Anda di halaman 1dari 29

ISI KANDUNGAN

BIL PENERANGAN MUKASURAT


1. Pengenalan 3-4
2. Objektif 5
3. Maksud produk dalam industri kecantikan 6-7
4. Skop garis panduan industri kecantikan 8-23
4.1 Perkhidmatan yang ditawarkan
4.2 Ahli terapi yang terlibat dalam industri kecantikan
4.3 Larangan Am
4.4 Perkhidmatan atau prosedur yang memerlukan ahli
terapi menjalani latihan sebelum menjalankan
prosedur
4.5 Perkhidmatan yang dilarang dilakukan oleh ahli terapi
4.6 Tanggungjawab ahli terapi
4.7 Panduan amalan terbaik ahli terapi
4.8 Premis kecantikan
5. Undang – undang dan Akta yang berkaitan dalam industri 24-25
kecantikan
6. Kesimpulan 26-27
7. Rujukan 28

2
1.0 Pengenalan

Industri kecantikan telah berkembang maju dari semasa ke semasa. Penggunaan


produk kosmetik dan kecantikan sememangnya tidak akan berkubur sebaliknya akan terus
maju danberkembang kerana fitrah manusia yang sentiasa ingin Nampak cantik dan
muda. Scenario industrykecantikan tempatan masih belum menampakkan impak yang
boleh dibanggakan walaupunhakikatnya ada puluhan jenama dihasilkan mempunyai mutu
yang baik dan boleh dikatakansetanding jenama antarabangsa. Kebanyakannya hanya
dijual di kedai jamu atau pengedar, bukan difarmasi utama yang diketahui mengutamakan
standard pengilangan ketat atau mutu produk.

Namun masih belum ada yang boleh membina jenama kukuh di persada dunia
kecantikan global. Sebaliknya, begitu banyak produk asing Berjaya menembusi pasaran
Asia termasuk Malaysia. Jenama seperti SK II, Clinique, Dior dan lain - lain mampu
berdiri megah di setiap pusat beli – belah utama seluruh negara dan sudah meniti di bibir
segenap lapisan masyarakat tempatan .Walaubagaimanapun, produk tempatan juga telah
Berjaya menempah nama di seluruh Malaysia.

Di luar produk itu sendiri, perniagaan kecantikan juga merangkumi cara penjualan
produk tersebut. Khususnya, titik harga dan cara kosmetik dibungkus dan dijual. Titik
harga selalu berbeza, tetapi pembungkusan menjadi semakin penting. Di mana penjualan
produk telah berubah dari kedai fizikal yang didorong oleh lokasi, untuk dijual melalui
Internet kepada orang di seluruh dunia.

Kerana populariti kosmetik, terutama produk kosmetik, banyak pereka yang tidak
semestinya terlibat dalam industri kosmetik muncul dengan produk ksometik yang
berbeza dengan nama mereka. Lebih-lebih lagi, beberapa pelakon dan penyanyi
mempunyai rangkaian produk kosmetik mereka sendiri seperti Yves Saint Laurent.
Produk kosmetik pereka adalah, seperti produk pereka lain, yang paling mahal dalam
industri kerana pengguna membayar bukan sahaja untuk produk tetapi juga untuk jenama.

3
Kesimpulannya , industry kecantikan ini sektornya sangat meluas seperti spa , salon ,
pusat kecatikan , juru solek di fashion show , juru solek untuk pengambaran dan
sebagainya . Produk – produk yang ada dalam industri kecantikan sangat dipandang
tinggi oleh semua individu terutamanya wanita kerana mereka suka untuk menggayakan
baju bersama solekan yang sesuai .

4
2.0 Objektif

1. Menyatakan maksud produk dalam industri kecantikan dengan tepat .


2. Menerangkan skop garis panduan industri kecantikan dengan jelas .
3. Menyenaraikan rawatan yang ditawarkan dalam industri kecantikan dengan betul.
4. Menyenaraikan ahli terapi yang terlibat serta tugas mereka dengan betul .
5. Menyatakan larangan am dengan tepat .
6. Menyenaraikan perkhidmatan atau prosedur yang memerlukan ahli terapi menjalani
latihan sebelum menjalankan prosedur tepat .
7. Menyenaraikan perkhidmatan yang dilarang dilakukan oleh ahli terapi di dalam
premis dengan betul .
8. Menyatakan tanggungjawab ahli terapi dengan tepat .
9. Menyenaraikan panduan amalan terbaik ahli terapi dengan jelas dan betul .
10. Menerangkan perkara yang perlu dititikberatkan dalam premis kecantikan dengan
jelas .
11. Menyenaraikan undang – undang dan akta yang berkaitan dengan industry kecantikan
dengan betul .

5
3.0 Maksud produk dalam industri kecantikan

Secara amnya, produk kosmetik selalunya dikenali sebagai alat solek atau produk yang
digunakan secara luaran untuk mencantikkan seseorang individu. Di peringkat kawalan
regulatori, kosmetik mempunyai definisi yang lebih terperinci dan jelas iaitu bahan atau
sediaan untuk digunakan pada bahagian luaran badan manusia seperti kulit, rambut, kuku,
bibir, bahagian luaran organ genital manusia, gigi atau membran mukus di dalam mulut yang
bertujuan untuk membersih, mewangi, mengubah penampilan, menghilangkan bau badan,
melindungi dan mengekalkan dalam keadaan baik. Produk kosmetik tidak hanya merujuk
kepada gincu, bedak muka, maskara malah ia merangkumi lain-lain produk penjagaan
pembersihan diri seperti syampu, sabun badan dan produk penjagaan gigi.

Rajah 3.1 menunjukkan contoh – contoh produk kosmetik

Walau bagaimanapun, pengguna selalu beranggapan bahawa produk kecantikan yang


diambil secara dimakan atau diminum juga adalah produk kosmetik kerana tuntutan kosmetik
digunakan ke atas produk tersebut seperti mencantikkan atau melembapkan kulit. Anggapan
ini adalah salah kerana produk kosmetik hanya boleh digunakan pada bahagian luaran sahaja.
Oleh itu, apa-apa produk yang diminum atau dimakan tidak boleh dikategorikan sebagai
produk kosmetik sebaliknya perlu diklasifikasikan sebagai produk suplemen kesihatan,
tradisional atau makanan. Terdapat beberapa agensi yang mengawal selia produk-produk ini
iaitu Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA) dan Bahagian Kawalan Kualiti
Makanan (BKKM) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebagai contoh, produk yang mengandungi kolagen ada dijual sebagai krim muka yang
digunakan pada kulit muka atau sebagai minuman pracampur atau kapsul untuk dimakan.

6
Dalam konteks ini, krim muka yang mengandungi kolagen adalah dikategorikan sebagai
produk kosmetik manakala serbuk minuman atau kapsul kolagen boleh diklasifikasikan
sebagai makanan atau suplemen kesihatan.

Rajah 3.2 menunjukkan produk diambil secara dimakan atau diminum yang menggunakan
tuntutan kosmetik

7
4.0 Skop garisan panduan industri kecantikan

4.1 Perkhidmatan yang ditawarkan :


Industri kecantikan ialah perniagaan yang menawarkan prosedur
mengekal atau menyerlahkan rupa fizikal luaran melalui perkhidmatan :

a) Rawatan Muka
Rajah 4.1.1 menunjukkan pelbagai jenis rawatan muka
 Rawatan muka ialah satu perkhidmatan profesional untuk membaiki
dan menambah baik keadaan kulit wajah
 Antara manfaat rawatan muka ialah membersihkan lapisan
epidermis kulit dengan lebih mendalam , merangsang peredaran
darah , melambatkan proses penuaan dan banyak lagi .
 Rawatan muka termasuklah urutan muka , memakai lulur muka ,
penggunaan mesin fasial yang bersesuaian dan lain – lain .
b) Rawatan Badan

Rajah 4.1.2 menunjukkan rawatan body mask

8
 Rawatan badan ialah rawatan pada seluruh badan atau sebahagian
badan dengan mengunakan prosedur fizikal yang berbeza mengikut
jenis rawatan badan yang sesuai , bukan perubatan yang bertujuan
untuk membantu mencapai sesuatu yang spesifik untuk kondisi
badan seperti melegakan otot – mengurangkan kedutan ,
menanggalkan sel-sel kuit mati , mengurangkan saiz (cm) badan dan
lain lain.
 Rawatan badan termasuklah sauna , urut , lulur badan dan rawatan
mesin badan .
c) Kosmetik

Rajah 4.1.3 menunjukkan pelbagai jenis kosmetik

 Kosmetik ialah bahan yang mencantikkan ,melindungi, menutupi


cela , membaiki kerosakan ( contoh rambut) yang digunakan secara
luaran seperti , shampoo , pencuci muka , gincu , pemerah pipi ,
pelembap dan sebagainya .
 Perkhidmatan yang menggunakan kosmetik ialah solekan dengan
pelbagai tema , rawatan rambut dan rawatan badan dan rawatan kuku
.
d) Rawatan kuku dan kaki

9
Rajah 4.1.4 menunjukkan perbezaan antara rawatan manikur dan pedikur

 Rawatan kuku dan kaki merupakan rawatan kuku tangan di mana ia


melibatkan proses membersih, membentuk dan merawat kutikel dan

kuku anda. Ini penting bagi memastikan kuku tangan anda sihat dan
kuat
 Pedicure adalah sama dengan manicure cuma perbezaannya ia
adalah untuk kaki.
 Urutan asas juga terlibat dalam rawatan ini untuk merehatkan ,
menenangkan dan melembapkan .
e) Menanggalkan bulu roma

Rajah 4.1.5 menunjukkan proses rawatan menanggalkan bulu roma pada kaki

 Waxing ialah proses menanggalkan bulu roma daripada akar pada


anggota badan tertentu . Bulu akan tumbuh lebih lembut dan
mengambil masa 2 -4 minggu untuk tumbuh kembali .
 Terdapat 3 jenis rawatan menanggalkan bulu roma iaitu cold wax ,
warm wax dan hot wax .

10
4.2 Ahli terapi yang terlibat dalam industri kecantikan :

a) Juru kecantikan

Rajah 4.2.1 menunjukkan perkhidmatan yang dilakukan oleh juru kecantikan


 Perkhidmatan Jurukecantikan ini memfokuskan kepada
perkhidmatan penjagaan perawatan muka, teknik makeup, perawatan
manikur, pedikur dan nail art.
b) Juru Estetik

Rajah 4.2.2 menunjukkan juru estetik sedang menganalisis kulit muka


pelanggan

 Juru estetik, juga dipanggil ahli terapi penjagaan kulit, pakar dalam
rawatan kosmetik kulit.
 Juru estetik boleh mengajar mengenai penjagaan kulit yang betul
dan boleh membantu untuk membuat rutin harian penjagaan kulit dan

11
mencadangkan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk jenis kulit .

Ringkasnya, ahli estetik boleh membantu mengekalkan kulit yang


sihat.

c) Perunding kecantikan

Rajah 4.2.3 menunjukkan perunding kecantikan mensyorkan barangan kepada


pelanggan

 Sebagai perunding kecantikan tanggungjawabnya adalah untuk


membantu pelanggan tentang penjagaan kulit muka dan memilih
produk kosmetik atau produk penjagaan kulit muka , rambut atau
badan dengan tepat melalui demonstrasi atau ketepatan kebaikan
produk dengan masalah pelanggan .
 Selain membantu menasihati pelanggan , perunding kecantikan
mugkin mempunyai tujuan oenjualan dan memasarkan jenama atau
jenis produk tertentu seperti Marykay .
d) Juruterapi Estetik

12
Rajah 4.2.4 menujukkan juruterapi estetik sedang menjalankan rawatan

kepada pelanggan

 Tugas utama mereka adalah membersihkan kulit pelanggan mereka


melalui pengelupasan kulit, aromaterapi, rawatan muka, dan juga
urutan. Menganalisis kulit juga merupakan garis kerja mereka.
Mereka juga mengeluarkan rambut yang tidak diingini, memakai
solek, dan memberi nasihat kepada pelanggan mengenai produk-
produk terbaik yang digunakan untuk kulit mereka.
e) Juruterapi Spa

Rajah 4.2.5 menunjukkan juruterapi spa sedang mengurut kaki pelanggan


 Juruterapi Spa berkerja dalam suasana spa seperti spa harian, spa
resort, medi-spa. Tugas utama mereka adalah memberikan rawatan
dan teknik spa seperti urut, lulur badan, body wraps , terapi
mandian .
f) Juruterapi Perkhidmatan Komplimenteri
Rajah 4.2.6 menunjukkan perkhidmatan urut refleksologi pada kaki
 Juruterapi Perkhidmatan Komplimenteri memberikan perkhidmatan
refleksologi , urut dan aromaterapi .
g) Tukang urut

13
Rajah 4.2.7 menunjukkan perkhidmatan urut di spa
 Individu terlatih yang dilesenkan atau diperakui untuk mengurut otot
dan tisu lembut badan dengan perkhidmatan urutan melalui sentuhan
menggunakan satu atau kedua tangan untuk melegakan kesakitan ,
membantu menyembuhkan kecederaan , memperbaiki perdaran darah
, menghilangkan tekanan .
h) Jurusolek

Rajah 4.2.8 menunjukkan jurusolek sedanbg menyolek talent


 Seseorang yang menggunakan teknik dan langkah kosmetik untuk
mencipta seni atau kecantikan pada wajah seseorang .Ianya dapat
meningkatkan penampilan seseorang, menampilkan warna – warna
yang menarik yang sesuai dengan baju semasa petunjukkan fesyen
dan menutupi cela pada wajah menggunakan produk kosmetik
seperti foundation ,concealer , loose powder dan banyak lagi.
i) Pakar kuku

Rajah 4.2.9 menunjukkan pakar kuku sedang merawat kuku pelanggan


 Pakar kuku bertanggungjawab untuk mencantikkan dan merawat
kuku tangan dan kuku kaki . Termasuklah , membentuk kuku ,

14
memotong kutikel kuku , mengurut tangan , merawat penyakit kuku
dan mewarna kuku .

4.3 Larangan Am

 Larangan am ialah perkara yang dilarang dilakukan ahli terapi kepada


pelanggan dalam permis kecantikan dan industri kecantikan. Antaranya
ialah :
a) Pembedahan yang memerlukan penggunaan anastesia ( pelalaian )
b) Merawat pelanggan yang berada di bawah jagaan pengamal perubatan
tanpa pengetahuan pengamal perubatan tersebut .
c) Membuat dakwaan yang mengelirukan mengenai perkhidmatan
d) Pembedahan yang menawarkan khidmat pengamalm perubatan di premis
untuk menjalakan perkhidmatan yang dilarang yang memerliukan anathesia
(pelalian )
e) Memberi kebenaran atau sewaan untuk menjalankan pembedahan

4.4 Perkhidmatan atau prosedur yang memerlukan ahli terapi menjalani latihan
sebelum menjalankan prosedur .
 Ini adalah kerana untuk memastikan prosedur yang dijalankan adalah betul
dan tidak mengundang kemalangan yang tidak diingini kepada pelanggan

15
yang akan membawa imej buruk kepada syarikat atau ahli terapi tersebut .
Antaranya ialah:

a) Intense Pulse Light ( IPL )

Rajah 4.4.1 menunjukkan proses rawatan IPL

- Intense Pulse Light ( IPL) juga dikenali sebagai photofacial adalah


rawatan unutk memperbaiki warna dan tekstur kulit tanpa
pembedahan .Rawatan ini dapat memperbaiki beberapa kerosakan dan
kecelaan pada wajah yang disebabkan oleh pendedahan matahari
( photoaging) yang selalunya terdapat di wajah , leher , tangan atau
dada .
- Rawatan ini menggunakan tenaga cahaya untuk mesasarkan warna

tertentu pada kulit , apabila kulit tindak balas dengan haba dari alatan
IPL badan akan menyingkirkan sel yang tidak diingini yang dapat
merawat kulit , kesannya kulit nampak lebih sekata .

b) Rawatan Laser

Rajah 4.4.2 menunjukkan proses rawatan laser pada muka pelanggan

16
 Rawatan laser merupakan rawatan untuk mengurangkan kedutan wajah , tona

kulit tidak sekata dan ketidakaturan kulit seperti cela atau parut jerawat .
Rawatan ini menggunakan laser ( sinar cahaya ) yang mematikan sel – sel
kulit mati atau rosak di lapisan epidermis dan merangsang lapisan dermis
dengan haba untuk pengeluaran kolagen yang menghasilkan warna dan tekstur
kulit yang lebih baik.

c) Akupuntur

Rajah 4.4.3 menunjukkan rawatan akupuntur pada muka

 Merupakan rawatan yang melibatkan jarum yang sangat nipis yang akan
dimasukkan pada muka seseorang pada point tertentu dengan kedalaman yang
ditetapkan . Penyeledikan menunjukkan bahawa rawatan ini dapat
menghilangkan rasa sakit pada anggota badan tertentu dan menegangkan kulit
yang kedut.

d) Penindikan

17
Rajah 4.4.4 menunjukkan tempat tindik di bahagian telinga

 Penindikan menggunakan alam tajam biasanya jarum untuk membuat lubang


sementara atau kekal melalui cuping telinga atau bahangian badan yang lain
dan dihiasi dengan anting – anting atau alat tindik yang sesuai .

e) Rawatan Pelansingan Badan

Rajah 4.4.5 menunjukkan rawatan body firming

 Rawatan ini bertujuan untuk membentuk tona badan dan megurangkan saiz
badan ( inci atau cm ) , megurangkan selulit dan menganjalkan kulit badan
tanpa rasa sakit dengan hasil yang dapat dilihat dalam 2 minggu jika
disertakan dengan diet dan senaman serta melakukan rawatan ini secara
konsisten .

f) Peranti Ultrasonik

Rajah 4.4.6 menunjukkan rawatan yang menggunakan peranti ultrasonik

18
 Peralatan terapi fizikal menghasilkan gelombang bunyi frekuensi tinggi yang
bergerak jauh ke dalam tisu dan mewujudkan haba terapeutik yang lembut
yang diterapkan oleh ahli terapi pada kulit pelanggan dengan gerakan lembut
dan membulat .

4.5 Perkhidmatan yang dilarang dilakukan oleh ahli terapi :


 Perkhidmatan – perkhidmatan ini dilarang dilakukan oleh ahli terapi kepada
pelanggan pada premis kecantikan kerana melanggar skop garis panduan dan
memerlukan sijil dan perkuan yang sahih untuk melakukan perkhidmatan ini
dan luar dari bidang ahli terapi dalam industri kecantikan .
 Antara perkhidmatan yang dilarang ialah :

Rajah 4.5.1 menunjukkan antara perkhidmatan yang dilarang dilakukan oleh


ahli terapi

a) Pembuangan tahi lalat atau ketuat

19
b) Pengelupasan kimia
c) Semua jenis suntikan
d) Implantasi di badan
e) Penyedutan lemak
f) Suntikan / graf lemak
g) Pembedahan kelopak mata
h) Penanaman rambut
i) Membuat insisi pada kulit dan menjahitya
j) Rawatan sinus
k) Bekam
l) Pergigian kosmetik
m) Lelasan kulit
n) Rawatan pelangsingan dengan preskripsi

4.6 Tanggungjawab ahli terapi


 Setiap pekerjaan atau profesion empunyai tugas utama yang tersendiri supaya
dapat melaksanakan kerja dengan baik dan menjaga nama baik syarikat serta
menambahbaik prestasi diri . Sebagai ahli terapi tanggungjawab seseorangan
itu ialah :
a) Memperoleh latihan dan kelayakan yang diperlukan yang sepadan dengan
perkhidmatan yang disediakan oleh mereka .

Rajah 4.6.1 menunjukkan contoh sijil pengesahan juruterapi

20
 Ahli terapi hendaklah berkelayakan dan diperakui untuk membuat sesuatu
perkhidmatan dan bekerja dalam industri kecantikan dengan bahagian yang
sepadan dengan perkhidmatan mereka . Ini adalah untuk memastikan bahawa
majikan memilih ahli terapi yang tepat dan dapat melakukan perkhidmatan
yang baik pada pelanggan tanpa keraguan .

b) Menjaga kebersihan diri dan kesihatan setiap masa

Rajah 4.6.2 menunjukkan alat- alat penjagaan kebersihan diri


 Ahli terapi hendaklah menjaga imej diri dengan menjaga keberishan dan
kesihatan supaya dapat melakukan perkhidmatan dengan baik dan tidak
menibulkan konflik yang tidak diingini dengan pelanggan atau pekerja lain .

c) Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik

Rajah 4.6.3 menunjukkan ahli terapi berkomunikasi bersama pelanggan dengan baik

 Kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma (tatacara langkah demi


langkah dalam penyelesaian masalah ) mental dan berkomunikasi yang
digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau
keputusan tertentu. Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi

21
interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat.
Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan
berkeyakinan semasa berinteraksi dengan khalayak ramai. Dengan ini
kemahiran interpersonal amatlah penting sebagai ahli terapi untuk
berkomunikasi dengan pelanggan .

4.7 Panduan amalan terbaik ahli terapi

 Panduan ini ialah senarai amalan terbaik untuk ahli terapi mengamalkan
sepanjang bekerja dalam industri kecantikan . Anataranya ialah :
i. Mendukung standard professional industri
ii. Berkelakuan baik dan professional

22
iii. Mendapatkan persetujuan daripada pelanggan sebelum rawatan
dijalankan .
iv. Mendapatkan persetujuan atau kebenaran daripada pelanggan sebelum
mengambil gambar shasil perkhidmatan .
v. Menghormati hak dan privasi pelanggan serta melindungi maklumat
pelanggan daripada tersebar .
vi. Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang menyalahi undang – undang
atau tidak bermoral
vii. Tidak mengutuk , merendah-rendahkan atau mengkritik hasil kerja ahli
terapi lain .
viii. Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan yang hendak
dijalankan atau ditawarkan.
ix. Tidak memberikan perkhidmatan di luar skop pendidikan ,latihan dan
pengalaman professional.
x. Menyemak sejarah perubatan sebelum merawat pelanggan untuk
mengelakkan kemalangan berlaku .
xi. Boleh mengenalpasti dengan cepat dan merujuk kes yang memerlukan
bantuan perubatan .
xii. Memaklumkan senraik harga atau bayaran yang telus kepada
pelanggan sebelum perkhidmatan dijalankan .
xiii. Tidak mengambil bahagian dalam promosi produk atau perkhidmatan
yang agresif kepada pelanggan .

4.8 Premis kecantikan

23
Rajah 4.8.1 menunjukkan persekitaran spa yang bersih , menghormati privasi dan
selamat .
 Penjagaan kondisi atau persekitaran premis amatlah penting untuk
mengekalkan kebersihan dan professionalism dalam premis . Antara perkra
yang perlu dititikberatkan ialah :
i. Mengekalkan premis selamat ,bersih , diselenggara dengan baik dan
mematuhi amalan alam sekitar , keselamatan dan kesihatan .
ii. Mempunyai struktur dan kemudahan yang mencukupi dan sesuai untuk
perkhidmatan yang ditawarkan .
iii. Mendapatkan lesen yang diperlukan dan dikehendaki oleh mana –
mana badan kawal selia yang berkaitan .
iv. Lesen hendaklah dipamerkan dan dapat dilihat oleh orang ramai untuk
memastikan ahli terapi atau premis ni daftar dan diperakui ahli
terapinya .

5.0 Undang – undang dan akta yang berkaitan dengan industri kecantikan .

 Undang – undang ialah sistem peraturan yang boleh diterima pakai atau norma
yang diikuti oleh rakyat yang dibuat oleh pemerintah negara untuk

24
mengekalkan keamaan dan keadilan . Manakala , akta ialah sebarang undang –
undang yang digubal –dipinda dibahas dan ditawarkan sebagai undang –
undang dan dibuat oleh Dewan Rakyat ( Parlimen). Terdapat undang –
undang yang berkaitan dengan industri kecantikan , Antaranya :
i. Akta Perubatan 1971
 Suatu Akta bagi menyatukan dan meminda undang-undang
yang berhubungan dengan pendaftaran dan amalan pengamal
perubatan dan bagi membuat peruntukan tertentu untuk maksud
negara berhubung dengan suatu tempoh perkhidmatan dalam
perkhidmatan awam selepas pendaftaran penuh sebagai seorang
pengamal perubatan; dan bagi membuat peruntukan bagi
maksud yang berkaitan dengan perkara yang tersebut di atas.
ii. Akta Pembantu Perubatan 1977
 Penolong Pegawai Perubatan (Assistant Medical Officer) atau
nama singkatannya AMO atau PPP merupakan profesion yang
unik dan hanya ada di negara Malaysia yang mana profesion ini
didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan 1977 dengan
skop tugas memberi perkhidmatan kesihatan kepada
masyarakat dari aspek penjagaan kuratif, rehabilitatif,
pencegahan dan promosi dan pemulihan dalam sistem
perkhidmatan kesihatan di Malaysia
iii. Akta Kejururawatan 1950
 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi
pendaftaranjururawat untuk pesakit.
iv. Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012
 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi
penubuhan Majlis PT&K bagi mengawal selia
perkhidmatan PT&K di Malaysia dan bagi
mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang
berkaitan dengannya.

v. Akta Peranti Perubatan 2011


 Akta Peranti Perubatan 2012 adalah akta yang diluluskan bagi mengawal
selia peranti perubatan, industri dan untuk mengadakan peruntukan

25
berkaitan dengannya di Malaysia. Ia terdiri daripada 6 bahagian dan telah
diluluskan pada bulan November 2011
vi. Akta Pusat Kesihatan Persendirian 1998
 Akta 586 ini bukan sahaja bertujuan untuk mengawalselia dan mengawal
kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta seperti klinik
swasta, hospital swasta, pusat hemodiálisis swasta dan kemudahan jagaan
kesihatan swasta lain tetapi juga kemudahan dan perkhidmatan lain yang
berhubungan dengan kesihatan seperti Organisasi Jagaan Yang Diuruskan
(MCO) dan bagi perkara- perkara yang berhubungan dengannya. Jenis
kemudahan lain yang perlu dilesenkan juga akan bertambah dari semasa ke
semasa mengikut jenis kemudahan swasta yang akan diwartakan seperti
perkhidmatan ambulan swasta, homecare nursing, perbankan stem cell dan
sebagainya.
 Pada permulaan pelaksanaan Akta 586, fokus diberikan bagi memastikan
semua klinik pergigian swasta dan klinik perubatan swasta berdaftar; 10
jenis kemudahan jagaan kesihatan swasta lain termasuk hospital, pusat
hemodialisis dan sebagainya perlu mempunyai kelulusan menubuhkan dan
lesen untuk beroperasi; dan semua Organisasi Jagaan Yang Diuruskan
(MCO) mengemukakan maklumat kepada Kementerian Kesihatan
Malaysia dan dimasukkan ke dalam Daftar MCO

vii. Akta Farmasi 1951


 Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 adalah suatu akta yang berkaitan
dengan Penubuhan Lembaga Farmasi dan Pendaftaran Ahli Farmasi

6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya pengetahuan produk dalam industri kecantikan hendaklah
diketahui oeh individu sebelum memulakan perniagaan produk ataupun memulakan
syarikat . Dimana memahami maksud produk di dalam industri kecantikan daripada
industry lain dan terbahagi kepada 2 jenis iaitu produk kosmetik dan produk kecantikan .
Dimana keberkesanan produk perlu dititikberatkan sebelum menjual.
Seterusnya , skop garisan panduan industri kecantikan yang amat penting untuk
diterapkan dan diikuti oleh seseorang ahli terapi . Terdapat perkhidmatan yang
ditawarkan dalam industri kecantikan yang sesuai dengan tugas ahli terapi seperti rawatan

26
muka untuk menjaga kesihatan muka atau rawatan badan untuk melekgakan sakit otot
atau pelangsingan badan dan banyak lagi .
Selain itu , senarai ahli terapi yang terlibat , terdapat 10 jenis ahli terapi di dalam
industry kecantikan yang mempunyai skop tugas yang berlainan dengan pelanggan yang
mengalami masalah yang bersesuaian dengan perkhidmatan ditawarkan . Setiap ahli
terapi hendaklah mengetahui tugas mereka dan memastikan rawatan yang dilakukan
bersesuain dengan tugas mereka untuk mengelakkan kemalangan dan slah langkah
sewakgtu rawatan dijalankan . Terdapat juga larangan am yang dilarang di dalam premis
seperti rawatan yang melibatkan anaesthesia . Hal ini demikian kerana anasthetsia ialah
liar dari bidang kecantikan ianya lebih kepada bidang perubatan yang selalu digunakan
semasa pembedahan . Perkhidmatan yang ditawarakan di dalam premis tidak melibatkan
pembedahan jadi anaesthesia sangat tidak berkaitan.
Di samping itu , perkhidmatan atau prosedur yang memerlukan ahli terapi
menjalani latihan sebelum menjalankan prosedur seperti Intense Pulse Light( IPL) ,
rawatan laser , pelangsingan badan dan banyak lagi . Ini adalah setiap prosedur untuk
perkhidmatan ini mempunyai procedur khas yang menggunakan alat peranti yang
memerlukan latihan sebelum lakukan kepada orang lain untuk mengelakkan kemalangan
yang tidak diingini . Terdapat juga perkhidmatan yang dilarang dilakukan oleh ahli terapi
kerana berada di luar bidang kecantikan seperti penindikan , implan , tanam rambut ,
pembedahan kelopak mata dan banyak lagi .
Tambahan lagi , sebagai ahli terapi semestinya mempunyai tanggungjawab untuk
mengekalkan kesihatan , kebersihan dan kesejahterann diri semasa bekerja untuk
mengekalkan professionalism dan imej diri serta spa , berpengetahuan dalam bidang
kecantikan seperti produk dan perkhidmatan yang hendak dilakukan kerana perlu
diterangkan kepada pelanggan dan memastikan prosedur dan teknik yang dilakukan itu
sah dan betul dan kemahiran interpersonal yang perlu ada di dalam diri untuk digunakan
semasa berkomunikasi dengan pelanggan . Terdapat jugak panduan amalan terbaik ahli
terapi untuk mereka menjaga imej dan akhlak kendiri semaa bekerja seperti menghormati
privasi pelanggan dan mengekalkan premis sentiasa selamat , bersih dan tersusun rapi
setiap masa .
Akhir sekali , setiap aspek memerlukan undang undang dan akta untuk mengekalkan
kemanan dan keadilan sesuatu aspek , terdapat pelbagai undang – undang dan akta yang
berkaitan dengan industri kecantikan yang peru dipatuhi oleh individu yang terlibat , jika
tidak boleh dipenjarakan dan disaman mengikut akta yang sesuai . Kesimpulannya semua

27
perkara diatas amatla penting untuk diketahui oleh individu yang hendak mengeluarkan
produk atau memulakan perniagaan supaya tiada konflik yang tidak diingini berlaku .

7.0 Rujukan
 Laman web
i. Noor Hidayah Bt Mohd Noor ( 22 ogos 2019) , Produk Kosmetik ?,
dimuaturun daripada www.myhealth.gov.my
ii. Yvette Brazier (21 December 2017 ) ,How Does Acupuntur Work? ,
Dimuaturun daripada www.medicalnewstoday.com
iii. Nurul Razali (5 Januari 2015) , Rawatan Asas Muka , dimuaturun
daripada www.prezi.com

28
iv. N.N ( 23 November 2020) ,Kemahiran Interpersonal , dimuaturun
daripada www.wikipedia.org.wiki
v. N.N ( 1 September 2020) , Akta pendaftaran ahli faramasi 1951 dan
peraturan – peraturanyya , dimuaturun daripada
www.pharmacy.gov.my

29

Anda mungkin juga menyukai