Anda di halaman 1dari 15

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM /
MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICE
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
MP-060-2:2013 - C06 MANICURE SERVICE
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION


NO. DAN PENYATAAN 2. CARRY OUT MANICURE SERVICE PREPARATION
AKTIVITI KERJA / 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION
WORK ACTIVITIES NO. 4. PERFORM MANICURE SERVICE
AND STATEMENT 5. PROVIDE AFTER CARE ADVICE
6. UPKEEP SERVICE AREA

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22

TAJUK / TITLE:
PENYEMAKAN MAKLUMAT PELANGGAN

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini menerangkan tentang maklumat peribadi pelanggan, sejarah
perubatan pelanggan, gaya hidup pelanggan, kemampuan pelanggan, kandungan
kimia kuku, struktur kuku tangan, ciri kuku, bentuk asas kuku, pertumbuhan kuku, mas-
alah kuku tangan, penyakit kuku tangan, sesi rundingan yang beretika serta pakej
perkhidmatan dan produk untuk kuku.
Muka Surat/ Page : 2
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22

PENERANGAN / INFORMATION:
1.0 Maklumat Peribadi Pelanggan
1.1 Borang Maklumat Pelanggan
i. Borang yang perlu diisi oleh setiap pelanggan sebelum mendapatkan
perkhidmatan.
ii. Borang maklumat pelanggan perlu dimaklumkan kepada pelanggan
pada ketika pelanggan baru menelefon untuk temujanji rawatan.
iii. Maklumat yang perlu ada di dalam borang maklumat pelanggan
adalah :-
 Nama
 Alamat
 Nombor telefon
 Jantina
 Pekerjaan
 Sejarah perubatan – keadaan kesihatan, alergik
 Gaya hidup – diet dan tabiat hidup
Muka Surat/ Page : 3
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22

Rajah 1: Kad rawatan pelanggan.

1.2 Membangunkan Persekitaran Tempat Kerja

 Udara yang bersih menjaminkan persekitaran yang baik. Kita


memerlukan udaran yang sihat agar setiap kerja dapat dilakukan dalam
keadaan yang selesa. Suasana persekiraran yang kemas, selesa dan
Muka Surat/ Page : 4
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22
selamat akan membuat pelanggan berasa selesa untuk mendapatkan
perhidmatan.
 Disamping itu bengkel/salun juga akan keliharan lebih kemas kerana
setiap alatan disusun dengan rapi dan juru estetik dapat melakukan
tugasan dengan sistematik dan teratur.
 Salun Estetik mempunyai ruang kerja seperti berikut:
a. Kaunter penyambut tetamu
b. Ruang pameran Produk
c. Bilik persalinan dan rawatan
d. Stor alatan dan bahan

2.0 Profil Pelanggan

i) Kad rekod pelanggan merekodkan butir-butir peribadi setiap pelanggan


yang didaftarkan di salon. Mereka harus disimpan dalam susunan abjad,
disimpan secara elektronik pada komputer, dan harus siap untuk diambil
oleh ahli terapi kecantikan pada ketibaan pelanggan untuk temujanji.

ii) Kad rekod pelanggan hendaklah sentiasa disiapkan sebelum rawatan


diberi. Ini memastikan bahawa pelanggan sesuai untuk rawatan. Seorang
klien mengesahkan maklumat yang diberikan mesti menandatangani kad ini.
Ini melindungi juru estetik dan klien disebabkan oleh maklumat yang salah.
Penilaian maklumat akan menjadi asas pelan rawatan.

iii) Setelah perundingan selesai, pastikan bahawa pelanggan berpuas hati


dengan maklumat yang diberi, dan perancangan rawatan, dan
menggalakkan pelanggan untuk menanyakan apa-apa soalan selanjutnya.
Kad rekod yang lengkap dan tepat adalah perlu bagi tujuan insurans.

iv) Butir-butir peribadi perlu diambil pada kad rekod seperti maklumat
berikut:
a) Nama, Umur, Jantina, Pekerjaan, No telefon / HP dan Alamat

2.1 Sejarah Perubatan

i) Maklumat sejarah perubatan perlu diambilkira adalah seperti berikut:


Muka Surat/ Page : 5
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22
a) Keadaan kesihatan pelanggan
b) Tanda-tanda kontra indiakasi yang mungkin ada dan diperlukan
rawatan
c) Under Medication

2.2 Gaya Hidup Pelanggan

Gaya hidup yang sihat merangkumi aspek-aspek yang berikut:

i) Tabiat diet yang tetap


 Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan
manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari
dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula
dengan sarapan pagi yang hebat.

ii) Ambil diet seimbang


 Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan
piramid makanan. Diet yang seimbang membekalkan nutrien dan
tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam menangani
stress

iii) Kurangkan pengambilan kafein


 Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2
cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta
mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta
mengganggu kualiti tidur.

iv) Kurangkan pengambilan garam


 Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan
darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan
garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin,
ikan masin, telur masin dan jeruk.
Muka Surat/ Page : 6
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22
v) Kurangkan gula
 Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem
imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga
meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan
diabetes dan masalah kegemukan.

vi) Berhenti dari pengambilan alcohol


 Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar
keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres.

vii) Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang
 Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan
keseimbangan badan dan menghindarkan stres. Sumber makanan
yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-
sayuran.

viii) Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik


 Pengambilan bahan makanan yang mengandungi 'lactobacillus
acidhophitis' dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan
menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan
ketahanan terhadap stres.

ix) Kekalkan berat badan


 Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu
memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif.

x) Hentikan tabiat merokok


 Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan
pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan
meningkatkan degupan jantung dan stres.

2.3 Kemampuan Pelanggan


 Harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan seharuslah
mengikut kemampuan pelanggan.
Muka Surat/ Page : 7
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22

2.4 Keadaan Kuku Pelanggan


 Analisis kuku pelanggan merupakan langkah yang paling penting
semasa melakukan rawatan manikur. Analisis kuku perlu
dilaksanakan selepas dibersihkan dengan antiseptik.

 Tujuan melakukan analisis adalah seperti yang berikut:


a) Mengenal pasti jenis kuku pelanggan.
b) Mengenal pasti masalah kuku dan kontra indikasi yang sesuai.
c) Mengenal pasti perkhidmatan yang sesuai untuk pelanggan.

1.7 Prosedur Dan Teknik Mengenal Pasti Kontra Indikasi

 Prosedur ini penting untuk memastikan kawasan yang ingin dirawat


selamat.
 Prosedur ini adalah penting untuk keselamatan pelanggan bagi
mengelakkan masalah yang tidak diingini dan mengurangkan risiko yang
sukar dirawat.
 Sebelum memulakan rawatan pastikan bahagian yang ingin dilakukan
rawatan tidak mempunyai simptom-simptom seperti yang dinyatakan dalam
kontra indikasi.

2.0 KUKU
Perkataan teknikal kuku adalah Oniks (onyx). Kuku ialah apendaj kulit yang
melindungi hujung jari tangan dan kaki. Kuku mengandungi sel bersisik yang
menyerupai sel di lapisan epidermis dan berfungsi pelindung pada hujung jari
tangan dan kaki.
Muka Surat/ Page : 8
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22
2.1 STRUKTUR KUKU TANGAN
Kuku terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:

Rajah 3: Pandangan hadapan kuku.

Rajah 4: Pandangan keratan rentas kuku.

i. Plat Kuku (Nail plate)


Plat kuku ialah badan kuku yang terbentuk daripada sel mati keratin
yang keras dan tidak mengandungi saraf dan salur darah. Plat kuku
bermula dari akar kuku sehingga hujung kuku dan terletak di atas dasar
kuku.

ii. Akar Kuku (Nail root)


Akar kuku ialah bahagian plat kuku yang terletak di bawah kulit. Akar
kuku berasal dari bahagian matriks dan berada di bahagian pangkal
Muka Surat/ Page : 9
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22
kuku.

iii. Hujung Kuku (Free edge)


Hujung kuku ialah bahagian plat kuku yang tumbuh melebihi hujung jari
dan berwarna kelabu putih.

iv. Dasar Kuku (Nail bed)


Dasar kuku ialah tisu lembut di bawah plat kuku dan terdapat saraf dan
salur darah padanya.

v. Martiks
Martiks ialah bahagian dasar kuku di bawah akar kuku. Martiks ialah
bahagian yang paling penting dan sensitif. Bahagian ini mengandungi
saraf, salur darah dan limfa. Pembahagian sel untuk pertumbuhan kuku
berlaku di matriks. Kecederaan pada tisu matriks akan mengakibatkan
kerosakan pada pertumbuhan plat kuku. Bahagian matriks
mempengaruhi ciri, kualiti, kesihatan dan kekuatan kuku.

vi. Lunula (Halfmoon)


Lunala ialah bahagian berbentuk bulan sabiit yang berwarna putih
pucat dan berada di pangkal kuku. Bahagian ini berada di antara
matriks dan plat kuku.

vii. Dinding Kuku (Nail wall)


Dinding kuku ialah lipatan kulit di bahagian tepi plat kuku.

viii. Kutikel (Cuticle)


Kutikel ialah bahagian kulit yang mengelilingi plat kuku. Bahagian
kutikel di bes plat kuku adalah eponicium dan baghagian kutikel di
bawah hujung kuku adalah hiponicium.

2.2 CIRI KUKU


Muka Surat/ Page : 10
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22
Ciri kuku normal dan sihat adalah seperti yang berikut:

Rajah 5: Ciri kuku normal dan sihat.

2.3 BENTUK ASAS KUKU


Bentuk kuku yang asas adalah terdiri daripada bentuk bulat, persegi, bujur
dan runcing.

Rajah 6: Bentuk asas kuku.

2.4 PERTUMBUHAN KUKU


Pada awal pertumbuhan, sel kuku berbentuk silinder dan bertukar ke bentuk
lebar dan leper apabila sampai ke lapisan atas. Di antara 5 lapisan sel kuku,
terdapat kelembapan dan minyak. Kadar pertumbuhan kuku tangan adalah
0.1 mm sehari, sementara kadar pertumbuhan kuku kaki ialah lebih lambat
berbanding dengan kuku tangan. Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan
kuku adalah seperti berikut:
Muka Surat/ Page : 11
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22

Rajah 7: Faktor pertumbuhan kuku.

2.5 MASALAH KUKU TANGAN

Bil Masalah Kuku Simptom Penyebab Rawatan

i. Leukonikia / bintik ●Bintik putih ●Kecederaan ●Tidak boleh


putih yang kelihatan pada kuku. diubati tetapi
(Leuconychia) pada plat ●Udara dalam akan hilang
kuku. plat kuku. apabilla plat kuku
tumbuh.
●Manikur boleh
dilakukan.

ii. Kuku tergantung ●Kutikel di ●Kutikel kering. ●Kutikel


(Hang nails) sekeliling kuku ●Kutikel digunting dilembutkan
pecah / terlalu dekat dengan minyak
terkopek. dengan kuku. kutikel atau
losyen tangan.

iii. Onikoreksis / ●Kuku tersiat ●Kecederaan ●Lembutkan dan


kuku tersiat dan dan rapuh. kuku dan jari. lembapkan kuku.
rapuh ●Plat kuku ●Menggunakan
(Onychorrhexis) mudah pecah pelarut kutikel
dan rapuh. dan pembersih
cat kuku dengan
terlalu banyak.
Muka Surat/ Page : 12
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22
●Teknik
mengasah kuku
yang salah.
●Kekurangan zat
mineral.

iv. Onikotagi ●Kuku yang ●Gementar. ●Manikur perlu


(Onychophagy) digigit dan ●Masalah dilakukan
mempunyai psikologi. dengan lebih
bentuk yang ●Emosi tidak kerap dan
tidak stabil. baiki bentuk
sempurna. kuku.
●Hentikan
menggigit kuku.

v. Kuku tidak rata ●Kuku tidak Batas ●Gilap kuku


(Corrugations) rata. memanjang dengan buffing
●Plat kuku disebabkan: cream dan
terbatas ●Psiorasis. buffer.
secara ●Frostbite. ●Manikur boleh
memanjang ●Peredaran dilakukan.
atau darah lemah.
melintang.
Batas melintang
disebabkan:
●Kecederaan.
●Demam yang
tinggi.
●Deman campak.
●Kekurangan zat
mineral zink.
●Hamil.

vi. Onikokriptosis ●Kuku tumbuh ●Mengasah kuku ●Pada peringkat


(Onychocryptosis ke dalam isi. terlalu ke dalam awal boleh
/ Ingrown nail) di penjuru kuku. dirawat dengan
●Kasut yang melakukan
tidak selesa / manikur.
sesuai.

vii. Pterigium ●Kutikel ●Pertumbuhan ●Buang kutikel


(Pterygium) berlebihan kutikel yang berlebihan
Muka Surat/ Page : 13
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22
pada pangkal berlebihan pada dengan pengetip
kuku. pangkal kuku. kutikel.

viii. Eggshell Nail ●Plat kuku ●Plat terpisah ●Rawatan


nipis, melentur dari dasar kuku perubahan jika
dan berbentuk dan bengkak perlu.
cembung. pada hujung
kuku.
●Penyakit sistem
saraf yang kronik.

2.6 PENYAKIT KUKU TANGAN

Bil Jenis Penyakit Faktor Penyebab

i. Onikomikosis
●Keadaan penyakit kurap pada kuku.
(Onychomycosis)
●Plat kuku kelihatan berwarna kuning / putih /
hijau / perang / oren / hitam bergantung pada
jenis jangkitan kulat yang menyerang dasar,
matriks dan tisu sekeliling kuku.
●Plat kuku menjadi tebal, spongy, fragile dan
mungkin tercabut.

ii. Paronikia
●Tisu di sekeliling kutikel kuku bengkak, radang,
berwarna merah mungkin bernanah dan berasa
sakit.
●Plat kuku mungkin bertukar warna menjadi
hijau ke perang dan terangkat dari dasar kuku.
●Jika berterusan, bentuk kuku menjadi tidak
sempurna dan cacat.
●Penyakit kuku disebabkan oleh jangkitan
bakteria di dinding dan dasar kuku.
●Paronikia pada kuku kaki biasanya disebabkan
Muka Surat/ Page : 14
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22
oleh jangkitan bakteria apabila kaki selalu
berpeluh dan selalu memakai kasut yang basah.

iii. Onikia (Onychia)


●Keadaan radang di sebahagian atau seluruh
kuku disebabkan oleh jangkitan bakteria.
●Tisu di sekeling kutikel kuku menjadi merah,
bengkak, fragile dan mungkin bernanah.
●Plat kuku menjadi kuning dan mungkin
terangkat dan tercabut dari dasar kuku jika
serius.

2.7 Pakej Perkhidmatan dan Produk

Pakej perkhidmatan dan produk adalah berbeza dengan harga yang berpatutan
dan membuat promosi supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan. Produk
yang digunakan juga haruslah yang berkualiti dan mengikut trend terkini.

Rajah 8: Contoh pakej perkhidmatan.


Muka Surat/ Page : 15
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(1/4)
Drpd / Of : 22

Rajah 9: Contoh produk

SOALAN / QUESTION :
1. Nyatakan dua kepentingan Borang Perundingan Pelanggan (client’s consultation
form).
2. Senaraikan dua butir-butir yang terdapat di dalam Borang Perundingan
Pelanggan.
3. Nyatakan empat jenis bentuk asas kuku.

RUJUKAN/ REFERENCES:
1. http://www.google.com.my/search

2. Wong Joon Lian, Chin Wee Kin,Nawawi bin Mohd Jan,2005.Persolekan Tingkatan
4 dan 5, Modul Pembelajaran Aliran Vokasional, Dewan Bahasa dan
Pustaka.ISBN NO 983-62-8664-0. Mukasurat: 177 hingga 185.

3. Rohani Marude,1989.Seni Kecantikan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai