Anda di halaman 1dari 19

PENGURUSAN TUNAI &

SEKURITI BOLEH PASAR


ASET-ASET CAIR
Tunai dan sekuriti boleh pasar .

• Aset-aset yang paling cair antara semua aset


syarikat yang dikenali sebagai aset-aset cair .

• Digunakan untuk membayar obligasi-obligasi


syarikat apabila perlu dibayar.

• Memenuhi keperluan-keperluan yang di luar


jangkaan.
TUNAI & SEKURITI BOLEH PASAR
• Tunai adalah mata wang dan wang syiling yang
dipunyai oleh syarikat di dalam tabung tunai
runcitnya,dalam msin daftar tunai atau dalam
akaun-akaun di bank.

• Sekuriti boleh pasar adalah pelaburan-pelaburan


di pasaran wang yang boleh digunakan oleh
syarikat untuk mendapat pulangan sementara ke
atas dana terbiar.
SEKURITI BOLEH PASAR
• Dikenali sebagai aset hampir cair (near-cash
aset) kerana sekuriti – sekuriti ini dapat ditukar
kepada tunai dalam masa yang singkat.

• Syarikat lebih cenderung menggunakan lebihan


baki tunai di bank untuk membeli sekuriti boleh
pasar kerana kadar pulangan atas akaun semasa
bank adalah rendah.
SEBAB SYARIKAT MEMEGANG TUNAI
Dalam teori klasik ekonomi :
- John Maynard Keynes telah mengutarakan tiga
motif kenapa sesebuah syarikat atau unit ekonomi
meemgang tunai :

a) Motif urus niaga


b) Motif awasan
c) Motif spekulasi
MOTIF URUS NIAGA
• Tunai yang disimpan untuk membayar bagi segala urus
niaga yang dibuat dalam urusan prniagaan biasa (urus
niaga yang dirancang).

• Jumlah tunai yang disimpan bergantung pada jenis


perniagaan syarikat.

• Syarikat-syarikat ini dapat mengatur supaya


perbelanjaan yang dirancang dilakukan pada waktu-
waktu yang sama dengan penerimaan tunai.

• Jika aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai boeh


dipadankan, maka tunai yang dipegang atas motif urus
niaga boleh dikurangkan.
MOTIF AWASAN
• Tunai yang dipegang untuk kegunaan tergempar.

• Semakin tetap aliran,tunai sesuatu


perniagaan,semakin kurang baiki awasan yang
diperlukan.

• Apabila sesuatu perniagaan berdepan dengan


masalah-masalah yang mungkin berlaku,maka baki
minimum awasan yang disimpan adalah agak besar
jumlahnya.

• Baki awasan ini juga dipengaruhi oleh keupayaan


untuk mendapatkan pinjaman.
MOTIF SPEKULASI TUNAI
• Disimpan untuk memenuhi motif spekulasi
supaaya syarikat dapat mengambil peluang
akan situasi yang dapat mendatangkan
keuntungan.

• Misalnya,syarikat mungkin menyimpan tunai


dengan harapan harga barangan akan jatuh dan
mereka dapat membeli barangan tadi dalam
kuantiti yang banyak pada kos yang rendah.
OBJEKTIF PENGURUSAN TUNAI
• Untuk menyimpan tahap baki tunai dan sekuriti boleh
pasar yang dapat menyumbang kepada memperbaiki
nilai syarikat.

• Syarikat sepatutnya dapat menggabungkan timbal balik


antara risiko dan pulangan menjadi dua objektif utama
sistem pengurusan tunai :

1. Syarikat perlu mempunyai tunai yang mencukupi untuk


memenuhi keperluan menjalankan perniagaan.

2. Syarikat tidak perlu menyimpan terlalu banyak tunai


sebaliknya membuat pelaburan supaya baki tunai yang
APUNGAN
• Amaun wang dalam buku cek kita mungkin
berbeza daripada amaun wang yang bank
fikirkan kita miliki.

• Ini berlaku kran sesetengah cek yang ditulis


belum lagi dibawa ke bank untuk dijelaskan.

• Baki yang ditunjuk dalam buku syarikat disebut


sebagai baki lejar.
APUNGAN

• Baki yang ditunjuk di akaun bank adalah amaun


yang ada yang boleh dibelanjakan dan disebut
sebagai baki tersedia ada atau baki terkutip

• Perbezaan antara baki lejar dan baki tersedia


ada disebut sebagai apungan dan ia
menggambarkan kesan bersih cek-cek dalam
proses penjelasan melalui sistem perbankan.
JENIS-JENIS APUNGAN
1. Apungan Mel ialah masa di antara mulanya
pelanggan mengirim cek sehingga cek itu
sampai ke tangan penerima.

2. Apungan Pemprosesan ialah masa yang


diambil oleh penerima dari mula ia menerima
cek,memproses cek sehingga cek itu
didepositkan di bank.
JENIS-JENIS APUNGAN

3. Apungan Transit ialah masa yang diambil di


antara mulanya cek dideposit oleh syarikat
penerima untuk melalui sistem penjelasan
perbankan sehingga terdapat dana yang boleh
digunakan oleh syarikat.

4. Apungan Pembayaran merujuk kepada dan


pelanggan yang ada dalam akaun bank syarikat
sehingga cek bayaran syarikat melalui sistem
perbankan.
PENGURUSAN KUTIPAN TUNAI
• Kaedah-kadah yang digunakan unntuk
mempercepatkanaliran masuk tunai selalunya
cuba memendekkan apungan.

• Kaedah-kaedah yang dapat digunakan untuk


tujuan ini ialah:

a) sistem peti berkunci.


b) sistem bayaran PAC.
SISTEM PETI BERKUNCI
• Perkhidmatan yang paling digunakan untuk
mempercepatkan pungutan tunai.

• Perkhidmatan ini ditawarkan oleh bank komersial.

• Objektifnya ialah untuk mengurangkan kedua-dua


apungan mel dan apungan pemprosesan.

• Prosedur yang digunakan amat mudah.

• Syarikat penerima akan menyewa peti surat di pejabat


pos dan memberi kuasa kepada sebuah bank di mana
syarikat mempunyai akaun untuk mengambil kiriman-
kiriman surat dari peti surat tersebut.
KELEBIHAN SISTEM PETI BERKUNCI
• Meningkatkan tunai yang boleh digunakan oleh
syarikat.

• Menghapuskan fungsi-fungsi perkeranian,maka


kawalan audit yang lebih baik juga dicapai
kerana pekerja syarikat tidak menerima cek.

• Syarikat dapat tahu dengan lebih cepat akan


cek-cek lambung (cek-cek ini akan dipulangkan
oleh bank kepada syarikat).
SISTEM BAYARAN PAC
• Dalam sistem PAC amaun bayaran dan tarikh bayaran
telah ditetapkan terlebih awal.

• Apabila tiba tarikh tersebut,amaun bayaran secara


automatis akan ditolak daaripada akaun pelanggan bank
masuk kepada akaun syarikat penerima.

• Objektif sistem bayaran PAC ialah untuk mengurangkan


kedua-dea apungan mel dan apungan pemprosesan.

• PAC berbeza daripada cek biasa di mana ia tidak


mengandungi atau memerlukan tandatanagn individu
akaun.
SISTEM BAYARAN PAC
• PAC wujud hanya apabila individu berkenaan
memberikan kuasanya.

• Sistem ini baik apabila syarikat menerima


banyak bayaran daripada pelanggan yang sama.

• Perkhidmatan pengurusan tunai ini amat


berguna kepada syarikat-syarikat insurans dan
syarikat-syarikat yang menjalankan aktivit
pajakan.
KELEBIHAN SISTEM BAYARAN PAC
• Menigkatkan ramalan aliran masuk tunai keran
syarikat yang memulakan proses kutipan tunai.

• Pelanggan tidak lagi perlu dinganggu dengan


bayaran secara berkala,semuanya dilakukan
untuk pihak beliau oleh bank.

• Meningkatkan tunai yang boleh digunakan oleh


syarikat kerana apungan mel dan apungan
pemprosesan telah dipendekkan berbanding
sistem lain.

Anda mungkin juga menyukai