Anda di halaman 1dari 12

ELEMENTS IN

MASSAGE STROKE
EFFECTIVENESS
DHD 2313
MASSAGE THERAPY
SIX ELEMENTS IN MASSAGE STROKE
EFFECTIVENESS
◦Depth
◦Speed
◦Rhythm
◦Duration
◦Direction
◦Frequency
1. DEPTH (TAHAP KEDALAMAN
URUTAN)
◦ Di dalam urutan terdapat 3 jenis tahap kedalaman dalam tekanan urutan iaitu maksimum, minimum dan optimum.

◦ Tahap tekanan kedalaman yang maksimum bermaksud tekanan yang sangat kuat dan mungkin ia agak menyakitkan.

◦ Tahap tekanan kedalaman yang minimum pula bermaksud tekanan yang perlahan dan cara ini lebih mudah untuk mencapai
tahap tekanan yang optimum dalam urutan kerana urutan bermula dengan perlahan seperti urutan usap.

◦ Tahap tekanan kedalaman yang optimum adalah elemen yang paling sesuai dan beri keselesaan kepada pelanggan. Elemen
urutan ini selalunye bersulam tekanan yang lembut dan sederhana, ia tidak membuatkan pelanggan tidak serik untuk
mengulangi rawatan tersebut.
1. DEPTH (TAHAP KEDALAMAN
URUTAN)
◦ Di dalam elemen ini, tahap kedalaman tekanan perlu disesuaikan dengan bahagian yang diurut.

◦ Pastikan tekanan urutan disesuaikan dengan jenis dan kondisi otot, iaitu ada jenis otot yang keras, lembut, bermasalah dan sihat. Berikan tekanan
dengan cara yang paling tepat dan sesuai.

◦ Otot lembut biasanya agak sensitif. Sesuai menggunakan tapak tangan untuk mengurut bahagian tersebut. Contoh otot lembut adalah seperti
perut, betis, peha dan dada.

◦ Ada juga bahagian otot lembut yang sesuai diurut menggunakan jari, tetapi dengan cara meletakkan jari dalam keadaan melebar atau tumpul, iaitu
muka, pelipat lutut, urat leher, pangkal leher dan lengan bawah.

◦ Contoh otot keras pula adalah Urat Tulang Keting, Urat Siku lengan, belakang badan dan bahu. Untuk bahagian otot yang keras, ia lebih tahan
lasak, sesuai diurut sama ada dengan jari mahupun tapak tangan dengan tekanan yang agak kuat, mengikut kesesuaian.
2. SPEED (KELAJUAN)

◦ Setiap kali memulakan urutan hendaklah ada tahap kelajuan. Teknik urutan hendaklah tidak
terlalu laju dan terlalu lambat dalam membuat urutan.

◦ Kelajuan urutan bermaksud tahap kelajuan pergerakan urutan.

◦ kelajuan urutan adalah salah satu elemen penting untuk mengimbangi aktiviti pembahagian
simpatik (iaitu tekanan) dan pembahagian parasimpatis (iaitu relaksasi) dalam sistem saraf
autonomi.

◦ Seperti yang kita ketahui, keseimbangan antara sistem saraf simpatik dan parasimpatis adalah
salah satu elemen penting untuk kesihatan yang baik.
2. SPEED (KELAJUAN)
◦ Kita boleh mengatakan bahawa tahap kelajuan urutan dengan lebih tinggi dapat
merangsang sistem saraf simpatik sementara berbanding urutan perlahan yang
boleh mengendurkan sistem saraf simpatik dan mengaktifkan pembahagian
parasimpatis.
◦ Walau bagaimanapun, kelajuan urutan hanya satu elemen kerana kita perlu
mempertimbangkan sifat teknik mengurut yang digunakan dengan kelajuan
urutan yang berbeza.
◦ Oleh itu,kita hendaklah memastikan kepantasan urutan itu perlu selari dan
bersesuaian dengan teknik urutan.
3. RHYTHM (RENTAK)

◦ Elemen ketiga merujuk kepada rentak urutan yang dilakukan oleh juru terapi bermaksud
dalam mengaplikasikan setiap teknik urutan, juru terapi hendaklah dalam keadaan selesa dan
melakukan rentak urutan yang egronomik.

◦ Juru terapi perlu mengambil pernafasan dan pergerakan yang selari dengan teknik urutan.
Oleh itu, juru terapi tidak akan mudah untuk merasa kepenatan semasa menjalankan
perkhidmatan atau rawatan yang berkaitan dengan urutan.
4. DURATION (TEMPOH MASA)
◦ Kita harus perhatikan jangka masa yang paling sesuai dalam urutan. Secara amnya, urut boleh dilakukan
dalam jangka masa 30 minit: 30, 60, 90, atau 120 minit; dengan jangka masa yang paling biasa ialah 60
atau 90 minit.

◦ Banyak ahli terapi urut, klinik atau lokasi lain beroperasi pada apa yang dikenali sebagai "jam spa." "Jam
spa" mengira masa peralihan untuk membawa pelanggan ke meja konsultasi hingga ke bilik rawatan pada
akhir sesi. Dalam keadaan seperti itu, sesi 60 minit terdiri daripada 5 minit untuk melakukan temu ramah
awal; 50 minit masa rawatan dan 5 minit untuk melakukan temu ramah keluar dan mengiringi pelanggan
dari bilik rawatan. Biasanya urutan mestilah sekurang-kurangnya 50 minit hingga satu jam agar rawatan
keseluruhan badan menjadi berkesan.
4. DURATION (TEMPOH MASA)

◦ Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan semasa membuat urutan adalah pelanggan
menginginkan urutan seluruh badan atau hanya bahagian badan sahaja. Sebilangan besar juru terapi
dilatih untuk memberikan urutan relaksasi seluruh badan (termasuk wajah, kepala, leher, lengan,
dada, punggung, glute, dan kaki) dalam 50 minit. Jadi, jangka masa tersebut secara umum dapat
digunakan sebagai garis dasar.

◦ Seterusnya, anda perlu mempertimbangkan apa keinginan pelanggan. Bagi kebanyakan pelanggan,
antara tujuan mereka mendapatkan perkhidmatan urutan adalah untuk penghilang rasa sakit khusus
atau relaksasi. Sekiranya urutan santai atau relaksasi, maka urutan 50 atau 60 minit biasanya sesuai.
5. DIRECTION (ARAH)
◦Terdapat tiga asas arah urutan iaitu:
◦ Stroke massage – merujuk kepada urutan ke arah lurus seperti urutan usapan.

◦ Cross massage – merujuk kepada urutan ke arah bersilang. Selalunye arah ini dilakukan semasa

urutan friction dan ia sering digunakan dalam “sport massage” atau jika berlaku kecederaan di

otot, tendon dan gentian otot.

◦ Circle massage – merujuk kepada urutan secara membulat dan bertujuan untuk melegakan otot,

tendon dan gentian otot.


5. DIRECTION (ARAH)
Stroke Massage Cross Massage Circle Massage
6. FREQUENCY (KEKERAPAN)

◦ Biasanya, sekali setiap dua minggu sangat sesuai untuk memastikan tisu otot selesa dan dalam
keadaan baik. Sekiranya anda mengalami kesakitan kronik atau mempunyai masalah khusus
untuk ditangani, anda mungkin perlu datang setiap minggu untuk mendapatkan urutan
sehingga anda merasa lebih baik.

◦ Kekerapan dan jangka masa urut bergantung kepada jenis urutan yang anda mahukan dan
kawasan yang ingin anda rawat. Banyak kajian penyelidikan mengesyorkan kekerapan dan
tempoh urut tertentu untuk mengatasi masalah kesihatan seperti sakit atau kecederaan.

Anda mungkin juga menyukai