
hatinya, tidak ada riwayat yang menunjukkan Baginda melafazkan niat dengan lidahnya, begitu
juga para sahabat Baginda .
4) Takbiratul-Ihram: Baginda bertakbir seraya mengucapkan Allahu Akbar, dengan
mengangkat kedua tangannya hingga menyamai dua bahunya, ada ketika Baginda mengangkat
tangan hingga menyamai cuping telinganya.
5) Tempat letak tangan: Kemudian Baginda meletakkan tangannya di atas dadanya dengan
menjadikan tangan kanan di atas tangan kiri dan memegang pergelangannya.
(3)

Lihat: Imam An-Nawawi, Al-Majmu, Rukun Islam, Suntingan Abu Anas m/s 46-50.

Merungkai Kesempurnaan Solat

6) Bacaan ketika Qiyam: Baginda memulakan dengan membaca doa iftitah (pembuka solat):

Baginda juga membaca doa ini:

Kadang-kadang Baginda menambahnya dengan:

Kemudian memohon perlindungan Allah dari syaitan dengan membaca secara perlahan:
)(
Lalu membaca surah al-Fatihah yang menjadi rukun dan wajib dibaca pada setiap rakaat.
Kerana Rasulullah bersabda:


((
))

Maksudnya: Tidak sah solat seorang yang tidak membaca al-Fatihah.


Pada akhirnya hendaklah dikata: Aaamin, secara kuat pada solat yang nyaring bacaannya dan
secara perlahan pada solat yang diperlahankan bacaannya.
Kemudian sunat membaca selepasnya apa-apa surah lain yang diingati daripada al-Quran bagi
dua rakaat yang pertama.
Yang afdhalnya: Bacaan yang sederhana panjangnya pada waktu zuhur, asar (asar lebih ringkas
daripada zuhur) dan isya; panjang pada solat subuh; dan pada solat maghrib bacaan yang pendek
sahaja dan kadang-kadang boleh juga dipanjangkan atau secara sederhana; semua ini telah sabit
sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah .
7) Rukuk: Sesudah itu bertakbir sambil mengangkat kedua belah tangan sehingga ke menyamai
bahu atau cuping telinga (sama seperti Takbiratul-Ihram) lalu rukuk dengan meluruskan belakang
sehinggakan jika diletak bekas air di atasnya tidak akan tumpah. Kepala juga serata dengan
belakang dan jangan didongakkan dan jangan ditundukkan. Kedua tangan hendaklah diletakkan
pada lutut dengan direnggangkan jari jemarinya dan ditekankan. Rukuklah dengan sempurna dan
tenang sehingga ruas tulang belakang mantap ditempatnya, lalu membaca sebanyak 3 kali:
.
Atau


Disunatkan juga untuk menambah bacaan:

.
8) Itidal: Kemudian Baginda mengangkat kepala bangun daripada rukuk sambil membaca:

Maksudnya: Allah telah mendengar orang-orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi
Engkau segala pujian.
Baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya menyamai telinga atau bahu sehingga betulbetul berdiri tegak, hatta setiap ruas tulang belakang kembali ke posisi asalnya. Ketika itidal ini
Baginda membaca:

Baginda juga kadang-kadang menambah bacaannya:

9) Sujud: Kemudian bertakbir lalu turun untuk sujud sama ada dengan meletakkan lutut dahulu
ataupun tangannya dahulu, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang itu.
Sewaktu sujud Baginda merenggangkan kedua belah tangannya daripada lambungnya sehingga
nampak putih di bawah ketiaknya dan meletakkannya sejajar dengan kedua daun telinganya.
Baginda menekan tujuh anggotanya di atas lantai tempat sujud, iaitu dahi, hidung, dua tapak
tangan, dua lutut dan hujung anak jari kaki. Kedua jari tangan dan kaki lurus menghadap ke arah

Daurah Tahsin Solat

kiblat dan jangan sekali-kali merapatkan lengan ke lantai seperti anjing kerana Rasulullah
melarangnya. Kedua telapak kakinya ditegakkan dan jari-jari kaki dilipat dan ditekan agar
menunjuk ke arah kiblat. Wajib sujud dengan penuh tamaninah dan sempurna, dengan meluruskan
tulang belakang sebagaimana di dalam rukuk tadi juga. Rasulullah mengibaratkan orang yang
tidak rukuk dan sujud dengan sempurna seperti seorang pencuri.
Ketika sujud bacalah 3 kali: .
Atau

Disunatkan juga menambah doa ini:


Serta memperbanyakkan doa-doa lain sebagaimana ajaran Rasulullah kerana ketika sujudlah
seorang hamba itu paling dekat dengan Tuhannya.
10) Duduk antara dua sujud: Kemudian bertakbir dan duduk iftirash iaitu duduk di atas
paha/tapak kaki kiri dan menegakkan kaki kanan serta menghadapakan jari-jari kanan ke arah
kiblat.
Kadang-kadang Rasulullah duduk dengan cara iqa ) (iaitu duduk dengan menegakkan
tapak dan tumit kedua kakinya.
Kedua tangan diletakkan di atas paha atau lutut dengan anak-anak jarinya menunjuk ke arah
kiblat sambil membaca:

Duduklah dengan rehat sehingga kembali segala urat dan tulang ke posisi asal sebagaimana di
dalam itidal selepas rukuk tadi. Rasulullah mengambil masa agak panjang untuk itidal dan
duduk di antara dua sujud ini.
11) Sujud kedua: Kemudian bertakbir dan melakukan sujud kedua, caranya sebagaimana sujud
pertama tadi.
12) Duduk istirehat: Kemudian bertakbir lalu bangkit daripada sujud serta duduk rehat sekejap
secara iftirash sebelum bangun untuk menyempurnakan rakaat kedua. Duduk ini tidak mempunyai
apa-apa bacaan dan doa, ia dinamakan duduk istirehat dan jika bangun terus juga tidak mengapa,
* Rasulullah melarang membaca ayat-ayat al-Quran di dalam rukuk dan sujud, tetapi
hendaklah memperbanyakkan doa-doa.
Rasulullah melakukan sujud dan rukuk dengan penuh tamaninah dan sempurna, tempoh
masa keduanya hampir sama lama.
13) Rakaat seterusnya: Cara bangunnya sama ada bertekan kepada dua lutut jika mudah
sedemikian ataupun bertongkat dengan tangan, keduanya harus.
Demikianlah Rasulullah melakukannya pada setiap rakaat.
14) Tasyahhud awal: Bagi solat yang mempunyai lebih daripada dua rakaat, apabila duduk
untuk tasyahhud awal, adalah dengan cara iftirash seperti duduk antara dua sujud tadi.
Begitu juga cara duduk bagi tasyahhud akhir solat yang hanya mempunyai dua rakaat seperti
subuh, jumaat dan lain-lain solat.
Rasulullah meletakkan tapak tangan kanan di atas paha/lutut kanannya, menggenggan semua
jari kanannya kecuali jari telunjuk yang diisyarat/diarahkan ke arah kiblat dan mengarahkan
pandangan matanya ke telunjuknya itu, manakala tapak tangan kirinya diletak di atas lutut kiri
dengan mengembang kesemua jarinya.
Terdapat dua cara genggaman yang dilakukan oleh Rasulullah , samada meletakkan ibu
jarinya ke atas jari tengahnya (yang dilipatkan) atau meyambung keduanya sehingga menjadi
lingkaran.
Baginda mengajar kepada para sahabatnya beberapa bacaan tasyahhud, antaranya; tasyahhud
Ibnu Masud :



.
.)


Ini pula tasyahhud Ibnu Abbas :

(









7

Merungkai Kesempurnaan Solat




.)

Selepas itu bacalah selawat ke atas Baginda :



13) Kemudian bangun untuk rakaat seterusnya sambil bertakbir serta mengangkat kedua-dua
belah tangannya apabila telah tegak berdiri (inilah tempat keempat Baginda mengangkat
tangannya dalam solat).
14) Tasyahhud akhir: Apabila duduk untuk tasyahhud akhir iaitu rakaat ketiga solat maghrib,
rakaat keempat solat Zuhur, Asar dan Isya, Baginda menyuruh membaca bacaan sama seperti
tasyahhud awal, cuma bezanya Baginda duduk bertawarruk iaitu duduk di atas papan punggung kiri
rapat ke tanah, meletakkan kaki kiri di bawah paha dan betis kaki kanan serta menegakkan kaki
kanan dengan jari-jarinya dilipat menghadap ke arah kiblat. Baginda menggenggam anak-anak
jari tangan kanan kecuali telunjuk untuk mengisyarat (sewaktu mengucap) atau menggerakkannya
dengan menumpukan pandangan mata kepadanya (sama seperti tasyahhud awal tadi).
Setelah selesai membaca tasyahhud, Baginda mengajar agar membaca selawat ini:




.



(






.[ ]

Lalu memohon doa yang ingin dipintanya.


Selawat itu wajib dan membaca berbagai doa sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah adalah
sunat. Rasulullah bersabda:



)) :




](( [



Kemudian hendaklah dia berdoa untuk dirinya sendiri dengan apa-apa yang nyata (tunjuki
Allah) kepadanya, yang lebih afdhalnya sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah
berdasarkan sumber-sumber riwayat yang sahih.
15) Memberi salam: Rasulullah memberi salam dan berpaling ke sebelah kanannya hingga
nampak putih pipi kanannya seraya mengucapkan:
Lalu Baginda berpaling pula ke kirinya hingga nampak putih pipi kirinya seraya mengucapkan:
.

Kadang-kadang Baginda menambah pada bacaan salam yang pertama wabarakatuh.

Akhukum, Abu Anas Madani (Afallahu anhu).


Pondok Sungai Durian, 29 Syaban 1431- 10 Ogos 2010.

Daurah Tahsin Solat

Zikir
Selepas Solat
Dari Sunnah Rasulullah

.



.







.






.


.
.


(Sebelum Mengubah Kedudukan Kaki) Selepas Solat Subuh & Maghrib



(10 X) .

(Sebelum Bercakap) Selepas Solat Subuh & Maghrib

(07 X) .
Selepas Solat Subuh

.

) (33X ). (33X


) (33X



(01 X).
Ayat Al-Kursi. (01X)

.)01X(
)(Selepas Solat Subuh & Maghrib Dibaca 3X
Dipetik dari buku: Zikir Waktu Pagi & Petang serta Zikir Selepas Solat.
Oleh: Abu Anas Madani. www.dartaibah.com
Sumbangan derma dialu-alukan untuk pembinaan Asrama Pelajar
)Pondok Sungai Durian (09-966 4161) (www.pondoksgdurian.com
)No Akaun BIMB : 03-072-01-011983-9 (Madrasah Muhammadiah

Anda mungkin juga menyukai