Anda di halaman 1dari 18

Contoh Ayat Power Tarik Pelanggan Untuk Beli Semalam Lagi!

Sebelum saya berikan contoh untuk anda guna, saya ingin bercerita kepada
anda struktur iklan yang menarik.

Ini penting. Struktur yang baik membolehkan idea anda menyerlah. Pembaca
pun jadi senang faham dan nak beli produk anda.

Apa struktur iklan yang menarik orang untuk membeli?

Iklan yang menarik ni, dia sama seperti movie yang mempunyai plot. Ia
mempunyai jalan cerita yang menarik. Tak kira apa genre pun, ia tetap
mempunyai formula tersendiri. Cerita hantu. Cerita romantik. Cerita thriller.
Semuanya.

Perasan tak? 

Kebanyakan cerita akan cerita bagaimana ia bermula, bagaimana watak utama


berkembang, kemudiannya jatuh, kemudianya bangkit dan akhirnya menang.

Filem cinta pun sama.

Hero jumpa makwe.

Gaduh dengan makwe.

Watak ketiga muncul.

Hero gaduh dengan watak ketiga.

Hero menang (sebab watak ketiga orang jahat).

Makwe perasan dia suka hero.

Hero dapat makwe.

Habis cerita.

Sama juga dengan iklan.


Iklan produk yang terbaik ada jalan ceritanya tersendiri.

Prospek rasa sakit belakang.

Dah jumpa dan cuba produk macam-macam.

Dia rasa frust.

Kemudiannya dia jumpa produk anda.

Dia beli produk anda. Kemudiannya sakit belakang dia dah elok. Dia gembira.

Itu jalan cerita iklan yang boleh anda buat.

Ha dapat idea sikit macam mana nak buat? Bagus!

Ni sekarang saya nak bagi contoh pula.

Contoh ini ada yang datang daripada sistem buat iklan saya iaitu Tulis Ads. 

Dalam tu ada template copywriting, ayat-ayat ikut kategori (contoh kalau tak
tahu macam mana nak mula iklan, pun ada), kamus sinonim (supaya orang
baca pun tak bosan) dan macam-macam lagi. 

Makin senang anda nak buat ayat copywriting power. Dengan lagi

senang. 

Nanti ada masa, cuba tengok sebab saya gerenti tool ni boleh tolong anda
buat iklan power.

Contoh ayat promosi pertama yang ingin saya tunjuk dekat anda ialah contoh
ayat promosi makanan.

Kalau nak jual kek, cookies, segala macam makanan… semua boleh! OK OK
jom tengok.

Boleh juga diolah untuk promosi makanan di WhatsApp.


Contoh Ayat Power Tarik Pelanggan
Makanan
KEREPEK YANG TAK BERHENTI-HENTI RASA NAK MAKAN LAGI

“Kerepek apa kau makan ni, Nal? Sedapnya!”

“Oh aku beli kerepek ni dari Saiful tu.

Kerepek ni dia tambah madu weh. Lain macam kan? Tapi sukatan dia untuk ni
sangatlah cun.

Tak muak pun makan banyak kali” Nal memberitahu rakannya tu.

“Biar betik!”  

Betul weh. Sekarang ni Saiful nak buat offer gila. Masa aku beli takde pun.
Cuba tengok website dia sekarang. Kot2 dapat beli 1 percuma 3 ke.

Jangan tunggu lama-lama. Sebab haritu pun aku kena cuba beli 2-3 kali baru
dapat. Cepat sangat sold out.

Nah tengok link kat bawah ni: 

> link ke website

— * —- * — Tamat — * —- * —

Nampak tak iklan di atas ni macam storytelling sikit?

Dia bukannya cakap, “oh sedap giler benda ni!”

Tapi dia cerita pasal dua orang kawan yang sedang berborak. Borak pasal
makanan yang sedap.
Kalau nak gunakan contoh ni sebagai asas iklan anda, pastikan makanan anda
tu sedap! Kalau tak, orang beli sekali lepastu maki dekat wall diorang sebab
tak sedap pun.

Overclaim dalam iklan je lebih haha.

Yang penting jangan tiru bulat-bulat ye. Tak function pun. Anda kena adaptasi
iklan tu ikut kesesuaian bisnes anda. Ayat menarik pelanggan yang saya
sediakan dan cari contoh ini bukanlah untuk diciplak 100%.

Ada teknik “tiruvasi” yang saya tunjukkan

Tiruvasi orang kata. Mungkin struktur lebih kurang sama, tapi cerita dengan
cara lain daripada apa yang anda nampak ni.

Senang sangat nak buat ayat promosi bila ada pelbagai ayat dan template
untuk anda tengok. Siap ada kamus lagi. Lihat bagaimana Tulis Ads boleh
senangkan kerja anda.

Bawah ini saya tunjuk contoh iklan produk baju pula.

Contoh Ayat Promosi Baju


“Weh gila berbunga baju ni!” 

Ramai orang cakap baju ni “lain macam”. Tapi kain dia pun lain macam jugak.

Dia 85% cotton dan lagi 15% adalah bahan misteri. Hehe. Walaupun
berbunga-bunga di pakai, tapi tetap selesa. Hati pun berbunga bila pakai!

Nak tahu kenapa baju berbunga-bunga lelak ni tetap ramai orang suka? Klik
‘Learn More’ di bawah untuk pergi ke web

(Atau guna ayat di bawah ni) 

Nak tahu kenapa baju berbunga-bunga lelak ni tetap ramai orang suka? Tekan
link di bawah untuk tahu dengan lebih lanjut.

{LINK}
Pendek je kan contoh ayat promosi baju ni?

Yang ni saya bergantung kepada gambar itu untuk menjual. Ini pentingnya
gambar yang nampak estetiknya. Gambar kena lawa.

Kalau tak, orang takkan menghargai feel premium baju tu.

Ada orang tanya haritu, “encik, ada contoh promosi baju budak tak?”

Ada!

Jom tengok ayat promosi baju budak pulak.

Contoh Ayat Promosi Baju Budak


Nak cari baju basahan anak2 pakai kat rumah?
Anak2 lebih selesa berbaju lengan pendek yg sesuai untuk bermain?
Tapi tengah total lockdown la pulak
Nak cari baju basahan utk anak2 dah tak boleh ke mall dah..

Ehh, takpa mommies.. seiring dgn saranan kerajaan, Stay at home,


maksimakan jual beli secara online sahaja..
Fortuna Baby Shop pun ada jual playset utk pakaian harian anak2 mommies
berumur setahun hgga 5 tahun

– Material Playset: Cotton T-shirt


– Design2 yang cantik, menarik minat utk anak pakai
– Baju sepasang dengan seluar: tak perlu mix n match dgn seluar lain
– Baju lengan pendek, seluar lengan pendek: tak panas, sesuai dgn cuca
sekarang

Saiz dan ukuran

(Letak saiz dan ukuran di sini)

Small cut. Boleh ambik 1 saiz lbh besar dari saiz umur anak

– Harga: RM25 sepasang


– 5 pasang: RM100
– Postage RM9 SM // RM14 SS

Kalau raya beli baju dengan kami, PKP pulak meh beli baju harian dengan
kami jugak

Playset kids ni antara yg terlaris kami jual, stock setiap saiz dan design adalah
sgt terhad.

Pastikan mommis submit order cepat jika dah berkenan tau

{link}

Kalau anda. Macam mana anda akan buat iklan produk anda? Letak komen
dekat bawah ye!

Kita tengok pula contoh lain.

Contoh Ayat Promosi Baju


Ayat promo baju ni pendek je. Ni pentingnya gambar ye.

BARBEGAL ni lawa hampa. Pakai baju cerah combine dengan tudung gelap
Fareha ni. Perghhh! Naik seri terus.

Limited time offer : Fareha Lockdown Combo habis hari ni tau. 25 July.

Beli 1 Chanella + 1 BakSE cuma RM50.


Beli 2 Chanella + 2 BakSE cuma RM100.

Jimat berbaloi baloi hampa. Free gift pulak macam macam kami bagi. Yang
exclusive pulak tu.

DM kami nah. COD area Alor Setar. Kalau nak self pickup dekat Ampang Jajar.

Nak promo baju kerja? Anda boleh tengok yang bawah ni.
Contoh Ayat Promosi Baju Kerja
(Wanita)
Sekarang kita tengok pula contoh yang ini pula.

KALI NI MESTI BELI


.
Kenapa kena beli? Setiap kali nak bersiap keluar atau pergi kerja mesti tak
lepas akan rasa pening nak pakai baju apa dengan ada Tshirt Muslimah ni dah
tak pening sebab senang match, lepas tu pakai dengan apa pun nampak
cantik
.
Siapa je tak nak untung kan, tambah lagi sekarang ada harga COMBO
RM39(minima pembelian 2 helai)
HARGA ASAL RM45
.
Ajak kawan2 terdekat beli sama2 baru huntong
.
tekan link dibawah dan rebut
harga COMBO:

{link}

Bawah ni pula saya nak kongsi contoh ayat promosi Young Living Essential Oil.
Tengok ni:

Contoh Ayat Promosi Essential Oil


Jual essential oil seperti Young Living?

Di bawah ini contoh yang boleh anda gunakan.

DUA KAWAN YANG BERBORAK MENGENAI ESSENTIAL OILS

Pada satu hari yang indah beberapa bulan lepas, terdapat dua orang kawan
{Farah} dan {Sarah}. Mereka suka membuat home deco di rumah. Mereka suka
berkongsi dengan satu sama lain apa yang mereka buat.
{Farah} pun bercerita kepada {Sarah} mengenai satu produk yang dinamakan
{Young Living}. Produk ini ialah essential oil dan ia boleh membuatkan
persekitaran rumah semakin selesa kerana baunya yang menenangkan
mengikut jenis essential oil yang telah didiffusekan.

{Sarah} tak percaya yang {Young Living} ni boleh mengubah suasana. Jadi dia
tolak cadangan {Farah} untuk cuba {Young Living} ni.

Beberapa minggu kemudian, {Sarah} pergi ke rumah {Farah}.

Dia menarik nafas dalam, kagum dengan bau yang menyelesakan apabila ada
di rumah {Farah} ini.

“Bau apa ni, {Farah}?”

“Oh inilah {Young Living} tu.” balas Farah. “Ada banyak jenis sebenarnya
essential oils ni. Boleh tengok sendiri dekat rak tu”.

{Sarah} melihat memang banyak jenis ada. Ada {Purifcation, Lemon,


Cedarwood} dan macam-macam lagi.

Farah menyambung, “kau boleh campur untuk dapatkan manfaat pelbagai.


Cuba je. Kau akan surprised macam aku dulu.”

Untuk tahu dengan lebih lanjut, boleh hubungi di { LINK}.

DAN YANG PENTING, YOUNG LIVING LAIN DARIPADA LAIN

Young Living bukan hanya essential oils semata-mata. Ia juga satu perniagaan
yang boleh menguntungkan juga.

Setiap ahli berpeluang untuk menjual {YL} ini kepada orang lain dan
komisyennya tinggi.

Setiap hari, ada orang akan mencuba {YL} untuk rumah mereka, atau untuk
dijual kepada rakan-rakan mereka.
Jika anda juga ingin mencuba, boleh hubungi saya di {link } dan saya akan
ceritakan kepada anda bagaimana {YL} ini boleh membantu anda menjana
pendapatan sampingan.

CADANGAN: Sila bermain dengan beberapa headline untuk mencari headline


yang paling ampuh.

— * —- * — Tamat — * —- * —

Kalau perasan, yang ini panjang kan? Sebab nak ceritakan pasal bau tak
senang. Susah! Takde gambar yang boleh membayangkan bau… jadi kita kena
gunakan perkataan untuk ceritakannya.

OK apa lagi contoh saya nak cerita? Ok jom cerita pasal iklan promosi
makanan pulak.

Kat bawah ni saya letak beberapa ye.

Contoh Ayat Promosi Makanan #1


PAKEJ PERCUTIAN KAMPUNG KAMBING

PKP lama sangat? Tak dapat keluar bercuti? Naaa kami bagi korang Pakej
Percutian Kampung Kambing (PPKK). Ini bukan cobaan, ini betul-betul! PPKK
akan bermula pada 22 Julai 2021.

Dengan hanya RM49.90, anda akan merasakan keenakan;


-Nasi Kukus Kambing Bakar (2pax)
-Kambing Crispy Double with Fries
-Iced Lemon Tea (2pax)
-Dihidangkan bersama sambal belacan, kuah kari, kobis & timun

Available untuk online order, houseofkambing.beepit.com atau drive-trhu,


whatsapp wa.me/60122823430

[PROMOSI TAMAT PADA 8.8.2021]

Tu pendek je kan?
Yang ni panjang sikit. Saya suka yang ni.

Yang paling padu kalau anda gunakan video orang review kambing perap atau
makanan anda.

Contoh Ayat Promosi Makanan #2


FUHHH…. TERBAIK, PADU LA KAMBING PERAP HJ DIN NI….. DAH LA PADU,
MURAH PULAK TU…..

Salam hampa semua….ni kami nak cerita sikit dekat hampa ni … kami ada juai
Kambing Perap Hj Din…

Sebelum kita pm, jom kita baca sat… sat ja… please….

Antara Sebab Hampa Wajib Try….

Daging lembut (premium lamb)

Harga murah RM 35

Berat 800 gram

Ada skali sos black paper Leetoop… Fuh !!!

Resepi rempah perapan terbaik.

Keluaran Muslim Bumiputra

Dan juga… bukan sekadar tu ja kita dapat… klu kita beli bawa balik..

-Laki dengan anak anak mesti seghonok sgt… pandai mak kami ambil hati
kami.. kita makan kambing bakaq harini…

Bakaq sedap, mkn dengan beriyani ka nasi arab pun sedap… bertambah
sayang laki dan anak anak..

-Laki bawa balik mai dekat family… rasa puaih eh, dapat bg anak anak makan
dgn happy walau dengan sekeping kambing perap… syukur…
-Lagi akrab family utk majlis bbq.. jauh kita dekatkan, dekat kita rapatkan…
syukur.. bahagia family kita..

-Bawa p potluck dgn kawan kawan tempat kerja… mesti bestkan.. “kami bawa
kambing bakaq harini”… kawan kawan senyum smpai telinga..

Hat bujang nak makan sorang pun boleh

Nak p berkelah kot lata dgn memba boleh adik beradik boleh.. semua boleh…

klu nk habaq banyak lagi tu.. …mudah cerita bila event makan ni semua pakat
happy

Jom klik “Whatsapp ” di bawah untuk order:

(link whatsapp)

OK yang ni contoh ketiga.

Contoh Ayat Promosi Makanan #3


Ni contoh ayat promosi makanan ketiga pulak ye:

Dah berapa bulan ni kena duk kat rumah je, kekadang terfikir, lama jugak kita
tak pekena menu raja sehari kan? macam dah lupa rasa dia …

kalau scrol je makanan nak order online, memang banyak pilihan, tapi itu lah….

kan best kalau ada set nasi yang paduuuu tapi harga pun sama paduuu kan?

JANGAN RISAU! kami ada set yang boleh membuatkan anda tidak tidur
malam tau!

Set Kenduri Kahwin Hanya RM8.90 sahaja!


Set Briyani Kambing Hanya RM10.90 sahaja!
Set Briyani Daging Hanya RM7.90 sahaja!
Set Briyani Ayam (pelbagai lauk) RM7.90 jer!
Set Nasi Daging hanya RM6.90 sahaja!
Nak Makan sorang (1 pax)?
BOLEH JE!

Nak tempah kuantiti banyak (lebih 1 pax)?


BOLEH JE!

Nak tempah hari ini untuk makan esok? lusa? bila-bila?


BOLEH JE!

so Orang area KL dan Selangor?


Jum tempah sekarang, kami hantar ke rumah anda!

{link}

Contoh Ayat Promosi Makanan #4


Ni contoh keempat untuk promosi makanan

Bila dapat pekena {nama kedai makan} pun best gak kan? Syahdu je rasa bila
makan satay kambing!

Bila makan satay ni tak syok makan sorang2 kene share dengan family atau
kawan2 baru seronok pulak tu.

EH PKP SUSAH NAK DPATKAN SATAY? jangan risau Satay Utara Express ialah
satay segera bersaiz XL memang kena satu cucuk terus syahdu beb..
.
Dapat satay terus panaskan kejap dan ready to eat sangat senang
.
MENU SATAY TERKINI KAMI
– Satay Kambing Blackpepper 20cucuk (Paling laris)
– Satay Ayam XL 20cucuk
– Satay Daging XL 20cucuk
– Satay Kambing XL 20cucuk
– Dan banyak lagi menu istimewa
.
Khas untuk yang terawal membeli RM90 ke atas layak mendapat FREE bekas
makanan cantik
.
Bonus lagi beli 2 pack Satay Kambing Blackpepper layak menyertai cabutan
bertuah memenangi AIR FRYER !!
.
Berminat nak dapatkan satay express ? klik je link whatsapp dibawah
{link}

Contoh Ayat Promosi Makanan


(Style PKP)
Ni contoh last untuk hari ini. Ayat promosi makanan style PKP.

KADANG-KADANG DAPAT SATU ORDER PUN KAMI PUNYA EXCITED LAIN


MACAM TAU

Sekarang semua agak tertekan , kan ??

Penat? Samalah, kalau fikir penat ni dah lama give up tapi kita masih ada
impian kan? Jadi rehat dulu kalau penat, jangan patah semangat. Almost there,
hang in there! We can do this

Pasti akan ada sinar selepas ini .

Kami doakan semua dalam keadaan baik dan sentiasa kuat mental untuk
tempuh semua ini.

So andai anda semua masih nak rasai makanan western citarasa anak muda.

Mari lah order bersama kami.

KLIK LINK DIBAWAH UNTUK ORDER DAN LIHAT MENU KAMI


ORDER SEKARANG ;

{link}

Haa tunggu apa lagi? Bincang lah dengan seisi keluarga nak order apa dari
Salute Cafe Segamat.

Pssttt kami dah buka sampai pukul 10 malam ye ,


Antara menu yang kami sediakan di Salute Cafe Segamat

ALA CARTE

– Chicken Chop RM14.00


– Chicken Chop Abu RM15.00
– Nasi Goreng kambing bakar RM 18.00
-Nasi Goreng Chicken chop RM 16.00
-Nasi Goreng Chicken Grill RM 16.00
-Nasi Goreng Daging Harimau menangis RM 16.00
– Nasi Buterchicken RM 10.00
– Spagetti cabonara kambing bakar RM 20.00
– Spagetti bolognese kambing bakar RM 20.00
-Spagetti butterchicken RM 13.00
Kambing bakar RM 23.00
-Roti john padu ayam/daging RM 10.00
– Crispy chicken burger RM13.00
-Dareload beefburger RM 13.00
-Dareload lamb burger RM 16.00

SET COMBO UNTUK MAKAN BERSAMA 

-MELANTAK PLATE RM 28.00


(2-3 Orang makan )
( 3 pcs chicken wings , rotijohn , kentang goreng , spagetti
cabonara/Bolognese dan chicken chop )

-KARNIVOR PLATE RM 40.00


(2-3 Orang makan )
( 2 pcs Chicken grill , Kambing bakar , Chezzy wedges , kentang goreng dan
coleslaw )

-SUPERVALUE NASI GORENG RM 30.00


(2-3 Orang makan )
( 3 pcs ayam goreng , burger chicken grill , Chezzy wedges , Nasi goreng dan
coleslaw )

-SUPERVALUE MAC N CHEESE RM 30.00


(2-3 Orang makan )
( 3 pcs ayam goreng , burger chicken grill , Chezzy wedges , Macaroni cheese
dan coleslaw )

OPERASI WAKTU PKP 3 :


1 tengah hari sehingga 10 malam

Lokasi kami
Tingkat bawah bowling Segamat
Arked Sri Genuang.
Waze : Salute Cafe Segamat

Contoh kali ini pula saya nak kongsikan contoh iklan storytelling. Tapi ini lebih
kepada template dan bukannya contoh.

Contoh Iklan Storytelling


DUA DUA BELI {NAMA PRODUK}.

{Ali} dan {Abu} 2 orang kawan. Dua2 {AKTIVITI YANG DIORANG BUAT}

Sorang cerita dia dapat {benda yang sama diorang buat}

APA YANG MEMBEZAKAN MEREKA BERDUA?

Semua sama.

Kecuali satu.

{cerita perbezaan antara mereka}

{cerita apa yang jadi key difference}

{info pendek mengenai produk}

>> {LINK KE WEBSITE }

Untuk yang ini, ia adalah iklan yang cuba membezakan dua keadaan. Satu
ialah orang beli. Satu lagi tak beli. Apa yang akan jadi? Apa hasilnya?
Nak tahu bagaimana untuk menggunakan template ni?

Dalam members area Tulis Ads, saya tunjukkan bagaimana saya mengoalah
template storytelling di atas untuk menjual kereta.

(Sebenarnya jual apa-apa pun boleh hehe).

Klik sini untuk pergi ke website Tulis Ads.

Nampak lagi jelas bagaimana untuk menggunakannya?

Bayangkan anda boleh gunakan ini dalam hampir semua jenis produk.

Kereta. Hartanah. Coway? Water Filter? Air Filter? Makanan?

Semuanya boleh.

Pada masa sekarang mungkin anda faham sikit apabila saya berikan beberapa
contoh ayat power tarik pelanggan terbaik di blog post ini.

Sebenarnya ayat promosi terbaik ialah ayat yang mampu trigger pembaca


untuk baca dengan lebih lanjut satu demi satu sehingga mereka merasakan,
“ok, kena beli produk ni”. Dalam blog ini ada pelbagai lagi contoh ayat yang
boleh anda tengok.

Boleh belek-belek blog ini untuk dapatkan contoh ayat promosi terbaik untuk
tarik pelanggan anda.

Di blog ini saya letakkan pelbagai contoh ayat iklan yang menarik yang boleh
anda tengok. Motivasi saya ialah untuk pastikan website ini menjadi laman
web rujukan copywriting terbaik di Malaysia.

Ni mungkin blog post paling panjang yang ada dalam blog ni. Penuh dengan
contoh copywriting untuk anda ikut. Tapi bagus untuk anda: bolehlah tahu
pelbagai contoh ayat untuk promote barang.

Takdelah satu cara je kan?


Tips Untuk Pastikan Ayat Promosi
Anda Yang Terbaik Dari Ladang!
Susah ke sebenarnya nak pastikan orang untuk terus membeli daripada kita?

Sebenarnya tak. Kita kena bagi nilai kepada pembaca.

Orang yang baca iklan anda tu pun sama macam anda.

Cuba fikir balik macam mana anda teringin nak beli sesuatu?

Kebanyakan masa kita tak lah tengok dan terus teringin nak beli kan?

Kita dah kena berkali-kali ‘diserang’ oleh iklan tu baru lah kita rasa nak beli…
kan?

Tu berkali-kali baru rasa nak beli.

Jadi nak tak nak, anda kena ikut formula. Formula lama A.I.D.A tu masih lagi
berkesan. Cuma cara nak tarik pelanggan tu mungkin berbeza mengikut
medium.

Tapi psikologi manusia masih lagi sama. Nak promote masih lagi
menggunakan perkataan dan bukannya brain wave. Haha.

Apa tu AIDA?

Attention. Perhatian. Dapatkan perhatian pembaca. 

Interest. Minat. Tarik minat orang yang membaca tu.

Desire. Keinginan. Timbulkan keinginan pembaca untuk mencuba produk


anda.

Action. Tindakan. Jangan lupa untuk suruh pembaca bertindak. Sama ada isi
borang, atau beli sekarang, atau lain-lain lagi.
Kalau anda jumpa formula lain pun takpe. Janji jumpa formula yang kena
dengan diri anda.

Kadang-kadang kita takde idea nak buat iklan bukan sebab apa. 

Kita tak tahu macam mana nak mula.

Anda mungkin juga menyukai