Anda di halaman 1dari 10

kaedah dan teknik

hafazan al-quran
kumpulan 5
(farhan, faiz, wardina, amierah)
1. sentiasa tajdid niat
Perkara ini amat memainkan peranan utama kita
sebagai penghafaz Al-Quran agar dapat terus
istiqomah dalam menjalani liku-liku sebagai seorang
hafiz-hafizah. Lakukannya ikhlas kerana Allah S.W.T,
megharapkan rahmatNya, keredhaan-Nya dan untuk
memperoleh nikmat menghafal Al-Quran.
2. gunakan mushaf yang sama
Apabila kita menggunakan mushaf yang sama, mata
kita akan terbiasa dengan cara penulisan, warna dan
hiasan dalamannya. Hal ini akan membuatkan mata
kita terbiasa dengan mashaf tersebut.
3. mendengar pembacaan
ayat al-quran
Perkara ini mungkin agak sukar, tetapi InshaaAllah, pasti boleh. Kita
perlu meninggalkan segala benda yang melaghakan pemikiran kita
melalu pendengaran seperti lagu yang lagha, korea, muzik pop dan
rock. Ianya kerana 2 benda yang bertentangan tidak dapat wujud
dalam masa yang sama.

Pembacaan Ayat Al-Quran yang kita dengari akan masuk ke dalam


minda kita tanpa kita sedari. Kita juga boleh membuka mashaf sambil
mendengar bacaan Al-Quran untuk membiasakan dengan mukasurat
tersebut.
4. pengulangan dan pembahagian
halaman mukasurat
Baca keseluruhan halaman mukasurat beberapa kali.
Kita juga boleh membahagikan halaman mukasurat
tersebut kepada 3/2 bahagian. Ini bergantung kepada
berapa mudah untuk menghafal halaman tersebut. Hafal
bahagian pertama sehingga lancar sebelu meneruskan
ke bahagian seterusnya. Elakkan pergi ke muka
hadapan sebelum kita mendapati hafalan tersebut
masih belum lancar.
5. menulis semula ayat quran
Apabila kita hendak mengukuhkan lagi ingatan kita
terhadap ayat Al-Quran, kita hendaklah menulis ayat
tersebut di atas lembaran kertas agar kita dapat
mengetahui ejaan ayat Al-Quran tersebut dan
menambahkan daya ingatan terhadap ayat yang
dihafal.
6. fiqh ayat
Pada saya, fiqh ayat itu amat penting bagi seseorang yang
hendak menghafal Al-Quran. Hal ini dikatakan demikian kerana
kita perlulah memahami terlebih dahulu ayat yang ingin
dihafal. Murobbi saya pernah berpesan bahawa apabila kita
sukar untuk menghafal sesuatu perkataan, kita hendaklah
melihat makna ayat tersebut dan memahami jalan
cerita/pengajaran yang ingin disampaikan oleh Allah S.W.T.
7. menghafal pada waktu yang sesuai
Apa yang ingin dimaksudkan dengan 'waktu yang sesuai'
adalah menghafal pada waktu dimana pada waktu itu
otak kita segar dan tenang. Sebagai contoh, pada
waktu sebelum subuh. Pada waktu itu otak kita masih lagi
kosong dan segar untuk menghafal. Tambahan pula,
menghafal Al-Quran pada waktu otak kita masih segar
akan menambahkan daya ingatan yang kuat dan
mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran itu adalah
lebih baik.
8. Mengulang semula apa yang telah dihafal

Bagi menguatkan lagi ingatan kita terhadap apa yang


dihafal, kita hendaklah mengulang semula ayat yang
dihafal. Saya pasti bahawa murajaah itu bukan suatu
perkara yang mudah. Tetapi, apabila kita sentiasa
memperbaharui niat kita, kita akan terus bersemangat
dan istiqamah dalam bermurajaah.
sekian
terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai