Anda di halaman 1dari 5

‫الكلية العا لية للدراسات االسالمية‬

KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL-INSANIAH MALAYSIA

(KPTI)

ISLAMIC HIGH EDUCATION COLLEGE

TUGASAN 2

SEMESTER 2/SESI 2019

FIQH MUNAKAHAT

(WJ 013)

DISEDIAKAN OLEH:

‫نورليانا بينتي محمد حسن‬


NO. K/P: 800819-02-5974
SENARAI KANDUNGAN

i. Pendahuluan

1. Akidah

2. Ibadah

3. Akhlak Suami-Isteri

4. Munakahat

5. Prosedur Perkahwinan

6. Pembubaran Perkahwinan

7. Kesalahan dan Penalti

8. Hak, Tanggungjawab dan Peranan Suami-Isteri

9. Tanggungjawab Anak Terhadap Ibubapa

10. Hubungan dengan Mertua

11. Punca-Punca Perselisihan Faham


i. PENDAHULUAN

Perkahwinan adalah proses awal bagi pembentukan sesebuah institusi kekeluargaan. Ia bermatlamat

untuk menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita agar setiap pasangan mampu mewujudkan suasana

kasih sayang demi kehidupan yang lebih harmoni. Perkahwinan menurut syariat Islam menentukan

kewajipan-kewajipan dan menyediakan garis panduan yang membawa kebahagiaan kepada pasangan

yang mematuhinya. Ketidaktenteraman rumahtangga berlaku akibat kejahilan atau pengingkaran yang

disengajakan.

1. AKIDAH

Kefahaman tentang ilmu akidah amat penting sebagai penentu samada seseorang itu Muslim atau tidak. Ia

turut mempengaruhi perlaksanaan amalan-amalan beragama yang telah digariskan. Hasil pemantapan

akidah mampu melahirkan seorang Muslim yang bertaqwa kepada Allah subhanahuwa Taala. Hal ini

menghasilkan perlakuan dan tabiat terpuji sesama manusia. Sekaligus, menjamin keutuhan perhubungan

sesama suami dan isteri. Sebaliknya, akidah yang lemah menjadikan seseorang itu tidak berkeperibadian

kuat malah mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan. Oleh yang demikian, ilmu akidah

wajib diberi penekanan agar menjadi pegangan yang dapat menjana perlakuan yang baik dalam kalangan

umat Islam. Umat Islam juga mesti dididik agar sentiasa memahami perkara-perkara yang boleh

merosakkan akidah mereka dengan mengawal diri daripada melakukan perbuatan yang munkar.

Berikut merupakan objektif pendidikan akidah:

a. Memahami konsep Islam, Iman dan Ihsan serta ciri-cirinya.

b. Memahami peranan akidah dalam pembinaan insan dan keperluan berumahtangga..

c. Menghayati perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah.

d. Menghayati implikasi kerosakan akidah dalam sistem kekeluargaan Islam.


KONSEP ISLAM, IMAN DAN IHSAN

Islam

1. Mentauhidkan Allah subhanahuwa Taala, patuh, tunduk dan jujur hati kepadaNya.

2. Beriman terhadap ajaran-ajaran Allah subhanahuwa Taala yang dibawa oleh Nabi Muhammad

sallallahu’alaihi wasallam.

3. Mengakui keEsaan Allah subhanahuwa Taala.

4. Melaksanakan segala perintah Allah subhanahuwa Taala dan meninggalkan segala laranganNya.

5. Mengerjakan dengan sempurna semua rukun-rukun Islan yang difardhukan beserta ajaran-ajaran

yang dibawa oleh Nabi Muhammad salallahu’alaihi wasallam.

Iman

1. Membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran-ajaran Allah

subhanahuwa Taala yang dibawa oleh Nabi Muhammad salallahu’alaihi wasallam.

2. Individu yang beriman mesti bercirikan:

- Mengakui dalam hati bahawa Islam adalah agama yang benar.

- Menyatakan dengan lidah bahawa Islam adalah agama yang benar.

- Mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung dalam syariat Islam.

3. Memahami serta menghayati rukun-rukun Iman dengan penuh keyakinan dan kesedaran.

Ihsan

1. Melakukan ibadat dengan khusyu’, ikhlas dan yakin bahawa Allah subhanahuwa Taala sentiasa

mengawasi setiap perlakuan hambaNya.

2. Melakukan ibadat dengan ikhlas semata-mata kerana Allah subhanahuwa Taala.

3. Melakukan ibadat dengan teratur dan sempurna.

4. Merasa nikmat dan keseronokan semasa melakukan ibadat.

5. Sentiasa mengingati Allah subhanahuwa Taala dan memujiNya serta menyedari Allah

subhanahuwa Taala sentiasa mengawasi.

6. Antara amalan orang Mukmin adalah:

- Mendirikan solat malam

- Memberikan sebahagian hartanya sebagai memenuhi keperluan orang miskin


- Jihad dengan jiwa dan harta

- Mengikut setiap ajaran Rasulullah salallahu’alaihi wasallam.

- Sentiasa memberi kemaafan.

- Sabar.

Anda mungkin juga menyukai