Anda di halaman 1dari 23

SOLAT BERJEMAAH

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL ATILIANA BINTI MOHD ZUKI
SITI MARIAM BINTI MOHD MOKRI
NORKAMILAH BINTI ISMAIL
DEFINISI
Solat berjemaah bermaksud solat yang
dilakukan oleh tidak kurang daripada
dua orang, di mana salah seorang
daripadanya mengikut yang seorang
lagi. Orang yang diikuti dinamakan
imam dan orang yang mengikut
dinamakan makmum.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila kamu(Rasulullah) bersama mereka
para pejuang(dalam peperangan) mahu
mengerjakan sembahyang, hendaklah
sebahagian dari mereka berdiri sembahyang
bersama kamu”
(Surah An-Nisa’: 102)
Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:
"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik)
daripada solat bersendirian dengan 27 kali
darjat“
(HR Bukhari dan Muslim)
Solat berjemaah terdiri daripada seorang
imam dan sekurang-kurangnya seorang
makmum. Solat secara berjemaah sangat
dituntut dalam Islam dan hukumnya adalah
sunat muakkad
Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu
kifayah, manakala sesetengah pendapat
mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat
muaakad atau sunat yang sangat dituntut
dalam Islam
MAKMUM MUWAFIQ
Definisi:
Muwafiq- makmum iaitu makmum sempat
menghabiskan bacaan Fatihahnya ketika ia qiam bersama yang
bersama imam.

Hukum: dimaafkan kepada makmum muwafiq ketinggalan dari


imam sebanyak 3 rukun panjang. Justeru, sekiranya makmum
tidak menyelesaikan bacaan Al-Fatihahnya sebaik sahaja imam
berpindah ke rukun ke-4 baginya, maka makmum mesti membuat
pilihan antara mufaraqah atau mengikut imam tersebut. Jika tidak
berbuat salah satu daripada keduanya, maka sembahyangnya
dikira batal.
MASALAH MELIBATKAN MAKMUM
MUWAFIQ
Makmum muwafiq tidak sempat menghabiskan
bacaan Fatihah kerana tabiat lambat membaca,
dimaafkan tertinggal dari imam sehingga 3 rukun
panjang. Jika bacaan fatihah tidak dapat dihabiskan
sehingga imam berpindah ke rukun ke-4, makmum
perlu membuat pilihan di antara mufaraqah atau
mengikut imam. Jika ia mengikut imam, rakaat
tersebut tidak dikira dan makmum mesti
menambah satu rakaat selepas imam memberi
salam.
Makmum muwafiq yang syak ia membaca Fatihah atau
tidak, dan belum lagi rukuk sedangkan imamnya sudah
rukuk. Maka makmum berkenaan wajib membaca
Fatihah dan dimaafkan ketinggalan dari imam 3 rukun
panjang. Jika makmum berkenaan belum selesai bacaan
Fatihahnya sedangkan imam berpindah ke rukun ke-4
baginya, maka makmum berkenaan ketika itu membuat
pilihan di antara mufaraqah atau terus mengikut imam.
Jika makmum tidak membuat pilihan, apabila sampai
sahaja imam kepada rukun ke-4, batal solatnya
• Seorang muwafiq yang lupa membaca surah Al-Fatihah
sehingga imamnya rukuk tetapi makmum berkenaan
belum rukuk, kemudian dia teringat bahawa dia belum
lagi membaca Al-Fatihah, makmum ini diwajibkan
membaca Al-Fatihah dan dimaafkan kepadanya
ketinggalan 3 rukun panjang.
• Seorang muwafiq yang syak adakah dia telah membaca
Al-Fatihah atau belum lagi, ataupun dia teringat bahawa
dia belum lagi membaca Al-Fatihah sesudah imam rukuk
dan dia sendiri telah melakukan rukuk, hukum orang itu
tidak boleh lagi dia membaca Al-Fatihah, tetapi wajib ke
atas nya terus mengikuti imam dan apabila selesai salam
imamnya dia dikehendaki menambah satu rakaat lagi.
• Orang muwafiq yang syak sesudah dia rukuk sedangkan
imam belum lagi rukuk, iaitu syak adakah dia telah
membaca Al-Fatihah ataupun belum. Hukumnya dia
wajib kembali qiam dan membaca Al-Fatihah dan dia
dimaafkan ketinggalan 3 rukun yang panjang.
• Orang muwafiq yang tertinggal membaca Al-Fatihah
kerana sibuk membaca doa Iftitah. Tiba-tiba imamnya
rukuk sebelum dia sempat menghabiskan bacaan Al-
Fatihah, samada dia telah membaca sebahagian
daripada ayat-ayat Al-Fatihah ataupun belum sempat
membacanya walau sedikitpun hukumnya wajib dia
membaca Al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan 3
rukun panjang.
• Orang muwafiq yang sedang menunggu
saktah imamnya yakni dia memerhatikan
bacaan Al-Fatihah imamnya untuk
mendapatkan sunat dan bercadang membaca
Al-Fatihah apabila imam membaca surah
nanti, tetapi imam apabila selesai membaca
Al-Fatihah terus rukuk tanpa membaca mana-
mana surah, dengan itu makmum berkenaan
tidak sempat membaca Al-Fatihah, hukumnya
dimaafkan ketinggalan 3 rukun panjang dan
wajib ke atasnya membaca Al-Fatihah.
• Orang muwafiq yang sedang menunggu saktah
imamnya untuk mendapatkan sunat dan
bercadang akan membaca surah Al-Fatihah
apabila imam membaca surah nanti, tetapi
imam apabila selesai membaca surah Al-
Fatihah dibacanya surah yang pendek
menyebabkan makmum tidak sempat
menyempurnakan bacaan Al-Fatihah
sedangkan imam sudah rukuk atau sujud,
hukumnya dimaafkan ketinggalan 3 rukun
panjang.
MAKMUM MASBUQ
Definisi:
Makmum yang:
- didahului oleh imam iaitu makmum yang tidak
sempat menghabiskan bacaan
Fatihahnya.
-atau langsung tidak sempat membacanya. Ia qiam
bersama imam atau ia mula berjemaah semasa imam
sedang rukuk atau hampir rukuk -atau tidak sempat
langsung rukuk bersama imam.
-atau telah ketinggalan rakaat bersama imam
MASALAH MELIBATKAN
MAKMUM MASBUQ
• Makmum masbuq yang masuk bertakbiratul ihram
ketika imam sedang berdiri atau membaca Al-
Fatihah hendaklah terus membaca Al-Fatihah
dengan tidak sunat membaca doa Iftitah. Jika imam
rukuk sedangkan dia belum habis membaca Al-
Fatihah, maka dia hendaklah memberhentikan
bacaan Fatihahnya dan terus rukuk bersama imam.
Baki bacaan akan ditanggung oleh imam dan
makmum tersebut mendapat rakaat kerana sempat
rukuk bersama imam.
• Makmum musbuq yang masuk bertakbiratul ihram ketika
imam sedang rukuk atau melakukan rukuk hendaklah terus
rukuk setelah sempurna takbiratul ihramnya dengan tidak
perlu membaca Al-Fatihah kerana bacaan Al-Fatihah
ditanggung oleh imam dan makmum masbuq itu mendapat
satu rakaat jika dia sempat rukuk dan tamakninah bersama
imamnya.
• Makmum masbuq yang masuk bertakbiratul ihram ketika
imam sedang duduk membaca tahiyyat atau sedang sujud,
hendaklah dia terus mengikut keadaan dan perbuatan imam
itu setelah dia sempurna takbiratul ihramnya, dan dia tidak
dikira mendapat satu rakkaat kerana dia tidak sempat rukuk
bersama-sama imam. Makmum masbuq dikira mendapat
satu rakaat apabila dia sempat rukuk bersama-sama imam
walaupun dia tidak sempat membaca Fatihah.
• Makmum masbuq yang sempat rukuk
bersama imam dalam rakaat kedua dalam
sembahyang subuh hendaklah mengikut
keadaan perbuatan imam, termasuklah
membaca qunut, kemudian apabila imam
telah selesai memberi salam maka makmum
hendaklah berdiri melakukan rakaat yang
kedua bagi dirinya dan adalah disunatkan
baginya membaca qunut dalam rakaat yang
kedua itu
• Makmum masbuq yang sempat rukuk
bersama imam dalam rakaat ketiga(akhir)
dalam sembahyang hendaklah mengikut
keadaan dan perbuatan imam, termasuk
duduk tahiyyat akhir, kemudian apabila selesai
memberi salam, maka makmum hendaklah
berdiri melakukan rakaat yang kedua bagi
dirinya dan melakukan tahiyyat awal dalam
rakaat itu. Kemudian berdiri lagi untuk
melakukan rakaat yang ketiga dan melakukan
tahiyyat akhir dan salam.
PROSEDUR MENEGUR IMAM DARI SEGI
PERBUATAN DAN BACAAN
apabila imam terlupa sesuatu ayat atau
satu dua kalimah dalam sesuatu ayat,
hendaklah makmum membaca ayat
atau susunan kalimah-kalimah itu
dengan betul untuk didengar supaya
imam membetulkan semula bacaannya.
Hal ini diterangkan dalam hadis
bahawasanya Rasulullah S.A.W telah
bersabda yang bermaksud:
• “ dari Ibni Umar(r.a) bahawa Nabi S.A.W telah
mengerjakan satu sembahyang, lalu baginda
tidak dapat mengingatkan(susunan kalimah
atau ayat dalam bacaannya). Setelah selesai
sembahyang baginda bertanya kepada
Abi(salah seorang dari sahabatnya) “adakah
engkau turut sembahyang bersam kami?”.
“ada”,jawab Abi. “jika demikian, apakah yang
menghalangmu daripada mengingatkan
daku(tadi)?”sabda baginda lagi
Cara makmum lelaki menegur kesilapan imam dalam
perbuatan ialah menyebut perkataan "subhanAllah"
dengan suara yang boleh didengari imam.Manakala
makmum wanita boleh menegur imam yang terlupa
walaupun terdapat makmum lelaki tetapi mereka
pun dalam keadaan lupa dengan cara menepuk
tangan iaitu dengan mengangkat telapak tangan
kanan ke atas belakang tangan kiri dengan kadar
imam mendengar tepukan tersebut.
Bagi makmum lelaki dibolehkan menegur secara
terus imam yang lupa dalam bacaan namun bagi
makmum perempuan adalah haram dan terbatal
solatnya.
PROSEDUR MENGGANTI IMAM TERBATAL SOLAT
SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS AL-FATIHAH
Sebelum Al-Fatihah:
-pengganti hendaklah membaca Al-Fatihah dan
meneruskan solat seperti biasa
Semasa Al-Fatihah:
-pengganti hendaklah menyambung bacaan Al-
Fatihah itu atau lebih afdal membaca semula Al-
fatihah yang telah dibaca oleh imam pertama
Selepas Al-fatihah:
-pengganti tidak perlu membaca semula Al-fatihah
tetapi meneruskan solat seperti biasa atau
dibolehkan terus rukuk
PROSEDUR MENGGANTI IMAM TERBATAL
SOLAT KETIKA RUKUK DAN SUJUD
Ketika rukuk:
Imam perlulah bangun terlebih dahulu untuk iktidal.
Setelah itu baru lah imam mengundur diri dan memberi
isyarat kepada penggantinya lalu pengganti perlu
bersegera melangkah ke hadapan dan menyambung solat
seperti biasa
Ketika sujud:
Imam perlulah bangun untuk duduk antara dua sujud
terlebih dahulu. Setelah itu barulah imam boleh
mengundur diri dan memberi isyarat kepada
penggantinya. Pengganti perlu lah meneruskan solat dan
apabila bangun untuk rakaat seterusnya pengganti itu tadi
perlulah mara ke hadapan melebihi makmum yang lain
Sesungguhnya yang baik itu datang
daripada Allah dan yang
kurang elok itu datang daripada
kelemahan diri kami sendiri.
Namun hakikatnya semua datang
daripada Allah
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai