Anda di halaman 1dari 1

Al-Quran adalah merupakan Kalamullah dan mukjizat teragung Nabi kita Muhammad s.a.w.

Jadi membaca al-Quran mempunyai adab-adabnya tersendiri. Antaranya adalah membaca al-Quran dengan bertartil iaitu mengikut kaedah-kaedah hukum tajwid. Bacaan al-Quran itu sendiri mempunyai empat tingkatan. Jadi pada kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca sekelian tentang tingkatan-tingkatan bacaan tersebut. Sebagaimana yang telah dimaklumi bahawa terdapat empat tingkatan atau martabat bacaan al-Quran iaitu bacaan dari segi cepat dan perlahannya bacaan itu. 1) At-Tartil Iaitu bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan pengajaran ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukumhukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah yang paling baik dan lebih diutamakan kerana telah sabit dari firman Allah s.w.t yang bermaksud: Telah Kami(Allah) membacakannya(Al-Quran)kepadamu(Muhammad)secara tartil Surah al-Furqan ayat 32. 2) At-Tahqiq Bacaan ini adalah seperti bacaan Tartil cuma ianya lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang baru belajar bacaan alQuran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul. 3) Al-Hadar Bacaan jenis ini ialah bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid. Tingkatan bacaan ini kebiasaannya adalah untuk mereka yang telah menghafal al-Quran. Ini supaya mereka dapat mengulangi hafalan bacaan al-Quran dalam masa yang singkat. 4) At-tadwir Jenis yang terakhir ini adalah bacaan yang pertengahan iaitu antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar. Namun tetap memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid. Sekiranya diperhatikan, semua jenis bacaan di atas tetap menitik beratkan hukum bacaan yang mengikut hukum-hukum Tajwid walaupun dari jenis bacaan yang cepat. Ini bermaksud bahawa membaca al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib. Jadi nasihat saya belajarlah ilmu Tajwid ini supaya bacaan anda tidak terkeluar dari bacaan yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai