Anda di halaman 1dari 2

Cara-Cara Mengatasi Dari Terbatalnya Syahadah

Kepada mereka yang terbatal syahadah atau mana-mana satu yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam, hendaklah ia bertaubat dari melakukan perkara yang boleh membawa kepada murtad atau apa jua yang merosakkan iman dan Islam serta hendaklah mengucapkan kembali dua kalimah syahadah. Memandangkan keimanan merupakan satu perkara yang amat penting, di samping dapat menentukan kebahagiaan hidup sebenar seseorang di akhirat nanti, maka setiap individu hendaklah berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh membatalkan Islam. Bagi menjaga keimanan seseorang, beberapa usaha atau langkah boleh dilakukan antaranya ialah:

Memantapkan keimanan seseorang agar dapat menghadapi pelbagai cabaran dan ujian keimanan. Justeru adalah amat penting khususnya kepada yang bertanggungjawab sama ada ibu bapa mahupun para pendidik atau pihak berwajib, memberi kefahaman dan kesedaran kepada anak-anak dan semua umat Islam melalui tarbiyah dan dakwah. Pendidikan keimanan hendaklah ditanam ke dalam jiwa setiap insan muslim sejak anak-anak masih kecil lagi. Ini dapat membantu anak-anak mempunyai keimanan yang mantap dan tidak goyah. Dari pancaran dan semangat keimanan itu pula, akan menatijahkan/membuahkan tingkah laku dan amalan yang baik dan terpuji. Ini kerana apabila seseorang itu mengikat dirinya dengan akidah dan keimanan, ia akan menelurkan perasaan muraqabatullah (pengawasan diri) yang mana merasakan Allah SWT sentiasa memerhati dan melihat segala tindakannya serta melahirkan rasa takut kepada Allah SWT. Hal ini dapat mengukuhkan lagi kehendak naluri dalam jiwanya supaya melakukan ketaatan kepada Allah SWT dengan mengerjakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya, maka lahirlah sifat-sifat terpuji dan mulia dalam diri insan yang beriman.

Kesinambungan didikan yang diberikan oleh ibu bapa di rumah, hendaklah diteruskan oleh para pendidik di sekolah atau di Institusi Pengajian Tinggi. Ini adalah suatu yang penting kerana tanpa kesinambungan antara dua pihak tersebut, mungkin ia akan mengalami kegagalan untuk melahirkan insan yang taat kepada Allah SWT kerana pendidikan dalam Islam adalah suatu proses yang berterusan dari buaian hingga ke liang lahad. Manakala pihak berwajib juga hendaklah menyediakan

prasarana dan kemudahan, menyokong usaha-usaha pemantapan akidah dan amalan Islam kepada para pelajar dan guru-guru bagi membolehkan mereka menghayati Islam.

Semua pihak yang bertanggungjawab hendaklah memastikan umat Islam mengamalkan (menghayati) ajaran Islam dalam semua aspek dan aktiviti kehidupan harian mereka, bukannya hanya setakat pengakuan.. Sesiapa yang diamanahkan, hendaklah memerhatikan orang yang di bawah tanggungjawab mereka melaksanakan tuntutan Islam khususnya dalam amalan seperti ibadat solat, puasa dan sebagainya. Ingatlah peringatan daripada Rasulullah SAW yang meminta umatnya supaya menjalankan tanggungjawab masing-masing. Antaranya Baginda SAW bersabda maksudnya:

Seorang lelaki adalah bertanggungjawab di rumah isterinya dan dia akan ditanyakan tentang tanggungjawabnya Sedang wanita juga bertanggungjawab di rumah suaminya dan dia akan ditanyakan tentang tanggungjawabnya.

(Riwayat al-Bukhari) Sesungguhnya Allah akan menanya setiap penanggungjawab dari hal apa yang di bawah kelolaannya, sama ada dia memeliharanya ataupun mensiasiakannya. (Riwayat Ibn Hiban) Selain dari itu, umat Islam juga hendaklah sentiasa dibert peringatan agar sentiasa memelihara akidah/keimanan mereka. Jelaskan tentang ancaman dan hukuman yang akan diterima sekiranya melakukan sesuatu yang boleh merosakkan keimanan. Andai kata terdapat mereka yang melakukan sesuatu yang boleh membatalkan akidah, maka hukuman yang sewajarnya hendaklah dijatuhkan ke atas mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan Allah SWT. Ini dapat membantu umat Islam supaya sentiasa memelihara keimanan mereka dan tidak mempermainkan dan memandang rendah kepada ajaran Islam yang murni dan suci.

Anda mungkin juga menyukai