Anda di halaman 1dari 13

I.

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TERHADAP HAFAZAN AL-QURAN Kemahiran menghafaz Al-Quran merupakan salah satu bidang yang amat penting dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Namun begitu ada dikalangan murid yang kurang memberi perhatian terhadap bidang ini. Melalui pemerhatian dan tinjaun yang saya lakukan terhadap murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja, saya mendapati ada beberapa faktor yang mendorong kepada permasalahan ini. Antaranya ialah tiada kesedaran dikalangan murid terhadap kepentingan menghafaz al-Quran. Mereka tidak didedahkan atau kurang mendapat pendedahan akan kepentingannya. Sokongan atau galakan daripada ibubapa juga menjadi penyebab mengapa murid-murid gagal menguasai kemahiran menghafaz al-Quran di tahap yang sepatutnya. Guru juga memainkan peranan yang penting dalam memberi galakan kepada murid terhadap bidang ini. Kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid perlu dititik beratkan. Sokongan seperti memberi penghargaan kepada murid yang berjaya dalam kemahiran ini perlu diambil kira bagi memastikan tahap penguasaan murid terhadap hafazan al-Quran berada di tahap seperti yang di harapkan. Saya membahagikan pencapaian dan penguasaan murid terhadap hafazan al-Quran seperti dibawah: CEMERLANG Pada tahap ini murid dapat menghafaz ayat atau surah yang deberikan dengan lancar dan fasih. Segala sebutan magraj huruf dapat di sempurnakan oleh murid dengan jelas. Murid juga mampu menghafaz mengikut hukum Tajwid seperti bacaan dengung dan bacaan Mad. BAIK Di tahap ini murid mampu menghafaz ayat atau surah yang ditetapkan dengan lancar. Namun penguasaan dalam bidang Tajwid kurang dikuasai. Ada ketikanya mereka mengikut segala hokum Tajwid yang terkandung dan ada ketikanya mereka tersasar dari mematuhi segala hokum Tajwid yang terkandung dalam ayat atau surah berkenaan

SEDERHANA Kumpulan sederhana ialah murid yang boleh menghafaz ayat atau surah yang ditetapkan tetapi masih memerlukan bimbingan guru. Mereka menghafaz dalam situasi ingat-ingat lupa. Terutama ayat atau surah yang panjang LEMAH Murid dalam kelompok ini hanya mampu mengigat potongan atau kalimah tertentu sahaja. Jika diberi ayat atau potongan ayat berikutnya mereka selalunya keliru atau tidak mampu mengingat ayat atau potongan ayat yang telah di hafaz. SANGAT LEMAH Pada peringkat ini murid langsung tidak dapat mengingat ayat-ayat yang telah diberikan. Mereka sekadar dapat menghafaz dengan mengikut hafazan guru. Jika diminta mereka menghafaznya sendiri, mereka tidak mampu mengingat ayat-ayat yang telah ditetapkan. Jika boleh pun mereka hanya dapat mengngat potongan permulaan ayat sahaja.

II.CARA MENANAM MINAT PELAJAR TERHADAP AL-QURAN DAN MENGHAFAZ AL-QURAN Menghafaz al-Quran bukahlah perkara yang mudah. Ianya memerlukan pegorbanan dan minat yang mendalam. Selain itu keikhlasan dan kesungguhan selari dengan usaha yang bersungguh-sunggauh akan dapat merealisasikan niat murni ini. Saya berpendapat antara cara untuk menanam minat pelajar terhadap al-Quran dan menghafaz al-Quran seperti berikut: 1. Diri mesti gembira dan ceria Kajian yang dibuat oleh orang barat mendapati memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja dapat menceriakan hidup tetapi dapat meningkatkan tahap kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Para saintis mendapati senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon kita. Di dalam Islam seyum dianggap bersedekah. Dengan senyuman akan melapangkan fikiran. Dengan itu memudahkan dan menambah minat kita untuk membaca dan menghafaz alQuran.Formulasinya, bergantung kepada individu untuk memilih cara hidupnya sama ada untuk gembira atau berduka. 2. Membuat persediaan awal sebelum membaca dan menghafaz al-Quran. Mengetahui ayat atau surah yang akan dibaca atau di hafaz terlebih dahulu Diri dalam keadaan bersih dan berwudhuk terlebih dahulu. Niat juga perlu bersih disamping persekitaran yang bersih dan mendamaikan Ayat atau surah yang telah di hafaz benar-benar telah dikuasai. Apabila pelajar telah bersedia untuk membaca dan menghafaz al-Quran, maka mereka telah mendapat gambaran awal ayat atau surah yang akan di baca dan di hafaz,

dengan itu akan memudahkan pelajar untuk menghafaz ayat atau surah yang telah di tetapkan. Jika pelajar telah bersedia untuk membaca dan menghafaz al-Quran dengan menyediakan perkara-perkara yang di nyatakan maka minat untuk membaca dan menghafaz al-Quran akan terangasang. Perasaan dan pemikiran pelajar juga akan lebih fokus untuk membaca dan menhafaz al-Quran. 3. Sentiasa berdamping dengan mereka yang ahli al-Quran dan mencintai alQuran . Sentiasa mendampingi dengan mereka yang ahli al-Quran dan mencintai al-Quran akan menambah minat pelajar untuk terus membaca dan menghafaz al-Quran. Ini kerana berada dalam kalangan golongan ini akan menyebabkan jiwa atau roh mereka akan sentiasa dekat terhadap al-Quran.

4. Suka/ tanam minat kepada orang yang mengajar (guru). Hormati dan sayang guru. Guru merupakan orang yang paling berperanan dalam memberi ilmu kepada kita. Tanpa guru, tiada insan bergelar pelajar. Apabila kita minat dengan seseorang penyanyi, kita tampal gambar di bilik, semua lagunya dapat kita hafal. Jika anda minat guru, anda minat menghafal semua pelajaran, maka anda akan menjadi pelajar yang cemerlang. Untuk menanam minat pada guru, elakkan dari mengumpat guru kerana tindakan ini akan membuatkan pelajar hilang minat dan susah untuk mengingat dan menghafaz al-Quran. 5. Berkawan dengan orang yang berminat untuk menghafaz al-Quran . Jika kita berkawan dengan orang yang tidak suka belajar atau membaca dan menghafaz al-Quran kita juga akan terikut sama kerana kita takut tidak diterima oleh rakan. Sedang kita tidak berfikir bahawa kesan daripada tindakan mengikut kawan itu akan merugikan diri kita sendiri. Begitu juga sebaliknya jika kita berkawan dengan orang yang suka belajar atau membaca dan menghafaz al-Quran , jika kita tidak belajar atau berusaha untuk membaca dan menghafaz al-Quran, kita takut kita tidak diterima. Kawan memainkan peranan yang sangat penting terutamanya golongan remaja. Oleh itu para pelajar perlu mencari kawan yang membina ke arah penguasaan membaca dan menghafaz al-Quran dan bukan sebaliknya. 6. Sentiasa memotivasikan diri untuk Berjaya membaca dan menghafaz al-Quran. Setiap individu adalah pemimpin pada dirinya sendiri dan harus bertanggungjawab pada diri untuk memilih kejayaan atau pun kegagalan, kebahagiaan ataupun kehancuran. Individu yang sentiasa bertindak dan berfikiran positif untuk membuat perubahan dalam diri seperti membaca dan menghafaz al-Quran adalah individu yang sangat bermotivasi. Motivasi juga boleh ditingkatkan dengan berfikir atau

bermuhasabah diri tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan hasil tindakan kita pada hari ini. Jika hari ini kita berusaha bersungguh-sungguh untuk membaca dan

menghafaz al-Quran maka implikasinya kita akan akan menjadi generasi celik al-Quran dan pastinya akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat bukan sahaja untuk dirinya bahkan untuk seluruh ahli keluarganya dan juga ummat Islam keseluruhannaya.

III.KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN YANG BERSESUAIAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH Menghafazan al-Quran merupakan suatu prosesuntuk mengingati ayat-ayat suci alQuran yang dilakukan secara sistematik dan berulang-ulang berdasarkan panduanpanduan tertentu (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Di antara beberapa panduan atau tatacara atau untuk menghafaz al-Quran yang penting ialah seperti berikut: Ikhlas dalam niat dan amalan. Seseorang pelajar perlu memperbetulkan niat menghafaz al-Quran ikhlas kerana Allah semata-semata tanpa ada perasaan lain seperti menghafaz untuk lulu peperiksaan dan lain-lain Menggunakan satu mushaf. Ianya bertujuan supaya penghafaz al-Quran tidak keliru dengan bayangan mushaf yang lain. Memahami apa yang dihafaz. Pelajar perlulah memahami atau mengetahui maksud ayat yang dihafal. Dengan cara ini mudah bagi mereka mengingati ayat yang dihafal kerana jika mereka terlupa mereka boleh mengingat maksud ayat berkenaan dan sudah pasti dapat membantu mereka mengingat semula ayat yang terlupa. Meninggalkan maksiat. Al-Quran merupakan kalam suci yang di turunkan Allah SWT. Oleh itu para penghafaznya juga perlu suci zahir dan batin. Meninggalkan maksiat samada kecil atau besar merupakan satu bentuk penyucian jiwa. Jika jiwa atau roh kita suci maka mudahlah kita mengingati ayat-ayat yang dihafal. Hafaz secara berperingkat-peringkat. Pelajar perlu menghafaz al-Quran ayat demi ayat atau potongan demi potongan ayat bagi ayat yang panjang. Jika kita menghafaz terlalu banyak ayat dalam satu-satu masa maka sudah pastilah akan membebankan kita dan akhirnya menimbulkan rasa jemu. Pelajar perlulah menghafaz mengikut kemampuan diri masing-masing.

Kerap mendengar bacaan al-Quran. Setelah pelajar telah menghafaz sesuatu ayat atau surah mereka perlu selalu mendengar ayat yang telah dihafaz samada melalui al-Hafiz tertentu ataupun melalui pita rakaman. Dengan mengulangngulang mendengar ayat yang telah dihafaz maka sudah pastilah akan menguatkan lagi hafazan para pelajar Kerap tasmi` hafazan al-Quran di hadapan orang lain yang berkemahiran. Dengan cara ini pelajar dapat mengesan atau memperelokkan mutu hafazan mereka terutama dalam hokum Tajwid. Disamping itu dapat membantu pelajar menguatkan hafazan mereka.

Kaedah Menghafaz Al-Quran Cuba Jaya Murid-murid diberi masa yang terhad antara 10 hingga 15 minit untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas itu, guru meminta murid menghafaz ayat yang telah dihafaz. Jika mereka tidak dapat menghafaz ayat berkenaan mereka diminta mencuba lagi sehingga mereka Berjaya menghafaznya Kaedah ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan atau individu. Sambung Bacaan Kaedah ini dilaksanakan secara kelas terlebih dahulu. Sebahai contoh guru menghafaz potongan atau ayat tertentu dan murid menyambung secara kelas. Diikuti dengan kumpulan A menghafaz dahulu dan kumpulan B menyambungnya begitu juga sebaliknya dan diteruskan secara individu Tikrar Bacaan Guru meminta murid mengulang-ngulang ayat-ayat tertentu sehingga mereka dapat mengingat ayat yang dihafaz

Gerak Kerja Guru menyediakan latihan bertulis di papan tulis, lembara kerja atau didalam computer. Contohnya seperti suaikan potongan ayat, mengisi tempat kosong. menyusun ayat dan sebagainya Kumpulan Membahagikan murid kepada bebarapa kumpulan. Guru melantik murid yang telah menghafaz ayat yang telah ditetapkan dan mereka membimbing rakan yang belum menghafaz. Guru akan membantu dan memantau semua kumpuala supaya P&P berjalan dengan lancar Individu Guru member tumpuan terhadap hafazan pelajar secara individu. Bagi murid cemerlang mereka diberi galakan agar terus menghafaz ayat-ayat yang lain. Bagi yang sederhana dan lemah mereka tidak dipinggirkan. Mereka terus diberi semangat dan perhatian agar terus berusaha tanpa jemu untuk menghafaz ayatayat al-Quran Tasmik Kaedah tasmik dilaksanakan dengan murid diberi tugas menghafaz ayat tertentu di rumah atau di luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid membaca ayat yang sudah dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Guru tasmik hafazan murid tersebut. Murid yang sudah hafaz dicatat sebagai sudah hafaz, manakala murid yang belum hafaz diminta menghafaz lagi.

IV.ADAB MEMBAWA, MENANGGUNG AL-QURAN BERDASARKAN PANDANGAN PARA ULAMA Para ulama berbeza pendapat mengenai maksud firman Allah SWT dalam surah alWaqiah ayat 79 yang bermaksud : Tiadalah yang menyentuhnya kecuali mereka yang suci. Perkara ini disebabkan ada beberapa tafsiran maksud kalimah yang digunakan pada ayat berkenaan

Contohnya kalimah menyentuhnya adakah ia pengertian hakiki kata membawa maksud memahami dengan baik atau memperoleh berkatnya atau merasakan kelazatannya. Sebahagian ahli Mufassirin mentafsirkan kalimah menyentuh adalah Lauh Mahfuz sebagaimana yang disebut pada ayat sebelumnya iaitu Sesungguhnya al-Quran itu sangat mulia, dalam kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz). Atas pandangan ini,

timbullah perbezaan pendapat mengenai erti al-Mutahharun (yang disucikan). Ada yang berpandangan maksud al-Mutahharun adalah . malaikat dan ada juga yang

berpandangan merujuk kepada manusia.

Sebahagian besar ulama berpandangan bahawa kalimah yamassuhu adalah alQuran dan al-mutahharun adalah manusia yang suci. Jika kalimah yamassuhu merujuk kepada memahami dengan baik al-Quran, maka al-Mutahharun bermaksud Rasulullah SAW dan manusia-manusia suci pilihan Allah SWT. Begitu juga sekiranya yamassuhu difahami dengan erti menyentuh atau memegang, maka al-Mutahharun membawa pengertian kepada beberapa maksud, antaranya bererti yang suci dari syirik, atau suci dari hadas besar (haid dan nifas) atau yang suci dari hadas kecil (dalam keadaan berwuduk). Kesimpulannya ialah: Imam Daud bin Ali berpendapat boleh memegang mushaf al-Quran walaupun dalam keadaan tidak berwuduk atau dalam keadaan haid dan nifas, sama ada Muslim, Yahudi atau Nasrani. Imam Abu Hanifah berpendapat boleh seorang Muslim yang tidak berwuduk memegang al-Quran. Pendapat ketiga pula dianut oleh majoriti ulama, antaranya Imam Malik dan Syafii.Hujah mereka bukan saja penafsiran ayat di atas, tetapi juga disandarkan kepada beberapa hadis Nabi SAW. Di antara ulama yang memegang pendapat ini ada yang membolehkan memegang al-Quran tanpa berwuduk selagi tidak memegangnya secara langsung seperti dengan alas atau dibungkus.

Mereka juga membenarkan wanita yang sedang haid membaca wirid atau doa yang mengandungi ayat al-Quran kerana ketika itu mereka dinilai membaca doa atau wirid bukan membaca al-Quran. Atas dasar inilah, ada pandangan yang mengatakan bahawa seseorang yang membaca al-Quran atau menulis ayat-ayat

dalam ujian peperiksaan boleh dibenarkan. Rasulullah SAW pernah menulis kepada Kaisar yang mengandungi ayat-ayat al-Quran.

Sudah tentu surat berkenaan dibaca atau dipegang oleh Kaisar atau pembantunya yang bukan Islam. Ini satu bukti bahawa dalam keadaan tertentu, boleh membaca atau memegang al-Quran walaupun tidak dalam keadaan suci.

Adab Terhadap Al-Quran Berikut adalah antara beberapa adab menyentuh dan membawa kitab Al-Quran: Wajib, dengan berwudhuk, 1. Menyentuh atau membawa kitab Al-Quran termasuk helaian kertasnya biarpun sudah terpisah daripada kitab tersebut. 2. Menyentuh atau membawa rehal yang dikhususkan untuk meletakkan kitab AlQuran. 3. Menyentuh atau membawa, beg atau sarung yang ada Al-Quran di dalamnya, apabila beg atau sarung itu memang dikhususkan untuk mengisi kitab Al-Quran. Tidak haram tanpa berwudhuk, 1. Menyentuh atau membawa kitab Al-Quran yang huruf terjemahannya lebih banyak daripada huruf Al-Quran. 2. Menyentuh atau membawa, beg yang ada Al-Quran di dalamnya, apabila beg itu bukan dikhususkan untuk mengisi kitab Al-Quran. Jika dibawa beg itu, maka diniatkan membawa beg, bukan membawa Al-Quran. KELEBIHAN SURAH A-RAHMAN Ciri-ciri Surah Ar-Rahman: 1. Adalah surah ke-55 dalam al-Quran 2. Tergolong sebagai surah Makkiyah, terdiri daripada 78 ayat 3. Dinamakan Ar-Rahmaan yang bererti Yang Maha Pemurah berasal dari kata ArRahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini

4. Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah. Sebahagian besar dari surah ini menerangkan sifat Allah SWT. kepada hamba-hamba-Nya, iaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia mahupun di akhirat nanti. 5. Ciri khas surah ini adalah kalimah "Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban" (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?) diulang 31 kali yang terletak diakhir setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia.

Intisari surah Ar-Rahman Mengenai keimanan Allah mengajar manusia pandai berbicara Pohon-pohonan dan tumbuh-tumbuhan tunduk kepada Allah Seluruh alam merupakan nikmat Allah terhadap umat manusia Manusia diciptakan dari tanah sedangkan jin dari api

Hukum-hukum yang terdapat di dalamnya : Hendaklah berlaku adil dan jujur: Mengukur Menakar Menimbang

Peringatan buat makhluk ciptaan Allah: o Manusia dan Jin tidak dapat melepaskan diri dari kekuasaan Allah s.w.t. o Ramai manusia yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan o Mengenai peristiwa tentang hal-hal yang akan terjadi dan hal-hal itu benar-benar terjadi seperti tentang Terusan Suez dan Terusan Panama.

KELEBIHAN

1. Ayat-ayat ini jika ditulis pada kulit kijang, kemudian dipakai pada lengan kanannya, InsyaAllah terpelihara dari segala perkara yang ditakuti. Ayat 33, jika ditulis di atas dahi orang gila, InsyaAllah sembuh. Sebaik-baiknya dilakukan selama 40 hari berturut-turut. 2. Imam Jafar Ash-Shadiq (Sa) Berkata: Barangsiapa yang membaca Surah Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat Fabiayyi li Rabbikum Tukadzdzibn, Ia Mengucapkan: L Bisyay-In Min lika Rabb Akdzibu (Tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), Jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian dia mati, maka matinya seperti matinya orang yang Syahid;Jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang Syahid. (Tsawabul Amal, Hlm 117)

3. Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang membaca surah Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan kepadanya. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187)

4. Imam Jafar Ash-Shadiq (sa) berkata: Jangan tinggalkan membaca surat Ar-Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak menentramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya daripadanya. Pada saat itu Allah berfirman padanya: Siapakah orang yang sering bangun malam bersamamu saat di dunia dan tekun membacamu. Ia menjawab: Ya Rabbi, fulan bin fulan, lalu wajah mereka menjadi putih, dan ia berkata kepada mereka: Berilah syafaat orang-orang yang mencintai kalian, kemudian mereka memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada mereka: Masuklah kalian ke surga, dan tinggallah di dalamnya sebagaimana yang kalian inginkan. (Tsawabul Amal, hlm 117).

Tafsir Quran Karim. Prof. Dr. H. Mahmud Yunus. P.T. Hidakarya Agung. Djarta Al-Tibyan,Pada Menerangkan Adab Pendukung Al-Quran.Ikatan Penuntut Ilmu Islam Pulau Pinang. Wikipedia Kelebihan surah-surah dalam Al-Quran Kelebihan surah Ar-Rahman (20.05.120) http://tintaberkata.blogspot.com/2011/06/kelebihan-membaca-surah-arrahman.html(20.05.120)

Anda mungkin juga menyukai