Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

DEFINISI SOLAT
Bahasa
- Pengertian secara bahasa, sholat berasal dari bahasa Arab yaitu shalla, yang berarti doa atau
cara berdoa untuk meminta permohonan kepada Allah SWT.

ISTILAH

- Pengertian secara istilah sholat adalah rangkaian ucapan yang diawali dengan takbir dan
diakhiri dengan salam.

Kelebihan solat

1. Dapat memberi disiplin

Solat yang ditunaikan pada waktu tertentu dan mengikut tertib dapat melatih seseorang muslim
untuk berdisiplin dan mudah mematuhi arahan. Sifat ini dibawa pula dalam pengurusan jadual
seharian dengan mengambil kira penjagaan masa dengan sebaiknya.

Kesannya, setiap saat dirasakan sangat berharga dan tidak akan terbuang dengan perbuatan lagha
atau sia-sia. Sesungguhnya, disiplin diri yang kukuh terbina bermula dengan penjagaan solat pada
awal waktu.

2. Mendapat ketenangan hati

Islam telah mengajarkan bahawa ketenangan ditemui dalam mengingati Allah SWT dan solat adalah
salah satu caranya. Seperti yang dinyatakan dalam firman Allah,

“Dirikanlah solat untuk berzikir kepadaKu.”

Zikir yang dilakukan dengan khusyuk akan memberi ketenangan kepada pengamalnya dan membantu
meredakan kekacauan fikiran.

3. Mendapat Keredaan dan keampunan Allah

Keampunan dan keredaan Allah adalah matlamat utama dalam kehidupan orang muslim yang
mendambakannya. Solat awal waktu merupakan cara meraih keampunan dan keredaan Allah. Allah
suka hambaNya merayu dan meminta kepadaNya. Selaras dengan firmanNya;

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

4. Segala Urusan Dipermudahkan

Apabila mendirikan solat di awal waktu, seseorang itu akan mulai sedar bahawa Allah akan menjaga
diri serta urusannya dengan cara yang paling baik. Sesuai dengan hadis Nabi SAW;

“Wahai anak, sesungguhnya aku akan mengajarmu beberapa kalimat; jagalah Allah nescaya Allah
menjagamu, jagalah Allah nescaya kau menemuiNya dihadapanmu, bila kau meminta, mintalah
pada Allah dan bila kau meminta pertolongan, mintalah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya
seandainya umat bersatu untuk memberimu manfaat, mereka tidak akan memberi manfaat apa
pun selain yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan seandainya bila mereka bersatu untuk
membahayakanmu, mereka tidak akan membahayakanmu sama sekali kecuali yang telah
ditakdirkan Allah padamu, pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.
(Maksudnya takdir telah ditetapkan)”

Menurut Ibnu Rajab dalam Kitab Ulum al-Hikam, maksud ‘jagalah Allah’ adalah menjaga perintah dan
larangan Allah SWT nescaya hidup diberkati dunia dan akhirat. Lalu, menjaga solat bererti turut
menjaga perintah Allah.

5. Sebahagia Amalan Terpuji dan Terbaik

Solat awal waktu merupakan sebaik-baik amalan yang sangat digalakkan oleh Nabi dan para ali.
Rasulullah SAW bersabda,

“Amalan apakah yang paling utama? Baginda menjawab: Solat pada awal waktu.”

Dengan itu apabila kita bersolat awal waktu, secara tidak langsung kita telah mengikut amalan
sunnah Rasulullah SAW yang merupakan suri tauladan umat.

5 CONTOH KES PENGABAIAN PELAKSAAN SOLAT


1. Leka dengan permainan dunia seperti permainan video hingga lupa untuk menunaikan

solat.

2. Malas menunaikan solat kerana memandang remeh kewajipan solat


3. Sengaja melambatkan solat kerana terlalu leka dan seronok melakukann hal duniawi.

4. Selalu sibukkan diri melakukan kerja untuk mencari rezeki sampai lupa untuk melakukan
kewajiban diri untuk menunaikan solat sedangkan yang memberi rezeki itu adalah Allah
S.W.T.

5. Leka melakukan maksiat seperti keluar berpasangan antara lekaki dengan perempuan
sehingga terjerumus dalam lubang maksiat yang paling besar iaitu zina.
5 FAKTOR BERLAKUNYA ISU PENGABAIAN PELAKSANAAN
SOLAT
- Bagi tema faktor keluarga didapati kategori yang paling menyebabkan remaja tidak
mengerjakan solat adalah faktor ‘keluarga tidak memberi galakan untuk solat fardhu
berjemaah di Masjid atauayah tidak selalu ke masjid. Ibu bapa memainkan peranan menjadi
role model kepada anak- anak sekiranya,ibu bapa tidak mengerjakan solat, anak-anak akan
turut mengikuti dan bergitu sebaliknya.

- Bagi tema faktor sekolah dan guru pula adalah kategori aktiviti di sekolah banyak sampai
tidak solat atau sibuk dengan aktiviti kokurikulum sehingga tidak solat. Dapatan ini
menunjukkan adalah penting pihak sekolah terutamanya guru-guru sentiasa mengingatkan
pelajar untuk solat walaupun sibuk melakukan latihan dan aktiviti di sekolah. Adalah penting
bila tiba masa masuknya waktu azan solat guru-guru yang terlibat memberhentikan aktiviti
dengan membawa pelajar-pelajar menunaikan solat.

- Manakala bagi tema faktor diri sendiri, kategori yang paling tinggi adalah ‘solat ikut mood/
rasa liat untuk solat/mindset untuk solat tidak mantap. Di mana sikap kesedaran remaja itu
sendiri yang akan mempengaruhi dia untuk solat ataupun tidak. Remaja yang ada kesedaran
diri akan tanggungjawab sebagai umat Islam dia akan mengerjakan solat tanpa perlu disuruh
atau dipaksa.

- Manakala bagi tema masjid pula kategori aktiviti masjid tidak menarik minat remaja untuk
datang solat berjemaah di masjid yang menjadi punca remaja tidak menunaikan solat di
masjid. Ini jelas bahawa Masjid perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif melalui
programprogram yang yang bersesuaian untuk menarik remaja untuk terus konsisten datang
solat berjemaah di masjid.

- Sebaliknya tema rakan sebaya kategori paling tinggi adalah rakan tidak cukup solat lima
waktu dan sibuk dengan aktiviti luar bersama rakan-rakan sehingga leka dan tidak solat.
Justerujelas di sini remaja perlu pandai memilih kawan kerana kawan yang baik akan
membawa kita turut melakukan perkara yang baik termasuk solat.
5 LANGKAH BAGI PERMASALAHAN ISU PENGABAIAN SOLAT
- Menggalakkan remaja untuk solat berjemaah atau di masjid. Remaja perlu diajak untuk solat
berjemaah dengan ibu bapa, keluarga, atau rakan-rakan sebaya. Mereka juga perlu digalakkan
untuk pergi ke masjid untuk solat jumaat atau solat-solat lain. Dengan ini, mereka dapat
merasakan persaudaraan dan kecintaan sesama muslim, serta mendapat pahala berlipat
ganda.

- Mengawal penggunaan teknologi/media massa oleh remaja. Remaja perlu dibimbing untuk
menggunakan teknologi/media massa dengan bijak dan bertanggungjawab. Mereka perlu
diingatkan untuk tidak terlalu asyik dengan telefon pintar, internet, televisyen, atau media
sosial sehingga lupa atau mengabaikan waktu solat. Mereka juga perlu dijauhkan dari
teknologi/media massa yang boleh menyesatkan atau menjelekkan ajaran Islam.

- Memberi contoh dan nasihat yang baik tentang solat. Memberi bimbingan dan bantuan
kepada anak-anak yang menghadapi masalah dalam solat. Memberi motivasi dan
penghargaan kepada anak-anak yang solat. Keluarga harus memberi motivasi dan
penghargaan kepada anak- anak yang rajin solat, seperti memberi pujian, hadiah, atau
ganjaran. Ini dapat meningkatkan semangat dan minat anak-anak untuk terus menjaga solat.

- Meningkatkan ilmu pengetahuan agama melalui guru-guru agama yang bertauliah dan yang
pelbagai. Ilmu pengetahuan agama adalah asas yang penting untuk memahami dan
mengamalkan ajaran Islam yang benar. Dengan belajar dari guru-guru agama yang bertauliah
dan yang pelbagai, kita dapat memperoleh ilmu yang sahih, luas, dan mendalam, serta
menghindari kekeliruan dan kesesatan.

- Meningkatkan iman dan takwa kepada Allah. Seseorang yang memiliki iman dan takwa yang
kuat akan solat dengan ikhlas, khusyu, dan taqwa, karena dia menyadari bahwa solat adalah
cara untuk berkomunikasi dengan Allah, dan bahwa Allah Maha Melihat dan Maha
Mendengar segala amal perbuatan kita.
KESIMPULAN
Pengabdian diri kepada Allah swt ketika dilihat dari sudut-sudut yang berbeza seperti yang
dihuraikan di atas, jelas kepada kita bahawa peranan ibadat atau pengabdian diri kepada
Allah swt atau dalam erti kata lain menyembah Allah swt sangat penting kepada makhluk
manusia. Kerana segala perkembangan dan pembangunan serta kemajuan di dunia ini tidak
akan memberi erti atau makna serta hakikat sebenar, kecuali setelah semuanya ini
dilaksanakan hanya kerana kepatuhan, ketundukan dan mencari redha Allah swt di dalam
segala bentuk aktiviti-aktiviti kebendaan dan keduniaan barulah segala bentuk usaha dan
amalan manusia tersebut dikira memperolehi pahala dan ganjaran syurga menunggu mereka
yang beriman dan beramal soleh dari kalangan lelaki mahu pun wanita. Ternyata pintu-pintu
syurga akan terbuka luas kepada mereka yang beribadat dengan berterusan menyembah
Allah swt dengan baik di dunia ini. WaLlahu a’laam bi kulli sawaab
KESAN PENGABAIAN PELAKSANAAN SOLAT

Kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja. Kekurangan didikan agama yang merupakan
Pandangan dan pedoman hidup telah menyebabkan mereka hilang arah dalam kehidupan dan
terlibat dalam gejala-ejala negatif seperti pergaulan bebas.

Kurangnya didikan agama dalam kalangan ibu bapa turut menyumbang kepada berlakunya masalah
penderaan kanak- kanak. Ilmu agama merupakan tunggak utama yang menjamin kepada keutuhan
serta perpaduan sesebuah institusi kekeluargaan.

Meninggalkan solat adalah perbuatan yang sangat berdosa dalam Islam. Alah satu kesan buruk dari
meninggalkan solat adalah Allah tidak akan menerima doa dan amal kebajikan dari orang yang
meninggalkan solat. Doa dan amal kebajikan adalah dua hal yang sangat penting dalam Islam. Doa
adalah cara untuk berkomunikasi dengan Allah, memohon pertolongan, rahmat, dan ampunan-Nya.
Amal kebajikan adalah cara untuk menunjukkan ketaatan, kesyukuran, dan kecintaan kepada Allah,
serta berbuat baik kepada sesama makhluk.

Meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja dan mengambil ringan kewajipannya, maka dia telah
berdosa besar dan mendapat ancaman Allah. Mengunci mati jantung hatinya bermaksud Allah akan
menjadikan hatinya gelap, keras, dan tidak menerima hidayah dan rahmat Allah. Hati yang mati tidak
akan dapat mengenal Allah, mengikuti ajaran Islam, atau beramal soleh. Hati yang mati juga tidak
akan dapat merasakan kebahagiaan, ketenangan, atau kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada
kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana mengabaikan ibadah dalam
kehidupan.
RUJUKAN

https://www.studocu.com/my/n/42754630?sid=01697251201

https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fimgv2-1- f.scribdassets.com%2Fimg
%2Fdocument%2F514360570%2Foriginal%2F302448d36a%2F169551 7092%3Fv
%3D1&tbnid=g27JIrqQfcaMGM&vet=1&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.scribd.com %2Fdocument
%2F514360570%2FKESAN-PENGABAIAN-IBADAH-DALAM-
KEHIDUPAN&docid=YzOrCvwEr6eamM&w=768&h=1024&itg=1&hl=en- GB&source=sh%2Fx%2Fim
%2Fm5%2F2&shem=uvafc

Anda mungkin juga menyukai