Anda di halaman 1dari 14

1

1.0 PENGENALAN
Umumnya, wajah kita, wanita terutamanya, yang sering terdedah dengan persekitaran yang
menjadi punca masalah-masalah pada wajah, seperti kulit berminyak, bintik hitam, dan
sebagainya.

Apabila masalah-masalah ini berlaku pada wajah kita, jadi kita perlu membuat
rawatan muka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Setiap hari, kita perlu mencuci muka 2
kali sehari. Sekadar mencuci muka sebenarnya tidak cukup untuk menghilangkan kotoran
yang terlekat pada kulit kita setelah sekian lama. Jadi kita perlu menjalani rawatan muka.

Wajah kita pula terdapat berbagai jenis. Ada yang jenis berminyak, jenis kering, jenis
kombinasi dan jenis sensitif. Setiap jenis wajah memerlukan rawatan yang berbeza. Kulit
yang kering memerlukan pencuci dengan kadar kelembapan yang tinggi berbanding kulit
yang jenis berminyak. Bahan dalam pencuci untuk kulit sensitif perlu lembut dan tidak
mempunyai bahan yang boleh merengsakan kulit.
Rawatan muka bertujuan untuk membuang segala kotoran yang terlekat pada kulit wajah
akibat pencemaran dan solekan yang tidak dapat dibersihkan dengan sempurna bagi
mengelakkan masalah-masalah seperti bintik hitam, bintik putih, jerawat dan sebagainya
akantimbul.












2

2.0 RAWATAN KULIT MUKA

2.1 ANALISA KULIT
Analisis kulit muka merupakan langkah yang paling penting semasa melakukan rawatan kulit
muka.Analisis kulit perlu dilaksanakan selepas kulit dibersihkan.Tujuan melakukan analisis
adalah seperti yang berikut:
Mengenal pasti jenis kulit muka pelanggan.
Mengenal pasti bahan penjagaan kulit muka yang
sesuai.
Mengenal pasti rawatan yang sesuai unutk membaiki
kulit muka pelanggan.














3


2.2 RAWATAN ASAS MUKA
Rawatan asas dipraktikkan pada muka yang berjenis kulit normal, berminyak, kering dan
kombinasi dengan menggunakan peralatan dan bahan rawatan yang sesuai. Proses rawatan
seperti pembersihan muka, pengeluaran bintik, urutan, penyediaan dan penyapuan pupur,
penyegaran dan pelembapan muka dilakukan dengan teknik yang betul. Rawatan asas kulit
muka adalah perhidmatan professional untuk membaiki keadaan kulit tanpa menggunakan
mesin elektrik untuk merawat kulit muka.
Tujuan merawat muka adalah:
Membersihkan kulit muka dengan sempurna.
Membaiki keadaan kulit muka.
Mengekalkan keanjalan kulit.
Mengekalkan kesihatan kulit.
Merehatkan dan mengurangkan tekanan pada kulit muka.

Antara faedah merawat muka adalah:
Membersihkan lapisan epidermis kulit dengan
mendalam.
Merangsang peredaran darah.
Membuang bahan toksik dari kulit.
Merehatkan saraf dan otot fasial.
Mempercepatkan fungsi dan pertumbuhan kulit.
Melambatkan proses penuaan kulit.
Membaiki keadaan kulit muka yang
kering,berminyak dan bermasalah.
Mengurangkan kedutan pada kulit muka.
4


Bagi memelihara kesihatan dan kecantikan kulit,terdapat 3 rutin asas yang perlu
dilakukan.Rutin asas tersebut adalah:
(1)Membersihkan
(2)Menyegarkan
(3)Melembapkan

1) Pembersihan
Tujuan menggunakan pembersihan.
(a) Membersihkan kekotoran, sebum lama,sel-sel mati dan
bahan mekap daripada kulit.
(b) Melembutkan dan mencairkan sebum supaya liang roma
kulit tidak tersumbat.
(c) Membarsihkan dan melindungi permukaan kulit daripada
bakteria dan kulat.
(d) Mengekalkan kesihatan kulit.
(e) Mempercepatkan proses pengelupasan sel
mati(desquamation) dan permulihan sel.
(f) Merangsang peredaran darah,limfa,dan kelenjar.
(g) Mengekalkan kesihatan kulit.





5


2) Penyegar
Tujuan menggunakan penyegar.
(a) Menyegarkan dan mengimbangkan pH kulit.
(b) Membuang sisa pembersihan dan sebum pada kulit tanpa
mengganggu acid mantle kulit.
(c) Membantu menutup liang roma selepas dicuci.
(d) Merangsang kulit.
(e) Menghaluskan tekstur kulit.

3) Pelembap
Tujuan menggunakan pelembap.
(a) Membaik pulih acid mantle kulit.
(b) Mengimbangkan pH kulit.
(c) Mengekalkan kelembapan kulit.
(d) Melembapkan dan melembutkan epidermis kulit.
(e) Memudahkan aplikasi mekap supaya tahan lebih lama.
(f) Melindungi kulit daripada jangkitan bacteria dan persekitaran
seperti sinar ultralembayung.
(g) Mengelakkan kulit daripada menjadi cepat matang.
(h) Mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan



6


3.0 PERALATAN DAN BAHAN UNTUK RAWATAN ASAS MUKA
Setiap jurusolek hendaklah menyediakan bahan,alatan dan pelanggan untuk
membersihkan,menyegerakan dan melembapkan kulit muka. Antara bahan yang perlu
disediakan adalah:

ALATAN BAHAN- BAHAN
Spatula Spirit surgikal
Berus masker Pembersih
Troli fasial Scrub
Kerusi dan katil fasial Masker
Mangkuk kecil Massage cream
Mangkuk besar Toner
Tuala kecil Pelembap
Tuala besar Kapas muka
Ben rambut Tisu muka
Span muka Air mawar
Pemicit comedon
Alat pengewapan
Mesin sterelise









7


4.0 PROSES RAWATAN ASAS MUKA
LANGKAH-LANGKAH GAMBAR
Sediakan peralatan dan bahan-
bahan untuk fasial muka di atas
troli fasial.











Sediakan tuala dan ben rambut di
atas katil fasial.


Sediakan pelanggan.
Tanggalkan aksesori pelanggan.
Baringkan pelanggan di atas katil
fasial.
Selimutkan pelanggan dengan
tuala besar.
Balutkan rambut pelanggan


8

dengan tuala kecil dan ikatkan
dengan ben rambut.



Jurusolek mensteril tangannya
dengan spirit surgikal.



Buang kotoran atau mekap up di
bahagian mata dan mulut.
Sapukan sedikit pembersih pada
kapas fasial lembap .
Letak jari manis pada saraf
trigeminal.
Bersihkan kotoran atau make up
pada kelopak mata dengan
sempurna di sebelah kiri dari
sudut luar ke dalam.
Ulang langkah yang sama untuk
mata sebelah kanan.
Letakkan sedikit pembersih pada





9

kapas lembap.
Bersihkan bibir dari sudut luar ke
tengah dan bahagian bersih.
Ulang sehingga pembersihan
sempurna.
Letak pembersih muka di lima titik
iaitu dagu,pipi kanan dan kiri,
hidung dan juga dahi.
Ratakan pembersih pada
keseluruhan muka.
Lakukan urutan pembersih.
Buat pusingan dari bawah dagu
hingga bawah telinga dan tekan.
Tepi mulut hingga tepi telinga.
Atas mulut hingga atas telinga.
Sapuan pembersih di dahi tolak
ke atas.
Ulang langkah yang sama tiga
kali.
Bilas dengan span muka basah
dari bawah dagu dan tarik keluar.
Ulang dua hingga tiga kali.

Letakkan scrub muka di lima titik.
Elakkan terkena jerawat atau
bahagian yang sensitif.
Sapukan scrub pada seluruhan
wajah dan ratakan.
Lakukan sapuan rata dalam satu
minit.
Bilas dengan span muka basah
dari bawah dagu dan tarik keluar.
Ulang dua hingga tiga kali.



10

Pasangkan alat pengewapan
muka.
Tutup mata dan bibir pelanggan
dengan kapas fasial lembap.
Pilih jenis wap dan wap muka
pelanggan mengikut tempoh dan
jarak yang ditetapkan.
Tutup suis dan alihkan pengewap
dari muka pelanggan.
Petap muka pelanggan dengan
tisu.



Picit jerawat dan buang bintik
hitam menggunakan pemicit
comedon.
Pemicit comedon hendaklah
dibersihkan dengan spirit surgikal
sebelum dan selepas digunakan.
Sterelis kan pemicit comedon.


Letakkan krim urutan pada lima
titik dan ratakan.
Lakukan urutan naik ke atas.
Lakukan urutan jenis finger
stroking, kneading dan juga
geseran.
Bilas dengan span muka basah
dari bawah dagu dan tarik keluar.
Ulang dua hingga tiga kali.



11



Sapuan masker.
Sukat bahan serbuk ke dalam
mangkuk kecil dengan spatula.
Letakkan air mawar dan kacau
menggunakan berus masker
sehingga menjadi pes.
Sapukan masker pada muka
pelanggan dari bawah ke atas
menggunakan satu arah sahaja.
Biarkan masker kering.
Bilas dengan span muka basah
dari bawah dagu dan tarik keluar.
Ulang sehingga bersih sempurna.



12

Letakkan toner pada muka
pelanggan.
Bubuh toner pada kapas fasial
dan tekankan perlahan pada
muka pelanggan.

Letakkan pelembap pada lima titik
dan sapukan rata.

Bangunkan pelanggan dari katil
fasial.
Buat sedikit urutan pada
pelanggan.

Bersihkan kawasan dan peralatan
fasial.










13

5.0 GAMBAR HASIL



Sebelum



Selepas





14

6.0 KESIMPULAN
Kelas amali ini pada minggu sangat bermanfaat kepada saya. Pendedahan tentang
teknik-teknik penjagaan kulit muka yang asas dan juga cara untuk mengenali kulit wajah
membolehkan saya memilih produk penjagaan kulit muka yang sesuai.
Penjagaan kulit muka adalah sangat penting tidak kira bagi lelaki atau perempuan.
Teknik perawatan yang betul juga memberi kesan kepada kulit. Malah pemilihan produk
penjagaan kulit muka penting dalam penjagaan kulit wajah. Kita perlu mengenalpasti kulit
wajah sebelum menggunakan produk kecantikan.
Selain itu, kita juga perlu mengenalpasti faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi
kesihatan kulit wajah kita terutama dengan persekitaran sekeliling dan juga pemakanan.
Seterusnya elakkan diri kita daripada tekanan dan stress. Amalan gaya hidup yang sihat iaitu
banyakkan bersenam.

Anda mungkin juga menyukai