Anda di halaman 1dari 21

ISI KANDUNGAN

BIL PENERANGAN MUKASURAT


1. Pengenalan 3
2. Objektif 4
3. Struktur muka 5-6
4. Otot muka yang utama 7–8
5. Tulang muka yang utama 9-10
6. Fungsi otot muka utama 11
7. Ekspresi yang melibatkan otot-otot muka 12-13
8. Langkah urutan muka dan otot – otot yang terlibat 14-16
9. Kesimpulan 17
10. Lampiran 18-19
11. Rujukan 20

2
1.0 Pengenalan
Anatomi wajah adalah pengetahuan asas bagi ahli kosmetik. Kulit adalah organ yang
sama pentingnya, seperti perut atau hati yang melindungi badan daripada pelbagai pengaruh
persekitaran. Dan dengan kesan kosmetologi yang betul pada kulit wajah, bukan sahaja dapat
kekal menarik dan muda selama bertahun-tahun, tetapi juga sihat - semakin baik keadaan
kulit, semakin kuat imuniti.

Selain itu ,wajah adalah sambungan kompleks otot, saluran darah, saraf dan urat. Struktur
dalaman, yang merupakan mekanisme yang agak kompleks dan rumit. Untuk menjalankan
prosedur estetika dan perubatan dengan betul, seseorang harus mempertimbangkan kompleks
ciri-ciri tengkorak yang saling berkaitan, penempatan otot-otot wajah, serta hubungannya
dengan sistem limfa, jaringan vaskular dan struktur saraf wajah.

Seterusnya , tengkorak manusia adalah perlindungan utama untuk otot dan saraf wajah,
yang bertanggungjawab untuk mobiliti wajah. Secara keseluruhan, tengkorak mengandungi
23 tulang - iaitu 8 berpasangan dan 7 tidak berpasangan. Kesemuanya dibahagikan kepada 2
kumpulan: tulang muka dan medula.. Tulang muka adalah tulang berpasangan yang lebih
kecil seperti hidung , zygomatic , rahang atas dan banyak lagi.

Di samping itu , anatomi wajah untuk ahli kosmetik memberi perhatian khusus kepada
struktur otot - tisu lembut yang menguncup ketika seseorang gugup. Menurut sains, ilmu otot,
adalah mungkin untuk mengesan 1200 kombinasi kerja otot di wajah, yang mencerminkan
keadaan emosi dan kesejahteraan yang berbeza. Ekspresi wajah seperti itu hanya boleh
dilakukan dengan pengecutan sendi beberapa kumpulan otot - kombinasi bentuk kerja mereka
yang berbeza pada wajah emosi kebahagiaan, kesakitan, jijik, minat atau rasa tidak puas hati.
Biasanya, sebahagian besar otot muka dalam struktur, satu hujung melekat pada tulang, dan
yang lain ke lapisan kulit yang dalam.

Kesimpulannya , anatomi wajah perlulah diketahui oleh seorang ahli terapi .Semua otot,
dengan pengecutannya, mengubah ciri wajah, menyatakan keadaan dalaman seseorang. Oleh
kerana setiap otot dikaitkan dengan keadaan fikiran tertentu, yang ditampilkan di wajah
dalam bentuk perubahan bentuknya, ekspresi wajah yang sesuai terjadi, akibatnya kerutan
dan lipatan muncul dari masa ke masa

3
2.0 Objektif

1. Menerangkan struktur muka dengan jelas


2. Menyatakan otot muka yang utama dengan betul
3. Menyenaraikan tulang otot muka uatama dengan betul.
4. Menerangkan fungsi otot muka dengan jelas .
5. Menyenaraikan ekspresi muka dan otot yang terlibat dengan betul .
6. Menerangkan langkah urutan muka dan otot yang terlibat dengan jelas .

4
3.0 Struktur muka

Rajah 3.0 menunjukkan struktur anatomi muka

 Penerangan kedudukan struktur anatomi muka berdasarkan rajah :


i. Frontal region
 Terletak dibahagian dahi
ii. Pariental region
 Terletak dikawasan belakang kepala bahagian atas
iii. Temporal region
 Terletak dibahagian tepi kepala
iv. Zygomatic region
 Terletak di kawasan pipi atas bahagian hujung berdekatan dengan
telinga
v. Auricular region
 Terletak dibahagian telinga
vi. Occipital region
 Terletak dikawasan belakang kepala bahagian bawah .
vii. Orbital region
 Terletak dikawasan mata

5
viii. Infraorbital region
 Terletak dikawasan pipi atas bahagian tengah berdekatan dengan
hidung .
ix. Nasal region
 Terletak dikawasan hidung
x. Buccal region
 Terletak dikawasan pipi dibahagian bawah hingga rahang .
xi. Oral region
 Terletak dikawasan mulut
xii. Mental region
 Terletak dikawasan dagu

6
4.0 Otot – otot muka yang utama

 Otot muka ialah otot – otot yang melekat pada tulang untuk melakukan fungsi
penting untuk kehidupan seharian termasuk pengunyahan dan ekspresi wajah .
Otot – otot ini juga disebut sebagai otot mimik kerana ekspresi fizikal dan emosi
dapat dilakukan oleh pergerakkannya.
 Otot muka ialah termasuk dalam jenis otot aksial .Otot aksial terletak dan melekat
pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra, tulang tusuk dan sternum.

Rajah 4.0 menunjukkan anatomi otot – otot muka


 Terdapat otot – otot utama muka :

i. Otot Frontalis
 Otot frontalis (dari bahasa Latin 'frontal muscle') adalah otot yang
merangkumi bahagian dahi tengkorak.
ii. Otot Temporalis
 Otot temporalis adalah otot rangka yang terletak di wajah manusia. Ia
dipanggil otot temporal kerana memanjang di bawah pelipis di kedua
sisi wajah. Pada masa yang sama ia mencapai ke rahang bawah.
iii. Otot Orbicularis Oculi
 Otot orbicularis terletak tepat di bawah kulit kelopak mata
iv. Otot Procerus

7
 Procerus timbul oleh kecenderungan gentian dari fasia meliputi
bahagian bawah tulang hidung dan bahagian atas rawan hidung lateral.
 Ia berada di dalam kulit di bahagian bawah dahi antara keduanya
kening di kedua-dua sisi garis tengah
v. Otot Corrugator
 Otot Corugator adalah otot piramidal kecil, sempit yang berada dekat
dengan mata. Ia terletak di hujung depan kening , di bawah frontalis
dan tepat di atas otot orbicularis oculi.
vi. Otot Nasalis
 Otot nasalis berada diantara hidung ( lateral )
vii. Otot Levator labii
 Otot Levator Labii berada berdekatan dengan otot hidung .
viii. Otot Zygomaticus minor
 Otot Zygomaticus minor ialah otot ekspresi wajah. Ia berasal dari
tulang zigomatik dan disambungkan dengan orbicularis oculi pada
permukaan sisi levator labii .
ix. Otot Zygomaticus major
 Otot ini meluas dari setiap lengkung zigomatik (tulang pipi) ke sudut
mulut. Ini yang menimbulkan lesung pipi ketika seseorang tersenyum.
x. Otot Buccinator
 Otot Buccinator adalah otot segiempat tipis yang menempati interval
antara rahang atas dan rahang bawah di sisi wajah. Ini membentuk
bagian anterior pipi atau dinding lateral rongga mulut
xi. Otot Depressor labii
 Depressor labii adalah otot muka berpasangan yang terletak di
kawasan dagu wajah. Kerana bentuknya segi empat, ia juga disebut
quadratus labii inferioris.
xii. Otot Orbicularis oris
 Otot yang berada di lapisan dermis keliling bibir .
xiii. Otot Mentalis
 Otot mentalis adalah otot berpasangan yang terletak di hujung dagu. Ia
berfungsi sebagai otot utama bibir bawah.
xiv. Otot Platysma

8
 Otot yang merangkumi kawasan leher dan tulang kolar .

5.0 Fungsi otot – otot muka yang utama


 Manusia menggunakan wajah untuk menunjukkan sebuah ekspresi,dan untuk
melakukan sebuah ekspresi ini wajah memiliki otot- otot yang fungsinya untuk
mengendalikan gerakan ekspresi pada wajah manusia, dan otot ini disebut facial
muscle, mimetic muscle, atau otot wajah. Otot wajah merupakan jaringan otot tipis
yang berada di dalam kulit wajah dan dapat dibagi menjadi beberapa kawasan .
Terdapat fungsi otot-otot utama muka iaitu :

Rajah 5.0 menunjukkan anatomi otot – otot muka yang utama

Otot Muka Fungsi


Frontalis Menggerakkan kulit kepala dan kerut di dahi
Orbicularis oculi Menutup kelopak mata dan mengerakkan alis mata
Procerus Menarik turun kulit dahi dan alis mata
Corrugator Mengerakkan kulit dahi dan alis mata kea rah pangkal
hidung dan mencipta kerut vertical tepat di atas pangkal
hidung
Nasalis Mengerakkan cuping hidung dan hidung
Levator Labii Menarik bibir bahagian atas ke lateral dan ke atas
Zygomaticus Minor Mengerakkan bibir , cuping hidung , pipi dan kulit dagu
Zygomaticus Major Menarik sudut mulut kea rah lateral dan ke atas

9
Buccinator Menegangkan bibir , meningkatkan tekanan intraoral
ketika meniup dan mengunyah
Depressor Labii Menarik bibir bahagian bawah ke lateral dan ke bawah
Temporalis Mengerakkan kulit kepala
Platysma Menegangkan kulit leher dan menciptakan kerut – kerut
vertical
Orbicularis oris Menutup bibir , menggerakkan cuping hidung , pipi dan
kulit dagu
Mentalis Membentuk lekuk di dagu

10
6.0 Tulang muka yang utama
 Tulang utama muka adalah rahang bawah, rahang atas, tulang depan, tulang hidung,
dan zigomatik. Anatomi tulang muka kompleks, namun elegan, sesuai untuk pelbagai
fungsi.

t. mata

Rajah 6. 0 menunjukkan anatomi tulang muka

Tulang Muka Fungsi


Tulang Frontal ( dahi ) Melidungi bahagian otak depan
Tulang Temporal (pelipis) Melindungi saraf dan otak serta tempat melekat otot-otot
temporalis
Tulang air mata Melekatkan saraf , otot serta kalenjar air mata . Ia juga
mempunyai rongga sebagai celah air mata berada seelum
dialirkan keluar mata .
Tulang hidung ( nasal ) Memberi bentuk yang indah pada hidung
Tulang pipi Membentuk karakter wajah seseorang dan melindungi mata
dan bola mata
Tulang rahang atas Menyokong gigi – gigi pada bahagian atas mulut dan juga
( maxilla) memastikan bentuk tulang hidung tetap ideal
Tulang rahang bawah Memberi peranan dalam percakapan , semasa mengunyah
( mandible ) dimana dapat mengatur kedudukan makanan ketika
mengunyah
Tulang mata Merupakan tempat pelekatan bola mata dan juga sebagai
pelindung bola mata
Zygomatik Membentuk tulang pipi

11
7.0 Ekspresi muka yang melibatkan otot – otot muka

 Ekspresi wajah adalah satu atau lebih gerakan atau kedudukan otot di bawah kulit
wajah. Ekspresi wajah adalah bentuk komunikasi nonverbal. Ianya adalah cara utama
menyampaikan maklumat sosial antara manusia seperti berkomunikasi , tetapi mereka
juga berlaku pada kebanyakan mamalia lain dan beberapa spesies haiwan
lain.Contohnya , orang yang bisu menggunakan ekspresi wajah mereka semasa
membuat gerakan bahasa isyarat untuk mengekspresi emosi mereka .
 Bahagian muka terdiri daripada banyak otot kecil yang melekat antara satu sama lain
serta pada kulit muka. Semasa oto mengecut menyebabkan kulit muka tertarik pada

arah tertentu dan menghasilkan ekspresi muka .


Rajah 7.0 menunjukkan gambar dari buku Mecanisme de la Physionomie Humaine
(1862) proses menentukan otot mana yang bertanggungjawab untuk ekspresi muka

 Ciri – ciri tisu otot :


i. Berupaya untuk mengecut
ii. Boleh meregang
iii. Elastik
iv. Boleh bertindak balas

12
Ekspresi muka dan
Otot – otot muka yang terlibat
1. Tertanya 6. Sengih
- Risorius
- Otot Frontalis - Depressor Labii

2. Mengerut dahi 7. Mencium


- Orbicularis oris

- Corrugator

3. Mengenyit mata 8. Merajuk


- Mentalis
- Depressor Labii
-

Orbicularis oculi
4. Menyampah 9. Sedih
- Nasalis - Triangularis
- Levator labii

13
5. Meniup 10. Terkejut sangat
- Buccinator - Platysma
- Orbicularis oris

8.0 Langkah urutan muka dan otot – otot yang terlibat


Rajah 8.0 menunjukkan pola urutan asas muka

 Urutan muka adalah teknik yang melibatkan penggunaan tangan atau alat untuk
mengurut kulit wajah dengan lembut . Ia membantu meningkatkan peredaran darah ,
menenangkan otot-otot wajah, mengurangkan bengkak dan membuatkan kulit
Nampak sihat , sihat dan bersinar yang sihat. Pakar penjagaan kulit mengesyorkan
urutan wajah 2-3 kali seminggu untuk mempunyai kulit yang sihat .
 Bahan yang diperlukan untuk melakukan urutan muka ialah minyak muka. Terdapat
langkah urutan muka asas yang boleh diamalkan sendiri atau di spa kecantikan :

Langkah urutan muka Otot muka yang terlibat

14
1. Mengurut dibahagian dahi  Meletakkan buku jari diantara kening dan
gerakkanya kearah garis rambut . Ulangi
langkah ini 5 kali
 Otot frontalis dan otot procerus

2. Mengurut dikawasan mata  Jangan kasar dengan kulit di sekitar mata


kerana ia sangat nipis dan lembut .
Gunakan gerakan lembut dengan gerakan
membuat menggunakan jari manis
Ulangi lima kali.
 Otot orbicularis oculi dan otot corrugator

3. Mengurut dikawasan hidung dan  Mulakan urutan daripada bahagian


pipi pangkal hidung ke bahagian pipi
menggunakan 4 hujung jari dengan
tekanan yang sesuai . Ulangi
sebanyak 3 kali .
 Otot nasalis
 Otot levator labii
 Otot zygomaticus minor

4 . Mengurut dikawasan pipi  Dengan lembut , gunakan telapak


tangan dengan menggunakan gerakan
sweeping secara outwards ,
dimulakan dari kawasan tengah muka
dibawa ke kawasan berdekatan
telinga .
 Untuk memperbaiki kontur muka ,
letakkan ibu jari dari kawasan
berdekatan hujung mulut hingga
hujung tulang pipi secara ke atas .
 Otot zygomaticus minor
 Otot zygomaticus major

15
 Otot risorius
 Otot buccinator
5. Mengurut dikawasan mulut  Meletakkan jari tengah dan jari manis
di kawasan bawah bibir hingga ke
kawasan atas bibir dengan gerakan
sweeping.
 Otot orbicularis oris

16
6. Mengurut bahagian rahang dan  Meletakkan dua buku jari ( jari tengah
dagu dan manis ) dari kawasan tengah dagu
hingga hujung ( berdekatan dengan
bawah telinga dimana pressure point
terletak disitu )
 Otot mentalis
 Otot Depressor labii
 Otot Triangularis
 Otot buccinator
7. Mengurut bahagian leher  Menggunakan kelima –lima buku jari
dari bahagian decollete hingga bawah
dagu dengan menggunakan tekanan
yang sesuai. Ulangi sebanyak 3 kali .
 Otot Platysma

17
9.0 Kesimpulan
Kesimpulannya ,anatomi muka adalah penting untuk pemahaman perilaku,
fungsi, dan penampilan dari muka dan kepala. Terdapat pelbagai sistem yang dinyatakan
dalam penerangan tentang anatomi muka .Antaranya ialah struktur muka , otot muka dan
fungsinya , tulang muka dan fungsinya ,langkah urutan dan otot yang terlibat dan ekspresi
muka .

Seterusnya , struktur muka mengandungi 12 kawasan yang berada pada kedudukan


yang berbeza yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menerangkan bahagian pada sistem
lain seperti otot muka dan tulang muka

Di samping itu , terdapat 42 jenis otot muka tetapi 14 otot muka yang utama . Setiap otot
ini mempunyai fungsi yang tersendiri dalam pembuatan ekspresi muka seperti otot risorius
terlibat dalam ekspresi muka senyum dan banyak lagi . Manusia menggunakan ekspresi muka
seumur hidup mereka iaitu ketika bercakap , makan , berbual dan banyak lagi . Ekspresi
muka ialah satu langkah penting dalam menunjukkan perasan ketika bercakap .

Selain itu , tulang muka yang berfungsi untuk melindungi organ yang ada pada muka
seperti bebola mata , otak dan sebagainya , ianya juga berfungsi untuk membentuk bentuk
tulang pipi , hidung yang mempersembahkan wajah seseorang . Terdapat pelbagai jenis
bentuk muka di dalam dunia ini , ianya kerana perbezaan kedudukan rangka tulang pada
muka .

Tambahan lagi , urutan muka ialah salah satu cara untuk membentuk kembali struktur
muka , bukan dengan tulang tetapi dengan otot , dengan menggunakan teknik urutan yang
betul dan konsisten justeru bentuk muka yang ideal akan dapat dimiliki. Urutan muka juga
dapat mengurangkan kedutan pada muka dengan teknik dan langkah yang bersesuaian. Bahan
yang digunakan untuk urutan hanyalah minyak urut muka . Pada zaman ini . terdapat pelbagai
alatan yang digunakan untuk membantu urutan muka menjadi lebih efektif seperti gua sha .

Akhir sekali , anatomi muka adalah sangat penting untuk diketahui oleh seorang ahli
terapi yang akan menganalisi muka seseorang . Tanpa pengetahuan yang optimum berkenaan
anatomi muka , mungkin kejadian yang tidak diingini akan berlaku , Setiap rawatan yang
melibatkan muka memerlukan pengetahuan anatomi muka supaya mencapai hasil yang
optimum .

18
10.0 Lampiran
1. Kawasan struktur muka

Rajah 10.0 menunjukkan 3 kawasan struktur muka


 Anatomi muka boleh dibahagikan kepada tiga kawasan utama:
i. Kawasan muka bahagian atas ( kuning )
 Bermula dari garis rambut dan berakhir tepat dibawah kelopak mata bawah.
Dari padangan sisi (lateral) bahagian muka atas berakhir di sekitar kawasan
temporal. Kawasan muka atas melibatkan bahagian dahi , mata dan temporal .
ii. Kawasan muka bahagian tengah ( merah jambu )
 Kawasan muka tengah mula di kelopak mata bawah dan menjangkau ke bawah
yang berakhir tepat dibahagian atas bibir . Dari padangan sisi ( lateral ) telinga
termasuk dala kawasan muka tengah . Kawasan muka tengah mengandungi
hidung, pipi, dan telinga.
iii. Kawasan muka bahagian bawah ( biru )
 Kawasan muka bawah bermula dibibir atas dan berakhir di bahagian bawah dagu.
Kawasan muka bawah mengandungi bibir, dagu, dan rahang .

19
2. Langkah urutan asas muka

Rajah 10.1 menunjukkan langkah urutan asas muka


 Berikut ialah langkah – langkah urutan asas muka yang boleh dilakukan dirumah .
Urutan asas muka ini sesuai menjadi rutin harian penjagaan muka untuk mengekalkan
keanjalan muka dan melancarkan peredaran darah muka supaya muka kelihatan sihat
dan bersinar .
 Untuk melakukan urutan asas ini hanya menggunakan kedua belah tangan dan minyak
urut untuk muka . Disarankan untuk menggunakan minyak urut muka aromaterapi
untuk memberi kesan tenang ketika mengurut .
 Urutan asas ini hanya mengambil masa dalam 5-10 minit sahaja dan jika lakukannya
secara konsisten kulit akan lebih sihat dan awet muda .
 Urutan – urutan ini boleh mengurangkan kedutan , memperbaiki kontur pipi ,
meruncingkan dagu dan menegangkan kulit muka .

20
11.0 Rujukan
 Laman Web
1. N.N (N.D ) , Anatomi Muka Untuk Pakar Kecantikan , dimuaturun daripada
https://ms.singaporepsychiatrists.com/anatomija-licevoj-nerv.php .
2. Iqbal Mo , ( 25 Januari 2015 ) , Anatomi Otot Wajah , dimuaturun daripada
https://www.slideshare.net/iqbalmo/anatomi-otot-wajah-43873498 .
3. N.N . ( N.D ) , Tulang Muka : Anatomi Tulang Muka Tengkorak , dimuaturun
daripada https://ms.unansea.com/tulang-muka-anatomi-tulang-muka-
tengkorak/ .
4. Oliver Jones , ( 23 April 2020 ) , The Muscles of Facial Experssion ,
dimuaturun daripada https://teachmeanatomy.info/head/muscles/facial-
expression/
5. Sowmya Tamatam , ( 5 Mac 2020 ) , How To Do Facial Massage : Step By
Step Guide , dimuaturun daripada https://skinkraft.com/blogs/articles/facial-
massage .

21

Anda mungkin juga menyukai