Anda di halaman 1dari 2

Muhammad Noor Azhar Pasir Ris dr 6 Blk 321 #04-128 Singapore 111321 29 April 2009 Pengurus SISTIC.

com Ptd Ltd 5 Stadium Walk #08-01 Singapore Indoor Stadium Singapore 196793 Perkara: Perkhidmatan Yang Kurang Memuaskan Merujuk pada perkara di atas, saya, seorang pelanggan Sistic, ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan yang kurang memuaskan. Saya telah ke lelaman web tuan dan juga pejabat tuan untuk membeli tiket untuk konsert 'David Archuleta' seminggu yang lalu tetapi gagal. Saya dapati lelaman web tuan susah untuk masuk. Ia telah memberitahu saya supaya tunggu selama setengah jam sebelum mencuba lagi. Saya pun tunggu. Tetapi setelah satu jam dan setelah saya cuba lagi untuk masuk, ia tetap sarankan supaya untuk tunggu setengah jam lagi. Konsert David Cook hanya berapa hari lagi. Saya berasa amat marah kerana tidak dapat tiket dengan cepat. Saya juga ke pejabat Sistic untuk membeli tiket di sana. Saya ke sana pada hari Rabu yang lalu. Saya terkejut apabila terlihat yang hanya satu kounter yang buka untuk melayan siesiapa yang nahu membeli tiket. Barisannya sungguh panjang. Ia juga bukan hanya untuk pembelian tiket konsert 'David Archuleta', tetapi persembahan-persembahan yang lain juga. Saya pasti ramai pembeli yang sedang beratur berasa sama seperti saya. Saya pun tanya pelayan kounter itu mengapa hanya satu kounter buka dan dia menjawab dengan nada yang marah yang rakanrakan kerjanya ambil cuti. Saya tidak tegur bagaimana dia melayan kerana saya tahu yang dia rasa sungguh bingit dengan situasi yang dia sedang hadapi dan penat melayan ramai pelanggan. Pihak tuan boleh mengambil tindakkan untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Pihak tuan boleh mempertimbangkan berapa pekerja tuan kerja pada satu hari kerana pasti satu pekerja tidak boleh menangani ramai pelanggan. Untuk lelaman web tuan, tuan boleh menambah sukatan lelaman web tuan supaya lebih pelanggan boleh masuk dengan mudah. Saya harap tuan akan mempertimbangkan saranan-saranan saya. Semoga aduan saya ini dapat perhatian pihak tuan. Besar harapan saya jika pihak tuan ke lelaman web tuan dan pejabat tuan untuk melihat dengan lebih dekat lagi masalah yang saya dan pelanggan-pelanggan yang lain sedang hadapi. Perhatian dan kerjasama pihak tuan akan saya dahului dengan ribuan terima kasih. Yang benar

(Tanda Tangan) Muhammad Noor Azhar

No, 5, Jalan Tengah. Kampung Melayu Asli. Kuala Belait. Negara Brunei Darussalam. ________________________________________________________________________ Kepada, Pengarah, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Kuala Belait. Negara Brunei Darussalam. Tarikh: 08 JUN 2010. Tuan, Aduan Kerosakan Jalan Saya mewakili penduduk Kampung MelayuAsli ingin membuat aduan tentang kerosakan jalan tersebut. 2. Untukpengetahuanpihak tuan, keadaan jalan tersebut berlubang, semakin lama lubang tersebut semakin besar, ini boleh membahayakanpengguna yang menggunakan jalanraya tersebut Jalanraya tersebut merupakan laluanutamauntukpekerja-pekerja yang menuju ke kawasan bandar, jadi kesesakan sering berlaku keranapengguna jalanraya terpaksa memperlahankan kenderaanuntuk menggelakkan terlanggar lubang. 4. Oleh sebab itu kami amat berharap agar p ihak tuan dapat mengambil tindakan segara supaya masalah ini dapat diselesaikan. Kerjasama daripadapihak tuan amatlah kami harapkan. Atas kerjasama dan prihatin pihak tuan kami mengucapkan ribuan terima kasih. Sekian. Y ang benar, ......................................................... Nama (gunakan huruf besar) Wakilpenduduk Kampung Melayu Asli

Anda mungkin juga menyukai