Anda di halaman 1dari 54

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

5 Langkah

ambil Pekerja
Dengan Mudah !
Tak susah pun nak mengambil
pekerja, yang susahnya adalah nak
memilih pekerja yang betul untuk
tugas yang betul!
Penulis ;

Liyana Zahari
(CEO Byond Success Sdn Bhd)
Abdul Basit
(MANAGING DIRECTOR Byond Success Sdn Bhd)

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!1

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Terbitan Eksklusif :

Hakcipta Terpelihara :

Byond Success Sdn Bhd


byondsuccess.com
No. 85-1, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri
Permaisuri,
56000, Cheras, KL.
byondsuccess@gmail.com

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!2

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Isi Kandungan
BIL

TOPIK

MUKA
SURAT

Sarikata Penulis

Pendahuluan

Langkah 1
Kenalpasti keperluan mengambil pekerja.

10

Langkah 2
Bagaimana mengiklankan pekerja dan di
mana mereka berada?

15

Langkah 3
Kenapa Mereka Terpaksa Menerima
Tawaran Bekerja di Syarikat Kita?

20

Langkah 4
Bagaimana mengendalikan sesi interview
dengan cemerlang.

22

Langkah 5
Apa Anda perlu tahu sebagai majikan
tentang hak-hak pekerja?

31

Kesimpulan

39

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!3

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Sarikata Penulis
..
Kami menulis buku ini adalah kerana kami pun ada masalah
yang sama juga sewaktu baru menubuhkan sebuah syarikat
dan tak tahu macam mana nak mengambil pekerja!
Namun, berkat tunjuk ajar dan pengalaman mengambil
pekerja selama beberapa tahun ini benar-benar mengajar
kami bagaimana untuk mengenalpasti pekerja yang kita
ambil tu betul dan mampu membawa syarikat mencapai visi
dan misi yang telah kita rangka.
Untuk tujuan itu, kami mesti membukukan pengalaman ini
bagi membantu lebih ramai pemilik bisnes diluar sana untuk
mengambil pekerja dengan mudah!

Selamat Membaca!

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!4

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Pendahuluan
Mengambil pekerja itu mudah sebenarnya, namun yang susah adalah mengambil pekerja yang betul dan meletakkan mereka di tempat yang betul dengan kemahiran dan kelebihan yang mereka ada.
Sebelum kita meneruskan pembacaan, ada beberapa nilai dan
perkara yang mungkin bertentangan dengan konsep anda dalam
mengambil pekerja. Namun, ianya adalah apa yang berada dalam
dunia realiti dunia pekerjaan.
Zaman sekarang, keperluan terhadap mengambil pekerja dalam
skop yang berbeza adalah sangat berbeza dengan dulu.
Dengan drastiknya perubahan teknologi, menyebabkan banyak
skop kerja dan tanggungjawab baru yang dituntut oleh dunia pekerjaan sekarang telah banyak wujud.
Antara contoh mudah adalah, jawatan dan tugas untuk menjawab
whatsapps dan mengendalikan Facebook Page.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!5

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Jadi tuntutan tanggungjawab, skop kerja dan personaliti serta


keperluan yang diperlukan juga mungkin sedikit berbeza yang
mungkin zaman dulu sudah dilihat kurang relevan untuk diaplikasi
pada zaman ini.
Oleh itu, anda mesti terus membaca, mungkin ini akan membantu
anda untuk mengambil pekerja selepas anda faham tuntutan dan
skop kerja yang betul mengikut keperluan anda.

Kekuatan Sesebuah Pasukan Itu


Terbina Daripada Kekuatan
Setiap Ahlinya Itu,
Kekuatan Daripada Setiap Adalah Ahli
Pasukan Itu Terbina Kekuatan
Daripada Sebuah Pasukan Yang Hebat
- Liyana Zahari -

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!6

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Takut Ambil Pekerja?

Ramai majikan takut mengambil pekerja. Ketakutan inilah antara


asbab utama majikan memilih untuk terus buat kerja sendiri dan
bersusah payah sendiri siang malam dengan tulang empat kerat
pagi sampai malam.
Rasa ketakutan ini datang dari pelbagai punca, mungkin pengalaman buruk yang lampau menjadi punca. Namun, atas dasar faktor
takut inilah, banyak bisnes kecundang dan stuck di tengah jalan.
Production tak boleh pergi jauh, sebab yang berhempas pulas
sekarang kita seorang. Daripada tugas menjaga akaun, customer
service, packing dan mengepos barang semuanya kita buat sendiri.
Allah Sesak nafas, nak pergi kelas pun tak sempat dah.
Tahukah anda, perasaan takut inilah yang menghalang ramai
majikan daripada mengembangkan bisnesnya?
Perasaan takut inilah yang membuatkan rezeki masuk dalam skala
kecil. Paipnya pun satu ja. Itupun kita ja.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!7

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Isu takut nak ambil pekerja perlulah dikikis bagi mengembangkan


bisnes.

Sesungguhnya Allah Mencintai


Orang-Orang Yang Berjuang Di
Jalan-Nya
Dengan Berbaris Bagaikan Bangunan
Yang Tersusun Kukuh
( As-Sof : 4)
Pemahaman ini perlu diperkukuhkan dengan konsep rezeki. Setiap
manusia telah tercatat rezeki untuknya. Sekiranya kita menambah
pekerja, sebenarnya kita telah menambah ruang dan paip rezeki
untuk disalurkan lebih banyak untuk kita dan bukan sebaliknya.
Sebab itulah, berjayanya sesebuah syarikat, adalah dengan
kekuatan pasukannya yang menjadi tunjang kepada penggerak
sesebuah organisasi.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!8

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Berjayanya sesuatu kaum itu adalah kerana kekuatan dalam


jemaahnya. Kita takkan boleh menakluki sesebuah negara itu
seorang diri. Pastinya kita perlukan sepasukan tentera yang kuat
untuk bersama menaklukinya!
Jadi, betulkan mindset kita. Mengambil pekerja adalah proses
menambah paip rezeki. Pastinya ada bahagian daripada mereka
telah Allah persiapkan yang mesti dilalukan dalam paip kita
bersama.
Dengan melaksanakan tanggungjawab membantu saudara yang
lain dan menjadi manusia yang bermanfaat di dunia, insya Allah
akan dapat berkat dan redha-Nya.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!9

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Langkah 1 :

Kenalpasti Keperluan Mengambil


Pekerja

Kenapa Anda Mesti Mengambil Pekerja?

1.Adakah pekerja sebelum ini telah dipecat atau telah berhenti?


2.Adakah pekerja anda sebelum ini telah dipindahkan ke jabatan
lain.
3.Adakah anda telah serabut dan pening kepala sebab tak ada
jalan lain selain mengupah seseorang untuk mengambil tugas
anda sekarang.
4.Adakah anda mempunyai jawatan dan skop tugas yang baru
yang mana anda memerlukan kepakaran dan pengkhususan
kerja bagi tugas itu?

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!10

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Kebanyakan calon yang mahu meminta kerja mempunyai hasrat


untuk tahu kenapa jawatan itu diiklankan? Adakah kerana pekerja
yang sedia ada telah berhenti atau diberhentikan? Atau, ada jawatan baru dan tugas baru yang telah dirangka bagi menyokong pembangunan perniagaan anda?

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!11

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Apapun, sebab ini adalah sangat penting kerana anda sendiri perlu
jelas sebab utama kenapa anda perlukan pekerja.

Merangka Diskripsi Tugas dan Jawatan.


Diskripsi Tugas atau Job Description adalah satu dokumen yang
menerangkan tugas dan tanggungjawab bagi seseorang pekerja itu
untuk digalas. Dalam dokumen ini ada tiga (3) perkara penting yang
perlu ada iaitu :
1. Nama Jawatan
2.Tanggungjawab dan Tugas.
3.Kemahiran, kompetensi, karakter kelayakan dan
pengalaman yang diperlukan bagi tugas tersebut.
Menyediakan diskripsi tugas adalah satu proses yang penting yang
tidak boleh dipandang enteng! Kenapa?
90% kajian kes yang dibuat oleh Byond Success Sdn Bhd ke atas
database portfolio perniagaan yang pernah menghadiri kelas
intensif anjuran ini, mendapati antara sebab kekerapan pekerja tak
boleh stay bekerja dengan kita untuk satu jangkamasa yang lama
adalah sebab mereka confuse dengan tugas dan tanggungjawab
mereka!

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!12

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Kadang-kadang bukan sebab mereka tak boleh melaksanakan


tugas dengan baik, tapi sebab majikan tak explain apa tugas hakiki
yang mereka perlu buat. Betul?
Nama jawatan kerani ja, tapi bukan bidang pengkeranian sahaja
yang dia buat, malah semua skop tugas pun dia handle. kan?
Ini perlu jelas. Setuju tak, banyak majikan suka hati ambil pekerja,
dan semua kerja kita buat dari A sampai Z kita suruh pekerja tu
buat. Malah, kita boleh pulak expect mereka buat exactly macam
kita buat. No! Inilah sebabnya kenapa mereka berhenti kerja!
Nama Jawatan
Dalam proses menyiapkan diskripsi tugas tadi ada nama jawatan
yang mesti kita letakkan. Dalam bisnes, kita belajar, pentingnya
Positioning dan Branding dengan label dan jenama yang kita
perjuangkan, betul? Begitulah juga dengan nama jawatan yang
kita letakkan ni.
Ok, nama jawatan ini penting. Pekerja kita ini adalah manusia. Kita
mesti memahami Psikologi manusia. Tak faham banyak, sikit pun
jadilah. Kita pun sukakan jawatan dan pangkat yang hebat, begitu
juga nama jawatan yang kita nak letak.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!13

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Letaklah nama yang lebih menaikkan self esteem mereka


memegang jawatan itu. Bagi nama yang cool dan exciting untuk
mereka lebih yakin dengan tugas dan bekerja dengan kita.

Runner misalnya. Tugasnya menghantar dan mengambil barang.


Mari kita cuba kita rebrand jawatan sebagai Koordinator Logistik.
Punyalah bangganya dia mendapat jawatan itu. Balik kampung,
siap pakai name tag sebab bangga jawatannya itu menaikkan self
esteem dirinya tau!
Secara khususnya, setiap nature of business kita tak sama. Betul,
ada nama yang sesuai ada nama yang kurang sesuai. Tapiwhy
not kan kalau jawatan tu ada nama yang cool dan lebih baik di
dengar.
Cleaner kalau di Amerika, mereka tak dipanggil cleaner. Tapi
mereka adalah Floor Engineer! Haa.. setaraf dengan engineer tu
self esteemnya tau!

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!14

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Tugas dan Tanggungjawab


Ini adalah bab yang penting. Tadi kita ada bincangkan antara salah
satu sebab kenapa pekerja tak boleh bekerja dengan kita dalam
jangka masa yang lama adalah kerana mereka confuse dengan
tugas tan tanggungjawab yang mereka mesti buat.
Ini adalah satu proses yang penting sebelum kita mula mengambil
pekerja. Supaya kita sendiri pun jelas pekerja macam mana kita
nak ambil, bagaimana kelayakan dirinya dan tugas apa yang dia
mesti buat.
Proses ini mesti telah menjawab soalan ini :
1. Jawatan apa yang anda perlukan?
2. Apakah tugas yang mesti dilaksanakan?
3. Apakah kelayakan dirinya?

Ok, bagi memudahkan anda, di muka surat seterusnya saya


sediakan satu Diskripsi Tugas yang anda boleh jadikan template
yang anda boleh terus gunapakai.
Apa yang anda perlu buat adalah, isikan ruang seperti contoh yang
telah diberikan.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!15

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Diskripsi Tugas (Job Description)


Jawatan

Nama Jawatan yang dipohon.

Jabatan
(Department)

Jabatan / Unit atau Bahagian mereka bekerja. Cth : Zon A, Wet Kitchen
bagi restoran. @ Department of Finance.

Tugas Objektif
Sediakan maklumat yang ringkas secara general tugas itu.
Cth : Memastikan syarikat ABC mencapai pengurusan kewangan yang teratur dan
sistematik setiap bulan dan mengurangkan kadar lebihan budget dalam keadaan
yang terkawal.
Tugas dan Tanggungjawab
Senaraikan tanggungjawan dan tugas yang perlu digalas beserta contoh. Support
tugasan melalui tugas-tugas sampingan yang mesti mereka laksanakan supaya tidak
ada isu ini bukan keja aku.
cth : Menyediakan budget bagi bulanan dan tahunan syarikat.
mengendalikan urusan pengawalan aliran keluar masuk kewangan syarikat.
mengendalikan dokumen yang melibatkan transaksi kewangan syarikat.
blablabla.
Kelayakan
Nyatakan minima kelayakan dan kemahiran yang diperlukan bagi tugas tersebut. Ini
adalah penting untuk memastikan orang yang memikul tanggungjawab ini mempunyai
kompetensi, kemahiran, karakter yang diperlukan.
yang penting logik.
Antaranya mungkin termasuk:
Latar belakang pendidikan
Kepakaran tertentu
Kemahiran
Keupayaan.
Karakter
Sijil dan Pengiktirafan Professional
Pengalaman

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!16

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Setelah anda selesai mengisi ruang diskripsi tugas ini, saya pasti,
anda telah pun semakin jelas dengan jawatan yang anda mahukan,
dan orang yang bagaimana mesti anda cari.
Jadi, proses ini telah membantu anda supaya tidak lagi mencari
sesiapa sahaja diluar sana dengan harapan semua kerja boleh
selesai.
Ok, baik, soalan seterusnya adalah,

1. Di manakah mereka berada?


2. Bagaimana saya nak mencari mereka ini?

Soalan ini akan dijawab dalam topik seterusnya. Teruskan


membaca!

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!17

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Langkah 2 :

Bagaimana Mengiklankan Pekerja dan


di Mana Mereka Berada.

Pasukan Itu Terbina


Daripada
Beberapa Sebilangan
Individu Yang Saling
Memberi Dan Menerima
-Abdul Basit-

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!18

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Setiap manusia mempunyai karakter dan personaliti yang berbeza


yang mana mampu memberi impak yang berbeza melalui prestasi
kerja. Setiap karakter dan kesesuaian bagi tugas yang dipohon
mestilah sekurang-kurangnya selaras dengan lokasi dan sampai
kepada jenis manusia yang betul dalam mengendarai tugas yang
bakal digalas.
Isunya, kita kadang-kadang main tembak ja iklan dengan harapan
semua orang nampak jawatan tu dan pohon as soon as possible!
Kita tak mahu bazir masa yang lama untuk mendapat pekerja. Sesi
temuduga dan proses menyaring dan memastikan calon tersebut
merupakan pekerja yang berpotensi tinggi akan mengambil masa
yang lebih panjang sekiranya kita main iklan tembak-tembak.
Sama seperti konsep marketing, yang sampai kepada orang yang
betul pada masa yang betul dan lokasi yang betul merupakan satu
peranan penting untuk anda faham sebelum mula mengiklankan
kerja dan mencari di mana mereka berada.
Dalam usaha untuk mengenalpasti di mana mereka berada, mari
kita sama-sama jawab soalan di bawah. Proses ini bakal membantu
anda dalam mengenalpasti kesesuaian tugas yang anda perlu
iklankan.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!19

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

1. Adakah anda perlu mencari calon yang berada dalam syarikat


atau anda mesti mendapatkannya di luar syarikat?
2. Adakah anda mempunyai calon yang sesuai yang mungkin
sedang bekerja dengan anda?
3. Adakah kita mempunyai database calon-calon yang memohon
kerja terdahulu?

4.Adakah pekerja kita yang sedia ada sekarang mempunyai


kenalan yang sesuai untuk tugas yang dipohon?
(employee referral)
5.Adakah kita mempunyai contact pekerja terdahulu yang pernah
memohon, rangkaian alumni, atau perkhidmatan professional
untuk pencarian pekerjaan.
6.Adakah anda perlu menyertai Job Fair untuk menarik calon
graduan dalam kos dan lulusan universiti yang sesuai dengan
jawatan yang dipohon?
7.Adakah cara pengiklanan jawatan kosong melalui media cetak
sesuai dengan tugas yang dipohon?
8.Adakah source pengiklanan melalui media internet, website, dan
capaian variasi iklan pekerjaan di media online lebih berkesan
dengan jawatan yang dipohon?

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!20

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

9.Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan


calon yang berpotensi tinggi dengan tugas yang dipohon?

Ini adalah soalan yang bakal membantu anda dalam

pencarian

yang sesuai dengan jawatan yang anda iklankan.

Ok, ini adalah antara cadangan strategi untuk mengiklankan


jawatan kerja tersebut. Banyak lagi source lain yang mungkin lebih
berkesan dan efisien bergantung kepada keperluan dan jawatan
yang dipohon.
Fasa Ketiga : Mengiklankan Jawatan
Dalam proses mengiklankan jawatan kerja, sangat penting bagi kita
memastikan bahawa lokasi dan media iklan itu sampai kepada
orang yang betul.
Setiap jawatan yang telah kita rangka tadi mempunyai karakter dan
sifat yang berbeza.
Sekiranya kita mencari orang yang berpengalaman dan mempunyai
kepakaran yang lebih banyak, mungkin anda perlu cari latar
belakang dan lokasi media yang menyediakan kesinambungan sifat
itu.
Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!21

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Antara contoh mudah adalah melalui jobstreets.com. sekiranya


melalui pengiklanan kita melalui media internet. Selain itu, anda
boleh menggunakan perkhidmatan Job Hunter yang menyediakan
khidmat ini untuk terus memburu orang yang mempunyai kelayakan
dan spesifikasi yang benar-benar hampir tepat dengan karakter dan
tugas yang kita mahukan.
Namun, perlu diingatkan. Ini mungkin memerlukan kos yang agak
besar. Sekiranya anda telah benar-benar bersedia dengan
kewangan dan belanjawan yang boleh menanggung kos ini, anda
boleh teruskan.
Namun, bagi bisnes yang startup, dan masih dalam peringkat
growing, perkara ini mungkin merupakan satu isu yang perlu
ditimbal balik berdasarkan budget anda.
Antara pilihan yang sesuai adalah mudah.my sekiranya melalui internet. Anda juga boleh menyertai Job Fair untuk mencari fresh
graduates yang mahukan pengalaman. Merekrut calon seperti ini
tidak memerlukan kos yang besar. Tugas dan tanggungjawab juga
perlu selaras dengan kelayakan yang dikehendaki.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!22

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Banyak option lain yang anda boleh lakukan antaranya pengiklanan


melalui surat khabar, atau menampal iklan di kawasan tertentu.
Namun perlu diingatkan, adakah itu lokasi yang strategik memburu
orang yang betul untuk tugas dan jawatan itu? Sekiranya berkesan
dan disitulah mereka berada, its ok. go on! ;)
Setiap jawatan yang dipohon mestilah relevan dengan tangga gaji
semasa.

Untuk membincangkan tentang isu tangga gaji ini adalah part yang
agak crucial untuk diterangkan dalam ebook ini.

Saya pasti kita mungkin akan ada waktu untuk membincangkan


tangga gaji yang sesuai dan relevan melalui demand semasa
sekiranya anda boleh luangkan waktu untuk sesi kita bersama
nanti.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!23

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Langkah 3 :

Kenapa Mereka Terpaksa Menerima


Tawaran Bekerja di Syarikat Kita?

Sebuah pasukan yang hebat adalah


apabila setiap ahlinya jelas dengan
haja tuju dan berupaya
menyumbangkan kemahiran atau
kepakaran untuk mencapai matlamat
bersama

-Liyana Zahari-

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!24

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Menjadikan syarikat kita sebuah organisasi yang menjadi idaman


dan perhatian pekerja samalah seperti kita memastikan pelanggan
membeli produk dan servis kita.
Konsep ini samalah dengan mengaplikasikan kuasa branding dan
postitioning syarikat kita. Ini bukan sahaja memberi impak besar
dalam menambah jumlah pelanggan, namun juga menambah
pekerja yang bekerja dengan kita.
Sebab itulah kita mesti menyediakan kemudahan akses calon untuk
mencari maklumat tentang latar belakang syarikat kita. Penubuhan
Website juga main peranan besar untuk memberikan akses mudah
untuk mereka mencari maklumat dan mengenali perniagaan kita
dengan lebih jelas.
Proses meyakinkan calon menerima jawatan disyarikat kita adalah
dengan menyediakan kelengkapan dan benefit yang mereka boleh
dapat antaranya, komisen, cuti, reward, kenaikan pangkat, elaun
dan sebagainya.
Dalam zaman ini, kalau bisnes kita tak ada akses dan tak wujud di
laman sosial, kita dianggap tak wujud dalam dunia nyata!
Sebab itu, cadangan saya adalah wujudkannya dalam dunia sosial
internet ini.
Bak kata Steve Jobs,
Even a small business can look BIG on the internet
Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!25

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

So, ini peluang kita untuk beri impression hebat dengan bisnes kita
supaya apabila calon akses cari maklumat tentang bisnes kita
dalam pada masa yang sama, kita sedang seeding dia untuk dia
faham bahawa perniagaan kita ni kukuh dan dia akan mendapat
satu perasaan terjamin bila bekerja dalam syarikat ni.

Apa perasaan anda apabila anda nak apply kerja di sebuah


organisasi besar?

Mesti best, yakin gaji akan naik, terjamin, perniagaan ni kukuh dan
menjaga kebajikan pekerjanya.

So, itulah branding dan value yang kita nak tanam pada mereka.
sebelum mereka minta kerja dengan kita, mereka telah pun rasa
yakin dan terjamin kalau mereka bekerja dengan kita.

Selain itu, antara sebab yang benar-benar mengikat dan menarik


ramai calon rasa terpaksa menerima tawaran bekerja dengan kita
adalah kerana benefit dan manfaat yang ditawarkan dan dia bakal
dapat.

Ini penting especially, untuk meningkatkan kualiti rasa jaminan dan


trust dia pada bisnes kita.
Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!26

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Apa antara benefit yang kita sediakan untuk mereka?

Ini adalah antara cadangan. sebarang keputusan polisi ini adalah


melalui persetujuan perbincangan pihak pengurusan di perniagaan
anda ;
1. Asrama/ rumah / tempat tinggal disediakankan
2. Rawatan perubatan dan pergigian
3. Perkuisit dalam bentuk anugerah perkhidmatan cemerlang,
keselamatan dan perkhidmatan lama melalui pengecualian
cukai hingga RMXXXX setahun.
4. Nilai barangan atau perkhidmatan majikan kepada pekerja
sebanyak RMXXXX setahun.
5. Pakej premium ansurans bernilai RMXXXX
6. Tambang percutian termasuk makanan dan penginapan dalam
Malaysia yang tidak melebihi 3kali dalam setahun kalendar atau
tambang percutian ke luar Malaysia sekali dalam setahun
kalendar tidak melebihi RMXXXX
7. Penjagaan anak dibawah umur 6 tahun yang disediakan oleh
pihak majikan.
8. Telefon bimbit bernilai RMXXXX setahun dan bil telefon bernilai
RMXXXX setahun/setiap bulan.
9. Yuran langganan jalur lebar.
10. Pengangkutan percuma dari perhentian tertentu atau dari
Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!27

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

rumah ke tempat kerja (Pergi/Balik)


11. Makan tengahari dan minum petang disediakan percuma.
12. Elaun makan.
13. Elaun Tempat Tinggal
14. Elaun atau subsidi anak-anak penjagaan anak-anak bernilai
RMXXXX setahun.
15. Diskaun makanan di tempat tertentu.
16. Klinik panel dan majikan menanggung kos rawatan hingga
RMXXXX setahun.
17. Kad Petrol atau elaun petrol atau elaun perjalanan dan kad tol
atau urusan rasmi hingga RMXXXX setahun
18. Peluang kenaikan pangkat dan pemberian bonus
19. Komisen per jam
20. Percutian keluarga bernilai RMXXXX di dalam atau di luar
negara.
21. Elaun atau pakej persaraan yang menarik.
OK, cuba bayangkan saya sedang menawarkan anda jawatan
untuk bekerja di syarikat saya, dan senarai di atas ini adalah antara
faedah yang bakal anda dapat. Adakah anda membaca sambil
tersenyum lebar dan rasa nak apply sekarang juga permohonan
untuk bekerja di syarikat saya?

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!28

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Kepentingan Ganjaran dan Faedah

Adalah menjadi kewajipan bagi sesebuah organisasi untuk


memberi ganjaran dan faedah kepada pekerja-pekeja mereka
setimpal dengan tenaga kerja yang telah dicurahkan. Kepentingan
ganjaran dan faedah ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Jika
para pekerja tidak berpuas hati dengan ganjaran dan faedah yang
diberikan, maka ini akan menyebabkan wujudnya masalah-masalah
seperti ponteng kerja, kadar pusingan kerja pekeja yang tinggi,
penurunan produktiviti dan ketidaksungguhan bekerja.

Menarik lebih ramai individu untuk menyertai organisasi


tersebut.

Bila sesebuah organisasi itu menyediakan ganjaran dan faedah


yang menarik kepada pekerja-pekerja mereka, maka lebih ramai
orang luar akan tertarik untuk menyertai organisasi tersebut.
Kebanyakan orang biasanya akan membandingkan ganjaranganjaran dan faedah yang ditawarkan oleh organisasi-organisasi
yang mempunyai persamaan dari segi jenis pekerjaan. Sudah
tentulah organisasi yang mempunyai kelebihan dari segi ganjaran
dan faedah yang akan menjadi pilihan.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!29

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Dapat mengekalkan pekerja yang sedia ada

Pekerja merupakan aset terpenting dalam apa jua organisasi.


Apabila seseornag pekerja itu berpuashati dengan pekerjaan
mereka apatah lagi diberikan ganjaran luaran berbentuk wang
ringgit serta kenaikan pangkat dan ganjaran dalaman seperti
penghargaan terhadap tugas yang dilakukan, kepuasan diri dan
persaingan yang sihat maka pekerja-pekerja ini sudah tentunya
akan terus berkhidmat di dalam organisasi tersebut. Pelbagai
faedah yang ditawarkan oleh organisasi seperti kemudahan
perubatan dan pusat penjagaan kanak-kanak tidak kurang juga
pentingnya untuk mengekalkan para pekerja.

Meningkatkan moral pekerja yang secara tidak langsung


meningkatkan produktiviti
Para pekerja pastinya merasa diri mereka dihargai apabila
kebajikan mereka tidak terabai. Pihak pengurusan seharusnya tidak
memandang remeh ke atas kebajikan pekerja. Pekerja yang
berpuashati dengan ganjaran dan faedah yang diberi kepada
mereka tidak akan mendatangkan masalah kepada majikan.
Sebaliknya, mereka akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan
secara tidak langsung produktiviti pastinya akan meningkat.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!30

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Sebagai jaminan perlindungan kepada pekerja

Ganjaran dan faedah yang diberi oleh sesebuah organisasi itu


amatlah penting sebagai jaminan dan simpanan hari tua seseorang
pekerja. Ganjaran yang diberi memberi jaminan agar keperluan
sehari-harian dan pembelajaran anak-anak dapat dipenuhi.
Sementara faedah pula memberi perlindunagn kepada pekerja
sekiranya pekerja tersebut ditimpa bencana atau kemalangan
semasa bekerja. Dengan ini faedah-faedah yang ditawarkan itu
akan menolong pekerja mengekalkan taraf kehidupan mereka.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!31

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Langkah 4 :

Bagaimana Mengendalikan Sesi


Interview dengan Cemerlang?

The Key For Us, Number One Has


Al- ways Been Hiring Very Smart
People
-Bill Gates-

To Hire Smart People Of

Course You Need To Be Smart


Leader
-Abdul Basit-

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!32

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Topik ini adalah topik yang paling banyak orang nanti-nantikan.


Dalam kelas yang dianjurkan oleh Byond Success, sesi yang paling
havoc sekali adalah bila sampai topik interview.
Sesi ini adalah antara yang paling crucial dalam pick the right
person to do the right job.
Dalam sesi temuduga ini, kita tak mahu bazir banyak waktu dalam
banyak perkara yang menjadi proses screening orang. Antara faktor
kegagalan majikan dalam pick the right people adalah pick
randomly dari resume dan assume percaya bulat- bulat dengan
resume tersebut.
Resume adalah perlu. Ia adalah first impression ktia tentang identiti
dan personaliti individu tersebut. Namun, kita tak mahu percaya
bulat-bulat dan buat kesimpulan seseorang dengan resume
tersebut semata-sama. Trust me, you know people better when you
have a conversation with them.
Sebab tu pentingnya mengendalikan sesi interview! Jangan jadikan
alasan untuk skip part ini because a great leader choose a great
team to work with.
Ok, sebelum kita masuk ke sesi interview dengan lebih deeper lagi.
Saya cadangkan kita masuk fasa ni dahulu. :
Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!33

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Proses Screening Resume.


Dalam proses screening atau sesi menapis resume ini, adalah
perkara yang sering dipandang remeh oleh sesetengah majikan
sebelum mengendalikan interview.
Ramai dari kita suka panggil terus individu tersebut dan directly
terus interview mereka without screening resume yang masuk
dalam inbox email kita.
Ok, kenapa penting sangat nak screening resume yang masuk
banyak-banyak ni? Ada empat (4) sebab :
1. Kita tidak mahu buang masa panggil orang yang salah dan
confuse dengan identitinya semasa sesi interview.
Percayakah anda, ramai orang main hantar je resume ke semua
aplikasi untuk mohon kerja tanpa mengetahui jawatan apa yang
diiklankan?
Sekiranya anda pernah mengalami kes ni sebelum ni, yes. you
know what im talking about. Of course, kita nak terminate identiti
confuse ini awal-awal. Ingat, kalau sekarang pun dah confuse
dengan tugas apa dia minta, macam mana nak menggalas tugas
yang kita sediakan? Tidakkah nanti dia pun lebih confuse?

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!34

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

2) Kita tak nak ambil orang yang tak ada preparation.


Especially sekiranya tugas dan tanggungjawab yang kita iklankan
tu adalah perkara yang melibatkan kemahiran dan karakter orang
yang mesti sentiasa prepare benda.
Contohnya eksekutif akauntan yang mana antara salah satu
tanggungjawab mereka adalah sentiasa bersedia dengan plan dan
budget sebelum melaksanakan seseuatu projek.
Ok, ini adalah karakter yang penting yang mesti ada pada
seseorang individu untuk menggalas tanggungjawab ini.
Sebab itu, resume dan kelengkapan, sikap, kemahiran yang boleh
kita detect/ kenalpasti lebih awal adalah melalui resume yang
dikepilkan bersama.
sekiranya resume itu lengkap, complete dan menjawab hampir ke
semua kelayakan yang kita perlukan, maka potensi untuk aset
individu itu lebih tinggi.
Kemudian, barulah panggil ke sesi temuduga. Selain itu maklumat
yang dikepilkan mestilah valid.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!35

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Saya ada banyak pengalaman calon menghantar resume yang


fraud. Yelah, macam kita dulu, nak minta kerja, main copy je resume dalam internet. sampai every details pun tak edit.
Ada yang dua resume sama photostat yang saya terima.
Sampaikan tak edit fasih berbahasa Spanish tu. Haa.. kalau
perkara sekecik itu pun tak detail, rasanya kerja kita bagi tu nanti
kita expect dia detail ke?
Thats why, bila kita dah dapat resumenya, nanti kita tahulah nak
prepare soalan nak tanya masa interview.
3) Kita nak saring orang yang tak genuine.
Kita tak nak buang masa bazirkan sesi interview pada orang yang
tak serius nak bekerja.
Pengalaman saya handle sesi interview ni, ada ramai calon yang
cuba nak impress diri dengan pelbagai kemahiran yang mereka
ada. Kadang-kadang tak sama dengan apa yang tertulis dalam resume.
Sebab tu, kita nak pastikan resume yang dihantar align identitinya
dengan orang yang kita interview.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!36

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Especially calon yang bakal mengisi jawatan dalam bahagian


Customer Service. Dalam resume dia ada state pandai bercakap,
bijak mengendalikan sesi komunikasi dan sebagainya.
Jadi waktu sesi interview inilah kita nak tengok realitinya individu
ni? Betul ke dia memang pandai bercakap? Atau hanya pandai
menulis resume?
4) Persediaan majikan sebelum mengendalikan sesi interview.
Bila kita iklankan terlalu banyak jawatan, kemudian terlalu banyak
jugalah email resume masuk.
so, dalam proses nak mengendalikan sesi interview, kita nak
prepare dan aturkan sesi interview yang efisien dan efektif.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!37

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Contohnya, macam ni.


Hari

Jabatan

Isnin

Finance
Department

Selasa

Rabu

Khamis

Jawatan

Penemuduga

Waktu
Temudug
a

1. Akauntan.
2. Finance
Manager

Tn Basit

8am - 12pm

HR
Department

HR Executive

Pn Siti

2pm-5pm

Marketing
Department

1. Online
Marketing
Strategist
2. Marketing
Manager

Tn Malik

10am-3pm

Sesi Pemilihan Calon


(Perbincangan Pihak
Pengurusan/ Sesi Undian)
Blast Respond Email / Panggilan Telefon

Jumaat

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!38

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Persediaan Pertama : Borang Penilaian Temuduga


Semasa sesi interview, pastikan anda sudah prepare dengan
borang penilaian temuduga dan resume calon. Ini adalah dua
dokumen yang WAJIB ada sewaktu hari interview.
Ramai majikan yang main interview tanpa refer resume, dan yang
paling crucial adalah tak menilai assessment temuduga calon tu.
Ok, ini adalah contoh borang penilaian temuduga yang diberikan
kepada peserta yang mengikuti ke kelas anjuran Byond Success

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!39

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Setelah calon temuduga sampai, pastikan ada orang yang mencatat waktu kehadiran mereka. Inilah proses saringan awal.
Individu yang datang awal daripada masa lebih berpotensi untuk
menggalas tanggungjawab kita dengan lebih serius.
Tambahan pula kalau karakter yang kita perlukan salah satunya
adalah menepati masa! So, lepas ni kita akan dapat pekerja yang
sentiasa ready dengan due date kerja! Isnt this good for your
company?

Fasa Kelima : Temuduga; Pilih orang yang betul untuk


pekerjaan yang betul!

Fasa ini adalah fasa temuduga, proses menyaring calon yang


benar-benar layak dan proses ini adalah proses penting untuk kita
kenalpasti kebolehan dan kemahiran mereka untuk suatu
jangkamasa yang lama!

Dalam proses ini, pengalaman memainkan peranan utama.


Selama saya mengendalikan sesi temuduga, ramai yang saya
dapati tak serius memohon kerja! Kadang-kadang resume tu
punyala bombastik. Tapi bila individu tu hadir ke sesi, it doesnt
meet the expectation.
Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!40

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Sebab tu, tangguhkan penilaian anda terhadap resume tersebut.


Walau impressive dan bombastik pun resume itu, kadang-kadang
tak sama dengan situasi sebenar orangnya.

Saya memilih untuk mengendalikan temuduga ini pada waktu dan


tempoh yang mengikut spesifikasi tugas dan karakter yang saya
mahukan.

Antaranya, kalau saya nak seorang Adminsitrative Eecutive, saya


tahu karakter utama jawatan ini orang tu mesti sangat alert dengan
email. Dia mesti menjawab email dengan segera, tanpa saya perlu
buat panggilan telefon. So, saya dahjimat banyak masa nak
menyaring individu dengan karakter macam ni. Pada email
panggilan temuduga yang tidak berbalas, saya anggap mereka
menolak tawaran itu.

Sekiranya saya nak jawatan dalam skop Customer Service dari


tugas menguruskan panggilan telefon, saya perlu memastikan
orangnya sangat peka menjawab panggilan telefon dan menjawab
dengan baik. So, saya tak akan bazirkan waktu menghantar email,
menghantar SMS, Whassap, PM Facebook, dan sebagainya. Saya
hanya perlu buat panggilan telefon pada waktu yang sesuai, dan
mendengar dengan teliti bagaimana cara beliau menjawab
panggilan saya.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!41

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Sekiranya saya mahu orang yang menguruskan Facebook Page


dan PM, saya hanya perlu hantar message melalui PM atau SMS
atau Email. yang mana, saya mesti tahu bagaimana beliau
menjawab reply message saya. Adakah dia menjawab dengan
tulisan font bercampur kecik besar, tulis short form, atau tunggu
sepuluh hari baru nak reply message saya.

Itu adalah apa method yang saya guna dan ianya sangat berkesan
so far. Ini adalah cadangan dan perkongsian saya, yang mungkin
memberi idea bagaimana anda nak kenal orang tu.

Semasa sesi temuduga, buatlah sesi Role Play, atau lakonkan


semula bagi jawatan yang memerlukan live result assessment.

Contohnya jawatan dalam customer service. Sediakan satu situasi


masalah customer, dan lakonkan bagaimana beliau handle aduan
customer tu. Kalau ok, anda ada potensi besar untuk hire mereka
melalui live assessment begitu.

Ada juga sesetengah interview saya minta mereka buat penilaian


test personaliti. ini bagi memastikan karakter dan tugas yang
mereka pohon align dengan sifatnya. Kalau jenis yang tak boleh
detail, orang yang big picture, strategist dan banyak idea, mana
Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!42

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

mungkin boleh handle tugas detail dan tugas rutin sama setiap
hari? Itu juga adalah proses saringan yang berkesan untuk saya
kenalpasti orang yang sesuai dengan tugas tu.

Anda boleh dapatkan test personaliti di laman internet. saya pasti,


banyak pilhan dan banya test yang mungkin anda boleh guna.

Alhamdulilah, pengalaman saya mengendalikan sesi kaunseling


dulu, membuatkan saya lebih faham mengurus dan mengendalikan
individu sebelum mula merekrutnya bekerja dengan saya.

Proses mengendalikan interview ini memerlukan latihan yang


parktikal dalam situasi yang sebenar. oleh itu, anda mesti mulakan
dan buat tindakan untuk faham apa yang saya cadangkan
sebentar tadi.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!43

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Langkah 5:

Apa yang Anda Perlu Tahu Sebagai


Majikan Tentang Hak-hak Pekerja?

Ok, untuk topik ni, perkara yang penting yang perlu anda ada adalah buku Akta Pekerja 1955. Ini adalah buku yang menjelaskan undang-undang tentang pekerja dan setiap majikan wajib ada buku ni
untuk rujukan dari masa ke masa.
Bagi memudahkan anda, saya sediakan ruang soal jawab ini
dengan rujukan beberapa website untuk membantu memudahkan
anda memahami sedikit sebanyak undang-undang yang anda perlu
tahu sebagai majikan.
Soal Jawab Tentang Hak Pekerja.
1. Sebagai majikan, adakah saya mesti memberi surat tawaran
kepada pekerja?
Ya, dalam Akta Pekerja menyatakan majikan mesti menyediakan dokumen kontrak perkhidmatan kepada pekerja
dan mesti menjelaskan status, tempoh dan bagaimana
kontrak boleh tamat.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!44

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

2. Bolehkah seorang Majikan


runtukan Akta ini?

membuat kontrak

di

luar p e

Boleh, jika syarat-syarat di dalam kontrak perkhidmatan


berkenaan memberi benefit kepada pekerja berbanding Akta
ini. Tetapi jika syarat-syaratnya kurang baik kepada pekerja,
mereka harus mengikut peruntukan Akta ini.
3. Bilakah harusnya ada satu fasal menentukan cara kontrak
perkhidmatan boleh ditamatkan?
Fasal ini harus ada jika kontrak perkhidmatan bertulis.
4. Bilakah kontrak perkhidmatan boleh ditamatkan?
Kontrak perkhidmatan boleh ditamatkan dengan salah satu
cara berikut:(1)Bila tamat tempoh; atau
(2)Bila kerja selesai; atau
(3)Bila notis bertulis diberi oleh salah satu pihak; atau
(4)Bila satu pihak membayar kepada pihak yang lain ganti rugi
yang berjumlah sama dengan gaji bagi tempoh notis yang
sepatutnya diberi: (indemniti) atau
(5)Bila syarat-syarat kontrak perkhidmatan sengaja dimungkiri
oleh salah satu pihak

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!45

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

5. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh seseorang Majikan


terhadap pekerja yang salah laku?
Majikan itu boleh mengambil tindakan berikut:(1)Memecat pekerja itu tanpa notis: atau
(2)Menurunkan pangkat pekerja itu; atau
(3)Mengenakan hukuman lebih ringan yang dianggap lebih
adil dan sesuai mengikut polisi yang dibawahgarisi oleh pihak
pengurusan perniagaan.

6. Bilakah kontrak perkhidmatan dianggap batal?


Kontrak perkhidmatan dianggap batal :
(1)Jika Majikan gagal membayar gaji; atau
(2)Jika pekerja tidak hadir ke kerja lebih 2 hari berturut-turut
tanpa memohon cuti terlebih dahulu atau tanpa alasan yang
munasabah.
7. Berapakah bilangan hari rehat yang menjadi hak seseorang
pekerja?
Seseorang pekerja berhak kepada 1 hari rehat setiap minggu.
8. Berapakah bilangan hari cuti tahunan berbayar menjadi hak
seseorang pekerja?
Seseorang pekerja berhak kepada bilangan hari cuti tahunan
berbayar seperti berikut:Hak Cuti
(a)8 hari (Perkhidmatan kurang 2 tahun)
(b)12 hari (Perkhidmatan 2 - 5 tahun)
(c)16 hari (Perkhidmatan melebihi 5 tahun)
Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!46

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

9. Berapakah bilangan hari cuti sakit menjadi hak seseorang


pekerja?
(a)14 hari (Perkhidmatan kurang 2 tahun)
(b)18 hari (Perkhidmatan antara 2 - 5 tahun)
(c)22 hari (Perkhidmatan melebihi 5 tahun)
10. Berapakah bilangan hari cuti sakit berbayar menjadi h a k
seseorang pekerja jika perlu masuk wad di hospital?
60 hari

11. Apa akan berlaku jika seseorang pekerja jatuh sakit atau ber
salin semasa mengambil cuti tahunan berbayar?
Cuti tahunan dianggap tidak diambil bagi bilangan hari cuti
sakit atau cuti bersalin yang dibenarkan.
12. Apakah beberapa kewajipan seorang Majikan di bawah Akta
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991?
(1)Wajib mencarum KWSP kepada pekerjanya.
(2)Menyediakan pernyataan gaji kepada setiap pekerja bagi
carumannya.
12. Apa akan berlaku jika seorang Majikan gagal membayar car
uman tersebut kepada KWSP?
Sekiranya didapati berlaku salah dan disabitkan kesalahan
boleh dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun atau
denda tidak melebihi RM 10,000 atau kedua-duanya.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!47

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

13. Apakah salah satu daripada kewajipan seorang Majikan di


bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969? PERKESO.
Dia harus membayar caruman kepada Perbadanan Keselamatan Sosial Pekerja bagi pihak pekerja-pekerja untuk
menginsuranskan mereka terhadap kecacatan anggota di luar
jangkaan atau kecederaan semasa bekerja.

14. Adakah status perniagaan saya mesti Sdn Bhd barulah boleh
mencarum KWSP dan PERKESO?
TIDAK. Sebarang perniagaan yang berjalan secara sah di
Malaysia mestilah mengikut Akta KWSP 1956 yang
mewajibkan caruman ke atas pekerjanya bagi setiap majikan.

15. Apakah faedah yang diberi kepada orang yang diinsuranskan


atau orang yang ditanggung oleh mereka di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969?
Orang yang diinsuranskan atau orang yang ditanggung oleh
mereka berhak kepada faedah-faedah berikut:(1)Bayaran berkala di dalam kes kemalangan menyebabkan
cacat anggota;
(2) Bayaran
berkala di dalam kes
akibat kecederaan semasa bekerja;

kecacatan

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!48

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH


(3) Bayaran

berkala kepada orang yang ditanggung oleh orang


yang diinsuranskan yang mati kerana kecederaan semasa
bekerja;
(4)Bayaran untuk upacara pengekebumian atau perbelanjaan
semasa kematian seseorang yang diinsuranskan akibat
kecederaan semasa bekerja;
(5)Bayaran berkala kepada orang yang diinsuranskan yang
menerima pencen atau manfaat bagi kehilangan upaya dan
berada di dalam keadaan hilang keupayaan yang tenat atau
cacat sehingga memerlukan penjagaan peribadi oleh orang
lain;
(6)Rawatan perubatan dan penjagaan kepada orang yang diinsuranskan yang mengalami kehilangan upaya;
(7)Bayaran berkala kepada orang yang ditanggung oleh orang
yang diinsuranskan yang mati semasa menerima pencen bagi
kecacatan anggota.
16.Apakah
beberapa perlindungan semasa bersalin y a n g
diberikan kepada seorang pekerja wanita di bawah Akta ini?
Perlindungan berikut diberi kepada seorang pekerja wanita:(a)Cuti bersalin untuk tempoh tidak kurang dari 60
hari berturut-turut; dan
(b) Elaun untuk bersalin.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!49

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

17. Bilakah seorang pekerja wanita tidak berhak kepada elaun


ketika bersalin?
Bila dia sudah mempunyai 5 orang anak atau lebih
yang masih hidup pada masa dia bersalin itu.
18. Adakah pekerja wanita itu berhak kepada elaun jika dia
meninggalkan pekerjaannya dan tahu dia akan bersalin di
dalam
tempoh 4
bulan
dari tarikh
dia
berhenti kerja?
Ya, hanya jika dia memberitahu Majikannya mengenai
kehamilannya kecuali kegagalan untuk memberi notis
sedemikian adalah disebabkan oleh kesilapan atau sebab lain
yang munasabah.

19. Apakah yang akan berlaku jika Majikan memecat pekerja


wanita itu semasa dia cuti bersalin?
Majikan itu didapati melakukan kesalahan dan sabit kesalahan
akan didenda tidak melebihi RM 2,000.

20. Adakah status Pekerja Separuh Masa tidak perlu mencarum


KWSP?
TIDAK. Pekerja Separuh Masa wajib dicarum KWSP.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!50

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

21. Adakah pekerja dalam tempoh percubaan (probation period)


tidak perlu dicarum KWSP?
TIDAK. Dalam tempoh percubaan, pekerja wajib dicarum bagi
nilai gaji pokoknya.
22. Apakah status pekerja yang tidak dicarum KWSP?
Pelajar Latihan Praktikal dan Pelatih Industri (trainee) yang bukan
status pekerja yang bekerja dibawah perniagaannya.
dan kontrak di bawah Contract of Service contohnya seperti
freelancer yang telah kita berurusan untuk mendapatkan
khidmatnya. (outsourced)

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!51

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, diharapkan dengan pembacaan ebook ini
dapat membantu anda dalam mengambil pekerja dengan mudah
melalui 5 langkah yang telah disediakan bagi membantu anda
dalam mengembangkan lagi bisnes anda ke peringkat yang
seterusnya.
Namun, sekiranya anda memerlukan bimbingan yang lebih intensif,
Byond Success Sdn Bhd menyediakan program bagi membantu
usahawan untuk menguruskan pekerja selaras dengan

Akta

Pekerja 1955.
Dalam salah satu program di bawah Byond Success ini ada
menerangkan dengan spesifik cara mengambil pekerja yang betul
dengan efektif dan efisien dan bagaimana mengendalikan pekerja
dengan cemerlang.
Program pembangunan usahawan di bawah Byond Success Sdn
Bhd telah disertai oleh ribuan usahawan di seluruh Malaysia dan
mendapat respon yang sangat membanggakan.

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!52

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

Ingin mengetahui lebih lanjut..Jom Hadir !! Ke


Seminar ROAD TO HR
The Power Of Team

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!53

E-BOOK 5 LANGKAH MENGAMBIL PEKERJA DENGAN MUDAH

byondsuccess.com

Hakcipta TerpeliharaByond Success Sdn Bhd

!54

Anda mungkin juga menyukai