Anda di halaman 1dari 9

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Soalan 1 (a)

Senaraikan dan terangkan 5 masalah yang dihadapi oleh syarikat yang tidak
mempunyai “Human Resource Management”

1. Pemilihan pekerja yang tidak tepat untuk sesuatu tugas.


Syarikat tidak mempunyai panduan yang khusus dalam pemilihan pekerja.
Spesifikasi kerja dan diskripsi kerja tiada untuk digunakan sebagai panduan

2. Masalah disiplin pekerja.


Pekerja yang bermasalah yang menyebabkan pertelingkahan, pergaduhan dan
masalah tingkah laku akan menyebabkan organisasi berhadapan dengan masalah
disiplin pekerja. Ketiadaan unit sumber manusia akan menyebabkan organisasi
berhadapan dengan masalah disiplin pekerja. Dengan adanya unit sumber manusia,
masalah ini dapat diatasi mengikut prosedur yang sepatutnya melalui perlaksanaan
fungsi-fungsi pengurusan sumber manusia.

3. Penggunaan sumber tenaga yang tidak efektif.


Pekerja hanya cenderung melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya tanpa ada
inisiatif untuk membuat kerja yang lebih daripada sepatutnya. Gaji dan upah yang
diberikan kepadanya adalah sebab utama seorang pekerja stereotaip dengan tugas
yang diberikan.

4. Meningkatkan kos dan kerugian syarikat apabila mengambil pekerja yang tidak
sesuai.
Proses pengambilan pekerja akan melibatkan pelbagai kos. Bermula daripada
mengeluarkan iklan pengambilan pekerja, menjalankan temuduga sehingga tawaran
kerja diberikan, pelbagai kos telah terlibat. Kesilapan dalam mengambil dan memilih
pekerja yang tidak dan kurang sesuai hanya akan merugikan syarikat dan organisasi
kerana terpaksa mengambil pekerja lain yang lebih tepat untuk memnuhi jawatan
tersebut.

5. Tiada pengurusan latihan untuk meningkatkan prestasi pekerja.


Prestasi pekerja harus dilakukan oleh sesuatu organisasi untuk memastikan
produktiviti pekerja tidak berkurangan. Latihan perlu dijalankan oleh unit sumber
manusia untuk mengelakkan syarikat mengalami kerugian. Ketiadaan unit sumber
manusia akan menyebabkan syarikat menghadapi kekaburan terhadap tindakan
yang perlu dilakukan untuk memastikan produktiviti pekerja berada pada tahap
sepatutnya.

Soalan 1 (b)
Senaraikan dan terangkan 2 fungsi “ Human Resource Management” di dalam sebuah
syarikat

Fungsi Human Resource Management dalam sesebuah syarikat amat penting diantaranya
ialah perancangan, pengambilan dan perlantikan pekerja, dan pengendalian latihan atau
kursus. Perancangan amat penting dalam Human Resource Management kerana
merupakan proses penentuan matlamat yang bakal dicapai oleh syarikat dan tindakan yang
sesuai perlu diambil. Perkara yang ingin dicapai perlu dikenalpasti berdasarkan matlamat
penubuhan sesebuah organisasi.

Pengambilan dan perlantikan pekerja perlu dilakukan oleh unit sumber manusia. Calon-
calon yang sesuai dikenalpasti bagi tujuan pengisian jawatan. Kursus-kursus atau latihan
perlu dijalankan oleh unit sumber manusia untuk memastikan produktiviti pekerja berada di
tahap maksimum. Pekerja perlu dipantau dan diberikan latihan atau kursus untuk
meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadapat tugas yang dijalankan bagi memastikan
syarikat tidak mengalami kerugian.

Soalan 2 (a)
Senaraikan dan terangkan dua asas”strategic management’ oleh ‘Human Resource
Management’

Strategic management ialah satu proses pengurusan yang dijalankan oleh organisasi atau
syarikat untuk menyelaraskan sistem pengurusan secara sistematik dan bertindak
berdasarkan misi, visi dan strategi organisasi untuk jangka masa panjang. Terdapat 4 frasa
di dalam strategic management.

Pertama, asas perancangan kewangan. Analisis terhadap penggunaan kewangan akan


dibuat berdasarkan sumber-sumber yang berada dipejabat. Hal ini hanya melibatkan pihak
pengurusan atasan dan mengambil masa dalam 2-3 minggu untuk membuat rancangan
kewangan bagi tempoh satu tahun.

Asas rancangan kawalan yang memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan
mendapatkan maklumat dan info dari sumber luar merupakan strategic management yang
ke dua. Sama seperti asas rancangan kewangan yang hanya melibatkan pihak pengurusan
atasan tetapi mengambil masa 1 bulan untuk menyiapkannya untuk rancanganbai tempoh
tiga ke lima tahun.

Asas ketiga ialah rancangan strategi yang melibatkan penelitian yang mendalam dan
memerlukan penilitian ketika menjalankan analisis. Maklumat yang diperolehi adalah
daripada sumber dalaman, persekitaran dan trend jangkaan masa hadapan. Rancangan di
buat oleh pihak pengurusan dan juga melantik pihak luar sebagai penasihat (consultant)
untuk merancang strategi yang mengambil masa selama setahun bagi tempoh rancangan
lima tahun.

Pengurusan strategic memerlukan analisis dari persekitaran dalaman dan persekitaran


luaran. Perlaksanaan , penilaian dan kawalan di lakukan bagi melaksanakan pengurusan
strategic. Pengurusan strategic ini dilaksanakan oleh pengurus, pihak pengurusan atasan,
penasihat yang dilantik dan dijalankan sepanjang tahun bagi tempoh masa lima tahun.

Soalan 2 (b)
Senaraikan dan terangkan 3 kebaikan dan 3 keburukan mengambil pekerja dalaman

Kebaikan mengambil pekerja dalaman adalah dapat mengurangkan kos untuk menjalankan
latihan kerana pekerja sudah arif dan mahir dengan kerja dan budaya organisasi itu.pekerja
itu sudah biasa membantu menyiapkan tugasan. Pihak pengurusan tidak memerlukan kos
yang besar untuk menjalankan latihan

Pekerja dalaman juga biasanya akan lebih bertanggungjawab terhadap objektif organisasi
dan kemungkinan untuk meninggalkan organisasi adalah rendah. Khidmat yang telah lama
diberikan kepada organisasi akan rasa dihargai oleh pekerja itu dan keinginan untuk
mencari dan meninggalkan organisasi sedia ada adalah rendah.

Proses komunikasi yang berkesan juga dapat diteruskan jika mengambil pekerja dalaman.
Hal ini kerana pekerja telah mengenali antara satu sama lain dan mudah untuk menerima
dan memberi arahan.

Manakala keburukan mengambil pekerja dalaman ialah pekerja dalaman mungkin tidak
dapat membawa perubahan kerana kekurangan idea. Pekerja berada di takuk lama kerana
tiada idea-idea baru yang bakal dikembangkan untuk organisasi kerana sudah berasa
selesa dengan kedudukan yang diberikan.

Selain itu, pekerja lain yang tidak dinaikkan pangkat akan berasa iri hati dan dengki kepada
pekerja yang telah dinaikkan pangkat. Perasaan iri hati dan dengki ini akan menyebabkan
berlakunya salah faham antara pekerja dan berlakunya masalah komunikasi.

Pekerja dalaman yang dilantik bagi jawatan baru juga kemungkinan mempunyai kelakuan
dan sikap meninggi diri kerana telah dilantik ke jawatan baru.

Soalan 3 (a)
Senaraikan dan terangkan 5 proses dalam ‘ Training Development’

Training Development ialah satu proses mempertingkatkan prestasi pekerja mengenai kerja
atau tugasan yang perlu dilakukan oleh mereka bagi memenuhi matlamat dan objektif yang
telah ditetapkan oleh syarikat atau organisasi. Terdapat beberapa proses dalam training
development.

Sebelum menjalankan pembangunan latihan, analisa tahap kecekapan pekerja perlu dibuat.
Ini adalah untuk mengetahui tahap kecekapan dan prestasi pekerja.

Setelah mengetahui prestasi pekerja, latihan yang ingin dilakukan di kenalpasti bagi
memenuhi objektif dan matlamat syarikat.

Merangka kandungan program latihan yang akan di jalankan bagi memastikan latihan
berjalan dengan lancar.

Setelah proses tersebut telah dijalankan, program latihan boleh dijalankan dengan jayanya
mengikut tahap prestasi dan kelayakan petugas.

Penilaian selepas latihan mesti dijalankan bagi mengenalpasti keberkesanan ke atas latihan
yang dijalankan.

Soalan 3 (b)
Senaraikan dan terangkan 5 cara latihan yang digunakan oleh sesebuah syarikat

Pelbagai kaedah yang dapat dijalankan di sesebuah syarikat seperti latihan melalui teknik
pembentangan atau video/audio. Teknik ini perlu disampaikan oleh mereka yang
berkelayakan dan mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan tajuk dan objektif latihan
yang dijalankan. Hal ini demikian adalah untuk memastikan semua pekerja yang terlibat
dapat memahami dan meningkatkat prestasi setelah tamatnya latihan yang diberikan.

Latihan secara simulasi atau demonstrasi. Kaedah latihan ini juga dapat meningkatkan
prestasi pekerja dan sekaligus dapat meningkatkan pemahaman pekerja terhadap tugas
yang dijalankan. Seperti contoh latihan pemakaian alat perlindung diri dilakukan secara
simulasi di ladang dihadapan semua pekerja yang menjalankan aktiviti meracun. Simulasi
dilakukan terhadap salah seorang pekerja bagi lebih memudahkan pemahaman pekerja
terhadap kepentingan memakai peralatan perlindung diri dengan betul.

‘Cooperative Training’ ialah latihan yang dijalankan bersama dengan latihan ketika bekerja
dan juga latihan belajar secara formal berlaku pada waktu yang sama.Kaedah ini biasanya
dilakukan oleh institusi-institusi pendidikan yang menempatkan pelajar-pelajar mereka untuk
menjalankan latihan industry bagi mendapatkan pengalaman dan ilmu dikenali sebagai on
the job training.

Latihan secara kajian kes juga boleh dijalankan oleh pihak syarikat atau organisasi untuk
menjalankan latihan bagi meningkatkan prestasi pekerja. Seperti contoh, sistem rekod yang
perlu dilakukan oleh penjaga stor. Setiap kemasukan dan pengeluaran stok, peralatan,
bahan atau apa sahaja yang masuk dan keluar dari stor harus direkodkan dengan cekap
mengikut jenis masing-masing. Satu kajian kes boleh diberikan ketika menjalankan latihan
ini untuk memastikan penjaga stor memahami jenis dan rekod yang diperlukan untuk
menjadi penjaga stor.

‘E- learning training’ ialah latihan yang dikendalikan menggunakan peralatan elektronik
seperti komputer. Satu sistem telah dibuat untuk menjalankan latihan ini. Seorang fasilitator
akan dilantik bagi mengendalikan latihan dan menerangkan apakah yang sepatutnya
dilakukan oleh pekerja terlibat.

Soalan 6 (a)
Apakah yang menyebabkan terjadinya kemalangan ditempat kerja?

Kemalangan ditempat kerja boleh berlaku dalam pelbagai keadaan dan situasi. Antara
punca kemalangan berlaku di tempat kerja adalah pekerja tidak mematuhi peraturan
keselamatan yang ditetapkan. Seperti contoh, di sector perladangan, pekerja yang
ditugaskan untuk melakukan aktiviti meracun wajib memakai peralatan perlindung diri yang
telah disediakan oleh pihak pengurusan ladang. Namun begitu, terdapat segelintir pekerja
yang tidak mengikut peraturan dan tidak memakai peralatan perlindung diri yang akan
menyebabkan berlakunya kemalangan ketika meracun.

Menggunakan peralatan dan mesin yang tidak sesuai atau rosak. Contohnya, kenderaan
ladang yang mengalami kerosakan tetapi masih lagi menjalankan kerja untuk memastikan
syarikat tidak mengalami kerugian. Keadaan ini amat berisiko kepada pemandu yang
mengendalikan kenderaan tersebut dan akan menyebabkan kemalangan.

Tidak memakai pakaian yang sesuai ketika bekerja juga merupakan faktor yang
menyebabkan berlakunya kemalangan di tempat kerja. Seperti contoh, pekerja wanita yang
memakai baju kurung diarahkan untuk masuk ke kawasan ladang untuk memantau aktiviti
latihan yang dijalan kan akan menyebabkan pelbagai kemungkinan berlaku. Kebarangkalian
untuk terjatuh, tersadung atau di gigit haiwan seperti ular amat tinggi dengan memakai
pakaian yang tidak sesuai untuk masuk ke ladang.

Selain itu,kecuaian pekerja sendiri juga merupakan sebab berlakunya kemalangan.


Contohnya , pekerja yang cuai ketika menjalankan aktiviti mengasah sabit boleh
menyebabkan jarinya terluka dan mungkin terputus.

Keadaan tempat kerja yang tidak selamat seperti mengutip biji di tepian pinggir hutan.
Kawasan pinggir hutan yang berisiko dengan serangan haiwan liar seperti gajah dan
harimau akan menyebabkan pekerja diserang dan kemungkinan mengalami kecederaan
dan kematian.

Soalan 6(b)
Apakah cara untuk mencegah kemalangan ditempat kerja

Pelbagai cara yang perlu dilakukan untuk mencegah kemalangan di tempat kerja seperti
mengenalpasti HAZARD yang terdapat di kawasan kerja, peralatan yang digunakan dan
aktiviti kerja yang dijalankan.

Pekerja perlu mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi.
Peraturan keselamatan ini harus diberi perhatian serius oleh pekerja dan pihak pengurusan
perlu mengambil tindakan terhadap pekerja yang tidak mematuhi peraturan keselamatan
yang telah ditetapkan.

Peralatan, mesin dan jentera perlu sentiasa diperiksa mengikut jadual. Senarai semak
pemeriksaan mesin dan jentera perlu di isi setiap hari oleh pekerja yang mengendalikan
mesin dan jentera bagi mencegah sebarang kemalangan yang berlaku.

Memakai pakaian yang selamat dan sesuai ketika melaksanakan tugasan yang diberi juga
dapat mencegah daripada berlakunya kemalangan. Pemakaian alat perlindung diri seperti
topi keselamatan,goggle, mask, apron, sarung tangan dan kasut keselamatan amat perlu
ketika menjalankan aktiviti yang memerlukan pemakaian sedemikian seperti contoh aktiviti
meracun. Pemakaian lengkap peralatan perlindung diri (PPE) dapat mengelakkan pekerja
daripada terkena racun yang akan menyebabkan kemalangan.

Keadaan tempat kerja yang selamat. Keadaan dan kawasan kerja yang selamat perlu
diambil perhatian untuk mencegah kemalangan. Sebelum memulakan kerja, pekerja perlu
memastikan kawasan kerja adalah dalam keadaan yang selamat dari sebarang
kemalangan.

Soalan 7 (a)

Apakah ‘job description’


Job description boleh didefinisikan sebagai satu dokumentasi yang mengatakan tentang
tugas dan tanggungjawab pekerjaan yang perlu dilaksanakan oleh seorang pekerja
mengikut jawatan yang telah ditentukan. Job description perlu mempunyai empat bahagian
iaitu jawatan yang disandang, seksyen pengenalan kerja, seksyen tugasan kerja yang perlu
dilakukan dan seksyen spesifikasi kerja.

Soalan 7 (b)

Senaraikan dan terangkan bahagian yang terdapat didalam ‘job description’

Terdapat empat bahagian dalam job description.

Jawatan/tajuk Kerja (Job title) yang mana mengatakan tentang nama jawatan yang
disandang. Menerangkan status kepada pekerja dan hierarki pekerja di dalam organisasi
akan diterangkan tajuk kerja

Pengenalpastian kerja ( Job Identification) menerangkan serba sedikit mengenai tajuk kerja.
Ia termasuklah bahagian kawasan kerja seperti lokasi tempat kerja, pegawai yang
memeriksa, dan tarikh akhir tugasan perlu dihantar.

Jenis tugasan (Job Duties) adalah bahagian ke tiga yang terdapat di dalam job description.
Job duties menerangkan tentang tugas-tugas yang perlu disiapkan oleh pekerja secara
kasar.. Segala tanggungjawab, bahan yang diperlukan dan rekod yang perlu dilaksanakan
akan diterangkan di job duties.

Spesifikasi kerja (Job specification) merupakan bahagian terakhir yang terdapat di dalam job
description. Tugasan, tanggungjawab, pengalaman, kebolehan, sifat, jenis kerja dan
kelayakan pekerja akan diterangkan secara lebih mendalam di bahagian ini. Seperti contoh,
kecekapan untuk menyelesaikan masalah, ketegasan, dan kebolehan mengendalikan
pelbagai tugas (multitask).

Soalan 7 (c)

Terangkan maksud terma dibawah mengikut ‘job analysis’

 Dejobbing
Dejobbing ialah memperluaskan tanggungjawab individu dan kumpulan dalam
sesebuah organisasi untuk menggalakkan pekerja itu tidak rigid kepada tugas yang
diberikan di dalam job description.

 Job Enlargement
Job enlargement atau dikenali sebagai perluasan kerja bermaksud melantik pekerja
untuk melaksanakan pelbagai tugasan.

 Job Enrichment
Job enrichment ialah cara untuk meningkatkan peluang pekerja bagi menambah
pengalaman, rasa tanggungjawab, pencapaian, pembangunan dan pengiktirafan
bagi seseorang pekerja itu.

Anda mungkin juga menyukai