Anda di halaman 1dari 17

INPENS INTERNATIONAL COLLEGE

JALAN SEMARAK 45000 KUALA SELANGOR,


SELANGOR

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA


MP-061-3-2013 SPA THERAPY
PROGRAM
TAHAP 3

KOD DAN TAJUK UNIT


C06 FACE TREATMENT
KOMPETENSI

1. IDENTIFY GUEST’S FACE TREATMENT REQUIPMENT


2. PREPARE FACE TREATMENT
AREA,MATERIALS,FURNITURE,FITTING,TOOLS AND
EQUIPMENT

NO. DAN PENYATAAN 3. PREPARE GUEST FOR FACE TREATMENT


AKTIVITI KERJA 4. PERFORM FACE TREATMENT
5. MONITOR FACE TREATMENT PROCEDURE
6. EVALUATE FACE TREATMENT SERVICES
7. RECORD FACE TREATMENT SERVICE
8. PERFORM POST FACE TREATMENT PROCEDURE

NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/8) MUKA SURAT: 1/18

TAJUK: MENGENALPASTI PERALATAN RAWATAN MUKA


TUJUAN
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan
kepada pelatih tentang mengenalpasti cara menjalankan konsultasi bagi
mendapatkan maklumat diri pelanggan, jenis-jenis kulit dan masalah kulit muka.

PENERANGAN
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 2/18

Perkara utama yang perlu ditekankan sebelum melakukan perkhidmatan adalah


melakukan perundingan bersama pelanggan dengan mengambil beberapa perkara
penting mengenai diri pelanggan. Semasa sesi perundingan dilakukan, pastikan
maklumat di dalam Kad Konsultasi Pelanggan dilengkapkan oleh juruterapi.
Konsultasi adalah cara di mana juruterapi perlu berkomunikasi dengan pelanggan
bagi mengetahui latar belakang, masalah kesihatan, gaya hidup dan perkara-
perkara lain yang berkaitan sebelum melakukan terapi. Setelah semua maklumat
dilengkapkan, pelanggan diberi cadangan rawatan yang sesuai untuk kulit wajah
pelanggan.

1) PROFIL PELANGGAN

Perkara utama yang perlu ditekankan sebelum melakukan rawatan adalah


merekod beberapa perkara penting mengenai diri pelanggan. Tujuan butir-butir
diri pelanggan direkodkan adalah untuk mengenalpasti punca terjadinya
masalah kulit yang mungkin dihadapi pelanggan.

1.1) Butiran Maklumat Pelanggan

a) Nama
b) Tarikh lahir
c) Jantina
d) Alamat
e) No tel
f) Email
g) Pekerjaan
h) Produk yang digunakan sekarang
i) Kontra indikasi
j) Gambar sebelum / selepas
k) Jenis kulit

1.2) Tujuan Kad Konsultasi Pelanggan


NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 3/18

a) Sebagai rujukan kepada juruterapi untuk menjalankan perkhidmatan


b) Kenalpasti rawatan yang pernah dijalankan
c) Kenalpasti masalah kulit pelanggan
d) Mengetahui sejarah perubatan pelanggan
e) Kenalpasti kontra indikasi pelanggan

1.3) Rekod Perubatan Pelanggan


Maklumat sejarah perubatan yang perlu diambilkira adalah seperti berikut:
a) Masalah kesihatan
b) Pengambilan ubat-ubatan
c) Alahan ubat-ubatan

Rajah 1: Contoh Kad Konsultasi Pelanggan

2) PENGENALAN JENIS KULIT


NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 4/18

2.1 Jenis Kulit, Ciri-ciri dan Faktor Penyebab


Jadual 1: Jenis kulit muka, ciri-ciri dan faktor penyebab
JENIS KULIT CIRI-CIRI FAKTOR PENYEBAB
a) Berseri kemerah- a) Metabolisma badan baik
merahan b) Pemakanan seimbang
NORMAL b) Liang roma tidak terlihat c) Umur
c) Warna kulit sekata d) Menjaga kebersihan dan
d) Tekstur halus dan licin penjagaan kulit yang sempurna
e) Kelembapan kulit dan e) Memakan makanan yang
pengeluaran sebum mengekalkan kesuburan kulit
seimbang
a) Liang roma terbuka a) Pengeluaran sebum yang
b) Kulit pucat dan tidak berlebihan
menarik b) Metabolisma tidak teratur
BERMINYAK
c) Mudah bertanda dan c) Banyak makan makanan
berjerawat berminyak, berlemak,
d) Permukaan kulit berkilat karbohidrat dan gula
dan berminyak d) Umur dan tindakan kelenjar
e) Tekstur kasar dan tebal dalam badan
a) Liang roma halus dan a) Kurang pengeluaran sebum
tertutup atau peluh
b) Kulit mengelupas b) Kurang lembapan pada kulit
KERING
c) Mudah berkedut c) Kurang vitamin c
d) Selepas mencuci akan d) Menggunakan sabun, bahan
terasa tegang pencuci, agen pembuang
e) Kulit boleh menjadi minyak dan penyegar kulit
sensitif dan mempunyai dengan berlebihan
kapilari pecah

a) Biasanya mengandungi a) Tidak menjaga kulit dengan betul


dua atau lebih jenis kulit b) Pemakanan tidak seimbang
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 5/18

KOMBINASI pada muka c) Pengeluaran sebum tidak sekata


b) Zon ‘T’ berminyak (dagu, d) Metabolima tidak teratur
hidung dan dagu e) Penggunaan produk yang tidak
c) Warna kulit tidak sekata sesuai
a) Mudah terjadi pada kulit a) Disebabkan oleh alergi dan
kering tetapi boleh juga kekurangan kelembapan air dalam
terjadi pada semua jenis kulit
kulit b) Faktor persekitaran seperti sinar
SENSITIF
b) Warna kulit kemerah- matahari dan suhu dingin
merahan terutama pada c) Sering menukar pemakaian
pipi produk kosmetik atau produk
c) Kulit berasa panas apabila perawatan kulit.
terdapat kapilari halus d) Perubahan hormon, seperti
yang pecah menstruasi dan menopause.
d) Kelihatan lemah, nipis dan e) Kesan samping pengambilan
kemungkinan berasa gatal ubat-ubatan tertentu.

Rajah : Contoh Jenis Kulit Muka


2.2 Jenis Masalah Kulit, Ciri-ciri dan Punca Berlakunya Masalah Kulit Muka
Jadual 2: Jenis masalah kulit, ciri-ciri dan punca
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 6/18

MASALAH CIRI PUNCA


a) Komedon i) Bintik hitam pada liang i) Terjadi apabila kelenjar
yang terbuka. minyak mengeluarkan
ii) Sebum keras dan sel terlalu banyak sebum.
mati di folikel rambut. ii) Sebum ini
iii) Menjadi hitam apabila menyebabkan liang
dioksidakan oleh roma tersumbat.
udara.
b) Bintik putih i) Bintik putih pada liang i) Terjadi apabila kelenjar
yang terbuka. minyak mengeluarkan
ii) Masih bewarna putih terlalu banyak sebum.
kerana belum ii) Sebum ini
dioksidakan oleh menyebabkan liang
udara. roma tersumbat.
c) Papul i) Peringkat awal akne. i) Jangkitan bakteria
ii) Satu bonjolan yang pada liang roma yang
tumbuh di atas kulit. tersumbat oleh sel mati
iii) Berwarna merah dan epidermis dan sebum
tidak mengandungi berlebihan.
cecair.
iv) Sedikit panas dan
mungkin terasa gatal.
d) Pastul i) Peringkat matang i) Tindak balas antibodi
akne. terhadap bakteria, sel
ii) Lesi (lesion) bewarna mati dan kekotoran
merah, bengkak sedikit lain.
dan dalam keadaan
radang.
iii) Mengandungi nanah,
berwarna putih atau
kuning.
MASALAH CIRI PUNCA
e) Milia i) Bintik yang bewarna i) Sebum terkumpul pada
putih seperti mutiara di folikel dan lapisan
bawah permukaan korneum.
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 7/18

kulit. ii) Disebabkan oleh


ii) Biasanya terdapat di pengguna krim yang
bahagian atas pipi, di tidak sesuai untuk kulit
bawah mata dan bahagian berkenaan
kelopak mata. seperti bahagian mata.
iii) Boleh terdapat pada
semua jenis kulit.
f) Hipopigmentasi i) Tompok putih pada i) Disebabkan oleh
terutamanya muka, leher atau kehilangan pigmen
vitiligo
tangan. pada kulit kerana
melanin tidak
dihasilkan.

g) Hiperpigmentasi i) Bahagian kulit yang i) Disebabkan oleh


terutamanya mempunyai pigmentasi ketidak seimbangan
Kloasma
berlebihan biasanya di hormon semasa hamil.
pipi, dahi dan hidung.
ii) Mungkin hilang selepas
bersalin atau selepas
berhenti mengambil
ubat pencegah hamil.
h) Tetua (freckle) i) Tompok atau bintik i) Disebabkan oleh kerap
/jeragat hitam yang rata terdedah pada sinar
kebanyakannya ultra lembayung.
terdapat dibahagian
pipi dan hidung.
ii) Biasanya terdapat di
kalangan orang yang
berkulit cerah.
MASALAH CIRI PUNCA
i) Tahi lalat i) Bintik hitam atau  Tidak diketahui
tompok yang berwarna
hitam atau perang.
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 8/18

ii) Keadaannya rata atau


timbul dipermukaan
kulit.
iii) Kemungkinan terdapat
rambut yang tumbuh
pada tahi lalat
iv) Boleh membesar
daripada saiz asal.
j) Parut i) Tisu keras yang timbul i) Kerosakkan sel di
setelah sembuh dari bahagian dermis yang
kecederaan. disebabkan oleh
kecederaan.

k) Keloid i) Keadaan yang tidak i) Disebabkan oleh


normal pada kulit. pertumbuhan tisu
ii) Parut yang timbul di penyambung yang
atas permukaan kulit. terlalu banyak
iii) Kloid lebih mudah dibahagian parut.
terjadi pada kulit
berwarna gelap.
l) Kapilari pecah i) Kapilari pecah dan i) Disebabkan oleh darah
kembang biasanya yang selalu
terdapat pada hidung dirangsang.
dan pipi. ii) Bahagian kulit akan
ii) Pada mulanya menjadi lebih sensitif.
berwarna merah dan
bertukar menjadi lebih
gelap.

MASALAH CIRI PUNCA


m) Kedut i) Kulit dikeliling mata i) Disebabkan oleh
mulut atau leher kekurangan
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 9/18

berkerut. kelembapan dan


sebum di bahagian
kulit.
ii) Kedutan juga
disebabkan oleh
kekurangan kolegen
dan elastin di bahagian
dermis.
n) Skin tag i) Tisu fibrous biasanya i) Disebabkan oleh usia
terjadi dibahagian yang meningkat atau
leher. geseran yang berlaku
ii) Mempunyai warna pada kulit.
yang sama dengan
kulit atau lebih gelap.
o) Akne vulgaris i) Terdapat komedon, i) Disebabkan oleh
papul, pustul dan ketidakseimbangan
kecelaan. hormon dan
ii) Banyak terjadi pada pengeluaran sebum
umur peringkat remaja. yang terlalu banyak.
iii) Terdapat di seluruh
muka, dada dan
belakang.
p) Akne rosasea i) Keadaan akne yang i) Disebabkan oleh
kronik dan dalam tekanan emosi dan
keadaan radang. pengambilan makanan
ii) Berkeadaan eritema yang terlalu panas,
dan kapilari pecah pedas dan
dengan papul dan pengambilan alkohol
pustul. yang berlebihan.
iii) Biasanya berlaku pada
umur 30-an dan ke
atas.
iv) Terdapat pada
bahagian pertengahan
dahi, hidung dan pipi.

3 KAEDAH RAWATAN MUKA


 Firming &lifting
 Refreshing
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 10/18

 Relaxing
 Rejuvenating
 Brightening

4 GAYA HIDUP PELANGGAN


Juruterapi juga perlu mengetahui aspek-aspek yang merangkumi gaya hidup
seperti cara diet dan rutin harian pelanggan
4.1 Gaya Hidup Yang Sihat
a) Tabiat diet yang tetap iaitu pengambilan makanan yang sedikit tetapi
kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu
sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu.
Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat.
b) Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan
piramid makanan. Diet yang seimbang membekalkan nutrien dan
tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam
menangani stress
c) Kurangkan pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak
melebihi 2 cawan sehari. Pengambilan kafein yang banyak akan
lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan
keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur.
d) Kurangkan pengambilan garam kerana jika garam di ambil secara
berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Contoh
makanan yang mengandungi garam berlebihan adalah seperti
makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin,
telur masin dan jeruk.
e) Kurangkan pengambilan gula kerana kandungan gula yang tinggi
boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam
pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam
darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan.
f) Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar
keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres.

g) Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat


meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres.
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 11/18

Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah


buah-buahan dan sayur-sayuran.
h) Pengambilan bahan makanan yang mengandungi 'lactobacillus
acidhophitis' dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan
menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan
ketahanan terhadap stres.
i) Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu
memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif.
j) Hentikan tabiat merokok kerana nikotin yang terdapat di dalam
tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek
tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung
dan stres.

Rajah 2: Piramid Makanan

5. SEJARAH PERUBATAN
5.1Sejarah perubatan adalah maklumat penting yang perlu diketahui tentang
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 12/18

tahap kesihatan pelanggan sebelum memulakan perkhidmatan bertujuan


untuk langkah keselamatan jika berlakunya situasi kecemasan semasa
menjalankan sebarang rawatan.
5.2 Indikasi dan Kontra Indikasi Kulit Muka

Sebelum melakukan rawatan kulit muka, juruterapi harus mengetahui


indikasi dan indikasi kontra serta langkah keselamatan yang perlu
diamalkan

Jadual : Indikasi dan Kontra Indikasi Kulit Muka


Indikasi Indikasi Kontra
i) Kulit normal i) Kulit berjerawat
ii) Kulit berminyak dan tidak ii) Kulit hipersensitif
berjerawat iii) Akne vulgaris
iii) Kulit kering iv) Akne rosasea
iv) Kulit matang v) Luka
v) Kulit kombinasi vi) Bengkak
vii) Jerawat
viii) Selepas rawatan haba
ix) Radang kulit
x) Penyakit asma dan kencing
manis
xi) Cedera akibat selaran
matahari
xii) Histeria
xiii) Kapilari darah pecah
xiv) Migrain

5.3 Kaedah Analisa Kulit Muka


Menganalisa menggunakan mata kasar boleh dilakukan dengan
penglihatan yang tajam dan mengetahui kelainan pada kulit muka
pelanggan. Pemeriksaan boleh dilakukan dengan mengetahui ciri-ciri
yang terdapat pada muka seperti mempunyai jeragat, pustul, parut,
kapilari pecah.
Terdapat tiga (3) jenis alatan yang digunakan untuk menganalisis kulit
muka iaitu lampu magnifying, skin scanner dan mesin skin analyzer.
Jadual 3: Peralatan Analisa Kulit Muka
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 13/18

Bil Alatan analisa Catatan


Magnifying lamp

Lihat kanta pembesar yang berlampu di


a) mana ia dapat memberikan gambaran
1 masalah kulit dengan jelas dan besar.

Skin scanner

Pengunaan mesin ini akan memberikan


b) hasil analisa yang mendalam iaitu di dalam
2 dasar kulit sehingga bahagian dermis

Skin analyzer Pelanggan diminta untuk memasukkan


kepala ke dalam kain yang dikhaskan
kemudian butang ‘on’ dipasang. Jika
pelanggan mengalami masalah kulit,
kelihatan warna-warna yang menunjukkan
masalah kulit.
c)
3

5.4 TUJUAN MEMBERSIH


a) Membersihkan kotoran, sebum lama, sel mati dan bahan solekan pada
kulit.
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 14/18

b) Melembut dan mencairkan sebum supaya liang roma tidak tersumbat.


c) Membersih dan melindungi permukaan kulit daripada bakteria.
d) Merangsang peredaran darah, limfa dan kelenjar.

5.5 JENIS PRODUK PEMBERSIHAN MUKA


Jadual 1: Jenis Pembersih, Kelebihan dan Kelemahan Pembersih Muka
BIL JENIS KELEBIHAN KELEMAHAN
PEMBERSIH
a) Susu i) Membersih solekan i) Tidak begitu berkesan pada
pembersih yang berasaskan solekan yang terlalu tebal di
minyak di wajah. bahagian mata dan bibir.
b) Krim i) pH sesuai untuk semua i) Kurang sesuai untuk kulit
jenis kulit terutamanya berjerawat dan seborrhoea
kulit kering. Dapat ii) Tidak larut air
membersihkan solekan
dengan lebih sempurna
c) Cecair i) pH sesuai untuk semua i) Tidak begitu berkesan
jenis kulit termasuk kulit apabila membersihkan
di sekeliling mata solekan jenis kalis air
ii) Larut air
d) Cucian berbuih i) Mudah dan cepat i) Mesti dibilas dengan air yang
(Foam Wash) digunakan banyak
ii) Lebih sesuai untuk kulit ii) Kurang sesuai untuk kulit
normal, berminyak dan kering dan sensitif
kombinasi

BIL JENIS KELEBIHAN KELEMAHAN


PEMBERSIH
e) Gel i) pH sesuai bagi kulit i) Mesti dibilas dengan air yang
berminyak dan banyak
kombinasi ii) Tidak sesuai untuk kulit
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 15/18

ii) Kulit terasa bersih dan kering dan matang


segar iii) Akan mengeringkan kulit
f) Sabun Muka i) Mudah digunakan i) pH jenis alkali, lemah dan
ii) Harga lebih murah mudah menyebabkan kulit
iii) Kulit terasa bersih dan kekurangan kelembapan
segar ii) Mesti dibilas dengan air yang
banyak

5.6 Indikasi dan Kontra Indikasi Pembersihan

Sebelum melakukan rawatan kulit muka, juruterapi harus mengetahui


indikasi dan kontra indikasi serta langkah keselamatan yang perlu
diamalkan.

Jadual 2: Perbezaan Indikasi dan Kontra Indikasi Pembersihan


INDIKASI KONTRA INDIKASI
a) Kulit normal a) Kulit berjerawat
b) Kulit berminyak dan tidak b) Kulit hipersensitif
berjerawat c) Akne vulgaris
c) Kulit kering d) Akne rosasea
d) Kulit matang
e) Kulit kombinasi

5.7 Langkah Keselamatan Pembersihan Muka


a) Kenalpasti indikasi dan kontra indikasi.
b) Pastikan menggunakan bahan pembersih mengikut jenis kulit
muka.
c) Berhati-hati semasa melakukan pembersihan di kawasan sensitif
seperti bahagian mata, bibir dan hidung

6 PROSEDUR DAN TEKNIK PEMBERSIHAN KULIT MUKA


NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 16/18

6.1 Bahan

a) Cleansing milk
b) Cleansing foam
c) Kapas
d) Tisu
e) Hand sanitizer
f) Face mask

6.2 Perkakas

a) Span muka
b) Mangkuk kecil
c) Mangkuk besar
d) Tuala kecil
e) Tuala besar
f) Headband
g) Bakul sampah
Rajah 1: Teknik Mencuci Muka Secara Membulat

6.3 Prosedur Kerja

a) Sediakan bahan dan perkakas dengan lengkap dan disusun dengan


teratur di atas troli yang stabil.
b) Minta pelanggan menukar pakaian dan Tanggalkan aksesori yang
terdapat pada pelanggan dan simpan aksesori pelanggan di dalam
tempat khas yang berkunci atau di tingkat ketiga (bahagian bawah)
troli.
c) Baringkan pelanggan di atas katil fasial dalam keadaan selesa.
d) Juruterapi hendaklah memakai hand sanitizer sebelum memulakan
perkhidmatan membersih muka pelanggan
e) Bersihkan mekap menggunakan kapas dan cleansing milk/makeup
remover dikawasan mata, kening dan bibir dengan gerakan membulat.
NO. KOD MP-061-3-:2013-C06/P(1/10) MUKA SURAT: 17/18

f) Letak cleansing milk pada 5 bahagian muka. Buih dan ratakan pada
keseluruhan muka pelanggan.
g) Mulakan mencuci dengan gerakan membulat dari bahagian dagu
bawah
dagu, atas bibir, pipi, hidung, dahi dan mata. Bersihkan muka dengan
menggunakan span.
h) Letak cleansing foam/gel pada 5 bahagian muka. Buih dan ratakan
pada
keseluruhan muka pelanggan.
i) Buih dan ratakan cleansing foam pada keseluruhan muka dan
mencuci
dengan gerakan membulat dari bahagian dagu bawah dagu, atas bibir,
pipi, hidung, dahi dan mata serta di bahagian dada dan leher dengan
gerakan membulat dan usap (langkah sama seperti cleansing milk).
j) Bersihkan menggunakan span sehingga bersih. Ulang sebanyak 2
kali.

Anda mungkin juga menyukai