Anda di halaman 1dari 9

ssalamualaikum, dan Salam Ramadhan.

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat


datang ke blog 'belajarkaedahjibril'. Kali ini saya akan berkongsi dengan tuantuan Klip Video Kaedah Mudah Menghafaz al-Quran bersama Ustaz Asraff Ayob
al-Hafiz semasa perkongsian beliau di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Untuk lebih mendalami anda boleh mendapat CD beliau cd kaedahjibril .
Saksikan bagaimana kaedah Jibril yang diajar oleh Ustaz Asraff Ayob al-Hafiz.
Semoga tayangan video klip ringkas ini dapat memberi manfaat untuk tuan puan
mempelajari kaedah mudah hafaz al-quran dan mengajarkannya pula untuk
anak-anak. Semoga usaha kita di terima Allah S.W.T dan diberkati-Nya.
Labels: teknik mudah kaedah jibril

Tips Mudah Menghafaz al-Quran


0 comments Posted by Marzuki Mohd at 1:34 AM

1.DOA PEMBUKA
Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz alquran,sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.Berdoalah walaupun
dengan hanya al-fatihah...tapi di sini ana kongsikan doa hafazan yang
khusus...Sebagai pembuka..:
( i ) istighfar (7x)
( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x)
(iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x)
(iv) al-fatihah
2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN.
--- > Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....Banyak
hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,ia juga merupakan fokus
utama untuk mengelak kesalahan tajwid disamping memudahkan kita mengingat
kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti...kadar bacaan yang diperlukan
adalah 20 kali dan ke atas..Pastikan tidak kurang daripada 20 kali..Ulangan
peringatan,hanya membaca iaitu dengan meneliti ayat,kalimah dan
baris.Permulaannya nampak susah,tapi sesiapa yang mencuba insyaALLAH
senang.WALLAHUA'LAM
3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN.

Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.Ulang ayat tersebut sebanyak 20


dan lebih.Kalau dah boleh,teruskan dengan menghafal ayat kedua,juga dengan cara
yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali dan lebih.Kemudian ulang menghafal
ayat pertama dan disambung dengan ayat kedua(tanpa melihat mushaf).Kemudian
sambung hafalan dengan ayat ketiga,ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan
daripada ayat pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke
ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM.
4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN.
Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,ulang semula menghafal satu
lembaran tanpa melihat alquran.Ulang dan ulang dan pastikan hafalan tersebut
lancar.Pastikan kepala ayat dan ayat paling bawah kekal diutamakan mengingat
supaya tidak keliru jika berpindah ke lembaran seterusnya...
5.DOA PENUTUP
Sebagai penutup kepada hafalan baru ada doanya yang khusus.Doa penutup
kepada hafalan al-quran banyak tapi antara yang paling senang adalah dengan
membaca "allahummar hamna bil quran,waj'al hulana imaman wa nuuran wa hudan
wa rahmah........doa ini insyaALLAH memang lazim didengar dalam bentuk lagu
ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari di google insyaALLAH
jumpa..WALLAHUA'LAM.
5.TASMIK.
Pelajar yang memang menghafal al-quran tasmik dengan guru pentasmik masingmasing,lazimnya masa tasmik adalah waktu pagi bagi penghafaz-penghafaz alquran.Bagi yang bukan penghafaz al-quran,anda sudah tentu mempunyai kekangan
masa disebabkan kerja lain..Oleh itu,ana sarankan cari waktu yang sedikit lapang
sekitar 1-3 jam untuk memulakan hafalan anda.Waktu terbaik adalah sebelum
masuk waktu subuh dan waktu malam selepas mghrib dan selepas isyak.Kemudian
cari sesiapa saja yang anda rasa berkebolehan dalam tajwid bagi
memperdengarkan hafalan anda.Apabila menghafal,kita wajib mentasmik hafalan
kita kerana ini adalah satu kewajipan dalam menghafal al-quran sebagai bukti kita
ingat ayat tersebut walaupun ada orang lain sedang mendengar.
Labels: tip hafaz quran

Belajar al-Quran Bersama Ustaz Asyraf


0 comments Posted by Marzuki Mohd at 1:52 AM

Assalamualaikum, kepada semua pembaca blog saya.


betapa gembiranya sekiranya kita dapat menghafal 30 juz al-Quran, sekurangkurangnya surah lazim...lebih-lebih lagi al-Fatihah yang merupakan nadi alQuran. tanpa kita sedari ramai yang masih lagi jahil dalam mendalami ilmu alQuran, walhal masa diberikan Allah begitu luas..untuk hambanya mencari ilmu
agama dan mendalaminya. Soal sibuk itu hanyalah alasan yang direka-reka.
Sekiranya kita pandai mengurus masa, Insyaallah ianya mudah sebenarnya.
Sehari sekurang-kurangnya kita ambil masa 3 jam untuk mendalami ilmu
Allah..samaada melalui kelas-kelas agama, ceramah-ceramah agama, media
elektronik dan sebagainya.
Jadilah kita hambaNya yang tahu menghargai masa. sebagaimana firman Allah
dalam surah al-Asr.."sesungguhnya manusia dalam kerugian"...fikir-fikirlah.

Tip-tip untuk menghafal al-Quran


0 comments Posted by Marzuki Mohd at 7:02 PM

TEKNIK MENGHAFAL QURAN


Assalamualaikum. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menghafal al-Quran, saya kongsikan
beberapa tips bagi memudahkan kalian untuk menghafalnya. Mudah-mudahan berkesan,
insyaAllah

Sebelum menghafal
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.

3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.


4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.
Teknik Menghafal
A. Teknik Chunking
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian
yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3
bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut
pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib,
rubu, cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Quran kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan
sebagainya.
B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali
sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum
berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali
sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan
ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Quran seterusnya, harus diulang bahagian
yang sebelumnya.
C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata
tertutup.
D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Al-Quran atau beberapa qari bagi
surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal
beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat
di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Quran dan kurangkan atau tinggalkan
pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.
F. Teknik Merakamkan Suara

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan
bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti
oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar
kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.
G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu, atau setiap
juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.
H. Teknik Pointers dan Keyword
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi
mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan
bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai
sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari
kaset di minda kita.
J. Teknik Mindmaping
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu. Tulis ayat pertama
rubu tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil
bagi rubu.
Mengekalkan Hafalan
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa,
ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1
juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.
Labels: hafal al-Quran, hafiz quran, tip hafaz

kesalahan - kesalahan tajwid dalam al-Fathihah


0 comments Posted by Marzuki Mohd at 5:06 PM

Berikut merupakan beberapa kesalahan dalam bacaan surah al-Fatihah yang


mungkin kita terlepas pandang. Bacaan al-Fatihah amat penting kerana ia
adalah rukun. Sekiranya tersilap baca walaupun satu huruf, ia boleh
membatalkan solat kita.
Kalau ada sesiapa yang nak tambah dan betulkan, silakan ye... :) . Namun, nak
ingatkan di sini, blog bukanlah tempat yang sesuai untuk belajar al-Quran. Blog
hanyalah sekadar bahan bacaan. Untuk mempelajari al-Quran, berjumpalah
dengan guru al-Quran, insya Allah...

1. Sebutan huruf berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita


menyebut "Ismillah..."

2.

Sabdu pada kalimah tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat


huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi
sabdu(faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah
(lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah
disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf pada kalimah ini adalah
berbaris bawah.

3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...",


yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf tidak disabdukan dan
sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya
"BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya


sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan.
Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf

digantikan dengan huruf

7.

Kalimah seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan


yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf

ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil"


yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf

ditukar menjadi huruf

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah
"Iyyaka".

11. Sebutan huruf tidak jelas.


12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
13. Huruf ditukar menjadi huruf
14.

Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris


hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".


16. Huruf
17.

tidak disabdukan.

Huruf ditukar menjadi huruf

18. Huruf ditukar menjadi huruf . Apabila huruf

berbaris
bawah,sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19.

Menukar huruf kepada huruf . Ini merupakan kesalahan yang


paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan
perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf

dulu, baru huruf . Ramai yang membunyikan , kemudian . Ada


juga membunyikan , kemudian . Tak kurang juga ada yang membunyikan
kemudian

21. Huruf ditukar menjadi huruf


22.

Huruf berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf

disebut dengan qalqalah.

24. Huruf

tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ditukar menjadi huruf


26. Huruf tidak disabdukan.
27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah,
maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Kalimi
Musaqqal. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat
Wallahu a'lam...
Labels: al-fatihah, kesalahan baca al-fatihah

Jom Baca Quran


0 comments Posted by Marzuki Mohd at 1:03 AM

Oleh : Mufti Brunei


( Dengan nama Allah, Segala puji
bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga,
sahabat dan para pengikut Baginda)

Al-Qur'an adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad


Shallallahu 'alaihi wasallam pada bulan Ramadhan. Dalam usaha
mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, bulan Ramadhan
adalah kesempatan yang paling berharga untuk emperbanyakkan
membaca al-Qur'an, samaada secara bertadarus ataupun berseorangan,
lebih-lebih lagi sehingga menamatkan (khatam) bacaan 30 juz al-Qur'an.

Ini kerana orang yang membaca al-Qur'an akan mendapat rahmat dan
limpah kurniadari Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firmanNya:
Labels: Jom baca Quran

Adab Membaca al-Quran


0 comments Posted by Marzuki Mohd at 12:54 AM

Secara mudahnya, kita bahagikan adab terhadap Al-Quran kepada dua bahagian
iaitu adab secara umum dan adab secara khusus.
Labels: adab membaca al-Quran

Anda mungkin juga menyukai