Anda di halaman 1dari 14

MPU 2312 PENGAJIAN ISLAM

NAMA PELAJAR MUHAMMAD DANISH AIMAN BIN ESHAMUDDIN

N0 MATRIK K381JHSK014
NAMA PENSYARAH PN. SURIANA BINTI YAHYA
TAJUK PENGAJIAN ISLAM
TARIKH PENGHANTARAN
PENYERTAAN MASALAH

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syara‘,
solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir
beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Solat yang sempurna
dapat menjauhkan manusia dari segala perbuatan mungkar. Solat wajib dilakukan oleh
seluruh umat islam kerana ia termasuk dalam rukun islam yang kedua. Namun pada era
globalisasi ini anak muda kerap meninggalkan solat 5 waktu kerana leka terhadap teknologi
seperti telefon pintar dan sebagainya. Mereka mengangap perkara ini remeh sehinggakan
mereka lupa tetang kewajipan sebagai umat islam. Selepas itu ibadah puasa, puasa ertinya
menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan
puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Ibadah puasa merupakan rukun islam
ketiga. Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang
bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana
diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah
al-Baqarah:183). Ibadah puasa juga sering diremehkan oleh generasi masa kini kerana
mereka tidak membiasakan diri untuk menahan lapar. Mereka juga mungkin tidak berpuasa
kerana pengaruh rakan sebaya dan malas. Hal ini menyebabkan seseorang itu mendapat dos
jika tidak berpuasa tanpa alasan yang munasabah. Kedua-dua perkara tersebut wajib
dilakukan oleh umat islam supaya hidup diberkati oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.
KAJIAN LITERATUR

Dalam satu kajian yang telah dibuat oleh Norlyana Binti Sulong (2006), kajian yang
dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat.
Kajian ini mempunyai tiga skop kajian iaitu pengetahuan, tahap pengamalan pelajar terhadap
tanggungjawab solat dan pandangan pelajar terhadap kesan perlaksanaan solat terhadap diri
seseorang. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap pencapaian min
adalah tinggi iaitu 4.73 bagi pengetahuan, 4.22 bagi tahap pengamalan pelajar terhadap
tanggungjawab solat dan 4.63 pandangan pelajar terhadap kesan pengamalan solat terhadap
diri seseorang. Melalui kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada semua pihak agar
asas peneguhan agama dititikberatkan di kalangan masyarakat. Penyelidik juga bersetuju
dengan pendapat beliau dan ingin menambah pengetahuan agama bukan sahaja diterapkan
dan ditekankan diperingkat sekolah sahaja tetapi ibu bapa perlu mengambil peranan dirumah
dalammemberi penekanan agama terhadap anak-anak mereka.
OBJEKTIF KAJIAN

 Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap perlaksanaan fardhu solat yang dijalankan di
rumah mereka.
 Menganalisis masalah yang dihadapi dalam menjayakan fardhu Solat di rumah
 Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap kepentingan solat fardhu lima
waktu.
 Mengkaji pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar.
 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menunaikan solat
fardhu.
 Mengenal pasti masalah dalam menunaikan ibadah puasa

KAEDAH KAJIAN

 Kaedah kajian kes


 Kaedah soal selidik
RUJUKAN

1. https://docs.google.com/forms/d/
14LINRv3fz65NrbFwpNdTnu3uXEwS4pFsTfOv8moxZ0/edit#responses
2. https://dakwahdantarbiah.com/pengenalan-ibadah-solat
3. https://www.facebook.com/GengIslamAtasTalian/posts/pengertian-solatsolat-
dari-segi-bahasa-bermaksud-doa-atau-doa-dengan-sesuatu-keb/
118471058264321/
4. https://www.coursehero.com/file/p1egnf1u/10-44-FAKTOR-FAKTOR-KAUM-
MUSLIMIN-MENINGGALKAN-SOLAT-JUMAAT-DI-MALAYSIA-Solat/
5. https://www.haraki.my/akibat-meninggalkan-solat/
ANALISIS DATA
Pada pandangan anda, satu cadangan supaya para remaja istiqmah dalam ibadat solat dan
puasa

 Mengikuti kem berkaitan ibadat solat dan puasa


 membuat kempen
 Memberi ceramah dan mengajak ke aktiviti agama
 Mereka perlu diajar dengan ilmu agama sepenuh masa
 Sentiasa mengikuti guru dan ulama
LAPORAN KAJIAN

Daripada dapatan hasil kajian yang telah diselidik melalui. Perkara yang dapat dilihat ialah
pelajar mempunyai pengetahuan dalam ibadah puasa dan solat. Seterusnya, pelajar yang
disoal selidik lebih suka solat berjemaah berbanding solat bersendirian iaitu 3 daripada 5
pelajar yang disoal. Mengikut kajian ini 40% daripada 100% tidak mempunyai apa-apa
masalah dalam menunaikan solat.40% yang lain merupakan pelajar malas melakukan solat
fardhu dan 20% sengaja meninggalkannya. Seterusnya, kebanyakkan pelajar yang
meninggalkan puasa adalah iaitu 40% tidak tahan lapar Ketika sedang menunaikan ibadah
puasa manakala 60% yang lain tidak mempunyai apa-apa masalah dalam melakukan
ibadah puasa. Mengikut statistk pelajar lebih gemar bangun sahur supaya mereka
mendapat lebih banyak tenaga. Sebanyak 4 daroipada 5 orang akan berbuka awal. Akhir
sekali saya amat bersetuju dengan cadangan yang diberikan supaya para remaja istiqmah
dalam ibadah solat dan puasa. Melalui kajian didapati hampir semua yang disoal selidik
telah mempelajari tentang ibadah puasa dan solat dan dapat menjayakannya tanpa sebarang
masalah.
FAKTOR

Melalui hasil kajian tersebut didapati segelintir pelajar masih malas melakukan ibadah
solat dan puasa. Solat adalah rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua
muslim lelaki dan perempuan setelah melafazkan pengakuan tauhid iaitu ucapan dua
kalimah syahadah.Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menerangkan mengenai
keutamaan dan kepentingan ibadah solat ini Sesungguhnya, solat itu bukan sahaja
dianggap sebagai rukun Islam tetapi juga merupakan tiang agama yang menjadi tonggak
terhadap keutuhan agama Islam itu sendiri selain membawa maksud tiang agama bagi diri
seseorang Muslim. Sekiranya salah satu ibadah solat telah ditinggalkan dalam sehari, maka
tempanglah agama seseorang itu. Ibadah puasa juga wajib dilakukan oleh umat islam. Jika
ibdaha puasa selalu ditinggalkan kemungkinan iman mereka semakin luntur. Antara faktor
seseorang itu meninggalkan solat fardhu dan ibadah puasa adalah kerana pengaruh rakan
sebaya. Hal ini berlaku kerana mereka mengikut rakan lain untuk tidak melakukannya.
Contohnya, rakan sebaya di sekolah mengajak untuk ponteng solat zohor berjemaah di
surau. Hal ini menyebabkan perkara ini akan menjadi kebiasaan dalam rutin harian dan
menyebabkan mereka meninggalkan solat. Seterusnya, kurang didikan agama juga menjadi
salah satu faktor yang menyebabkan ibadah solat dan puasa ditinggalkan. Hal ini kerana
mereka kurang memahami cara melaksanakannya dan perkara yang membatalkannya.
Sebagai contoh kurangnya pengetahuan dalam hafazan dan bacaan di dalam solat. Oleh hal
demikian mereka tidak mengambil kisah tentang perkara tersebut dan meninggalkannya.
Seterusnya, sifat malas juga merupakan faktor mengapa ibadah solat dan puasa tidak
dijalankan. Sifat malas yang melampau ini harus dibanteras kerana jika ianya tidak dapat
dikawal ia akan menyebabkan mereka yang meninggalkan suruhan Allah akan mendapat
dosa. Sebagai contoh sifat malas yang ada dalam diri seseorang itu menyebabkan dia
ponteng puasa dan makan tanpa rasa malu.
KESAN

Solat fardhu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali
sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari
lima Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari
semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Solat adalah tiang agama. Jika tiada
solat maka runtuhlah agama ibarat rumah yang tidak bertiang. Pertama akan menyebabkan
azab akan menimpa orang yang meninggalkan solat adalah,mereka akan
dicampakkan kedalam neraka Saqar iaitu neraka yang telah disediakan oleh Allah untuk
orang yang meninggalkan solat Seterusnya solat subuh. Individu yang meninggalkan solat
subuh akan menghadapi masalah dari segi rezeki dan komunikasi.. Menurut kajian sains
yang diambil daripada blog, pada waktu subuh, alam berada dalam keadaan spectrum biru
muda yang bersesuian denganfreuensi tiroid manusia. Di dalam ilmu fisiologi,
tiroid dapat mempengaruhi sistem metabolisma tubuh manusia. Spektrum biru muda
juga dapat membantu dalam cara seseorang itu berkomunikasi Selepas itu, Jika seseorang
itu tidak berpuasa dia akan dipandang serong oleh masyarakat kerana tidak berpuasa dan
makan di tempat terbuka tanpa rasa bersaslah dan tidak mempunyai alasan yang
munasabah. Mereka juga adalah orang munafik dan Sangat diragukan keislamannya kerana
tidak melaksanakan perkara dalam rukun Islam, banyak ulama yang berpendapat jika ada
orang yang secara terang-terangan meninggalkannya, maka ia boleh dikatakan munafik,
kerana meninggalkan salah satu rukun pentingnya. Seterusnya, mereka yang sengaja
meninggalkan ibadah puasa akan dicampakkan kedalam api neraka. Hal ini kerana Allah
telah menyediakan azab bagi sesiapa yang meninggalkan puasa dengan sengaja.
PENYELESAIAN

Antara langkah penyelesaian yang boleh dibuat ialah Ibu bapa haruslah memberi didikan
agama kepada anak-anak sejak dari kecil. Hal ini menyebabkan anak-anak dapat
menjalankan solat fardhu tanpa kesulitan. Seterusnya, solat pada awal waktu. Cara ini
berkesan untuk menghilangkan rasa malas solat akibat bertangguh. Ini kerana semakin
lama bertangguh untuk solat, semakin menebal rasa malas untuk mendirikannya maka
sebaik-baiknya solat itu didirikan sejurus masuknya waktu. Selain daripada
menghilangkan rasa malas solat, orang yang solat pada awal waktu akan berasakan
keberkatan waktu sehingga mampu melaksanakan pelbagai aktiviti harian yang lain.
Selepas itu, kita haruslah berkawan dengan orang yang sangat menjaga solatnya. Mintalah
sahabat itu memberi peringatan setiap kali masuknya waktu solat dan paksa jika masih
tidak bangun mendirikannya. Cara ini sangat berkesan kerana seorang sahabat yang ikhlas
dalam persahabatan akan sedaya upaya mengajak sahabatnya ke arah kebaikan kerana
ingin bersama-sama melangkah ke syurga kelak.
KESIMPULAN

Tuntasnya, Melalui hasil kajian yang dilakukan saya Dapatan kajian menunjukkan pelajar
ada melakukan ibadah khusus harian. Bagaimanapun tahap penghayatan ibadah
tersebut masih kurang memuaskan. Kebanyakan pelajar tidak melaksanakan ibadah
khusus yang wajib dengan sempurna. Contohnya menunaikan solat fardu tetapi tidak
cukup lima waktu dalam sehari. Begitu juga dalam bulan Ramadan masih terdapat
pelajar yang mengaku tidak menyempurnakan ibadah puasa sebulan penuh.
Penghayatan pelajar dalam ibadah khusus yang sunat juga kurang memuaskan. Dapatan
menunjukkan bagi ibadat sunat harian ini kebanyakan pelajar jarang-jarang melakukannya.
Kajian membuktikan sikap pelajar yang tidak menghayati ibadah dengan sempurna ini
mempunyai kaitan kuat dengan pengaruh ibu bapa. Ini kerana dapatan kajian
menunjukan pelajar mengakui peranan dan sikap ibu bapa sangat Dapatan kajian
menunjukkan faktor utama responden tidak menghayati ibadah adalah disebabkan
malas. Penyelidik berpendapat sifat malas ini adalah berpunca dari tiada atau
kurangnya pemantauan dan contoh yang baik daripada ibu bapa sendiri. Anak-anak
yang masih remaja ini sememangnya memerlukan bimbingan, perhatian dan
sedikit tekanan daripada orang yang lebih dewasa kerana fitrah remaja yang belum
memiliki jiwa yang mantap serta mudah mengikut hawa nafsu ke arah perkara yang
melalaikan. Oleh itu, kita haruslah sentiasa melakukan ibadah puasa dan solat kerana ia
merupakan rukun islam dan wajib dilakukan oleh umat islam agar hidup lebih diberkati
oleh Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai