Anda di halaman 1dari 29

Ini adalah susunan wirid dan doa selepas solat.

Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda belajar wirid, zikir
dan doa selepas solat fardhu.

Apa yang menarik:

Bantuan audio dan ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu
mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.

Isi Kandungan:
 Zikir Dan Wirid Selepas Solat
 Doa Selepas Solat Fardu
 Doa Solat 1
 Doa Solat 2
 Doa Solat 3
 Doa Solat 4
 Doa Solat 5
 Doa Abu Darda
 Doa Selepas Solat Ringkas
 Penutup: Kepentingan Doa

Zikir Dan Wirid Selepas Solat


Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid
dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan
doa.

Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi
anjuran Nabi Muhammad SAW.

Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk melakukan wirid
selepas solat:

1.Mulakan wirid dengan istighfar


Untuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali selesai menunaikan solat
fardhu dengan ucapan istigfar di bawah sebanyak tiga (3) kali:

 Astagfirullah hal azim allazi laa ila ha illa huwal hayyul qoyyum wa atu bu ilaih. 

Maksudnya:

Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan
aku memohon keampunan daripadaNya.

2.Seterusnya wirid disambung dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 10 kali:

 Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ‘a
laa kulli syai’in qadirr 

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan
dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala
sesuatu.
3.Disambung lagi dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 7 kali:

 Allahumma ajirna minannarr 

Maksudnya:

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka

4.Seterusnya wirid disambung dengan ucapan:

 Allahumma antassalam, wamin kassalam, Wa Ilayka ya ‘udussalam, fahayyina rabbana bissalam,


Wa adkhilnal Jannata daa rassalam, tabarakta rabbana wata ‘aalaita ya zal jala li wal ikram 

Maksudnya:

Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka
hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah
Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
5.Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Al-Fatihah

 Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-


dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim,
ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn 

Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan
hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja
kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan
nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang
yang sesat.

6.Seterusnya disambung wirid dengan bacaan Al-Baqarah ayat 163:

 Wa ila hukum ilaahum’ wahidullaa ila ha illa huwarrahmanurrahim 


Maksudnya:

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.

7.Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 255:

 Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa
fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina
aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a
kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim. 

Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya
mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit
dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan
izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka
tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu
kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi
keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat
kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

8.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 285:


 Aamanar-rasulu bimaa unzila ‘ilaihi min robbih wal mu’minun kullun Aamana billahi wa mala
ikatihi wakutubihi wa rusulih Laa nufarriqu baina ahadim-mirr-rusulih, wa qolu sami’na wa atoghna
ghufronaka rabbana wa ilaikal masirr 

Maksudnya:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang
beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.
(Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata
lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat
kembali”.

9.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 286:

 Laa yukallifulla-hu nafsan illa wus ‘aha laha ma kasabat wa ‘alaiha maktasabat robbana laa
tuahizznaa inn na sina au akhto’ na rabbana wala tahmil ‘alainaa isran kama hamaltahu, ‘alallazi na
min qoblina rabbana wala tuhammilna maa laa thoqota lanabih waghfu ‘anna waghfirlana
warhamna anta maulana fansurna ‘alal qaumil kaafirin 

Maksudnya:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan
kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan
kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami
apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan
berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan
terhadap kaum-kaum yang kafir”

10.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 18:

 Syahidallahu innahu, laa ilaha illa huwa wal malaa ikatu wa ulul ‘ilmi qaa imam bilqist. Laa ilaha
illa huwal a’zii zul hakim 

Maksudnya:

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-
malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

11.Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 19:

 ‘Innaddin na ‘indallah hil islam 

Maksudnya:

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. 

12.Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 26:


 Qulillaahumma maalikal mulki, tu’til mulka man tasyaa’u, watanzi’u mulka mimman tasyaa’u,
watu ‘izzu man tasyaa’u, watudzillu man tasyaa’u, biyadikal khoyru innaka ‘alaa kulii syai’in
qodiirun 

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi
kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan
dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala
kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

13.Seterusnya wirid disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 27:

 Tuwlijul layla finnahaari, watuwlijunnahaaro fil layli, wa tukhrijul hayya minal mayyiti,
watukhrijul mayyita minal hayyi, watarzuqu man tasyaa’u bighoyri hisaabin 

Maksudnya:

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan
waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati,
dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki
kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.
14.Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas:

 Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad 

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian
makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada
sesiapapun yang serupa denganNya.

15.Disambung dengan bacaan surah Al-Falaq:

 Qul A’uzu birabbil-falaq. Min syarri maa khalaq. Wa min syarri ghasiqin izaa waqab. Wa min
syarrin-naffasati fil-uqad. Wa min syarri haasidin izaa hasad. 

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari
bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-
makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang
dengki apabila ia melakukan dengkinya.

16.Disambung lagi dengan surah An-Nas:

 Qul a’uzu birabbin-nas. Malikin-nas. Ilahin-nas. Min syarril-waswasil-khannas. Allazii yuwaswisu


fi sudurin-nas. Minal jinnati wan-nas. 

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai
sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang
timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut)
dari kalangan jin dan manusia”

17.Diikuti bacaan Al-Fatihah sekali lagi:


 Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-
dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim,
ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn 

Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah
sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan
orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat.

18.Kemudian mulakan tasbih dengan ucapan:

 Ilahirabbi subhanallah 

Maksudnya:

Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah

19.Mulakan tasbih dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

 Subhaanallah 

Maksudnya:

Maha Suci Allah

20.Apabila genap bilangan tasbih, sambung wirid dengan bacaan berikut:


 Subhaanallahi wabihamdihi da ‘iman qo’imann abada 

Maksudnya:

Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya

21.Mulakan tahmid dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:

 Alhamdulillah (33x) 

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah

22.Apabila genap bilangan tahmid, sambung wirid dengan bacaan berikut:

 Alhamdulillahi rabbil a’lamin ‘a laa kulli haalin’ wafi kulli haalin’ wanikmatin 

Maksudnya:

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan
dan nikmat.

23.Mulakan takbir dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:


 Allahuakbarr (33X) 

Maksudnya:

Allah Maha Besar

24.Apabila genap bilangan takbir, sambung wirid dengan bacaan berikut:

 Allahu akbar kabiraw wal hamdulillahi kasiro wa subhanallahi bukrotaw wa ashila, Laa ilaha
illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wahuwa ‘alaa kulli
syai-in qodir wa ilaihil masirr, wa laa haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim, astagfirullahal
‘aziim. 

Maksudnya:

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang
Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan
mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak
ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.
Setelah selesai bacaan wirid, berdoalah ke hadrat Allah.

Selepas solat fardhu merupakan antara waktu-waktu yang senang dimakbulkan doa.

Pohonlah mengikut keperluan diri atau berdoa sebagaimana doa-doa yang disediakan dibawah:

Doa Selepas Solat Fardu


Disini saya sediakan enam doa solat yang sangat sesuai dibacakan selepas solat
fardu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.

Anda boleh  memilih salah satu doa solat  di bawah yang anda rasakan sesuai dengan anda.

Bantuan audio dan ejaan dalam rumi juga disediakan bagi membantu anda.

Doa Solat 1
Audio Player
00:00
00:00
Use Up/Down Arrow keys to increase or decrease volume.

Bacaan dalam Rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil


anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa
innaka antattawwaburrohim.

Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana


islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.

wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal


mustaghfirin.

Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i


‘alaihimusoolatu wassalam.

Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala
khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil
‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan
sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau
Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami,
Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal
kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun.
Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya
Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami
kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan
kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala
puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa Solat 2
Audio Player
Bismillahi rahman nirrahim, alhamdulillahi robbil alamin, hamdan yuwa fi ni’mahu wa yukaffi-u-
mazidah, ya rabbana lakal hamdukama yan barghi lijali wajhika wa azimi sultonik.

Allahummasolli ‘ala saiyyidina muhammadin fi awwalin wal akhirin, wassalim waradiallahu taala
‘an sadatina ashabi saiyidina rasulillah hi ajmain.

Allahummah yi na bil iiman, wahsyurna bi imaan, wa adhilna jannata maal imaan, birahmatika ya
arhamarrohimin.

Allahumma ‘aa inna ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatika.

Allahumma inna nas aluka ‘ill huda wattuko wal ‘afa-fa wal-gri-na.

Allahumma taqabbal minna solatana tammah. Wagfirlana zunubana ‘ammah

Walaa tuabzibnaa ilaa yaumil qiyamah innaka ‘alaa kulli syai’in qodir.

Allahummagfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama robbayana sogriro.

Allahummah yiina bihayatil ulama’ wa ‘amitna bimauti syuhada’, wagsyurna fi zumrotil auliya’ wa
adhilnal jannata maal anbiya-i-alaihimussolatu wassalam.

Rabbana laa tuzig kulubana ba’da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah innaka antal-
wahhab.

Rabbanag-firlana zunubana wa isrofana fi amrina wa ssabit akdamana, wansurna ‘alal qaumil


kafirin.

Rabbana fagfirlana zunubana, wakaffir ‘anna saiyiatina, watawaffana ma’al abrar.

Allahumma robbana atina fiddunya hasanatan wa fil aa hiroti hasanatan wakina azabannar.

Allahumma tim lanaa yaa Allah bi husnil khotimah, wala tahtim ‘alaina yaa Allah bi suu ‘ill
khotimah.

Wasallallahhu ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wasohbihi wassalam,

Subhana robbika robbil izzati ‘amma ya sifun, wassalamu ‘alal mursalin,

Walhamdulillahi robbil alamin.

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan puji yang sebanding dengan nikmatNya
dan menjamin tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu
dan kebesaran kekuasaanMu. Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya. Restu Allah
mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian.
Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga
bersama iman, dengan berkat rahmatMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani. Ya Allah,
tolonglah kami untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan melakukan ibadah yang sebaiknya untuk Mu.
Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan. Ya Allah, terimalah
solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya. Janganlah Engkau seksa kami biar pun
sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, ampunkanlah
dosa-dosa kami dan ibu bapa kami. Rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik kami dengan baik
sejak kecil. Ya Allah, hidupkan kami seperti kehidupan para ulama. Matikan kami seperti  kematian para
syuhada. Kumpulkan kami ke dalam kumpulan para wali. Masukkan kami ke dalam syurga bersama nabi. Wahai
Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami  setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami.
Berikan kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi. Wahai Tuhan kami,
ampunkanlah dosa-dosa kami dan keterlanjuran kami dalam segala urusan kami. Serta teguhkanlah pendirian
kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami,
hapuskan kejahatan kami dan matikan kami bersama-sama orang yang baik. Ya Allah, berikan kepada kami di
dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan. Selamatkan kami daripada api neraka. Ya Allah, sudahi ajal
kami dengan kesudahan yang baik. Janganlah Engkau sudahi terhadap kami, ya Allah, dengan kesudahan yang
buruk. Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para
sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para
rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa Solat 3
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalam ‘ala saiyyidil
mursalin wa imamil muttaqin, wa ‘ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain.

Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin wa afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ilmi wabarakatan
fil rizki, watau batan qoblal maut warahmatan indal maut, wa magfiratan ba’dal maut.

Allahumma hauwin alaina fil sakaratil maut, wannaja ti minannar wa afwa indal hisab.

Rabbana laa tuzig kulubana ba’ da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal
wahhab.

Allahhuma ahyina bil imaan, wa amitna bil imaan, wa adkhilnal-jannata ma’al imaan.

Allahumagfirlana zunubana waliwa-lidaina war hamhumma kama robbayana soghri-ro.

Allahummahtim lana bi husnil-khotimah, wala tahtim alaina bi suu-il-khotimah.

Rabbana atina fiddunya hasanatan, wafil-Aa-khiroti hasanatan wakina azab-bannar.

Wassalallhu ‘ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil
alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas
keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada
agama, kesihatan jasad, ditambah ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati
dan keampunan setelah mati. Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada
api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan
hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu,
sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah
kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala
dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka
berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik
dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami,
kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh
keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.
Doa Solat 4

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina


muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan,
Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,

Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa
tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.

Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala
sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.
Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas
keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami
dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-
dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua
mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan
janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau
pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.  Anugerahilah kami rahmat kerana
sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan
juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi
Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa Solat 5

Bacaan Dalam Rumi:

Bismillahi rahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassollatu wassalamu ‘ala asyrafil


anbiya’i wal mursalin, wa ala aalihi wasohbihi ajmain.

Allahumma inna nastahfizuka wanastau di uka dinana wa aha-lina wakulli syai-‘in a’taitana,
Allahummaj ‘alna wa iyyahum fi kanafika wa amanika wajawarika min kulli syaitonin marid
wajabbarin anid wazi ‘ain wazi  baghyin wazi hasadin wazi kulli syarrin innaka ‘ala kulli syai-in
qodir.

Allahumma aslih zaata bainina wa allif baina qulubina wahdina subulassalam wanajjina
minazzulumati ilannuri wajannibnal fawahisya mazoharo min ha wama baqon. Allahumma barik
lana fi ‘asma ‘ina wa absorina waqulubina wa azwajina wa zurriyyatina watub ‘alaina innaka
antattauwa burrohim. Waj’alna Syakirina Lini’matika musnina biha qobilina laha wa atimmaha
‘alaiha.

Rabbana Aatina fiddunya hasanah wafil akhiroti hasanah waqina ‘azabannar, wasollallahu ‘ala
sayyidina muhammadin subhana robbika robbil izzati ‘amma yasifun wasalamun ‘alal mursalin
walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah,
Tuhan pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan
begitu juga ke atas keluarga serta sahabat Baginda semuanya. Ya Allah, Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami
memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMu-lah kami pertaruh agama kami, ahli keluarga kami,
harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan
penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian, dan yang
mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah, perbaikilah
perhubungan kami, dan lembutkanlah antara hati-hati kami, dan tunjukkan kami jalan keselamatan, dan lepaskan
kami daripada  kegelapan kepada cahaya, dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan sama ada yang terang
ataupun yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pendengaran dan penglihatan kami, dan hati-hati kami, dan isteri
kami, dan keturunan kami. Dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau maha memberi taubat lagi maha
penyayang dan jadikanlah kami bersyukur atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberiaanMu dan
sempurnakan nikmatMu ke atasnya. Ya Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di
akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas
keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa
yang mereka gambarkan.Dan sejahtera atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang
memerintah sekalian alam.

Doa Abu Darda


Seorang sahabat Rasulullah SAW dan ahli ibadah yang terkenal dengan nama Abu Darda’ telah
mengamalkan doa di bawah ini setiap lepas Subuh dan Maghrib.

Doa ini bertujuan untuk memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah SWT bagi diri,
ahli keluarganya dan harta bendanya dari gangguan dan kejahatan jin, syaitan, haiwan dan manusia.

Menurut riwayat, beliau mengamalkan doa di bawah ini yang didapatinya daripada Rasulullah
SAW.

Berikut adalah doa tersebut:


Bacaan Dalam Rumi:

Bismillahi rahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalamu ‘ala sayyidina


muhammadin ashrofil ‘anbiya’i wal mursalin, wa ‘ala Aalihi wasohbihi ajmain.

Allahumma anta robbi, Laa ilaha illa anta. ‘Alaihi tawakkaltu, wa anta robbul ‘arsyil-‘azim.

MasyaAllahu kaa na, wa maa lam yasha’ lam yakun. Laa haula wala quwwata illa billahil ‘azim.
A’lamu annallaha ‘ala kulli syai’in qodir, wa annallaha kod Ahatho bikulli syai’in ill-ma.

Allahumma inni ‘Auzubika min syarri nafsi, wa man syarri kulli dabbatin anta aakhizun
binasiyatiha inna robbi sirotin mustaqim.

Wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala Aalihi wasohbihi wassalam, walhamdulillahi


robbil ‘alamin.

Maksudnya:

Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas tuan kami, Nabi Muhammad
semulia-mulia nabi dan rasul, (selawat dan salam ini juga dilimpahkan) ke atas ahli keluarga Baginda, dan para
sahabatnya sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan (yang layak disembah melainkan Engkau). Aku
hanya bertawakkal kepadaMu , dan Engkaulah Tuhan bagi ‘Arasy yang besar. Apa yang dikehendaki oleh Allah
pasti akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya pasti tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan
melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke
atas setiap sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala perkara. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap binatang yang melata yang Engkau memegang ubun-
ubun mereka (berkuasa ke atas setiapnya). Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Semoga Allah
melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan berilah
kesejahteraan (kepada mereka). Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Doa Selepas Solat Ringkas
Jika anda kesuntukan masa untuk berwirid dan doa, sekurang-kurangnya anda boleh
membaca salah satu doa-doa ringkas di bawah ini:

1.Dipetik daripada Sunan Abu Daud daripada Muslim bin al-Haris at-Tamimi, salah seorang
sahabat r.a berkata, Rasulullah SAW berbisik-bisik kepadanya, katanya:
Selepas solat Maghrib, bacalah:

  Allahumma Ajirnii Minan-nar (7 kali) 

Maksudnya:

“Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka” sebanyak 7 kali. Sesungguhnya apabila engkau
mengucapkannya kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Dan ucapkan juga
selepas solat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkan kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti
dilindungi daripada neraka (Riwayat Abu Daud)

2.Dalam kitab Ibnu Sunni, Ummu Salamah r.a berkata, selepas Rasulullah SAW solat Maghrib,
Baginda masuk ke rumah kemudian solat dua rakaat dan membaca:

  Ya Muqollibal-Qulub, Tsabit Quluubana ‘Ala Diinik  

Maksudnya:

Wahai Zat yang membalik-balikkan hati dan penglihatan, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.
3.Dalam kitab at-Tirmizi, Amarah bin Syabib berkata, Rasulullah SAW bersabda:

  Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa SyariiKalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa
‘Ala Kulli Syai’in Qodir (10 kali)  

Maksudnya:

Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya.
MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan,
dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan
sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10
pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu sama
nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin.

4.Doa meminta perlindungan Allah & Dipermudahkan Urusan Setiap Masa


 Yaa Hayyu Yaa Qayyum bi Rahmatika astagheeth, Aslih-Lee Sha’nii Kullahu, Wa Laa Takilnii iLaa Nafsi Tarfata
‘Aynin  

Maksudnya:

Tuhan yang Selamanya Hidup, Tuhan Yang Abadi, Dengan belas kasihanMu, aku meminta perlindungan,
permudahkanlah semua urusanku dan jangan tinggalkan aku sendiri walaupun hanya sekelip mata.

Penutup: Kepentingan Doa


Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami’

Allah Maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambaNya
pada setiap masa, tempat dan ketika.

Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hambaNya yang bertaubat ialah doa
daripada hambaNya yang meminta.

Allah setia mendengar rintihan hamba-hambaNya ibarat kekasih.

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya
orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk
neraka Jahannam dalam keadaan hina.

— Surah Ghafir ayat 60


Orang yang tidak berdoa boleh dikira sombong terhadap Allah.

Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan
hina itu.

Maka berdoalah.

Doa untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah SWT.

Sebagai hamba, kita memerlukan Allah lebih dari daripada segala-galanya dalam hidup ini.

Anda mungkin juga menyukai