Anda di halaman 1dari 47

Topik X Pengurusan

10 Modal Kerja
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan kepentingan dan strategi pengurusan modal kerja;
2. Menjelaskan jenis dan sumber kewangan jangka pendek;
3. Menilai kecekapan pengurusan firma terhadap modal kerja
berdasarkan kitar penukaran wang;
4. Menghuraikan kepentingan terhadap sekuriti boleh pasar;
5. Menilai faktor yang mempengaruhi pengurusan akaun belum
terima; dan
6. Mengenal pasti kos yang berkaitan inventori dan menjelaskan
bagaimana pengurusan inventori dalam membuat keputusan.

X PENGENALAN
Pengurusan modal kerja merujuk pada pengurusan aset semasa dan liabiliti
semasa yang diperlukan untuk operasi harian syarikat. Ia melibatkan penentuan
polisi modal kerja dan pelaksanaan polisi ini dalam operasi harian.

Polisi modal kerja merangkumi tahap modal kerja dan bagaimana modal kerja
seharusnya dibiayai. Seperti contoh, firma perlu membuat keputusan jumlah
tunai yang diperlukan bagi menyimpan akaun dan tahap inventori yang perlu
diselenggara. Selain itu, syarikat juga perlu membuat keputusan sama ada aset
semasa dibiayai dengan dana jangka pendek, dana jangka panjang atau
kombinasi kedua-duanya.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 289

Pengurusan modal kerja dapat dikesan dengan lebih jelas dalam syarikat bersaiz
kecil atau sederhana. Ini kerana syarikat bersaiz kecil atau sederhana
mempunyai alternatif kewangan yang terhad dibandingkan dengan syarikat
besar. Sumber kewangan difokuskan terhadap kredit perdagangan dan pinjaman
bank. Oleh itu, pengurus kewangan syarikat bersaiz kecil atau sederhana lebih
cenderung untuk menggunakan sumber dana jangka pendek bagi memenuhi
keperluan kewangan mereka.

10.1 KEPENTINGAN PENGURUSAN MODAL


KERJA

SEMAK KENDIRI 10.1

Apakah perbezaan antara aset semasa dan liabiliti semasa?

Modal kerja diperlukan untuk operasi harian syarikat. Kecekapan pengurusan


modal kerja penting untuk memastikan syarikat tidak mempunyai sebarang
masalah kecairan yang akan memberi kesan terhadap operasi syarikat. Dalam
masa yang sama, kecekapan pengurusan modal kerja juga bermakna syarikat
telah berjaya dalam menjalani perniagaannnya tanpa terlalu banyak dana yang
terikat dalam bentuk aset semasa.

Aset semasa dan liabiliti semasa adalah perkara utama dalam operasi harian.
Kebanyakan masa pengurusan difokuskan pada pengurusan modal kerja seperti:

(a) Mengawal aliran masuk tunai dan keluar tunai;

(b) Menyediakan kemudahan kredit untuk pelanggan; dan

(c) Sentiasa memastikan stok yang mencukupi.


290 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

10.1.1 Modal Kerja Bersih


Modal kerja bersih adalah perbezaan antara aset semasa dan liabiliti semasa.

Modal kerja bersih = Aset semasa Liabiliti semasa

Untuk lebih memahami konsep modal kerja bersih, lihat Contoh 10.1.

Contoh 10.1

ASET RM LIABILITI DAN EKUITI RM

Aset semasa 376,600 Liabiliti semasa 162,700


Aset tetap 203,800 Hutang jangka panjang 94,000
Ekuiti pemilik 323,700
580,400 580,400

Berdasarkan ringkasan kunci kira-kira Syarikat Endah Sdn Bhd, modal kerja
bersih untuk Syarikat Endah Sdn Bhd adalah:

Modal kerja bersih = Aset semasa Liabiliti semasa


= RM376,600 RM162,700
= RM213,900

Ini menunjukkan bahawa Syarikat Endah mempunyai kemampuan untuk


memenuhi tuntutan kewangan jangka pendek apabila diperlukan. Dengan kata
lain, modal kerja bersih boleh digunakan sebagai pengukur kecairan syarikat.

10.1.2 Aset Semasa


Aset semasa merangkumi tunai dan aset yang boleh diubah kepada tunai dalam
jangka tidak lebih dari setahun. Aset semasa juga dikenali sebagai aset cair di
mana ia senang untuk ditukar menjadi tunai dalam jangka masa yang pendek.
Aset semasa merangkumi:

(a) Tunai
Wang dalam tangan atau bank.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 291

(b) Sekuriti Boleh Pasar


Sekuriti boleh pasar adalah pelaburan jangka pendek yang boleh
ditukarkan kepada tunai dalam jangka masa yang pendek.

(c) Akaun BelumTerima


Akaun belum terima wujud bila syarikat melakukan jualan secara kredit.
Kebiasaannya, tempoh kredit diberi adalah pendek dan pelanggan dijangka
untuk melangsaikan hutang dalam jangkaan tarikh yang telah dipastikan.
Apabila pembayaran telah dilakukan, akaun belum terima akan bertukar
menjadi tunai.

(d) Inventori
Barangan komersil yang akan dijual kepada pelanggan.

Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pendekatan yang digunakan


dalam pengurusan modal kerja, aset semasa syarikat dikategorikan dalam aset
semasa tetap dan aset semasa sementara.

10.1.3 Aset Semasa Tetap


Aset semasa tetap adalah pelaburan dalam aset semasa di mana ia dijangka akan
kekal dipegang oleh syarikat untuk tempoh lebih dari setahun. Syarikat akan
menyimpan stok kecemasan atau keselamatan sebagai inventori bagi memenuhi
keperluan yang tidak dijangka.

10.1.4 Aset Semasa Sementara


Aset sementara adalah aset yang dipegang oleh syarikat untuk tempoh jangka
masa yang pendek sahaja di mana ia kurang dari setahun. Situasi ini lebih jelas
berlaku semasa perniagaan bermusim di mana ia berlaku pada masa tertentu;
jualan yang dijangka adalah lebih banyak dari jualan pada situasi normal.

Contohnya, apabila musim perayaan tiba, syarikat yang menjual pakaian akan
menaikkan inventori mereka bagi memenuhi permintaan yang kebiasaannya
meningkat. Peningkatan inventori ini adalah sementara sahaja kerana selepas
musim perayaan, tahap inventori akan kembali pada tahap normal.
292 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Selepas aset semasa dikategorikan kepada aset semasa tetap dan aset semasa
sementara, persoalan seterusnya adalah berkaitan dengan sumber pembiayaan
modal yang digunakan untuk membiayai pelaburan dalam aset berkenaan.
Untuk memadankan pembiayaan dengan pelaburan, sumber pembiayaan juga
perlu dikategorikan kepada sumber pembiayaan tetap dan sumber pembiayaan
sementara.

AKTIVITI 10.1

Cuba dapatkan laporan tahunan beberapa syarikat dan rujuk pada


kunci kira-kira syarikat berkenaan. Kira purata peratusan aset semasa
berbanding dengan jumlah aset syarikat berkenaan. Apakah yang anda
boleh simpulkan daripada hasil pengiraan anda?

10.2 STRATEGI PENGURUSAN MODAL KERJA

SEMAK KENDIRI 10.2

Nyatakan perbezaan antara pembiayaan tetap dan pembiayaan


sementara.

Pengurusan modal kerja bersih dikhaskan untuk menjelaskan tahap pelaburan


yang sesuai untuk aset semasa. Pengurusan modal kerja melibatkan keputusan
kewangan secara serentak dan saling berkait dengan pelaburan dalam aset
semasa bersama dengan pembiayaan aset berkenaan. Salah satu kaedah yang
digunakan dalam pengurusan modal kerja adalah memadankan jangka hayat
aset dengan tempoh pembiayaan digunakan. Kaedah ini dikenali sebagai prinsip
perlindungan nilai. Prinsip perlindungan nilai juga dikenali sebagai prinsip
pemadanan atau prinsip hutang cair sendiri.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 293

Prinsip perlindungan nilai memadankan ciri-ciri aliran tunai suatu aset dengan
tempoh kematangan sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai aset
berkenaan. Bagaimanakah prinsip perlindungan nilai dilaksanakan? Tiga
pendekatan yang digunakan untuk melaksanakan prinsip ini adalah seperti
berikut:

(a) Pendekatan sederhana;

(b) Pendekatan agresif; dan

(c) Pendekatan konservatif.

10.2.1 Pendekatan Sederhana


Melalui pendekatan sederhana ini (lihat Rajah 10.1) aset semasa tetap dibiayai
oleh pembiayaan tetap dan aset semasa sementara dibiayai oleh pembiayaan
sementara. Pembiayaan tetap adalah pembiayaan jangka panjang seperti ekuiti
dan bon yang mempunyai tempoh kematangan lebih dari setahun. Pembiayaan
sementara pula melibatkan hutang jangka pendek. Jenis pembiayaan ini boleh
dinyatakan sebagai pembiayaan terunding dan memiliki tempoh kematangan
pendek. Contohnya, pinjaman bank, overdraf dan surat perdagangan.

Rajah 10.1: Pendekatan sederhana


294 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

10.2.2 Pendekatan Agresif


Melalui pendekatan agresif ini (lihat Rajah 10.2) syarikat menggunakan lebih
pembiayaan sementara untuk membiayai aset sementara dan aset tetap. Oleh itu,
syarikat terdedah kepada risiko yang tinggi hasil daripada kadar faedah yang
turun-naik dan ketidakmampuan syarikat untuk membayar hutang jangka
pendek dalam tempoh masa yang singkat disebabkan oleh tahap modal kerja
bersih yang rendah. Walau bagaimanapun, pendekatan ini boleh meningkatkan
pulangan disebabkan oleh pengurangan dalam kos pembiayaan yang sementara.

Rajah 10.2: Pendekatan agresif

10.2.3 Pendekatan Konservatif


Melalui pendekatan konservatif ini (lihat Rajah 10.3) aset semasa tetap dan
sebahagian aset semasa sementara dibiayai oleh pembiayaan tetap. Syarikat yang
mengamalkan pendekatan ini mempunyai tahap modal kerja bersih yang tinggi.
Oleh itu, ia boleh memenuhi tuntutan jangka pendeknya pada masa yang telah
ditentukan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini mengakibatkan syarikat
teededah kepada kos pembiayaan jangka panjang.

Rajah 10.3: Pendekatan konservatif


TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 295

LATIHAN 10.1

1. Apakah komponen utama aset semasa dan mengapa komponen-


komponen berkenaan juga dikenali sebagai aset-aset cair?

2. Bagaimanakah aset dan liabiliti syarikat diklasifikasikan untuk


tujuan pengurusan modal?

3. Apakah yang dimaksudkan prinsip perlindungan nilai?

10.3 JENIS PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK

SEMAK KENDIRI 10.3

Senaraikan contoh pembiayaan jangka pendek. Mengapakah pembiayaan


jangka pendek penting untuk syarikat?

Liabiliti semasa dan liabiliti jangka pendek adalah hutang atau tanggungjawab
syarikat yang mesti dilangsaikan dalam tempoh setahun atau kurang. Secara
ringkas, pembiayaan jangka pendek amat penting untuk memastikan perjalanan
berjalan dengan lancar dalam operasi harian syarikat supaya tidak terganggu
disebabkan oleh kekurangan wang tunai.

10.3.1 Pembiayaan Spontan


Pembiayaan spontan wujud disebabkan oleh aktiviti harian syarikat. Contohnya,
apabila jualan syarikat meningkat, inventori mesti juga dinaikkan dan pembelian
tambahan ini lazimnya dibiayai oleh kredit perdagangan. Pembiayaan spontan
juga boleh wujud disebabkan oleh perbezaan pemasaan antara aliran tunai
sebenar dengan aliran tunai yang sepatutnya berlaku. Contohnya, syarikat telah
menggunakan perkhidmatan pekerja syarikat untuk tempoh 1 hingga 15 Januari
tetapi bayaran hanya dilakukan pada 16 Januari.
296 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Sumber utama untuk pembiayaan spontan adalah seperti berikut:

(a) Kredit Perdagangan


Kredit perdagangan merupakan kemudahan kredit yang ditawarkan oleh
pembekal kepada pelanggan. Bagi pembekal, kredit perdagangan akan
direkodkan dalam kunci kira-kira pada bahagian aset semasa (akaun belum
terima). Manakala untuk pelanggan, kredit perdagangan berada pada
bahagian liabiliti semasa (akaun belum bayar).

Sumber pembiayaan ini diperoleh berdasarkan kepercayaan pembekal


terhadap pelanggan. Kos kredit perdagangan tidak boleh diperoleh secara
terus, sebagaimana pembekal-pembekal kebiasaannya tidak akan caj
sebarang faedah terhadap kredit perdagangan yang ditawarkan. Namun,
apabila pembekal menawarkan diskaun, pelanggan akan menanggung kos
efektif yang tinggi jika diskaun tidak diambil.

Contoh 10.2
Syarikat Endah Sdn Bhd telah melakukan pembelian kredit daripada
pembekal sebanyak RM800 pada terma 3/10 bersih 30. Jika syarikat
melakukan pembayaran dalam masa 10 hari, ia akan hanya bayar RM776
kerana diskaun tunai sebanyak RM24 akan ditolak dari invois.

Secara ringkas, syarikat dianggap telah melakukan pinjaman sebanyak


RM776 untuk tempoh 20 hari dengan pembayaran faedah sebanyak RM24.
Oleh itu, dengan anggapan 365 hari dalam setahun, kos tahunan yang
ditanggung oleh Syarikat Endah Sdn Bhd hasil daripada melepaskan
diskaun yang ditawarkan sebelum ini boleh dianggarkan seperti berikut:

RM24 365
Kos tahunan u
RM776 20
0.564 atau 56.5%

Berdasarkan pengiraan di atas, Syarikat Endah Sdn Bhd telah menanggung


kos tahunan 56.4%, jika ia tidak menerima tawaran diskaun 3/10 bersih 30.

(b) Akruan
Akruan wujud apabila pembayaran lewat berlaku. Contohnya, gaji pekerja
hanya akan dibayar pada akhir bulan dan gaji pekerja juga ditolak (KWSP
dan SOCSO) oleh majikan yang hanya melakukan pada setiap 20 haribulan.
Sumber pembiayaan melalui akruan tidak melibatkan sebarang kos. Ia
adalah percuma kepada syarikat itu selagi ia tidak menjejaskan kredibiliti
syarikat.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 297

10.3.2 Pembiayaan Terunding


Sumber pembiayaan terunding kebiasaannya diperolehi secara formal dari
institusi kewangan. Ia perlu melalui beberapa prosedur yang telah ditentukan.
Dalam topik ini, ia akan fokus terhadap kemudahan yang disediakan oleh bank
komersil, iaitu overdraf dan pinjaman jangka pendek. Sumber pembiayaan yang
lain akan dibincang adalah surat perdagangan dan pemfaktoran.

(a) Overdraf
Overdraf adalah kemudahan kredit disediakan oleh bank kepada
pelanggan mereka. Ia disalurkan melalui akaun semasa pelanggan di mana
pelanggan dibenarkan untuk mengeluarkan wang dalam lebihan baki
akaun semasa. Namun, pengeluaran mempunyai set terhad. Contohnya,
Syarikat Endah Sdn Bhd menerima kemudahan overdraf sebanyak
RM50,000. Ini bermakna syarikat boleh menggunakan dana yang
disediakan oleh bank sehingga baki dalam akaun mencapai RM50,000.

Kemudahan overdraf amat berguna bagi syarikat dengan harapan


mengambil diskaun tunai yang ditawarkan oleh pembekal. Kos yang perlu
ditanggung oleh pelanggan yang menggunakan perkhidmatan overdraf
adalah faedah yang dikenakan berdasarkan baki negatif akaun semasa
pelanggan.

(b) Pinjaman Bank


Selain overdraf, bank juga menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan
pinjaman jangka pendek. Untuk memahami pembiayaan terunding melalui
pinjaman bank, lihat Contoh 10.3.

Contoh 10.3
Syarikat Endah Sdn Bhd memiliki pinjaman bank berjumlah RM200,000
untuk tempoh 3 bulan pada kadar 15% setahun. Pada akhir tempoh,
Syarikat Endah Sdn Bhd membayar balik jumlah prinsipal bersama faedah.

Sebelum melakukan pengiraan untuk kos efektif pinjaman, jumlah faedah


perlu ditentukan terlebih dahulu.
298 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Faedah RM200,000 u 0.15 u 1


4
RM7,500

RM7,500
Kos efektif
RM200,000 u 1
4
0.15 atau 15%

Jika anda lihat pada contoh tersebut, kos efektif 15% adalah sama dengan
kadar pinjaman bank. Namun, dua ciri dalam kos pinjaman jangka pendek
yang boleh menaikkan nilainya lebih tinggi dari kadar faedah nominal.
Ciri-cirinya adalah baki pampasan dan faedah terdiskaun.

(i) Baki Pampasan


Baki pampasan merupakan jumlah yang mesti disimpan dalam akaun
bank dan dikekalkan sebagai baki sepanjang tempoh pinjaman.
Keperluan untuk baki pampasan menjadikan jumlah sebenar diterima
peminjam berkurang oleh kerana jumlah baki pampasan. Namun,
faedah masih dikira berdasarkan keseluruhan pinjaman.

Dengan menggunakan contoh 10.3 dan maklumat tambahan, kita dapat


lihat kesan daripada baki pampasan terhadap kos efektif pinjaman.
Pihak bank yang menyediakan pinjaman menentukan syarat untuk baki
pampasan adalah 10% dari jumlah pinjaman. Dianggapkan bahawa
Syarikat Endah Sdn Bhd tidak mempunyai baki seperti yang diperlukan
oleh baki pampasan. Kirakan kos efektif pinjaman tersebut.

Untuk memiliki kos efektif pinjaman, ia memerlukan nilai untuk:

Jumlah bunga;

Baki pampasan; dan

Nilai pinjaman bersih.


TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 299

Maklumat ini akan dikira seperti berikut:

Jumlah bunga = RM200,000 u 15% u 1 = RM7,500


4
Baki pampasan = RM200,000 u 10% = RM20,000
Pinjaman bersih = RM200,000 RM20,000 = RM180,000

RM7,500
Kos Efektif
RM180,000 u 1
4
0.1667 atau 16.7%

Berdasarkan kiraan di atas, kos efektif pinjaman lebih tinggi


berbanding dengan nilai sebelum baki pampasan berlaku.

(ii) Faedah Terdiskaun

Melalui ciri ini, peminjam mesti membayar faedah apabila jumlah


pinjaman dikeluarkan. Ini bermakna, bayaran faedah telah
dilangsaikan terlebih dahulu sebelum pinjaman boleh digunakan.
Syarat ini menjadikan jumlah bersih yang diterima dari pinjaman
kurang dari jumlah yang telah dipinjam. Namun, kos efektif masih
meningkat kerana faedah terjadi berdasarkan pinjaman keseluruhan.

Dengan mengambil Contoh 10.3, kiraan faedah, jumlah bersih dan kos
efektif untuk Syarikat Endah Sdn Bhd adalah seperti berikut:

Jumlah bunga = RM200,000 u 15% u 1 = RM7,500


4
Pinjaman bersih = RM200,000 RM7,500 = RM192,500
RM7,500
Kos efektif =
RM192,500 u 1
4
= 0.15584 atau 15.6%

Berdasarkan kenyataan di atas, jelas bahawa syarat baki pampasan


dan faedah terdiskaun akan meningkatkan kos syarikat yang
membuat pinjaman.
300 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

(c) Kertas Komersil


Dalam Malaysia, penggunaan kertas komersil tidak meluas. Kertas
komersil adalah nota janji hutang untuk hutang jangka pendek yang telah
diterbitkan oleh syarikat dengan kedudukan kewangan yang kukuh.
Pengeluaran instrumen ini berdasarkan keyakinan pelabur ke arah
kemampuan syarikat untuk membayar pinjaman pada tarikh yang telah
ditentukan.

Kertas komersil diterbitkan pada harga terdiskaun di mana harga jualan


merupakan nilai muka selepas faedah ditolak. Kos yang terlibat dalam
pengeluaran kertas komersil merangkumi semua perbelanjaan secara
terus yang melibatkan pengeluaran sekuriti. Contohnya, syarikat yang
mengeluarkan kertas komersil akan mengambil perkhidmatan bank
perdagangan untuk dijual kepada pelabur. Semua perbelanjaan mesti
mengambil kira anggaran kos efektif pembiayaan melalui kertas komersil.

Contoh 10.4
Syarikat Endah Sdn Bhd akan mengeluarkan kertas komersil yang
mempunyai nilai sebanyak RM20 juta dengan tempoh kematangan selama
enam bulan. Kadar faedah untuk kertas komersil ini adalah 10%. Kos yang
melibatkan pengeluaran kertas komersil ini adalah sebanyak RM 50,000.

Kiraan kos efektif seperti berikut:

Jumlah faedah = RM20 juta u 10% u 1 2 tahun


= RM1 juta

Jumlah kos = Faedah + Kos pengeluaran


= RM1 juta + RM50,000
= RM1.05 juta

Pinjaman bersih = RM20 juta RM1 juta


= RM19 juta

RM1.05
Kos efektif =
RM19 juta u 1 2
= 0.1105 atau 11%
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 301

(d) Pemfaktoran
Pemfaktoran merupakan transaksi yang melibatkan pembelian akaun
belum terima atau invois daripada pembekal syarikat oleh syarikat
pemfaktoran. Institusi kewangan yang mengendalikan aktiviti pemfaktoran
dikenali sebagai faktor. Ia merangkumi pengambilalihan dan pentadbiran
akaun belum terima termasuk aktiviti kutipan hutang.

Kos pembiayaan dikira secara pemfaktoran adalah jumlah pembiayaan dan


perbelanjaan yang melibatkan yuran faktor (1% hingga 3% dari nilai
invois), faedah terhadap pendahuluan dan rizab (peratusan kecil yang
dipegang secara faktor). Baki nilai invois berbayar secara faktor hanya akan
dilangsaikan terhadap syarikat apabila keseluruhan akaun belum terima
telah dikutip.

Contoh 10.5
Syarikat Endah Sdn Bhd telah memfaktorkan akaun belum terima dengan
menjumlahkan sebanyak RM200,000. Tempoh kredit syarikat adalah 60
hari. Yuran pemfaktoran adalah 3.5% daripada nilai invois manakala rizab
adalah 7.5%. Kadar faedah yang dicaj terhadap pendahuluan adalah 12%
setiap tahun. Apabila pendahuluan diterima, yuran dan faedah mesti
dilangsaikan. Berdasarkan amalan biasa syarikat, ia akan memberi
pendahuluan tunai sebanyak 60% daripada nilai invois.

Kos efektif pembiayaan secara pemfaktoran adalah seperti berikut:

Pendahuluan = RM200,000 u 60% = RM120,000


Rizab = RM200,000 u 7.5% = RM15,000
Yuran = RM200,000 u 3.5% = RM7,000
Faedah = (RM120,000 RM15,000 RM7,000) u 12% u 2 12
= RM1,960

Jumlah bersih = RM120,000 RM15,000 RM7,000 RM1,960


= RM96,040

RM7,000  RM1,960
Kos efektif =
RM96,040 u 2 12
= 0.5598 atau 55.98%
302 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Berdasarkan pengiraan di atas, kos efektif pembiayaan ini adalah 55.98%


dan syarikat mempunyai pendahuluan sebanyak RM96,040 untuk tempoh
dua bulan pada kadar kos RM8,960 (yuran dan faedah). Jika semua akaun
belum terima boleh dikutip dengan jayanya, baki sebanyak RM80,000
termasuk rizab yang bernilai RM15,000 akan diberi secara faktor pada
Syarikat Endah Sdn Bhd.

AKTIVITI 10.2
Sebuah syarikat telekomunikasi dalam negara mengalami kerugian
berjuta ringgit disebabkan oleh bebanan hutang syarikat daripada
pelanggan yang tidak mahu melangsaikan pembayaran bil mereka.
Beberapa notis dan surat saman telah dikeluarkan akan tetapi
pelanggan tidak mempedulikannya. Apakah cara untuk menyelesaikan
kemelut ini?

LATIHAN 10.2

1. Berikut adalah jumlah pinjaman oleh Syarikat Zie-zam sepanjang


tahun itu.

Bulan Jumlah (RM)


Januari 12,000
Februari 13,000
Mac 9,000
April 8,000
Mei 9,000
Jun 7,000
Julai 6,000
Ogos 5,000
September 6,000
Oktober 5,000
November 7,000
Disember 9,000

(a) Kirakan purata jumlah pinjaman Syarikat Zie-zam.

(b) Kirakan kos pinjaman tahunan syarikat pada kadar faedah


15%.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 303

2. Syarikat Z-tron telah mendapatkan pinjaman dari bank sebanyak


RM10,000 untuk tempoh selama 90 hari dengan kadar faedah 15%
berbayar pada tarikh matang pinjaman. Anggapkan ia berlaku
selama 360 hari dalam setahun.

(a) Berapakah jumlah faedah (dalam Ringgit) yang mesti


dibayar oleh Syarikat Z-tron bagi pinjaman ini?

(b) Kira kos efektif pinjaman ini.

3. Kertas komersil kebiasaannya dijual pada kadar terdiskaun.


Syarikat Fang telah menjual kertas komersil mereka di mana
ia telah dikeluarkan untuk tempoh 90 hari pada nilai muka
sebanyak RM1 juta. Syarikat menerima sebanyak RM978,000.

(a) Apakah kadar faedah efektif tahunan yang mesti dibayar


untuk membiayai kertas komersil?

(b) Jika yuran broker adalah RM9,612 dan telah dibayar pada
peringkat awal pengeluaran kertas komersil ini, berapakah
kadar efektif tahunan yang mesti dibayar oleh syarikat?

4. Syarikat D-ban Berhad berniat untuk mendapatkan pendahuluan


dari akaun pemfaktoran untuk RM100,000 dan akan matang
dalam tempoh 30 hari. Faktor menyatakan 10% dari jumlah akaun
akan difaktorkan (rizab). Ia juga mempunyai yuran 2% terhadap
pemfaktoran dan pembayaran awal kadar faedah sebanyak 15%
setiap tahun.

(a) Kira jumlah maksimum (dalam RM) faedah yang mesti


dibayar.

(b) Apakah jumlah sebenar yang akan dimiliki oleh syarikat?

(c) Apakah kos faktor tahunan (dalam peratus) untuk transaksi


ini?
304 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

10.4 KITARAN PENUKARAN TUNAI

SEMAK KENDIRI 10.4

Apakah yang akan berlaku jika kitaran penukaran tunai melebihi


tempoh yang telah ditetapkan?

Kitaran penukaran tunai merujuk kepada tempoh masa yang diambil daripada
pembayaran untuk pembelian bahan mentah sehingga penerimaan tunai
daripada hasil jualan barangan. Rajah 10.4 menunjukkan tiga komponen penting
dalam kitaran penukaran tunai iaitu:

(a) Tempoh Penukaran Tunai/Inventori


Purata tempoh masa diambil untuk menukar bahan mentah menjadi
barang siap dan dijual.

(b) Tempoh Kutipan Akaun Belum Terima


Purata tempoh masa diambil untuk mendapatkan tunai daripada jualan
kredit.

(c) Tempoh Pembayaran Tertangguh


Tempoh masa diambil daripada pembelian bahan mentah dan tenaga kerja
sehingga pembayaran tunai untuk perkara yang berkenaan.

Rajah 10.4: Kitaran penukaran tunai


TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 305

Contoh 10.6
Sekarang, kita akan lihat pada contoh bagaimana kiraan untuk kitaran
penukaran tunai ini dilakukan. Syarikat Jaya Jati menghasilkan kelengkapan
pejabat seperti meja dan kerusi. Berikut adalah urusan tunai syarikat:

(a) Pembelian bahan mentah secara kredit untuk pembuatan meja dan kerusi,
dan syarikat diberi tempoh 30 hari untuk pembayaran.

(b) Pekerja akan dibayar pada akhir bulan (iaitu selepas tiga puluh hari
bekerja).

(c) Pelanggan syarikat akan membeli barangan secara kredit. Oleh itu, akaun
belum terima akan wujud apabila jualan dilaksanakan.

(d) Pembayaran terhadap bahan mentah dan upah mesti dilakukan pada
tarikh seperti yang telah dijanjikan. Sebagaimana tunai dari jualan kredit
belum lagi diterima, syarikat perlu membiayai aliran tunai dengan
pinjaman jangka pendek.

(e) Kitaran tunai akan lengkap apabila tunai dari jualan kredit diterima.
Seterusnya, tunai itu akan digunakan untuk membayar pinjaman jangka
pendek yang telah diambil bagi membayar bahan mentah dan upah
pekerja.

Jualan Syarikat Jaya Jati adalah RM1,500,000, manakala purata inventori adalah
RM350,000. Jumlah akaun belum terima sebanyak RM85,750. Anggap ia berlaku
360 hari dalam setahun.

Berdasarkan maklumat berkenaan, kitaran penukaran tunai untuk Syarikat Jaya


Jati dikira seperti berikut:

Langkah 1:
Kira tempoh penukaran tunai.

Inventori
Tempoh penukaran inventori
Jualan/360
RM350,000
RM1,500,000/360
84 hari
306 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Langkah 2:
Kira tempoh akaun belum terima.

Akaun belum terima


Akaun belum terima
Jualan/360
RM85,750
Tempoh penukaran
RM1,500,000/360
21 hari

Langkah 3:
Kira tempoh pembayaran tertangguh.

Berdasarkan maklumat di atas, tempoh pembayaran tertangguh adalah 30 hari


(perkara a dan b).

Langkah 4:
Kira tempoh kitaran penukaran tunai.

Kitaran Penukaran Tunai = 84 hari + 21 hari 30 hari


= 75 hari

Berdasarkan pengiraan di atas, Syarikat Jaya Jati:

(a) Memerlukan 84 hari untuk menukar bahan mentah menjadi barang siap
(kerusi dan meja pejabat);

(b) Mempunyai 21 hari untuk mendapatkan tunai dari jualan secara kredit;
dan

(c) Mempunyai 30 hari untuk membayar pembelian bahan mentah dan


penggunaan tenaga kerja.

Oleh itu, tempoh masa antara pengeluaran tunai (pembayaran yang dibuat
untuk mendapatkan bahan mentah dan kegunaan tenaga kerja) dan penerimaan
tunai dari hasil jualan selama 75 hari.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 307

LATIHAN 10.3

1. Apakah yang dimaksudkan kitar penukaran tunai?

2. Jelaskan tiga komponen dalam kitar penukaran tunai.

3. Syarikat U-Tany mencuba perniagaan perabot jati. Pembekalnya


Encik Chong telah memberi tempoh 20 hari untuk melangsaikan
pembayaran untuk inventori yang telah ditempah.

Jualan RM450,000
Purata inventori RM50,000
Akaun belum terima RM15,000

Berdasarkan maklumat di atas, kira:

(a) Tempoh penukaran inventori

(b) Tempoh penukaran akaun belum terima

(c) Tempoh pembayaran tertangguh

(d) Tempoh kitar penukaran tunai

Andaikan terdapat ia berlaku 360 hari dalam setahun.

10.5 PENGURUSAN SEKURITI BOLEH PASAR

SEMAK KENDIRI 10.5

Pemilik syarikat kadangkala menggunakan lebihan dana syarikat untuk


dimasukkan dalam sekuriti boleh pasar bagi mendapatkan sebarang
pulangan. Adakah ini langkah yang bijak?

Sekuriti boleh pasar merupakan instrumen kewangan jangka pendek bagi


menyediakan pulangan kepada pelabur. Sekuriti boleh pasar juga dikenali
sebagai kesamaan tunai sebagaimana sekuriti ini boleh ditukar menjadi tunai
dalam tempoh jangka masa pendek.
308 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Syarikat yang mempunyai lebihan dana boleh melabur sementara dalam sekuriti
boleh pasar. Dengan melakukan sedemikian, syarikat boleh menukar sekuriti
menjadi tunai dalam tempoh masa yang pendek dan memperoleh pulangan
daripada pelaburan.

10.5.1 Faktor Memilih Sekuriti Boleh Pasar


Sekuriti boleh pasar dinilai berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:

(a) Risiko Ingkar


Kebarangkalian faedah dan jumlah prinsipal tidak boleh dibayar semula
dengan jumlah yang dijanjikan pada masa khusus.

(b) Kecairan/Kebolehpasaran
Kecairan/kebolehpasaran merujuk kepada kemampuan sekuriti untuk
menukar menjadi tunai dalam tempoh masa yang pendek.

(c) Percukaian
Faedah diperoleh daripada sekuriti boleh pasar di mana ia tidak dibiayai
oleh kerajaan persekutuan apabila dicukaikan.

(d) Pulangan
Kriteria pulangan melibatkan penilaian risiko dan faedah untuk setiap
faktor yang dinyatakan di atas.

10.5.2 Jenis Sekuriti Boleh Pasar


Berikut adalah beberapa jenis sekuriti boleh pasar yang terdapat dalam pasaran:

(a) Bil Perbendaharaan


Bil perbendaharaan adalah sekuriti jangka pendek yang dikeluarkan oleh
Bank Negara Malaysia dengan tempoh kematangan selama 91 hari, 182 hari
atau 365 hari. Bil ini menawarkan berlandaskan diskaun. Oleh itu, para
pelabur tidak akan menerima pembayaran faedah. Pulangan yang diterima
adalah berbeza antara harga beli dan nilai muka. Ia juga bebas risiko,
sebagaimana dijamin oleh kerajaan.

(b) Kertas Komersil


Kertas komersil adalah nota hutang janji jangka pendek yang dikeluarkan
oleh syarikat besar untuk mendapatkan modal tambahan. Nota hutang janji
ini dikeluarkan tanpa jaminan dan tempoh kematangan untuk instrumen
adalah antara 30 ke 270 hari. Seperti bil perbendaharaan, kertas komersil
mempunyai nilai muka dan dijual pada harga terdiskaun.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 309

(c) Penerimaan Bank


Penerimaan bank adalah draf (arahan untuk bayar) yang dikeluarkan
oleh pengeksport untuk memperoleh bayaran bagi barangan yang dijual
kepada para pelanggan yang mempunyai akaun dengan bank berkenaan.
Lazimnya tempoh pembiayaan bil-bil ini antara 30 ke 200 hari. Penerimaan
bank boleh diurus dalam pasaran wang di mana kadar diskaun ditentukan
oleh pasaran.

(d) Sijil Pendahuluan Terunding


Sijil pendahuluan terunding merupakan resit penerimaan yang dikeluarkan
oleh bank komersil atau bank perdagangan sebagai bukti simpanan bagi
sejumlah wang yang disimpan dan sijil pelabur mempunyai hak untuk
mendapatkan kadar faedah yang tertentu.

Sijil ini hanya boleh dikeluarkan oleh bank komersil atau perdagangan
yang memperolehi kebenaran dari Bank Negara Malaysia dengan jumlah
minimum sebanyak RM50,000 ke RM1 juta untuk tempoh antara 3 ke 36
bulan. Kadar faedah yang dicaj ditentukan oleh bank yang mengeluarkan
sijil tersebut. Sijil ini boleh dirunding dalam pasaran wang atau antara
perseorangan dengan individu lain.

LATIHAN 10.4

1. Nyatakan empat kriteria yang digunakan dalam memilih sekuriti


boleh pasar.

2. Senaraikan tiga jenis sekuriti boleh pasar yang terdapat dalam


Malaysia.

10.6 BAKI ANTARA RISIKO-PULANGAN


DALAM PENGURUSAN TUNAI

PENILAIAN DIRI 10.6


Jelaskan perbezaan baki antara risiko-pulangan dalam pengurusan
tunai, pengurusan akaun belum terima dan pengurusan inventori.
310 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Pengurusan tunai melibatkan baki antara risiko dan kadar pulangan. Tunai yang
tidak mencukupi akan mengakibatkan risiko kecairan atau ketakmampuan
terhadap syarikat seperti gagal menunaikan liabiliti pada masa yang ditentukan.
Pegangan tunai yang terlalu tinggi akan mengurangkan pulangan syarikat,
sebagaimana tunai adalah aset yang tidak mempunyai pulangan.

Oleh demikian, pengurusan mesti melihat kesan risiko dan kadar pulangan
syarikat dalam menentukan tahap pegangan tunai dan sekuriti boleh pasar yang
optimum. Keputusan terhadap tahap risiko yang akan diambil oleh syarikat
bergantung kepada keputusan yang telah ditentukan oleh pengurusan syarikat.

Pengurusan tunai mempunyai tujuan mencapai beberapa objektif:

(a) Syarikat mempunyai tunai yang cukup untuk memenuhi keperluan urus
niaga; dan

(b) Lebihan tunai mesti berada di tahap minimum sebagaimana tunai tidak
mempunyai sebarang pulangan.

AKTIVITI 10.3
Berdasarkan contoh prospektus daripada salah sebuah syarikat umum
berhad yang disenaraikan dalam papan utama Bursa Malaysia,
sediakan pembelanjawan tunai dan penyata keuntungan syarikat
berkenaan.

LATIHAN 10.5
Berikan definisi bagi setiap terma:
(a) Aset cair
(b) Tunai
(c) Sekuriti boleh pasar
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 311

10.7 PENGURUSAN AKAUN BELUM TERIMA


Dalam bahagian ini, anda akan terdedah dengan pengurusan akaun belum
terima.

10.7.1 Akaun Belum Terima


Akaun belum terima wujud apabila jualan dilakukan secara kredit. Ia
merupakan janji para pelanggan untuk membuat bayaran terhadap pembelian
yang dilakukan dalam tempoh yang dipersetujui bersama.

Kepentingan mengurus akaun belum terima boleh ditentukan dengan melihat


pada peratusan jualan syarikat yang telah dilakukan secara kredit atau jumlah
akaun belum terima untuk syarikat.

Jumlah akaun belum terima untuk syarikat pada masa tertentu boleh ditentukan
seperti berikut:

(a) Tahap jualan kredit syarikat; dan

(b) Purata kutipan masa.

Perubahan dalam mana-mana faktor mengakibatkan perubahan dalam jumlah


akaun belum terima untuk syarikat. Oleh itu, akaun belum terima untuk sebuah
syarikat pada masa tertentu boleh ditentukan seperti berikut:

Akaun belum terima = Jualan kredit sehari u Purata kutipan masa

Untuk menguatkan kefahaman terhadap pengiraan akaun belum terima, rujuk


contoh berkenaan.

Contoh 10.7
Syarikat Rania merupakan syarikat yang menghasilkan barangan plastik. Ia
mempunyai jualan tahunan sebanyak RM250,000. Semua jualan dilakukan secara
kredit dan terma kredit adalah 2/15 bersih 30. Berdasarkan pengalaman
sebelum, 60% para pelanggan syarikat akan mengambil diskaun dan bayar pada
15 hari bulan. Dalam masa yang sama, 40% yang lain akan melakukan bayaran
pada setiap 30 hari bulan. Andaikan dalam setahun mempunyai 360 hari, kira
jumlah akaun belum terima untuk Syarikat Rania.
312 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Akaun belum terima = Jualan kredit sehari u Purata kutipan masa


RM250,000
= u [(0.6) (15)  (0.4) (30)]
360
= RM14,583.33

Ini bermakna, purata akaun belum terima untuk Syarikat Rania pada masa
tertentu adalah RM14,583.33.

LATIHAN 10.6

1. Apakah maksud akaun belum terima?

2. Berikan dua faktor yang mempengaruhi jumlah akaun belum


terima.

10.7.2 Polisi Kredit


Polisi kredit syarikat merupakan prosedur yang telah diaturkan oleh pengurusan
dalam menguruskan akaun belum terima. Secara amnya, polisi kredit syarikat
merangkumi terma kredit, piawaian kredit dan polisi kutipan.

(a) Terma Kredit


Terma kredit merujuk kepada terma yang telah dibuat untuk jualan kredit
syarikat. Ia biasanya ditulis sebagai x/y bersih z di mana ia bermaksud
pelanggan layak untuk mendapatkan diskaun atau pengurangan harga
untuk x% daripada harga pembelian jika bayaran dibuat dalam tempoh y
hari. Jika pelanggan tidak mahu mengambil diskaun, ia mempunyai z hari
untuk membuat bayaran penuh.

Andaikan terma kredit 2/10 bersih 30. Ini bermakna, pelanggan akan
menerima 2% diskaun daripada harga invois, jika bayaran dilakukan dalam
masa 10 hari dari tarikh invois. Para pelanggan yang tidak mengambil
diskaun ini perlu melakukan bayaran selama 30 hari. Anda boleh rujuk
Rajah 10.5 untuk mendapatkan ilustrasi grafik bagi terma kredit.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 313

Rajah 10.5: Tempoh kredit

Ada dua jenis bentuk terma kredit seperti berikut:

(i) Tempoh Kredit


Tempoh kredit merujuk kepada tempoh masa diberi kepada
pelanggan untuk membuat bayaran bagi pembelian secara kredit.
Tempoh kredit yang panjang boleh meningkatkan jualan dan akaun
belum terima. Tempoh kredit yang pendek mengurangkan jualan dan
akaun belum terima.

(ii) Diskaun Tunai


Diskaun tunai merupakan pengurangan dalam harga yang
ditawarkan kepada para pelanggan yang melakukan pembayaran
awal. Tujuan diskaun tunai diberi kepada pelanggan adalah untuk
menggalakkan pembayaran awal, menarik minat pelanggan baru dan
juga untuk meningkatkan jualan.

Rajah 10.6 menunjukkan dua komponen yang terlibat dalam


penentuan diskaun kredit.

Rajah 10.6: Komponen penentuan diskaun tunai


314 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Contoh 10.8 boleh membantu anda dalam memahami terma kredit syarikat
dengan lebih jelas lagi.

Contoh 10.8
Pada 2 Februari 2001, Syarikat U-Pen melakukan jualan kredit berjumlah
RM85,000 berdasarkan terma 3/15 bersih 30. Jika para pelanggan
membayar dalam tempoh 15 hari iaitu sehingga 17 Februari, pelanggan
akan menerima diskaun sebanyak 3%.

Jumlah diskaun boleh dikira seperti berikut:

Diskaun = Peratus diskaun u Harga jualan


= 3% u RM85,000
= RM2,550

Jumlah bayaran jika diskaun diambil:

= (Harga invois) u ( 1 Peratus diskaun)


= RM85,000 u (1 0.03)
= RM82,450

Pelanggan yang tidak mengambil diskaun diberi 30 hari untuk melakukan


bayaran pada harga invois sebanyak RM85,000.

(b) Piawaian Kredit


Pelanggan yang berminat untuk berunding secara kredit mesti memenuhi
piawaian kredit yang telah ditentukan oleh syarikat. Piawaian kredit boleh
dilihat sebagai ujian kelayakan minimum yang mesti dipenuhi oleh
pelanggan untuk mendapatkan kredit. Penentuan piawaian kredit akan
mempengaruhi risiko dan kadar pulangan.

(i) Piawaian Kredit yang Ketat


Mengurangkan jualan, pulangan dan kos pembiayaan untuk akaun
belum terima; dan

(ii) Piawaian Kredit yang Longgar


Meningkatkan jualan, pulangan dan kos pembiayaan untuk akaun
belum terima.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 315

Aplikasi piawaian kredit boleh dilihat menerusi analisa permohonan kredit


pelanggan yang dikendalikan oleh syarikat menerusi sistem 5C. Sistem ini
merupakan nilai subjektif kaedah pengukuran yang digunakan secara
meluas antara pengurus kredit.

Kaedah ini mengukur kualiti kredit yang merangkumi lima bahagian


utama seperti berikut:

(i) Keupayaan/Kemampuan
Faktor keupayaan merujuk pada keupayaan atau kemampuan
pelanggan untuk melakukan pembayaran sebagai penentuan awal.
Penilaian boleh dilakukan berdasarkan pertimbangan amalan
perniagaan termasuk rekod pelanggan sebelum, terutama pelanggan
yang berkaitan dengan pola dan trend pembayaran.

(ii) Keadaan Ekonomi Am


Keadaan ekonomi am merujuk kepada pembangunan dalam
tempatan atau ekonomi secara am yang mempengaruhi perniagaan
yang dikendalikan oleh pelanggan. Keadaan ekonomi mungkin
secara tidak langsung mempengaruhi kekuatan para pelanggan
dalam memenuhi obligasi mereka.

(iii) Modal
Faktor modal merujuk kepada keseluruhan status kewangan para
pelanggan. Untuk tujuan penilaian kredit, penekanan dilakukan pada
nisbah berkaitan dengan status pemilikan para pelanggan seperti
nisbah hutang ekuiti, nisbah kecairan dan nisbah liputan faedah.

(iv) Perwatakan
Perwatakan merujuk pada semangat yang ditunjukkan oleh
pelanggan dalam memenuhi janji untuk membayar seperti yang
dipersetujui bersama.

Pegawai kredit yang berpengalaman boleh melakukan anggaran tepat


terhadap semangat dan kejujuran pelanggan, berdasarkan maklumat
seperti rekod lama pelanggan dengan pembekal, bank dan maklumat
latar belakang mengenai perniagaan yang dimiliki oleh pelanggan.

(v) Cagaran
Cagaran merujuk kepada sebarang aset tetap yang diikrarkan untuk
kemudahan kredit. Pengurus kewangan akan menilai cagaran
berdasarkan nilai dan kebolehpasaran aset yang diikrarkan.
316 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

(c) Polisi Kutipan


Walaupun kebanyakan pelanggan akan melakukan bayaran dalam tempoh
masa yang ditetapkan, ada juga kalangan mereka yang akan menangguh
bayaran secara tidak sengaja disebabkan masalah kewangan.

Berikut adalah kaedah yang biasa digunakan untuk mengutip akaun belum
terima yang telah melebihi set tempoh pembayaran:

(i) Menghantar surat peringatan;

(ii) Membuat panggilan telefon;

(iii) Lawatan persendirian;

(iv) Memberi semua akaun pada agensi kutipan untuk dikutip;

(v) Tindakan undang-undang; dan

(vi) Memasukkan akaun berkenaan sebagai akaun hutang lapuk.

LATIHAN 10.7

1. Nyatakan komponen polisi kredit.

2. Jelaskan makna terma kredit 3/15 bersih 40.

3. Senaraikan lima faktor yang menilai dalam kegunaan sistem 5C.

10.7.3 Kawalan Kredit


Perbincangan seterusnya melibatkan aspek penting dalam pengurusan akaun
belum terima di mana penilaian terhadap keberkesanan set polisi kredit. Polisi
kredit yang optimum adalah unik bagi syarikat sebagaimana ia ditentukan oleh
ciri-ciri operasi syarikat itu sendiri. Dua kaedah yang umum digunakan oleh
syarikat untuk mengawal akaun belum terima diterangkan seperti berikut:

(a) Kaedah Purata Tempoh


Purata tempoh kutipan merujuk pada purata tempoh yang dikehendaki
untuk mengutip tunai daripada jualan secara kredit.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 317

Contoh 10.9
Syarikat E-Zet menjual barangan secara kredit dengan terma 2/15
bersih 40. Berdasarkan pengalaman sebelum, 70% para pelanggan yang
mengambil diskaun dan membayar pada 15 haribulan dan selebihnya
membayar pada hari ke-40. Jualan kredit syarikat sebanyak RM 80,000.
Andaikan 360 hari dalam setahun.

Berdasarkan maklumat di atas, purata tempoh kutipan dikira seperti


berikut:

Purata tempoh kutipan = 0.7 (15 hari) + 0.3 (40 hari)


= 22.5 atau 23 hari

Jika jualan tahunan sebanyak RM 80,000, maka purata jualan kredit sehari
adalah seperti berikut:

RM80,000
Purata jualan kredit sehari =
360
= RM222.22

Purata akaun belum terima = Jualan kredit sehari u Purata tempoh kutipan
= RM222.22 u 23
= RM5,111.11

(b) Kaedah Jadual Penuaan


Jadual penuaan merupakan jadual yang menyenaraikan semua akaun
belum terima para pelanggan berdasarkan umur pada akaun. Jadual ini
menyediakan maklumat terhadap peratusan akaun belum terima yang
belum dikutip dan juga peratusan yang melebihi tempoh kredit untuk
tempoh spesifik.

Contoh 10.10 menunjukkan bagaimana jadual penuaan membantu pihak


pengurusan dalam mengawal akaun belum terima syarikat. Kedua-dua syarikat
NZJ dan syarikat ZBZ menawarkan terma kredit 4/15 bersih 30 hari kepada
pelanggan yang berurusan secara kredit. Jumlah akaun belum terima untuk
kedua-duanya syarikat sebanyak RM4,000,000. Berikut adalah jadual penuaan
untuk kedua-dua syarikat tersebut:
318 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Contoh 10.10

Umur Akaun Syarikat NZJ Syarikat ZBZ


(Hari) Nilai Akaun % dari Jualan Nilai Akaun % dari Jualan
015 2,400,000 60% 1,400,000 35%
1630 1,000,000 25% 1,200,000 30%
3145 600,000 15% 800,000 20%
Lebih dari 45 0 0 600,000 15%
4,000,000 100% 4,000,000 100%

Jadual penuaan di atas menunjukkan 15% pelanggan dari syarikat NZJ telah
melebihi tempoh kredit yang telah ditentukan, sementara 35% pelanggan dari
syarikat ZBZ telah gagal membayar dalam tempoh set.

Kedua-dua syarikat ini perlu melihat pada polisi kredit yang telah ditetapkan
untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam pengurusan kredit syarikat.

10.7.4 Baki antara Risiko-Pulangan dalam


Pengurusan Akaun Belum Terima
Sebagaimana dalam pengurusan tunai dan sekuriti boleh pasar, pengurusan
akaun belum terima adalah penting juga disebabkan ia mempunyai kesan
terhadap risiko dan kadar pulangan untuk syarikat. Baki antara risiko dan kadar
pulangan merupakan keputusan yang mesti dilakukan oleh pihak pengurusan
dalam mengurus akaun belum terima syarikat.

Pengurusan akaun belum terima bermula daripada keputusan sama ada syarikat
perlu menjual secara kredit atau tidak. Sehubungan itu, syarikat akan
meletakkan polisi khusus dalam mengurus akaun belum terima di mana ia
biasanya dikenali sebagai kredit syarikat.

Polisi kredit yang longgar biasanya akan meningkat jualan dan ini akan memberi
kadar pulangan yang tinggi. Namun, pada masa yang sama, polisi ini juga akan
meningkatkan risiko hutang lapuk untuk syarikat. Peningkatan dalam risiko ini
akan memberi kesan negatif terhadap kadar pulangan syarikat.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 319

Di samping itu, polisi kredit yang ketat akan mengurangkan jualan syarikat.
Namun, polisi ini akan mengurangkan risiko hutang lapuk dan secara tidak
langsung memberi kesan positif terhadap kadar pulangan syarikat. Oleh itu,
dalam memilih polisi kredit yang khusus, pengurusan syarikat mesti mengambil
kira kesan polisi kredit terhadap keseluruhan tahap risiko dan kadar pulangan
syarikat.

AKTIVITI 10.4

Anda terkejut menerima tuntutan cukai sebanyak RM2 juta untuk


tempoh perniagaan bagi tiga tahun lepas. Sebelum ini, anda
menganggap perniagaan anda akan diberi pengecualian cukai oleh
kerajaan tetapi anda tidak menyimpan dokumen bertulis tentang
perkara ini. Cukai ini mesti dilangsaikan sepenuhnya tanpa sebarang
pembayaran ansuran dan anda mesti maklumkan isu ini kepada ahli
lembaga pengarah. Apakah tindakan anda seterusnya?

LATIHAN 10.8

1. Syarikat Biru menawarkan terma 3/10 bersih 30 kepada semua


pelanggan yang membeli barangan. Andaikan 60% pelanggan
mengambil diskaun sementara selebihnya membayar pada hari
ke 30. Jualan tahunan Syarikat Biru sebanyak RM500,000.
Kirakan purata akaun belum terima Syarikat Biru dengan
andaian bahawa ia berlaku selama 360 hari dalam setahun.

2. Kedai Barang Runcit Kiki menempah barangan berjumlah


RM3,000 setiap tiga bulan. Terma kredit yang telah set oleh
pembekal adalah 2/10 bersih 30. Jika syarikat mengambil diskaun
yang ditawarkan oleh pembekal, kirakan simpanan yang boleh
diperoleh dalam setahun. Andaikan ia berlaku 360 hari dalam
setahun.

3. Puan Latifah membeli bekalan untuk kedai bakerinya sebanyak


RM3,500 daripada Syarikat Pembekal Zarina dengan terma kredit
2/15 bersih 30 pada 15 Jun 2011. Beberapakah jumlah
pembayaran yang dilakukan oleh Puan Latifah, jika beliau
membuat bayaran pada 27 Jun 2011?
320 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

10.8 PENGURUSAN INVENTORI


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan pengurusan inventori secara
mendalam.

10.8.1 Jenis Inventori


Sebelum bermulanya perbincangan mengenai inventori, ia perlu difahami
beberapa jenis inventori yang biasanya dipegang oleh syarikat. Lazimnya,
inventori dibahagikan kepada empat kategori seperti berikut:

(a) Bahan mentah


Bahan mentah merupakan perkara asas yang dibeli oleh syarikat bagi
kegunaan proses pembuatan untuk menghasilkan barangan siap. Bahan
mentah adalah bahan utama dalam pembuatan barangan siap. Contohnya,
kayu digunakan untuk membuat perabot.

(b) Bekalan
Bekalan adalah barangan yang digunakan dalam proses pembuatan atau
operasi perniagaan. Walau bagaimanapun, bekalan bukan perkara utama
dalam barang siap. Ia merupakan perkara tambahan yang digunakan
untuk pembuatan barang siap.

(c) Barangan sedang Proses


Barangan ini sedang dalam proses pembuatan. Barangan ini sudah siap
separuh yang berada pada peringkat pembuatan khusus dan mesti melalui
proses seterusnya.

(d) Barangan Siap


Barangan siap adalah barangan yang telah siap proses pembuatannya dan
sedia untuk dijual.

Jenis inventori yang dipegang oleh syarikat bergantung pada operasi syarikat.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 321

SEMAK KENDIRI 10.7

Dengan menggunakan contoh Restoran Kentucky Fried Chicken,


lengkapkan jenis inventori di bawah.

1. Bahan mentah ______________________

2. Bekalan ______________________

3. Barangan sedang proses ______________________

4. Barangan siap ______________________

10.8.2 Objektif Pengurusan Inventori


Secara amnya, objektif pengurusan inventori adalah menyediakan inventori
yang cukup bagi menggerakkan syarikat untuk beroperasi secara efisien dan
produktif. Untuk mencapai objektif ini, pengurusan inventori secara khususnya
melibatkan dua persoalan seperti berikut:

(a) Berapa banyakkah inventori mesti dipegang (beli) pada tempoh masa yang
tertentu?

(b) Bilakah masa yang sesuai untuk menyusun semula inventori?

10.8.3 Kos Berkaitan Inventori


Pihak pengurusan mesti mengenal pasti kos yang berkaitan dengan inventori
dalam usaha untuk mengurangkan kos. Kos yang berkaitan terhadap inventori
adalah seperit berikut:

(a) Kos Penyimpanan Inventori


Kos penyimpanan inventori adalah kos menyimpan inventori dari saat ia
disimpan oleh syarikat hingga dijual. Antara kos penyimpanan inventori
ini adalah kos gudang, kos susut nilai, insurans dan cukai dan modal yang
terikat dengan inventori.

Kos penyimpanan inventori mempunyai hubungan secara langsung


dengan purata inventori. Ini bermakna kos penyimpanan inventori akan
meningkat dengan peningkatan dalam purata inventori yang dipegang.
322 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Purata inventori bergantung pada kekerapan tempahan yang dilakukan.


Berikut adalah formula untuk mendapatkan purata inventori.

Bilangan unit setiap tempahan (Q)


Purata inventori A
2
S/N
2

Rajah 10.7 menunjukan bagaimana purata inventori diperoleh dalam


bentuk grafik.

Rajah 10.7: Purata inventori

Formula dan Rajah 10.7 mengandaikan apabila inventori ditempah, jumlah


inventori yang disimpan bersamaan dengan nilai 0 (semua inventori
ditempah telah jual sepenuhnya).

Contoh 10.11:
Syarikat Intoll menjual 150,000 (S) unit komputer setiap tahun. Inventori
ditempah empat kali setiap tahun (N) dan setiap tempahan (Q) adalah
37,500 unit. Harga pembelian (P) adalah RM3.50 per unit. Kos modal untuk
membiaya inventori adalah 10% dari purata nilai inventori. Kos gudang
adalah RM3,500, kos insurans sebanyak RM1,000 dan kos susut nilai pula
sebanyak RM500.

Purata inventori A

37, 500
=
2
18,750
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 323

Dengan menggunakan maklumat harga pembelian inventori sebanyak


RM3.50 setiap unit, purata nilai inventori adalah:

Purata Nilai Inventori = (P)(A)


= (RM3.50) (18,750 unit)
= RM65,625

Langkah seterusnya mengenal pasti kos-kos yang terlibat dalam pegangan


inventori. Berdasarkan maklumat yang diberi, kos yang terlibat adalah kos
pembiayaan, kos gudang, kos insurans dan kos susut nilai.

Jumlah kos penyimpanan inventori (JKP) = (RM65,625 u 0.10) +


RM3,500 + RM1,000 +
RM500
= RM11,562.50

Peratusan kos penyimpanan inventori boleh dikira seperti berikut:

Jumlah kos penyimpanan


% daripada penyimpanan inventori
Purata nilai inventori
RM11,562.50
RM65,625
0.17619 atau 17.62%

(b) Kos Tempahan Inventori


Kos tempahan inventori atau JKT adalah kos terlibat dalam proses
penyediaan suatu tempahan untuk mendapatkan inventori. Contoh kos
tempahan adalah kos panggilan telefon, kos penyediaan kertas kerja, kos
penghantaran dan kos pengendalian.
324 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Kos tempahan inventori adalah kos tidak ubah. Kos tempahan adalah tetap
untuk tempahan spesifik tanpa mengambil kira saiz tempahan yang dibuat.
Jumlah kos tempahan boleh dikira seperti berikut:

Jumlah Kos Tempahan (JKT)


Unit jualan setiap tahun
Kos tetap setiap tempahan u
2 (Purata inventori)
S
F
2A

Di mana:
F = Kos tetap untuk setiap tempahan
S = Unit jualan setiap tahun
A = Purata inventori

Contoh 10.12
Jika S = 150,000 unit, A = 18,750 unit dan F = RM500, berapakah jumlah kos
tempahan?

150,000
Jumlah Kos Tempahan (JKT) 500 u
2(18,750)
RM2,000

(c) Jumlah Tahunan Kos Inventori


Jumlah kos inventori atau JKI merangkumi semua kos berkaitan inventori
di mana ia kos membawa inventori dan kos tempahan inventori.

Berdasarkan pada contoh pengiraan sebelumnya, jumlah kos inventori


boleh dikira seperti berikut:

Jumlah Kos Inventori (JKI) = JKP + JKT


= RM11,562.50 + RM2,000
= RM13,562.50
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 325

10.8.4 Model Kuantiti Pesanan Ekonomi (KPE)


Bahagian ini memberi jawapan soalan pertama di mana ia dinyatakan dalam
mencapai objektif pengurusan inventori iaitu: Berapa banyakkah inventori mesti
dipegang pada tempoh masa yang tertentu?

Model Kuantiti Pesanan Ekonomi dikenali juga sebagai Model KPE merupakan
kaedah yang diguna untuk memastikan kuantiti pesanan inventori yang
optimum untuk syarikat. Rajah 10.8 menunjukan Model KPE dalam bentuk
grafik.

Rajah 10.8: Model Kuantiti Pesanan Ekonomi (KPE)

Rajah 10.8 menunjukan kos membawa inventori meningkat dengan peningkatan


dalam purata inventori (sila rujuk pada garisan JKP; Jumlah Kos Penyimpanan).
Ini bermakna kuantiti pesanan yang tinggi akan meningkatkan kos penyimpanan
inventori yang mesti ditanggung oleh syarikat. Oleh itu, kos yang berkaitan
dengan aktiviti inventori ini seperti insurans, cukai dan penyimpanan gudang
akan meningkat dengan peningkatan dalam purata inventori.

Kos tempahan akan menurun apabila kuantiti tempahan inventori meningkat.


Ini kerana saiz tempahan besar akan mengurangkan kekerapan tempahan. Ini
dapat dilihat dalam Rajah di atas menunjukan keluk JKT (Jumlah Kos
Tempahan) akan menurun apabila kuantiti tempahan meningkat.
326 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Jumlah kos penyimpanan dan tempahan adalah keseluruhan jumlah kos inventori
(sila rujuk keluk JKI; Jumlah Kos Inventori). Tahap minimum pada keluk JKI (seperti
yang ditunjuk dengan garisan putus) adalah tahap KPE di mana kuantiti tempahan
inventori yang optimum untuk syarikat. Dalam Rajah 10.8, didapati keluk JKB
(keluk Jumlah Kos Membawa) dan keluk JKT (keluk Jumlah Kos Tempahan) juga
melangkahi pada tahap ini. Ini menunjukan tahap KPE, jumlah kos bawa dan
jumlah kos tempahan adalah sama. Oleh itu, di tahap ini juga, jumlah kos inventori
adalah pada paras minimum.

Tahap KPE boleh dikira menggunakan formula seperti berikut:

2(F)(S)
KPE
(C)(P)

Di mana:

KPE = Kuantiti Pesanan Ekonomi


F = Kos tetap dalam tempahan
S = Jualan tahunan (unit)
C = Kos penyimpanan (peratusan nilai inventori)
P = Harga pembelian setiap unit inventori

Kegunaan Model KPE berdasarkan beberapa andaian di mana:


(a) Jualan adalah sama sepanjang tahun;
(b) Jualan boleh diramalkan dengan tepat;
(c) Tempahan dilakukan akan diterima mengikut jadual; dan
(d) Kos menyimpan dan kos tempahan adalah malar.
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 327

Contoh 10.13
Jualan Syarikat Zulia sebanyak 50,000 unit setahun. Peratusan kos
penyimpanan adalah 20% daripada nilai inventori. Harga pembelian
adalah RM15 seunit dan kos tempahan untuk setiap tempahan adalah
RM1,500. Berdasarkan maklumat yang diberi, tahap KPE adalah seperti
berikut:

S = 50,000 unit setahun


C = 20% or 0.2
P = RM15
F = RM1,500

2(1,500) (50,000)
KPE
(0.2)(15)
7,071 unit

Ini bermakna Syarikat Zulia akan menempah 7,071 unit setiap masa setiap kali
tempahan dibuat. Oleh itu, tempahan-tempahan akan dibuat tujuh kali dalam
setahun (50,000/7,071). Jumlah kos terlibat dengan tahap tempahan sebanyak
7,071 unit adalah seperti berikut:

JKI = JKP + JKT


= (C) (P) (Q/2) + (F)(S/Q)
= (0.2) (15.00)(7,071/2) + (RM1,500)(50,000/7,071)
= 10,606 + 10,606
= 21,212

Oleh itu, jumlah kos inventori pada kuantiti KPE adalah RM21,212 dan jumlah
kos penyimpanan (JKP) dan kos tempahan (JKT) adalah sama iaitu RM10,606.

Persoalan kedua yang perlu dijawab dalam memenuhi objektif pengurusan


inventori adalah:

Bilakah masa yang sesuai untuk memesan semula inventori?


328 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Kesesuaian masa untuk tempah semula inventori dikenali sebagai titik tempahan
semula. Titik tempahan semula merujuk pada tahap inventori di mana tempahan
seterusnya perlu dilakukan. Penentuan tahap tempahan semula adalah penting
untuk mengelak masalah-masalah seperti kekurangan inventori atau inventori
sudah habis. Tiga faktor yang mempengaruhi titik tempahan semula adalah
seperti berikut:

(a) Stok Selamat


Stok selamat adalah lebihan stok yang dipegang oleh syarikat untuk
mengatasi masalah kekurangan stok. Apabila jumlah stok mencapai tahap
stok selamat, syarikat akan melakukan tempahan baru. Rajah 10.9
menunjukan kesan stok selamat terhadap titik tempahan semula (kesan
masa tunggu dan barang dalam perjalanan terhadap titik tempahan semula
tidak diambil kira)

Rajah 10.9: Kesan stok selamat terhadap titik pesanan semula

(b) Masa Tunggu Perintah Penerimaan


Masa tunggu merujuk pada tempoh masa yang diambil dari masa
penempahan dilakukan hingga masa inventori diterima oleh syarikat.
Rajah 10.10 menunjukkan kesan masa tunggu terhadap titik pesanan
semula (kesan barang dalam perjalanan terhadap titik pesanan semula
tidak diambil kira).
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 329

Rajah 10.10: Kesan masa tunggu dan stok selamat ke atas titik pesanan semula

Titik pesanan semula boleh dikira menggunakan formula seperti berikut:

Jualan
Titik pesanan semula u masa tunggu
52 minggu

Contoh 10.14
Syarikat D-Dee menjual 130,000 unit inventori setahun. Andaikan jualan
adalah tidak berubah sepanjang tahun. Oleh itu, kegunaan inventori dalam
seminggu adalah 2,500 unit (anggap 52 minggu dalam setahun). Jika masa
tunggu adalah tiga minggu, pengiraan titik tempahan semula adalah
seperti berikut:

Titik tempahan semula = 2,500 u 3 minggu


= 7,500 unit
330 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

(c) Barang dalam Perjalanan


Barang dalam perjalanan merupakan barang yang telah ditempah tetapi
belum diterima lagi. Barang dalam perjalanan wujud bila masa tunggu atau
masa yang diambil setelah satu tempahan telah dilakukan hingga masa
yang diambil terlalu lama dari masa di antara satu tempahan dengan
tempahan seterusnya. Lihat contoh bagaimana barang dalam perjalanan
diambil kira dalam menentukan titik tempahan semula. Rajah 10.11
menunjukkan kesan stok selamat, masa tunggu dan barang dalam
perjalanan terhadap titik tempahan semula.

Titik tempahan semula


Jualan
u Masa tunggu  Barang dalam perjalanan
52 Minggu

Rajah 10.11: Kesan stok selamat, masa tunggu dan barang dalam perjalanan
terhadap titik pesanan semula
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 331

Contoh 10.15
Andaikan sebuah syarikat mengambil tiga minggu untuk menunggu
tempahan baru diterima dan penggunaan mingguan sebanyak 2,500 unit.
Kuantiti tempahan adalah 2,000 unit dan masa di antara tempahan-
tempahan adalah dua minggu. Tahap inventori apabila tempahan baru
dilakukan mesti dilakukan seperti berikut:

Titik tempahan semula = (3 u 2,500) 2,000


= 7,500 2,000
= 5,500 unit
Dalam contoh di atas, syarikat memerlukan tempahan inventori semula
pada tahap 5,500 unit selepas mengambil kira stok masa tunggu untuk
tempahan sebanyak 7,500 unit diterima dan barang dalam perjalanan
sebanyak 2,000 unit untuk sampai.

LATIHAN 10.9

1. Jelaskan objektif pengurusan inventori secara am.

2. Apakah kegunaan Model KPE?

3. Jelaskan andaian yang dilakukan bagi menggunakan Model KPE.

10.8.5 Baki antara Risiko-Pulangan dalam


Pengurusan Inventori
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, pengurusan tunai dan sekuriti boleh
pasar termasuk juga akaun belum terima melibatkan baki antara risiko dan
kadar pulangan. Pertimbangan yang sama diambil kira oleh para pengurus
kewangan apabila mengurus inventori syarikat.

Pengurusan inventori tidak boleh dipisahkan daripada pengurusan akaun belum


terima sebagaimana kedua-dua saling berkaitan satu sama lain. Perubahan
dalam jualan akan mempunyai kesan terhadap akaun belum terima dan
inventori. Oleh itu, pengurusan mesti mengambil kira hubungan antara kedua-
duanya perkara ini sebelum membuat sebarang keputusan melibatkan akaun
belum terima dan inventori.
332 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

Contoh yang akan dibincangkan seterusnya menunjukkan bagaimana tahap


pegangan inventori syarikat akan mempengaruhi risiko dan kadar pulangan
syarikat. Kedai barang runcit perlu melabur dalam inventori. Ia tidak akan
beroperasi jika tidak ada langsung inventori untuk dijual. Oleh itu, pemilik kedai
mesti melakukan anggaran tahap dan jenis inventori yang akan dijual dalam
kedainya. Risiko yang mungkin dihadapi oleh pemilik kedai adalah risiko
kehilangan para pelanggan. Contoh, pegangan inventori yang terlalu perlahan
akan mengakibatkan kedai sentiasa kehabisan stok dan para pelanggan yang
kerap datang akan membeli di kedai yang lain pula.

Untuk mengatasi masalah kekurangan inventori atau kehabisan inventori,


penjaga stor akan mula membeli banyak inventori. Anda perlu ingat semakin
tinggi inventori akan melibatkan kos yang tinggi dan ini akan memberi kesan
negatif secara keseluruhannya terhadap kadar pulangan syarikat. Oleh yang
demikian, pemilik kedai mesti menentukan tahap minimum pegangan inventori
dengan tahap risiko yang boleh diterima dan kadar pulangan yang dikehendaki.

AKTIVITI 10.5

Sila layari laman web berkenaan untuk mendapatkan maklumat


tambahan terhadap topik yang telah dibincangkan.

http://www.va-
interactive.com/inbusiness/editorial/finance/ibt/cash_bud.html

Deskripsi: Penilaian belanjawan tunai serta kalkulator web interaktif.


http://www.learningforlife.fsu.edu

Deskripsi: Asas kepada perancangan kewangan.


http://www.businesstown.com

Deskripsi: Pengenalan dan definisi pro forma Penyata Pendapatan.


http://www.financeprofessor.com/fin402/notes/shorttermfinance.html

Deskripsi: Penjelasan terperinci mengenai pengurusan kewangan


jangka pendek
TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA W 333

LATIHAN 10.10

1. Maklumat berkenaan diperolehi daripada Syarikat Bertam:

Jualan tahunan = 20,000 unit


Harga beli seunit = RM1.50
Kos penyimpanan = 15% daripada nilai inventori
Kos tempahan = RM5
Masa tunggu = 2 minggu

(a) Kira kuantiti pesanan ekonomi untuk Syarikat Bertam.

(b) Kira jumlah kos inventori untuk Syarikat Bertam pada tahap
KPE.

(c) Kira titik tempahan semula untuk Syarikat Bertam.

2. Berikut adalah maklumat yang diperolehi oleh Syarikat Keat:

Jualan tahunan = 100,000 unit


Harga beli seunit = RM2.50
Kuantiti pesanan ekonomi (KPE) = 35,000
Tempoh penghantaran inventori = 15 hari
Kos penyimpanan = 10% dari nilai inventori

Andaikan ada 365 hari dalam setahun.

Berdasarkan maklumat yang diberi, tentukan:

(a) Titik tempahan semula untuk inventori

(b) Tahap purata inventori

(c) Kos bawa tahunan


334 X TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA

x Pengurusan modal kerja merangkumi baki risiko-pulangan dalam


pengurusan tunai, pengurusan akaun belum terima dan pengurusan
inventori dalam memastikan tahap pulangan keuntungan selari dengan
pembelanjawan yang dilakukan.

x Akaun belum terima wujud apabila jualan dilakukan secara kredit. Akaun
belum terima pada tempoh spesifik dipengaruhi oleh tahap jualan kredit
syarikat dan tempoh masa dikehendaki dalam kutipan tunai dari jualan
kredit tersebut. Pengurusan inventori melibatkan baki antara risiko dan
kadar pulangan.

x Inventori mesti diuruskan sebijaknya sebagaimana ia merupakan pelaburan


syarikat yang terikat dan tidak boleh digunakan untuk apa sahaja tujuan lain.

Akaun belum terima Pinjaman bank


Akruan Penerimaan bank
Aset semasa Pendekatan konservatif
Bil perbendaharaan Polisi kredit
Kawalan kredit Pemfaktoran
Kertas komersil Pendekatan sederhana
Kitaran penukaran tunai Pembiayaan terunding
Kuantiti pesanan ekonomi (KPE) Pembiayaan spontan
Kredit perdagangan Pengurusan modal kerja
Modal kerja bersih Sekuriti boleh pasar
Overdraf Sijil pendahuluan terunding
Pendekatan agresif Terma kredit

Anda mungkin juga menyukai