Anda di halaman 1dari 8

UFL1005 ULUM AL-HADITH

Semester 3 Sesi : 2020 / 2021

Tajuk Perbincangan :

SOALAN ESSEI

Pensyarah :

Dr. Mohd.Farhan Bin Mohd.Ariffin

Pelajar :

KHAIRUL NIZAM (UFL 190056)

Program:

DIPLOMA EKSEKUTIF USULUDDIN

1
Soalan peperiksaan essei pada 3 october 2021

Bahagian A

1. Jelaskan bentuk kehujahan hadis dari sudut tsubut dan dalalah beserta
contoh (10)

Jawapan :

Dari segi istilah tsubut adalah kebenaran sumber hadis tersebut samada sahih,
hasan, daif atau mawdu’ manakala dalalah adalah kandungan makna matan
hadis itu. Tidak semua hadis sahih contohnya didalam soalan ini diamalkan,
kerana ia mempunyai takwilan dan makna yang tersembunyi yang tidak akan
diketahui melalui daripada penerangan hadis yang lain. Tidak diamalkan disini
bermakna amalan tersebut bukanlah tidak diamalkan melainkan keberamalan
hadis tersebut tidak meluas sehingga ketiadaan pengamalannya lebih dominan
berbanding dengan pengamalannya. Maksudnya, kefungsian hadis tersebut
masih wujud, tetapi tidak begitu diamalkan secara amnya.

Sebagai contoh sebuah hadis yang dinilai sahih oleh al-albani

Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

‫الو ْز ُن َو ْز ُن أ َ ْه ِل َم ﱠكةَ َو ْال ِم ْك َيا ُل ِم ْك َيا ُل أ َ ْه ِل ْال َمدِينَ ِة‬


َ

"Timbangan menurut timbangan ahli Makkah dan sukatan mengikut sukatan ahli
Madinah".

(sunan Abu Daud no.2902)

Pada zaman rasulullah ‫ ﷺ‬kaedah ini diperguna didalam metod timbangan


mengikut piawaian Makkah dan Madinah.pengamalan ini masih menepati dasar
syariat dan kaedah agama. Tetapi telah tidak diamalkan lagi pada zaman ini
kerana wujudnya satu system timbangan secara sistematik dan lebih tepat
sesuai dengan kemajuan manusia. Walaupun begitu tujuan asalnya rasulullah ‫ﷺ‬
menetapkan begitu supaya wujudnya satu system yang adil. Tetapi apabila ada
kaedah lain yang mampu mencapai tujuan yang sama, maka kaedah tersebut
boleh digunakan.

2
2. Huraikan 5 isu yang sering ditimbulkan untuk kritik autoriti hadis Nabawi.
(20)

Jawapan:

Di antara beberapa perkara yang sering ditimbulkan untuk membahaskan autoriti


hadis Nabawi adalah

1. Hadis bukanlah dari Perkataan atau sesuatu yang dari nabi.

Mereka juga menganggap bahawa apa yang dilaporkan oleh pengumpul-


pengumpul hadis iaitu bukhari,muslim,Tirmizi,abu daud, al-nasa;I dan ibnu
majah sebagai suatu yang dianggap dari nabi. Dengan lain Perkataan
mereka menganggap bahawa ia adalah ajaran palsu yang disandarkan
dengan nama nabi. Tuduhan sedemikian hanyalah satu tuduhan yang
tidak mengandungi apa-apa makna kerana ia hanyalah satu tuduhan yang
bukan bersudut ilmiah melainkan satu pandangan yang dianggap sebagai
satu kebenaran.

2. Al-quran adalah wahyu manakala hadis bukan wahyu.

Mereka berpendapat bahawa hadis bukanlah hujah sehingga boleh


dijadikan sumber hukum seperti al-quran. Bagi mereka, al-quran sudah
sempurna dan lengkap yang tidak memerlukan penerangan dari pihak lain
(rasulullah ‫)ﷺ‬. Sebenarnya pegangan sedemikian tidak benar sama sekali
kerana didalam al-quran jelas menunjukkan supaya mengikuti al-quran
dan hikmah iaitu hadis nabi ‫ﷺ‬. Bagaimana pula dengan ayat penyataan
sedemikian?.. kenapa mereka mengambil sebahagian dan meninggalkan
sebahagian yang lain akan ayat-ayat al-quran.

3. Hadis dinilai oleh manusia

Ada juga yang berpendapat bahawa hadis tidak dapat diterima


disebabkan oleh ia diterima oleh manusia. Ia dinilai akan kebenarannya
oleh manusia juga. Sebagai contoh seorang penulis Bernama ismail
adham menulis didalam risalah nya yang bertajuk Tarikh al-sunnah pada

3
tahun 1934. Beliau menyebut bahawa hadis-hadis yang terdapat di dalam
kitab-kitab hadis itu bukanlah ada asasnya bahkan boleh diragui bahawa
terdapat padanya unsur-unsur pemalsuan hadis. Isu ini terjadi akibat
daripada dengkelnya untuk mahu memahami akan usul hadis.

4. Rasulullah hanyalah seorang pesuruh atau penyampai.

Pegangan secara literal akan keberadaan rasulullah ‫ ﷺ‬sebagai pesuruh


telah menyebabkan golongan ini berpendapat bahawa rasulullah ‫ ﷺ‬tidak
lebih hanyalah seorang penyampai al-quran sahaja. Ia tidak ditugaskan
untuk mentarbiah manusia akan bagaimana seharusnya bertindak keatas
perintah wahyu tersebut. Diatas pemahaman mereka akan ayat al-quran
seperti ini telah menyebabkan mereka terjerumus didalam kesesatan.

َ ُ ُ ۡ َ َ َ َ ُ ۡ ُ َ ُ َ ۡ َ ُ َ ُ َٰ َ ۡ ُ ََ
‫ن‬ ‫ون و‬ ‫ِل إ ِ ٱ ۗ وٱ‬ ‫ٱ‬
«Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada
menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; dan Allah sentiasa
mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu
sembunyikan(99)» [Al-Maidah: 99]

Hujah mereka dapat dilihat bagaimana mereka Cuma mengambil ayat-


ayat al-quran hanya untuk memenuhi hawa nafsu mereka sahaja.
َ
ۡ ُ َ َ ‫ۡ َو‬ ۡ َ ِ ‫ۡ َ ّ َ ٰ ِ َوٱ ُ َوأ َ ۡ َ ٓ إ ِ َ ۡ َ ٱ ّ ِ ۡ َ ِ ُ َ ّ َ ِ ِس َ ُ ّ َل إ‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ َ
‫َ َ ُ ون‬
«(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang
jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci
(yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai
Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau
menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan
kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya(44)» [An-Nahl: 44]

Perhatikanlah disini dengan jelas Allah memperjelaskan akan tugas dan


tanggungjawab nabi sebagai rasulullah.

4
Bahagian B

1. Status hadis sering menimbulkan polimek/konflik.(15)

Bincangkan , mengapa hal ini berlaku dan bagaimana pendekatan kita


untuk mengatasinya.

Jawapan

َ َ َ َۢ ۡ َ ْ ُ ُ َ ْ ٓ ُ َ َ َ َ َ ۢ ُ َ ۡ ُ َ ٓ َ ْٓ ُ َ َ َ
ٖ ٰ ِ ‫ا أن ِ ا‬ ‫ء‬ ‫ن‬ َ ِ ‫َ َ ٱ‬
ٖ ِ ِ ِ ‫ءا ا‬
‫إ‬
َ ِ ِ َٰ ۡ ُ ۡ َ َ َ َٰ َ ْ ُ ۡ َُ
‫ِ ا‬
«Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak
diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan(6)» [Al-Hujurat: 6]

Jika dilihat perkara ini didalam lingkungan umat islam maka ayat al-quran ini
jelas memerintahkan kita supaya meneliti setiap berita yang didatangkan oleh
manusia untuk memastikan kebenarannya. Begitulah yang terjadi kepada hadis
rasulullah ‫ ﷺ‬. Banyak peristiwa dan pengajaran yang diajar oleh baginda kepada
para sahabatnya telah dihafal dan dipindahkan kepada ramai dikalangan
manusia. Disebabkan pada masa tersebut, sumber alat untuk penulisan amatlah
terhad dan hanya segelintir daripada para sahabat yang berkempampuan untuk
menulis maka pendekatan penhafalan adalah metod yang paling berkesan untuk
merekodkan akan apa sahaja yang disampaikan oleh rasulullah ‫ﷺ‬.

Apabila berita-berita itu disampaikan dan diturunkan kepada generasi ke


generasi maka perubahan dari sudut kualiti penyampaian akan berubah.
Perubahan ini disebabkan oleh banyak faktor dimana para ulama hadis telah
memperkembangkannya menjadi satu ilmu khusus bagi menilai keberadaan
hadis tersebut. Ilmu tersebut dikenali sebagai mustalah hadis. Didalamnya
terkandung banyak pecahan ilmu khusus untuk menilaikan hadis-hadis. Sebagai
contoh nya ilmu riwayah dan dirayah, jarl wa’ta’dil, Tarikh al-riwayah dan banyak

5
lagi. Kesemua ini adalah untuk dijadikan rujukan akan bagaimana para ulama
menilai akan sesuatu hadis.

Dizaman ini ,dimana pencapaian ilmu dan kemajuan teknogi maklumat ini telah
bercambah dengan pantas menyebabkan manusia dapat berinteraksi dengan
mudah. Banyak berlaku, percubaan untuk cuba mengaitkan hadis nabi untuk
mencari jawapan atau nasihat daripadanya agar dapat dimanfaatkan. Walaupun
begitu apabila hadis tersebut adakalanya tidak menepati dengan suasana
permasalahan tersebut atau memberi satu konklusi yang drastik maka akan
timbul persoalan kepada masyarakat untuk mempertikaikan akan kebenaran
hadis tersebut. Perselisihan ini banyak terjadi diperingkat masyarakat awam
yang mempunyai pengetahuan yang terhad mengenai status hadis,
kebanyakannya disebabkan oleh kelemahan untuk memahaminya dan
kedangkalan didalam ilmu tersebut. Inilah yang kerap terjadi tetapi kurang terjadi
dikalangan mereka yang arif dengan ilmu hadis.

Seharusnya untuk mengelakkan daripada perkara ini berterusan (satu perkara


yang sukar hendak dilakukan, jika ia mudah maka masaalah ini sudah selesai
ratusan tahun lagi) maka sebaiknya satu badan yang khusus untuk
memperjelaskan kepada orang awam akan status hadis diwujudkan sebaiknya
adalah kementerian komunikasi. Atau diwujudkan satu pembelajaran baru
didalam ko-korikulum persekolahan supaya masyarakat diperkenalkan hadis
nabi dari peringkat awal lagi. Dengan adanya pendekatan sejak diawal
pembelajaran maka diharap generasi baharu akan lebih matang apabila menilai
sesuatu hadis.

2. Bincangkan isu penyebaran berita/hadis palsu Ketika pandemic covid19


dengan applikasi ilmu hadis yg sesuai utk menanganinya. (15)

Berita palsu adalah satu perkara yang pertama sekali yang tidak anda mahukan.
Ia mengundang banyak masaalah baik kepada individu dan masyarakat
umumnya. Ketika dunia dilanda oleh pandemic covid19 sejak tahun 2019
sehingga lah sekarang, masyarakat dunia telah ditimpa oleh banyak berita palsu
mengenai isu penyakit ini. Ia telah menimbulkan banyak keresahan dikalangan
masyarakat dan yang paling menyedihkan apabila ia melibatkan nyawa manusia.

6
Diawal kemunculan pandemic tersebut , masyarakat dunia mula panik sehingga
ia menimbulkan pelbagai spekulatif yang tidak berasas. Salah satu contoh berita
palsu yang timbul ialah dimana seorang rakyat amerika syarikat meninggal dunia
selepas mengambil sejenis chloroquine yang selalu digunakan untuk
membersihkan tangki ikan. Ada yang mengambil ubat mengandungi methanol
atau bahan peluntur. Berita palsu boleh menyebabkan masyarakat berada
didalam keadaan panik. Dalam pada itu,satu kajian telah dilakukan dimana kira-
kira 800 orang diseluruh dunia telah meninggal dunia akibat daripada berita
palsu yang berkaitan dengan covid-19.

Baik, dengan kemajuan telekomukasi di abad 21 ini, penyebaran berita palsu


telah menjumpai pemangkin-nya. Di Malaysia pihak polis terpaksa membuka 270
kertas siasatan berkaitan perkongsian berita palsu covid-19 dan 19 kes telah
dibawa ke mahkamah. Ini tidak termasuk sebanyak 388 berita palsu yang masih
didalam pemantauan pihak berkuasa.

Baiklah, bagaimana jika kita hendak menangani masaalah ini dari sudut
penggunaan ilmu hadis. Untuk memahaminya sebaiknya kita meletakan
masaalah berita palsu ini sinonim dengan hadis palsu supaya dapat memberi
kesamaannya. Didalam isu ini hadis palsu adalah dikategorikan sebagai hadis
yang dibuat oleh seseorang atas makna atau tujuan yang tertentu samaada
untuk keperluan peribadi atau sesuatu kelompok atau aliran.

Disini, para ulama telah mengariskan beberapa panduan untuk mengenali dan
membezakan hadis palsu tersebut. Disini juga kita akan mencuba untuk
menghubungkaitkan akan metod yang dianjurkan oleh para ulama bagi
menangani masaalah berita palsu covid19

i. Jahr wal ta’dil – didalam bidang hadis, ilmu ini membahas akan sifat
dan penyataan hukum terhadap seorang perawi tersebut bagi menilai
samada hadis yang dibawanya boleh diterima atau tidak. Ini termasuk
kepada pandangan orang lain keatas akhlaknya, keperibadiannya dan
pandangan terhadap perawi iaitu orang yang membawa hadis. Disini
kita boleh mengaplikasikan pendekatan ini terhadap isu berita palsu

7
dengan memeriksa latarbelakang pembawa berita tersebut untuk
memastikan kebenaran berita nya. Ini boleh dilakukan oleh pihak yang
berkuasa dengan menyebarkan maklumat si penyebar kepada orang
awam agar berhati-hati dengan si pembawa berita tersebut.

ii. Riwayah dan dirayah – ia berkenaan dengan latar belakang sejarah


kehidupan si perawi dan kisah bersangkutan dengan rantaian sanad
dan isnad sesuatu hadis. Dengan pengetahuan mengenai sejarah dan
biodata si perawi, para ulama dapat menilai akan kesahihan beita yang
dibawa. Didalam isu ini, boleh dimanfaatkan dengan meneliti biodata
pembawa berita palsu supaya dapat diketahui adakah si pembawa
berita hanya mendengar khabar angin atau sekadar mahu
menyebarkan berita yang tidak berasas kedalam masyarakat.

iii. Pembukuan hadis palsu – para ulama telah menulis banyak kitab-kitab
khusus mengenai kepelbagaian hadis palsu kepada masyarakat agar
dapat diketahui bentuk pemalsuannya. Dengan ini masyarakat dapat
mengenali hadis tersebut adalah palsu berdasarkan rujukan daripada
para ulama mengenainya. Pihak kerajaan juga boleh bertindak dengan
mengenal pasti senarai berita-berita palsu yang direkodkan agar
disebarkan kepada umum supaya berita perkara yang sama jika
berulang lagi, masyarakat sudah bersedia dan mengetahui bahawa ia
adalah berita yang palsu.

Anda mungkin juga menyukai