Anda di halaman 1dari 23

‫الكلية العا لية للدراسات االسالمية‬

KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL-INSANIAH MALAYSIA


&
PUSAKA ACADEMY
CAWANGAN SELAYANG/KUALA LUMPUR

ISLAMIC HIGH EDUCATION COLLEGE

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM & BAHASA ARAB

TUGASAN 5

SEMESTER 1/ SESSI 2019

RINGKASAN ULUM HADITH


(WJ 002)

DISEDIAKAN OLEH:

‫نورليانا بينتي محمد حسن‬


NO. K/P: 800819-02-5974
SENARAI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN MUKASURAT

Pendahuluan

Definisi Ilmu Hadith Riwayah dan Dirayah

Sejarah Ringkas Kelahiran Ulum al-Hadith

Pengenalan Beberapa Istilah Dalam Ulum al-Hadith

1. DEFINISI AL-HADITH

2. KEDUDUKAN DAN PERANAN AL-HADITH DALAM ISLAM

3. SEJARAH PENULISAN DAN PEMBUKUAN AL-HADITH

4. PENGENALAN RINGKAS TOKOH-TOKOH AL-HADITH

5. PANDANGAN ORIENTALIS TERHADAP AL-HADITH

6. PENERIMAAN DAN PERIWAYATAN AL-HADITH


Pendahuluan

ULUM HADITH merupakan:

a) Satu disiplin pengajian ilmu terpenting.

b) Sumber kedua kepada syariat Islam.

c) Kajian yang meneliti kesahihan dan kedhaifan sanad dan matannya atau sudut mafhumnya.

d) Ilmu yang paling afdhal dan menunjukkan ketaatan kepada Allah subhanahuwa Taala.

e) Asas penjelasan kepada sunnah Rasulullah salallahu’alaihi wasallam yang membentuk akhlak

mulia.

f) Ulama prihatin terhadap ilmu-ilmu hadith daripada kalangan sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in.

g) Al-Hazimi menerusi kitabnya ‘al-Ajalah’ menyebut bahawa ulum hadith merangkumi100 jenis

ilmu.

h) Al-Hakim menerusi kitabnya ‘Ma’rifat Ulum Hadith’ membahagikan ulum hadith kepada 52

jenis.

i) Ibn al-Salah menerusi kitab ‘Muqaddimah Ibn al-Salah’ membahagikan ulum hadith kepada

65 jenis.

j) Pembahagian terpenting adalah kepada 2 yang membentuk Ulum Hadith iaitu –

Ilmu Hadith Riwayah Ilmu Hadith Dirayah

 Ilmu yang mengkaji periwayatan hadith-hadith  Ilmu yang mengkaji hakikat syarat-syarat,

Rasulullah salallahu’alaihi wasallam. jenis-jenis, hukum-hukumnya dan rijal atau

 Dalam aspek perkataan, perbuatan, pengakuan perawi hadith.

dan sifat Rasulullah salallahu’alaihi wasallam.  Dalam aspek penerimaan dan penolakan serta

 Memindah dan meriwayatkan hadith sehingga kefahaman tentang nas atau teks hadith.

sampai kepada kita.  Bahan kajian daripada sanad dan matan hadith.

 Teliti, tepat dan amanah.  Dikenali sebagai ilmu Mustalah al-Hadith atau

 Termasuk pengertian lafaz-lafaz hadith. Usul al-Hadith.

 Pelihara daripada kesilapan dan kesalahan.  Ulama pertama adalah al-Qadi Abu Muhammad
 Karya Imam Bukhari dan Imam Muslim. al-Hassan Ibn Abdul Rahman Ibn Khallad al-

 Ulama’ pertama adalah Muhammad Ibn Syihab Ramahurmuzi (m.360H) melalui kitabnya “Al-

al-Zuhri (m.124H) – seorang tabi’in terkenal. Muhaddith al-Fasil Bayna Al-Rawi wa

al-Wa’l”.

 Termasuk:

 ilmu Rijal al-Hadith

 ilmu al-Jarh Wa al-Ta’dil

 ilmu Gharib al-Hadith

 ilmu Munhtalaf

 ilmu Ilal al-Hadith

 Nasikh al-Hadith wa Mansukhih

Sejarah Ringkas Kelahiran Ulum al-Hadith

Rasulullah salallahu’alahi wasallam memberi amaran keras kepada sesiapa sahaja yang sengaja mendustai

dan merekacipta sesebuah hadith atau menisbahkannya kepada Rasulullah salallahu’alaihi wasallam

sebagaimana hadith yang bermaksud:

“Sesiapa yang sengaja mendustaiku maka hendaklah ia menempati tempatnya di neraka”.

Ulum hadith telah wujud sejak zaman sahabat walaupun tidak secara rasmi dan berdasarkan amalan

sahabat Rasulullah salallahu’alaihi wasallam yang dilihat oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq serta Umar

al-Khattab.

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a

 Tidak akan menerima riwayat melainkan dengan bersaksi.

 Berlaku dalam 1 kisah terkenal

 Beliau didatangi oleh seorang datuk perempuan yang meminta hal pusakanya.

 Dinafikan oleh beliau dengan sebab tiada dalam kitab Allah subhanahuwa Taala dan sunnah

Rasulullah salallahu’alaihi wasallam.


 Apabila beliau bertanya kepada sahabat lain, al-Mughirah Ibn Syu’bah menyatakan bahawa beliau

mendengar Rasulullah salallahu’alaihi wasallam memberi hak kepada datuk perempuan sebanyak

1/6 daripada harta pusaka.

 Khalifah Abu Bakar r.a bertanya kepada al-Mughirah adakah beliau mempunyai saksi lalu

Muhammad Ibn Masmalah tampil sebagai saksinya. Lalu Khalifah Abu Bakar tidak teragak-agak

untuk menunaikan permintaan datuk perempuan tadi dengan memberikan 1/6 dari harta

pusakanya.

 Ulum hadith pada zaman sahabat dan tabi’in belum dibukukan.

 Berlaku percampuran antara hadith sahih, dha’if dan palsu menjadikan satu keperluan pada zaman

atba’ al-Tabi’in untuk membukukan ilmu Ulum Hadith.

 2 peringkat usaha-usaha ulama’ adalah:

i) Penulisan dan pembukuan ilmu-ilmu Ulum Hadith secara bersama ilmu-ilmu lain oleh

Imam As-Syafi’e dalam kitabnya ‘al-Risalah’ dan ‘al-Umm’. Perkara yang

dibincangkan adalah:

 Syarat-syarat hadith sahih hujah dalam mengisbatkan khabar ahad syarat-

syarat hafalan bagi seorang perawi dan lain-lain berkaitan dengan Usul al-Hadith.

Turut disentuh oleh:

a. Imam Bukhari – kitab Tarikhnya Muslim dalam Muqaddimah Sahih Muslim,

b. Abu Dawud ketika menjelaskan metod ilmu Hadith dalam sunannya al-Tirmidhi

dalam kitab al-Ilalal-Mufrad dan di akhir kitabnya ‘al-Jami’ atau ‘Sunan al-

Tirmidhi’.

ii) usaha penulisan dan pembukuan ilmu-ilmu Ulum Hadith secara berasingan tanpa

campur-aduk dengan ilmu-ilmu lain oleh al-Qadi Abu Muhammad al-Hasan Ibn Abd

Rahman Ibn Khallad al Ramahurmuzi dalam kitabnya ‘al-Muhaddith al-Fasil Bayna

al-Rawi wa al-Wa’i’. Diikuti oleh:


a. al-Hakim Abu Abdullah al-Naysaburi – kitab ‘Ma’rifat Ulum al-Hadith’.

b. Abu Nu’aim al-Isrihani – tambahan kepada kitab al-Hakim.

c. al-Khatib al-Baghdadi - kitab ‘al-Kifayah fi Ilm al-Riwayah’

 kitab ‘al-Jami’ li Adab al-Syaikh wa al- Sami’

d. al-Qadi ‘Iyad - kitab ‘al-Ilma’ Fi Taqyid al-Riwayah wa Dabt al-Sami’

e. Abu Hafs al-Miyanji – kitab ‘Ma La Yas’u Li Muhaddith Jahluhu’

f. al-Hafiz Abu Uthman Ibn Salah (terkenal dan terbaik) – kitab Ulum al-Hadith

yang dikenali sebagai Muqaddimah Ibn al-Salah

g. ulama yang menta’liq kitab Ibn Salah adalah:

 al-Badr al-Zarkasyi (m.794H)

 al-Hafiz Ibn Hajar (m.852H)

h. ulama yang meringkaskan kitab Ibn Salah adalah:

 al-Nawawi (m.676H) -kitabnya ‘al-Irsyad’

- diringkaskan kepada kitabnya ‘al-Taqrib wa al-Taysir Fi Sunan

al-Basyir al-Nadhir’

 al-Hafiz Ibn Khatir (m.774H)

– disyarahkan oleh Sheikh Ahmad Syakir melalui kitabnya ‘al-Bai’th al-

Hathith Gyar Ikhtisar Ulum al-Hadith’

i. ulama yang mensyarahkan kitab al-Taqrib adalah:

 al-Suyuti – kitabnya ‘Tadrib al-Rawi Fi Syarh Taqrib al-Nawawi’

Pengenalan Beberapa Istilah Dalam Ulum Al-Hadith/Mustalah Al-Hadith

1. ilmu Mustalah Hadith – kajian tentang usul dan metod untuk mengenalpasti sesuatu sanad dan

matan daripada aspek penerimaan dan penolakannya.

2. Al-Hadith – setiap yang disandarkan kepada Rasulullah salallahu’alaihi wasallam dalam bentuk

perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya samada secara fizikal atau akhlak.
3. Al-Khabar – 3 pendapat iaitu:

i) Setiapnya disandarkan kepada Rasulullah salallahu’alaihi wasallam

ii) Setiapnya disandarkan kepada selain daripada Rasulullah salallahu’alaihi wasallam

termasuk sahabat.

iii) Setiapnya disandarkan kepada Rasululallah salallahu’alaihi wasallam dan selain

Baginda – lebih umum daripada i) dan ii).

4. Al-Athar – 2 pendapat iaitu:

i) Sama dengan al-Hadith

ii) Disandarkan kepada sahabat dan tabi’in – perkataan atau perbuatan.

5. Al-Isnad – 2 pengertian iaitu:

i) Disandarkan kepada pengucapnya secara bersanad

– menyebut sanad rijal atau perawinya.

ii) Rangkaian rijal (perawi hadith) yang menyampaikan umat kepada matan hadith.

6. Al-Sanad – Rangkaian rijal (perawi hadith) yang menyampaikan umat kepada matan hadith.

7. Matan – disebut selepas sanad berakhir (terdiri daripada perkataan, perbuatan, pengakuan dan

sifat-sifat Rasulullah salallahu’alaihi wasallam)

8. Al-Musnad – 3 pengertian iaitu:

i) Setiap kitab yang mengumpulkan hadith-hadith sahabat dan disusun mengikut

sahabat.

ii) Hadith marfu’ yang bersambung sanadnya hingga kepada Rasulullah

salallahu’alaihi wasallam.

iii) Rangkaian rijal (perawi hadith) yang menyampaikan umat kepada matan hadith.

9. Al-Musnid – orang yang meriwayatkan hadith dengan sanadnya samada:

i) Dalam pengetahuannya

ii) Meriwayatkan hadith semata-mata.

10. Al-Muhaddith – orang yang pakar dalam ilmu hadith dirayah dan riwayah
- Banyak menghafaz hadith

- Mengetahui baik buruk hal ehwal perawi hadith.

11. Al-Hafiz – 2 pendapat iaitu:

i) Pendapat kebanyakan al-Muhaddith

ii) Hafal 100,00 hadith

12. Al-Hujah – orang yang hafaz 300,000 hadith

13. Al-Hakim – orang yang mengetahui sunnah Nabi dan menguasai ilmu hadith

14. Amir al-Mu’minin Fi al-Hadith:

i) Paling masyhur pada zamannya

ii) Gelaran tertinggi kepada ulama hadith

iii) Antaranya : Syu’bah al-Hajjaj, Sufyan al-Thauri, Imam Malik, Imam Bukhari dan

lain-lain.

BAB 1 DEFINISI AL-HADITH

1.1 Definisi al-Hadith Dari Sudut Bahasa dan Istilah

Kata asal: Hadatha (‫)حدث‬

Dari sudut bahasa:

i) baru iaitu lawan kepada qadim (lama).

ii) berita , khabar atau percakapan

Dari sudut istilah:

i) sesuatu yang diperkatakan tentang Rasulullah salallahu’alaihi wasallam samada

perkataan, perbuatan, ikrar (pengakuan) atau sifat samada yang sebelum atau

selepas menjadi Rasul.

ii) marfu’ – sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah salallahu’alaihi wasallam.

iii) mawquf – sesuatu yang disandarkan kepada para sahabat.

iv) maqtu - sesuatu yang disandarkan kepada tabi’in.


Dari sudut syara’:

Setiap apa yang berlawanan dengan al-Qur’an yang bersifat qadim (lama)

Perbezaan pendapat antara ulama’ tentang definisi al-hadith hanyalah daripada sudut

mujmal (ringkas) dan mufassal (terperinci).

Al-Hadith juga dikenali dengan kalimah al-Sunnah yang bermaksud jalan atau sirah yang

ditempuh samada baik atau buruk sebagaimana firman Allah subhanahuwa Taala dalam

surah al-Nisa’ 4:26 yang bermaksud:

“Allah mahu menjelaskan kepada kami (hukum-hukum syariatNya) serta memimpin kamu

ke jalan orang-orang yang sebelum kamu (para Nabi dan solihin).”

Dari sudut syara’:

i) apa yang diperintahkan, ditegah dan digalakkan oleh Rasulullah salallahu’alaihi

wasallam samada dalam bentuk perkataan dan perbuatan.

ii) ulama Usul - segala apa yang dilakukan oleh sahabat Rasulullah salallahu’alaihi

wasallam atau ijtihad daripada para sahabat dalam mengumpul mashaf (al-Qur’an).

iii) ulama Fiqh – setiap apa yang telah thabit datang daripada Rasulullah

salallahu’alaihi wasallam atau jalan yang patut dilalui dalam agama tanpa

menyentuh hukum wajib dan fardhu atau sesuatu perbuatan yang sekiranya

dilakukan mendapat pahala, sekiranya ditinggalkan tidak mendapat seksa. Ia adalah

berdasarkan kesungguhan untuk membimbing umat agar tidak keluar daripada

perbuatan Rasulullah salallahu’alaihi wasallam dan menetapkan hukum syara’.

iv) ulama’ dakwah – setiap yang berlawanan dengan bida’ah adalah mengikut sunnah

apabila amalan dilakukan sesuai dengan amalan Rasulullah salallahu’alaihi

wasallam berdasarkan nas dan dalil daripada al-Qur’an ataupun tidak. Bida’ah

adalah amalan yang bertentangan dengan amalan Rasulullah salallahu’alaihi

wasallam.
v) Perkataan Rasulullah salallahu’alaihi wasallam adalah segala hadith Baginda yang

diucapkannya.

vi) Perbuatan Rasulullah salallahu’alaihi wasallam adalah setiap perbuatan Baginda

yang diriwayatkan oleh para sahabat seperti cara-cara solat dan ibadah haji.

vii) Pengakuan Rasulullah salallahu’alaihi wasallam adalah setiap yang diakui oleh

Baginda terhadap perbuatan atau perkataan sahabat samada dalam bentuk diam atau

sebaliknya, samada berlaku di hadapannya atau tidak.

viii) Sifat Rasulullah salallahu’alaihi wasallam (sifat kejadian) adalah seperti bentuk

tubuh badan atau sifat (akhlak) seperti sifat pemalu, pemurah, amanah dan sabar

Baginda.

1.2 Perbezaan Antara Al-Hadith, Al-Sunnah, Al-Khabar dan Al-Athar

i) al-Hadith sama pengertiannya dengan al-Sunnah tetapi al-Sunnah lebih umum

daripada al-Hadith.

ii) al-Khabar dikhususkan kepada selain daripada Rasulullah salallahu’alaihi wasallam

termasuk sahabat tabi’in dan lain-lain. Setiap al-Hadith itu al-Khabar tetapi bukan

setiap al-Khabar itu al-Hadith.

iii) Al-‘Athar merujuk kepada hadith marfu’ dan mauquf – muhaddithin.

Fuqaha’ Khurasan merujuk al-‘Athar kepada hadith mauquf sahaja, hadith marfu’

dinamakan al-Khabar.

1.3 Perbezaan Diantara Hadith Nabawi dengan Hadith Qudsi dan Hadith Qudsi Dengan

Al-Qur’an.

i) hadith Nabawi – segalanya tentang Rasulullah salallahu’alaihi wasallam samada dalam

bentuk perkataan, perbuatan dan pengakuan atau sifat.

ii) hadith Qudsi atau hadith Ilahi – setiap hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah

salallahu’alaihi wasallam daripada kalam Allah subhanahuwa Taala melalui wahyu. Qudsi

bermaksud suci kerana sumbernya daripada Allah subhanahuwa Taala. Hadith Ilahi bererti
Tuhan adalah sesuai dengan pengucapnya iaitu Allah subhanahuwa Taala. Berbeza dengan

al-Qur’an yang lafaz dan maknanya daripada Allah subhanahuwa Taala.

Berikut adalah perbezaan antara hadith Nabawi dan hadith Qudsi:

Hadith Nabawi Hadith Qudsi

 Dinisbahkan kepada Rasulullah salallahu’alaihi  Dinisbahkan kepada Allah subhanahuwa Taala

wasallam. walaupun diriwayatkan oleh Rasulullah

salallahu’alaihi wasallam.

 Sebahagiannya adalah wahyu dan sebahagian  Kesemuanya wahyu daripada Allah

yang lain adalah daripada ijtihad Rasulullah subhanahuwa Taala.

salallahu’alaihi wasallam berpandukan wahyu

Allah subhanahuwa Taala.

 Lafaz, maksud dan ta’bir adalah daripada  Makna dan maksudnya sahaja daripada Allah

Rasulullah salallahu’alaihi wasallam. subhanahuwa Taala tetapi lafaz dan ta’birnya

daripada Rasulullah salallahu’alaihi wasallam.

 Berkaitan dengan kepentingan hamba termasuk  Kebiasaannya berhubung dengan

hukum halal haram, taat, syurga neraka dan keagungannya, kemuliaannya dan kekuasaannya

seumpamanya. serta sifat-sifat Allah subhanahuwa Taala.

 Bilangannnya terlalu banyak.  Bilangannya tidak sebanyak hadith Nabawi.

 Sighah dimulai dengan ‫قال رسول هللا‬  Sighah dimulai dengan

‫قال هللا تعالى فيمارواه عنه رسوله‬

Antara perbezaan antara hadith Qudsi dan al-Qur’an:

Al-Qur’an Hadith Qudsi

 Wahyu Allah subhanahuwa Taala daripada  Maknanya adalah wahyu daripada Allah

sudut lafaz dan maknanya. subhanahuwa Taala tetapi lafaznya daripada

Rasulullah salallahu’alaihi wasallam.


 Membacanya jadi ibadah.  Bacaannya tidak jadi ibadah.

 Sabit secara mutawatir.  Tidak sabit secara mutawatir.

 Merupakan mukjizat Rasulullah  Bukan mukjizat.

salallahu’alaihi wasallam.  Tidak terpelihara sebagaimana al-Qur’an.

 Terpelihara sepanjang zaman.

 Tidak harus diriwayatkan dengan makna.  Harus diriwayatkan dengan makna.

 Orang yang mengingkarinya dianggap kufur.  Orang yang mengingkari Hadith Qudsi yang

tidak mutawatir tidak dianggap kufur.

 Tidak sah solat tanpa membaca sedikit  Tiada hadith yang dibaca dalam solat.

daripada ayat-ayat al-Qur’an.

BAB 2 KEDUDUKAN DAN PERANAN AL-HADITH DALAM ISLAM

2.1 Kedudukan Al-Hadith Dalam Islam

 Al-Qur’an merupakan asas utama kepada syariat Islam kerana ia merupakan kalam

Allah subhanahuwa Taala yang tidak boleh dipertikai kesahihannya oleh sesiapapun

samada secara terperinci mahupun secara umum.

 Wajib ditaati dan dipatuhi

 Tidak mungkin umat Islam dapat memahami syariat Islam melainkan dengan merujuk

kepada dua sumber asas utama ini.

Al-Hadith al-Nabawi

- setiap apa yang datang daripada Rasulullah salallahu’alaihi wasallam selain Al-Qur’an

samada untuk menjelaskan hukum-hukum syara’ atau mentafsir dan melaksanakan isi

kandungan Al-Qur’an.
- bersumberkan wahyu daripada Allah subhanahuwa Taala atau ijtihad daripada

Rasulullah salallahu’alaihi wasallam yang tidak berlaku melainkan berdasarkan

kebenaran semata.

- merupakan taksiran praktis bagi Al-Qur’an dan juga sebagai pelaksana yang sebenar

dan unggul bagi Islam.

- salah satu daripada 2 komponen wahyu yang diturunkan oleh Allah subhanahuwa Taala

melalui Jibril a.s.

- sumber kedua dalam perundangan Islam yang menjadi teras kehidupan seorang Muslim.

Kedudukan al-Hadith dalam Islam dapat diketahui dengan merujuk kepada Al-Qur’an.

Banyak ayat Al-Qur’an menunjukkan kewajipan umat Islam agar berpegang kepada

al-Hadith. Ini disebutkan dalam surah al-Maaidah 5:92 yang bermaksud:

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul(Nya) dan berhati-hati”

Dan surah al-Nisa’ 4:80 yang bermaksud:

“Sesiapa yang taat kepada Rasulullah sesungguhnya ia telah taat kepada Allah”

Maka jelaslah bahawa kedudukan al-Hadith menggambarkan kedudukan Rasulullah

salallahu’alaihi wasallam yang diutus untuk dipatuhi dan ditaati dengan izin Allah

subhanahuwa Taala. Baginda bukan diutus semata-mata untuk menyampaikan risalah Allah

subhanahuwa Taala sahaja. Seseorang Muslim tidak dianggap beriman sekiranya tidak

berhukum dengan hukum Allah subhanahuwa Taala dan mengambil contoh teladan daripada

kehidupan Rasulullah salallahu’alaihi wasallam. Firman Allah Taala dalam sabda Baginda

daripada Riwayat Muslim telah menyamakan antara taat kepada Allah Taala dan taat kepada

Rasulullah salallahu’alaihi wasallam.

Terjemahan:

‘Sesiapa yang taat padaku sesungguhnya ia telah taat kepada Allah dan sesiapa yang menderhaka padaku

sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah’


Rasulullah salallahu’alaihi wasallam juga pernah bersabda bahawa:

‘Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara agar kamu tidak sesat selama mana kamu berpegang kepada

keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.’

Sesungguhnya keduanya memerlukan antara satu sama lain kerana keduanya adalah

wahyu daripada Allah subhanahuwa Taala. Kedudukan al-Hadith ditempat kedua kerana al-Qur’an telah

tetap dan jelas kesahihannya sedangkan al-Hadith hanya sebahagian kecil sahaja yang thabit secara

mutawatir dan menjadi penjelas kepada Al-Qur’an atau tambahan ke atasnya. Membelakangkan keduanya

boleh mengakibatkan kemunduran dalam kalangan umat Islam.

2.2 Peranan Al-Hadith Dalam Islam

i. sebagai penyokong dan penguat kepada Al-Qur’an.

- al-Hadith tidak boleh ditolak kerana al-Qur’an tidak mungkin difahami

tanpanya sebagai penjelas dan penghurai hingga boleh membawa kepada

hilangnya tujuan dan matlamat al-Qur’an diturunkan sebagai sebuah kitab

hidayah dan petunjuk kepada seluruh manusia.

ii. sebagai pentafsir dan penjelas kepada kandungan al-Qur’an.

- sebagaimana firman Allah subhanahuwa Taala dalam Surah Al-Nahl 16:44

yang bermaksud:

‘Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur’an agar kamu menerangkan kepada

manusia apa yang diturunkan kepada mereka agar mereka berfikir.’

- pentafsir dan penjelas kepada al-Qur’an boleh dibahagikan kepada 4 iaitu:

 memperincikan ayat yang umum

Contoh: penjelasan tentang perintah solat, zakat dan puasa.

 menjelaskan ayat yang samar

Contoh: terjemahan surah al-Baqarah 2:187 yang bermaksud ‘Dan makan

dan minumlah sehingga tampak jelas kepada kamu benang putih dan
benang hitam di waktu fajar’ diperjelaskan melalui Riwayat al-Bukhari

yang bermaksud ‘Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan (benang hitam)

itu ialah gelap di malam hari dan (benang putih) pula ialah cerah di siang

hari.’

 mengkhususkan ayat yang umum

Contoh: pembunuh tidak boleh mempusakai

 menghadkan ayat yang tiada hadnya (mutlak)

Contoh: surah al-Ma’idah 5:38 yang bermaksud ‘Pencuri lelaki dan

perempuan dipotong tangannya’ diperjelaskan apabila Rasulullah

salallahu’alaihi wasallam sabdakan bahawa “(Rasulullah) didatangi dengan

seorang pencuri lalu dipotong tangannya dari pergelangan tangan.”

iii. sebagai penunjuk kepada sesuatu hukum yang tidak dinaskan oleh al-Qur’an atau

sebagai penggubal syariat.

Contoh: Surah al-A’raf 7:157 yang bermaksud “Yang menyuruh

mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka daripada perkara yang

munkar dan menghalalkan bagi mereka segala kebaikan dan mengharamkan

mereka dari segala keburukan dan membuang dari mereka bebanan dan belenggu

yang ada pada mereka.” diperjelas melalui hadith Rasulullah salallahu’alaihi

wasallam mengenai air dan bangkai laut yang bermaksud ‘Suci airnya daripada

halal bangkainya’

Menurut Imam As-Syafi’i, sunnah Rasulullah salallahu’alaihi wasallam terbahagi kepada

3 bahagian (2 disepakati, 1 diperselisihkan) iaitu:

i. apa yang disokong atau dikuatkan oleh Rasulullah salallahu’alaihi wasallam

terhadap nas-nas sedia ada dalam al-Qur’an


ii. penjelasan Rasulullah salallahu’alaihi wasallam tentang maksud dan huraian nas-

nas al-Qur’an yang umum.

iii. yang tiada nasnya dalam al-Qur’an (diperselisihkan).

BAB 3 SEJARAH PENULISAN DAN PEMBUKUAN AL-HADITH

Sejarah perkembangan al-Hadith melalui beberapa peringkat bermula daripada terbitnya

daripada:

 lisan Rasulullah salallahu’alaihi wasallam

 hafalan di hati

 tulisan di suhuf (helain-helaian)

 pembukuan dalam bentuk kitab

 pengklasifikasi hadith

 penilaian terhadap perawinya

Penulisan dan pembukuan al-Hadith dibahagikan kepada 3 zaman iaitu:

3.1 Al-Hadith Di Zaman Rasulullah salallahu’alaihi wasallam

Zaman Rasulullah salallahu’alaihi wasallam adalah zaman usaha penyebaran dakwah yang

menjadi pengajaran dan perlaksanaan kepada asas kemajuan dan tamadun Islam hingga

merubah sejarah dunia.

Berikut merupakan factor-faktor terhadap larangan daripada menulis al-Hadith:

3.1.1 supaya tidak bercampuraduk dengan al-Qur’an

- kerana pada masa yang sama al-Qur’an giat diturunkan maka sekiranya al-Hadith

ditulis pasti mengurangkan usaha dan kesungguhan untuk menulis dan menghafaz

al-Qur’an.

3.1.2 supaya para sahabat tidak mengalihkan tumpuan kepada al-Hadith sahaja.

3.1.3 kekurangan penulis pada zaman Rasulullah salallahu’alaihi wasallam sedangkan

mereka diperlukan untuk membukukan Al-Qur’an yang lebih utama.


3.1.4 dibimbangi penulisan akan menyebabkan kebergantungan kepada tulisan

berbanding hafalan.

3.1.5 dibimbangi kekurangan kemahiran dalam penulisan akan menyebabkan berlakunya

kesilapan dalam penulisan.

3.1.6 kebanyakan orang Arab bergantung kepada hafalan maka tiada sebab untuk mereka

bukukan hadith-hadith Rasulullah salallahu’alaihi wasallam.

Walaubagaimanapun, larangan tersebut bukanlah mutlak tetapi tertakluk kepada keadaan

yang selamat daripada campuraduk, kemahiran menulis dan dapat dibezakan keduanya

sebagaimana diriwayatkan oleh Rafi’ Ibn Khadij tentang perintah penulisan khutbah kepada

seorang lelaki daripada Yaman bernama Abu Shah yang bermaksud “Wahai Rasulullah,

sesungguhnya kami mendengar daripada engkau banyak perkara. Adakah boleh kami menulisnya?

Maka jawab Rasulullah salallahu’alaihi wasallam, “Tulislah kamu untuk Abu Shah.” Malahan,

larangan tersebut hanya pada peringkat awal sahaja. Kemudian, umat Islam telah bersepakat

tentang keharusan menulis al-Hadith kerana mereka sedar tanpa penulisan dan pembukuan al-

Hadith akan hilang khususnya di zaman mutakhir. Buktinya adalah dengan adanya beberapa suhuf

(helaian) kepunyaan Sahifah Ibn ‘Amru Ibn al-‘As yang dinamakan al-Sahifah al-Saqidah.

3.2 Al-Hadith Zaman Sahabat

Pada zaman ini, dalam usaha mereka menyebar dan memelihara al-Hadith dengan lebih

berkesan, mereka masih bergantung kepada hafalan kerana larangan menulis tetap berlangsung.

Mereka telah meriwayatkan al-Hadith kepada para tabi’in secara lisan sahaja samada dengan lafaz

sendiri tanpa membawa kepada perubahan maksud atau dengan lafaz yang asal. Contoh paling

jelas adalah apa yang berlaku kepada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq a.s apabila Sayyidatina

A’isyah r.a. meriwayatkan bahawa:

- ayahnya telah mengumpulkan sebanyak 500 hadith Rasulullah salallahu’alaihi wasallam.

- suatu malam beliau tidak dapat tidur nyenyak.


- keesokkan paginya beliau meminta Sayyidatina A’isyah r.a. membawakan hadith-hadith

tersebut kepadanya.

- beliau telah membakar kesemua hadith-hadith berkenaan.

Begitu juga dengan Khalifah Umar al-Khattab r.a. :

- pernah berhasrat untuk mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah salallahu’alaihi wasallam.

- mengubah fikirannya walaupun telah mendapat persetujuan para sahabat.

- setelah melakukan solat istikharah selama sebulan.

Para sahabat amat berhati-hati dalam meriwayat hadith hingga amat sedikit yang meriwayatkannya. Ini

adalah agar tidak berlaku kekeliruan antara al-Qur’an dan al-Hadith apatah lagi hilangnya tumpuan

kepada al-Qur’an. Antara yang terlibat dalam penulisan hadith dalam bentuk suhuf adalah:

i) Abdullah Ibn Amru Ibn Al-As

ii) Ali bin Abi Talib

iii) Anas Ibn Malik

iv) Jabir Ibn Abdullah

3.3 Zaman Tabi’in dan Selepasnya

Para tabi’in menerima ilmu daripada para sahabat termasuk hadith-hadith Rasulullah

salallahu’alaihi wasallam. Mereka juga tahu waktu yang terbaik untuk menulis al-Hadith dan

waktu yang tidak digalakkan penulisannya. Namun masih ada pendapat yang tidak menggalakkan

penulisan al-Hadith. Antaranya adalah:

i) Ubaidah Ibn ‘Amru al-Salmani (m.72H)

ii) Ibrahim Ibn Yazid al-Tarimi (m.92H)

iii) Ibrahim al-Nakha’i (m.96H)

Ia berterusan hingga hadith-hadith mula dibukukan pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz r.a. Antara

faktor yang menyumbang kepada pengumpulan dan pembukuan al-Hadith pada zaman ini adalah:

i) Islam tersebar luas dan umatnya bertambah


ii) timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam

iii) banyak perkara bida’ah dan khurafat mula berlaku

iv) para sahabat mula bertebaran di seluruh pelusuk Negara Islam

v) para sahabat meninggal dunia

vi) kurangnya penelitian dalam periwayatan al-Hadith

Berikut adalah tindakan yang telah diambil oleh Khalifah Umar Abdul Aziz r.a. setelah dilantik sebagai

khalifah pada tahun 99H (selama 2 tahun sahaja) iaitu:

i) mengeluarkan arahan kepada Abu Bakr ibn Muhammad ibn ‘Amru ibn Hazm yang

merupakan seorang Qadi di Madinah.

ii) terjemahan arahannya adalah “Lihatlah kamu hadith-hadith Rasulullah

salallahu’alaihi wasallam dan tulislah ia sesungguhnya. Aku bimbang akan

kehilangan ilmu dan ulama.”

iii) mengeluarkan arahan kepada semua gabenor di seluruh negara Islam dibawah

jajahan takluknya untuk mengumpul dan menyatukan hadith-hadith Rasulullah

salallahu’alaihi wasallam. Lalu Ibn Shihab al-Zuhri - pelopor (m.124H)

menyambut seruan tersebut dan hasilnya sempat dilihat oleh Khalifah Umar Abdul

Aziz.

iv) Khalifah Umar melibatkan diri dalam perbincangan yang diadakan sebelum

pembukuan al-Hadith dibuat.

Walaubagaimanapun terdapat kelemahan-kelemahan tertentu yang dikenalpasti dalam usaha

pengumpulan kali pertama ini (pada zaman Ibn Shihab al-Zuhri) hingga tidak terdapat pada zaman kini,

iaitu:

a. pengumpulannya tidak lengkap

b. tidak disusun dengan baik

c. tidak disusun mengikut bab-bab tertentu

d. bercampur-aduk dengan pendapat para sahabat dan fatwa para tabi’in


e. terdapat dalam kitab-kitab hadith lain selepasnya

f. hilang

Selepas zaman (tabaqat) al-Zuhri, hadith-hadith mula dikumpulkan mengikut sahabat yang dinamakan:

i) masanid – pengumpulan al-Hadith mengikut sahabat tertentu.

ii) tabwib

Antara kitab-kitab yang kekal hingga kini adalah:

i) Muwatta’ hasil Imam Malik

ii) Musnad hasil Imam al-Shafi’i

Zaman kegemilangan penulisan dan pembukuan al-Hadith adalah apabila ia mula dikumpul dan disusun

secara berasingan daripada pandangan fatwa para sahabat dan tabi’in. Sahabat pertama yang mengikut

metod ini adalah:

i) Abu Dawud Sulayman al-Tayalisi (m.204H)

ii) Asad Abu Musa al-Umawi (m.212H) – pertama dalam menyusun musnad Mesir

iii) ‘Ubaidillah Ibn Musa al-Abasi (m.213H)

iv) Musaddad al-Basri (m228H)

v) Imam Ahmad Ibn Hanbal (m.241H) – paling masyhur dan paling lengkap

Hadith-hadith berkenaan dikumpul meliputi hadith sahih, hassan dan da’if. Namun ia menimbulkan

kesukaran kepada penuntut ilmu yang tidak mempunyai asas dalam ilmu hadith. Kerana itu, ulama’

merangka metod baru untuk memudahkan penuntut ilmu mendapatkan hadith tertentu serta membezakan

hadith yang diterima atau ditolak. Metod tersebut adalah:

 dengan menyusun hadith-hadith mengikut bab tertentu

 mengasingkan mengikut darjah hadith – hadith sahih dan hasan sahaja ke dalam satu kitab

mengikut bab tertentu.

 lahirnya al-Kutub al-Sittah yang terdiri daripada 6 kitab hadith paling masyhur daripada 6

ulama’ iaitu:

Sahih al-Bukhari Sahih Muslim


Sunan Abi Dawud Sunan al-Tirmidhi

Sunan al-Nasa’i Sunan Ibn Majah

 orang pertama yang mengikut metod ini adalah:

i. Imam Abu ‘Abdullah Muhammad Ibn Ismail al-Ismail al-Bukhari (m.256H)

- kitab Sahih al-Bukhari

ii. Imam Muslim Ibn al-Hajjah al-Qushayri (m.261H)

- kitab Sahih Muslim (paling sahih selepas al-Qur’an)

 zaman pembukuan bermula daripada abad pertama hingga abad ketiga Hijrah – tidak

termasuk hadith yang dipetik daripada kitab-kitab hadith.

 abad seterusnya merupakan zaman penyusunan semula, pengulasan dan huraian terhadap

hadith-hadith yang disusun oleh ulama’ sebelumnya.

 kitab-kitab hadith yang disusun oleh ulama’ abad ke-3H menjadi bahan kajian kepada

ulama’ abad ke-4H dan selepasnya.

 mereka mengumpul dan menyusunnya semula dalam bentuk dan metod yang berbeza

dengan sebelumnya.

 menyemak semula, meringkas, menghurai dan mengulas hadith-hadith tersebut.

 tidak memindah atau meriwayat al-hadith daripada syaikh-syaikh mereka.

 akhir abad ke-3H menjadi pemisah mutaqadimin dan muta’akhirin dalam kalangan perawi

hadith sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Dhahabi.

 antara kitab-kitab hadith yang masyhur pada abad ke-4H yang disusun oleh Imam

Sulayman Ibn Ahmad al-Tabarani (m.360H) adalah:

i. Mu’jam al-Kabir

ii. Mu’jam al-Saghir

iii. Mu’jam al-Awsat

 selepas abad ke-4H, ulama’ hadith menjejaki ulama hadith sebelum mereka untuk

mengumpulkan hadith-hadith sahih yang tidak sempat dikumpul oleh ulama’ sebelumnya.
 tetapi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh ulama’ tersebut seperti Imam

al-Bukhari dan Muslim.

 ulama yang melakukan demikian adalah Abu ‘Abdillah al-Naysaburi atau lebih dikenali

sebagai al-Hakim (m.405H).

 berikut merupakan senarai kitab hadith sahih dan ulama’ yang mengumpulnya:

Ulama’ Hadith Kitab

Al-Hakim Al-Mustadrak ‘ala-al-Sahihayn

Al-Hafiz Abu Bakr al-Isma ‘ili al-Jurjani Al-Mustakhrajat ala sahih

Al-Hafiz Abu ‘Awanah Al-Mustakhrajat ala Sahih Muslim

Muhammad Ibn Nasr al-Humaydi Al-Jam’u bayna al-Sahihayn

Ahmad Ibn Razin Ibn Mu’awiyah al-Abadi Tajrib al-Sihah (kumpulan kitab daripada

al-Kutub al-Sittah)

Abu al-Barakat Ibn Taymiyyah al-Hanbali Muntaqa al-Akhbar fi al-Ahkam (kumpulan

hadith-hadith Ahkam mengikut tajuk tertentu)

Al-Hafiz Abd al-Ghani al-Maqdisi ‘Umdah al-Ahkam

Al-Hafiz al-Mundhiri Al-Targhib wa al-Tarhib

(disusun mengikut pangkal hadith berdasarkan Al-Atraf

huruf abjad)

Al-Hafiz Ibrahim Ibn Muhammad Ibn ‘Ubayd Atraf al-Sahihayn

al-Dimashqi

Muhammad Ibn Tahir al-Maqdisi Atraf al-Kutub al-Sittah

Proses pembukuan berterusan hingga kerajaan ‘Abbasiyah jatuh kepada kerajaan Tartar pada tahun 656H

hingga perkembangan ilmu hadith tergendala. Namun pada abad ke-7H ini, lahir kitab-kitab berikut

daripada tokoh hadith berkenaan:

Ulama’ Hadith Kitab


Imam Nawawi Sharh Sahih Muslim

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari

Al-Hafiz Nur al-Din Ibn Sulayman al-Haythami Majma’ al-Zawa’id wa Manba’ al-Fawa’id

al-Misri (kumpulan hadith daripada kitab-kitab Musnad)

Ibn Daqiq al-‘Id Al-Ilmam fi Ahadith al-Ahkam

(kumpulan hadith-hadith Ahkam)

Ibn Hajar al-‘Asqalani Bulugh al-Maram Min Ahadith al-Ahkam

Anda mungkin juga menyukai