Anda di halaman 1dari 10

KAEDAH MENGHAFAL AL-QURAN Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.

Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. temoat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda. Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nya di atur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan di ingati. Ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah ali-imran. mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu. Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru. Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya. Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda. Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda. Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut. Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan. Jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim. Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama. Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH atau SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah. Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.

SEBELUM MENGHAFAL 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Mempunyai azam dan minat untuk menghafal Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal Berada dalam keadaan tenang Tenangkan pikiran sebelum menghafal Pilih sebuah jenis mushaf dan jangan ubah dengan jenis mushaf lain Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mulai menghafal

TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL a) Teknik Chunking (potongan-potongan) Mengelompokan ayat yang panjang dalam beberapa bagian yang memang sesuai mengikuti arahan guru atawa ustadz, jika belajar bersama mereka Mengelompokan awal surat pada beberapa bagian (2 atau 3 bagian) yang sesuai Mengelompokan surat dalam beberapa bagian, contohnya mengikut pertukaran cerita Mengelompokan juz kepada beberapa bagian mengikut surah, hizib, rubu, cerita dan sebagainya Mengelompokan kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya

b) Teknik Mengulang Membaca sepotong atau sebagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mulai menghafalnya Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya Selepas menghafal setiap setengah halaman, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bagian yang setengah halaman lagi Sebelum menghafal bagian Al-Quran seterusnya, harus diulang bagian yang sebelumnya.

c) Teknik Menghafal Dengan Teman Pilih seorang teman yang sama-sama berminat Orang pertama membaca dan disimak oleh orang kedua Orang kedua membaca dan disimak oleh orang pertarna Saling menyebut ayat antara satu sama lain d) Teknik Mendengar Kaset/CD Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Alquran atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu Sebelum mulai menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di pikiran Mulai menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan Alquran dan kurangi atau tinggalkan mendengerkan lagu-lagu kerana akan mengganggu penghafalan e) Teknik Merekam Rekam bacaan kita di dalam kaset dan dengarkan lagi untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul Bagi kanak-kanak, rekam bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rekaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya f) Teknik Menulis Tulis kembali surat yang telah dihafal. Kemudian cek lagi dengan mushaf. Menulis setiap ayat pertama awal surat, atau setiap rubu, atau setiap juz, atau setiap surah dalam sehelai kertas.

MEMELIHARA HAFALAN 1) Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati 2) Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika dalam perjalanan, selepas azan dan lain-lain lagi 3) Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya 4) Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam 5) Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk 6) Menulis setiap ayat yang mutasyabih

http://sufi-maktabi.blogspot.com/2012/06/kaedah-menghafal-al-quran.html

TINGKATAN BACAAN AL-QURAN 1. Pertama - Tartl

Iaitulah bacaan yang penuh ketenangan dan sederhana lajunya dengan menjaga segala hukum tajwid beserta tadabur maknanya.

.
Ertinya: Membaca dengan lambat dan tenang, mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya dengan memberikan sifat-sifat yang dimilikinya, baik asli maupun mendatang (hukumnya) serta memperhatikan makna ayat. 2. Kedua - Taqq

Bacaanya seperti Tartil akan tetapi lebih slow dan lebih tenang. Ini adalah kerana bacaan ini adalah peringkat permulaan bagi orang mahu belajar tajwid.

.
Ertinya: Membaca seperti Tartil tetapi lebih tenang dan lambat. Bacaan Taqq seperti mazhab Qiraat Hamzah dan Warsh yang bukan dari arq Abahn. 3. Ketiga - adar

Bacaan yang laju akan tetapi masih menjaga hukum tajwidnya. Bukan merempit akan tetapi apabila sampai tempat dengung dia dengung, wakaf dia berhenti. Selalu bacaan pada tingkat ini adalah bacaan para penghafaz al-Quran yang mahu mengulang hafalannya.

.
Ertinya: Membaca dengan cepat tetapi masih menjaga hukum-hukumnya. Bacaan adar adalah membaca Mad Munfasil dengan 2 harakat seperti mazhab Ibnu Kathir, Abu Amr, Yaqub, Abu Jafar, Qalun dan Asbahani. 4. Keempat - Tadwr

Bacaan pertengahan antara Tartil dan Hadar. Selalunya bacaan seperti ini dapat kita lihat di dalam solat contohnya Solat Terawih.

Ertinya: Tingkat pertengahan antara Tartil dan Hadr. Bacaan Tadwr adalah membaca Mad Munfasil tidak lebih dari 6 harakat seperti mazhab Ibnu Amir dan Kisi. Berkata Ibnu Jazari dalam ayyibah:

* *
Ertinya: Harus al-Quran itu dibaca dengan 3 jenis bacaan Tahqiq, Hadar, Tadwir. Membaca al-Quran dengan suara yang elok, dengan lagu arab secara tartil dan bertajwid dan dengan bahasa arab. Yang paling afdhal ialah bacaan Tartil kerana al-Quran itu diturunkan secara tartil seperti firman Allah dalam surah al-Muzammil: ayat 4. Dan ia juga menjadi dalil bacaan secara Tartil. Wallahu alam.

http://ulumquran.blogspot.com/2009/05/tingkatan-bacaan-al-quran.html

Adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam anNawawi 1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT. 2.Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran. 3.Membaca dalam keadaan berwudhuk. 4.Mengadap ke arah kiblat. 5.Memulakan dengan at-Taawwuz. 6.Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.Walaupun begitu bagi yang ingin mengahfaznya diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat. 7.Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali mengatakan jika kita bimbang akan timbuyl riyak iaitu ingin menunjuknunjuk,maka membaca secara perlahan itu lebih utama.Sebaliknya jika dapat menjaga dari timbulnya penyakit tersebut, maka digalakkaan membaca dengan suara yang nyaring.- Ihya` Ulumiddin. 8.Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan. 9.Membaca dengan mentadabbur dan menangis. Tahukah Anda!!! Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh tentang sifat Allah menurut tafsiran orang-orang kafir.Sebagai contoh orangorang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30.Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah tidak berkuasa mengurniakan rezki kepada hamba-hambaNya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah. 10.Memuliakan al-Quran.Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan tentang sesuatu yang amat penting. 11.Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan. 12.Beramal dengan ajaran al-Quran itu. 13.Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.

Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang-orang yang lalai.no 2085, hadith sahih mengikut syarat Muslim 14.Berusaha menghafaz ayat-ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat-ayat itu supaya sentiasa mengingatinya. 15.Meletakkan target untuk mengkhatamkan al-Quran itu. 16.Memanjatkan doa sebaik tamat dari membaca al-Quran kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajab doa. 17.Dilarang membaca al-Quran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas dan sebagainya. Menurut Qadhi Beirut al-Syeikh Ab Latif dalam kitab al-Tabyiin Fi Ahkam Tilawat al-Kitab alMubin terdapat adab-adab selain dari yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi iaitu : 18. Mengucup al-Quran kerana dkiaskan dengan mengucup al-Hajar al-Aswad kerana ia juga merupakan hadiyah Allah kepada. 19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada al-Hajar al-Aswad. 20.Meletakkan al-Quran pada tempat yang tinggi. 21.Berusaha untuk menghayati isi al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis. 22.Tidak memberi salam pada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

http://hafazan-sabtjb.blogspot.com/2009/03/adab-membaca-al-quran.html

Tips pertama tentang adab baca Quran dari Imam Nawawi. Tips kedua dari tokoh Ikhwanul Muslimin, Sayyid Quthb, tentang membaca Al-Quran yang lebih dari sekadar membaca. Tips Imam Nawawi Imam Nawawi --dikenal pula dengan nama al-Hafiz Muhyiddin an-Nawawi-- dilahirkan di Nawa, Damaskus, Suriah, pada Oktober 1233 M/631 H. Ia seorang syekh Islam yang banyak menulis buku, ahli hadits, fiqih, dan bahasa. Ia juga dikenal sebagai mujtahid yang sibuk dengan kegiatan mudzakarah. Tips tentang membaca Al-Quran berikut ini dikutip dan diringkas dari bukunya, Kitab atThibyan fi Adab Hamlah al-Quran (diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judulMenjaga Kemuliaan al-Quran, Adab dan Tata-Caranya, Penerbit Albayan, Bandung). 1. Beberesih -- Sebelum membaca Al-Quran selayaknya terlebih dahulu membersihkan gigi (gosok gigi), juga bersuci dari hadats besar dan kecil. 2. Tempat Bersih -- Selayaknya membaca Al-Quran di tempat yang bersih dan suci, misalnya mesjid. 3. Menghadap Kiblat -- Sebaiknya menghadap kiblat, duduk dengan tenang, penuh kharisma, dan menundukkan kepala. 4. Taudz -- Hendaknya membaca ta'udz atau isti'adzah (misalnya membacaa'uudzu billaahi minasy-syaithonir rojim), dilanjutkan dengan bacaan basmalah. 5. Khusyu -- Selama membaca Al-Quran hendaknya qori' memusatkan perhatiannya (khusyu) dan memikirkan arti/makna yang dikandung ayat yang sedang dibaca. 6. Murotal - Hendaknya al-Quran dibaca secara murottal (hati-hati, pelan-pelan) sesuai dengan perintah Allah dalam QS. 73:4, "Dan bacalah al-Quran secara tartil (pelan-pelan). Oleh karena itu, membaca Al-Quran terlalu cepat, dilarang keras. 7. Runut -- Seorang qori' juga dianjurkan membaca Al-Quran secara runut, yaitu sesuai urutan surat dalam mushaf, diawali dengan Surat Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surat anNaas. 8. Melihat Mushaf -- Membaca Al-Quran dengan melihat mushaf lebih baik dan utama daripada lewat hafalan (dihafal), karena melihat mushaf Al-Qurannya sendiri termasuk ibadah.

Manfaat Membaca A-Quran Membaca Al-Quran hukumnya wajib bagi setiap muslim. Hanya dengan membaca Al-Quran umat Islam akan tahu apa yang kewajibannya sebagai muslim, bagaimana mengamalkan

syariat Islam, dan bagaimana mencapai keridhoan Allah serta memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Berikut ini manfaat lain dari membaca Al-Quran, selain mengetahui pokok-pokok syariat Islam atau kewajiban sebagai muslim. Pembela Hari Kiamat -- Abu Umamah berkata, Saya telah mendengar Rosulullah Saw bersabda: "Bacalah Qur'an, karena dia akan datang pada hari kiamat sebagai pembela pada orang yang mempelajari dan menaatinya (HR. Muslim). Menjadi Manusia Terbaik -- 'Utsman bin 'Affan berkata: Rasulullah Saw bersabda:"Sebaikbaik kamu yaitu orang mempelajari Qur'an dan mengajarkannya. (HR. Bukhari). Jadi Syifa atau Obat Jiwa Al-Quran juga adalah obat atau penawar bagi orang yang gelisah jiwanya. "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman" (QS. Yunus:57). Sahabat Rasulullah, Ibnu Mas'ud, pernah menasihati orang yang jiwanya gelisah, tidak tenteram, fikirannya kusut, makan tak enak, tidur tak nyenyak. Ibnu Mas'ud menasehatinya, antara lain agar orang tersebut mengunjungi tempat orang membaca Al-Quran, lalu ikut membaca atau mendengarkan saja. Setelah orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannyalah nasihat Ibnu Mas'ud itu. Dia pergi mengambil wudhu, lalu mengambil Al-Quran, terus dia baca dengan hati yang khusyu. Selesai membaca Al Quran, berubahlah kembali jiwanya, menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang, kegelisahannya hilang sama sekali. Penghilang Penyakit Hati (Al-Quran) merupakan penawar (syifa) dan rahmat bagi mereka yang beriman (QS. Al-Isra: 82). Di dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa disebutkan, Syifa bermaksud (Quran adalah penawar) yang dapat menghilangkan syak (keragu-raguan), nifak, penyelewengan, kelemahan dan penyakit dalam hati. Quran juga adalah rahmat yang dapat menghasilkan iman, hikmat dan kebahagiaan. Jiwanya Harum dalam Pandangan Allah Perumpamaan orang Mu'min yang membaca AlQuran adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lezat; orang mu'min yang tak suka membaca Al-Quran, adalah seperti buah korma, baunya tidak begitu harum, tetapi manis rasanya (HR. Bukhari dan Muslim). Berlimpah Rahmat dan Ketenangan -- "Kepada kaum yang suka berjamaah di rumah-rumah peribadatan, membaca Al-Quran secara bergiliran, dan ajar-megajarkannya terhadap sesamanya, akan turunlah kepadanya ketenangan dan ketenteraman, akan berlimpah kepadanya rahmat dan mereka akan dijaga oleh malaikat, juga Allah akan mengingat mereka" (HR. Muslim dan Abu Hurairah). Mendapatkan Pahala -- Membaca Al-Quran, baik mengetahui artinya ataupun tidak, termasuk ibadah, amal shaleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi yang melakukannya;

memberi cahaya ke dalam hati yang membacanya sehingga terang benderang, juga memberi cahaya kepada keluarga rumah tangga tempat Al-Quran itu dibaca. "Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tanggamu dengan sholat dan membaca Al Quran" (HR. Baihaqi dari Anas). Ali bin Abi Thalib mengatakan, tiap-tiap orang yang membaca Al-Quran dalam sholat akan mendapat pahala 50 kebajikan untuk tiap-tiap huruf yang diucapkannya; membaca Al-Quran di luar sholat dengan berwudhu, pahalanya 25 kebaikan bagi tiap-tiap huruf yang diucapkannya; dan membaca Al-Quran di luar sholat dengan tidak berwudhu, pahalanya 10 kali kebaikan bagi tiap-tiap huruf yang diucapkannya. Kebaikan di Rumah -- "Perbanyaklah membaca Al-Quran di rumahmu, sesungguhnya di dalam rumah yang tak ada orang membaca Al-Quran, akan sedikit sekali dijumapi kebaikan di rumah itu, dan akan banyak kejahatan, serta penghuninya selalu merasa sempit dan susah." Wallahu alam.

Anda mungkin juga menyukai