Anda di halaman 1dari 8

BELANJAWAN MODAL

1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan.

2. Belanjawan Modal adalah satu analisis yang dibuat semasa pihak pengurusan sedang menimbangkan
untuk membuat perbelanjaan modal.

3. Perbelanjaan modal adalah perbelanjaan yang dibuat untuk perkara-perkara yang memberi faedah
melebihi setahun. Keputusannya melibatkan :-
a) Memperkenalkan keluaran baru
b) Menambah atau mengurangkan asset bukan semasa
c) Menukar kaedah pengeluaran
d) Menjalankan kempen promosi
e) Melaksanakan projek penyelidikan

4. Ciri-ciri penting dalam perbelanjaan modal :-


a) Dana semasa ditukar dengan faedah masa depan
b) Dana dilabur dalam aktiviti jangka panjang
c) Faedah dinikmati dalam tempoh yang lama

5. Kepentingan belanjawan modal :-


a) Memberi kesan dalam jangka panjang
b) Melibatkan amaun yang besar
c) Keputusan yang dibuat sukar ditarik balik
d) Keputusannya sukar dibuat, tidak dilakukan berulangkali

6. Langkah-langkah menyediakan belanjawan modal :-


a) Mengenalpasti projek serta altenatif-altenatif yang ada
Contoh :-
Projek memperkenalkan keluaran baru

Altenatif :- (i) Membeli mesin baru


(ii) Menggunakan mesin sedia ada.

b) Menilai projek berdasarkan altenatif yang ada merangkumi :-


(i) Membuat anggaran faedah dan kos
(ii) Menilai aliran faedah dan kos

7. Terdapat dua kaedah untuk membuat penilaian ke atas belanjawan modal:-


i. Kaedah Aliran Tunai
a) Aliran Tunai Terdiskaun
i) Nilai Kini Bersih
ii) Kaedah Kadar Pulangan Dalaman
ii. Tempoh Bayar Balik

8. Nilai masa Wang


Konsep ini menunjukkan RM1 pada hari ini mempunyai nilai yang berbeza pada masa akan datang.
Konsep ini telah digunakan oleh pihak organisasi untuk membuat pertimbangan dalam memilih projek yang
boleh menguntungkan.

1
Cg Narzuki Online
Kaedah Aliran Tunai
1. Aliran tunai masuk merupakan faedah manakala aliran tunai keluar merupakan kos. Perbezaannya
merupakan aliran tunai bersih.Contoh Penambahan dalam hasil , pengurangan dalam kos, nilai sisaan dan
pengurangan belanja modal.

2. Aliran tunai keluar ialah pertambahan dalam aliran tunai keluar. Sebelum projek dilaksanakan perniagaan
membayar sejumlah wang apabila projek dilaksanakan amaun pembayaran menjadi lebih besar. Contohnya
Pelaburan awal, penambahan modal kerja, belanja baiki dan penyelenggaraan, penambahan dalam kos
operasi dan lain-lain

3. Tempoh dimana pelaburan awal dan perbelanjaan sebelum sesuatu projek berjalan ditandakan To.

4. Bagi tempoh yang seterusnya ditandakan T1, T2 untuk projek siap.

5. Nilai bakian adalah anggaran tunai apabila tamat hayat penggunaan sesuatu asset.

6. Jumlahkan aliran tunai bersih ialah aliran tunai masuk tolak aliran tunai keluar. Sekiranya aliran tunai
masuk lebih besar perniagaan mendapat lebihan dan juga sebaliknya. Bandingkan bagi setiap altenatif untuk
membuat keputusan. Pilihlah yang lebih menguntungkan.

Contoh 1
Syarikat sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan satu produk baru. Pihak pengurusan mempunyai 2
altrnatif iaitu menggunakan mesin yang sedia ada atau membeli mesin baru. Mesin sedia ada mempunyai
nilai pasaran RM70,000. Ia boleh digunakan 5 tahun lagi dan tiada nilai bakian. Kos pembaikian
dianggarkan RM10,000 setahun. Syarikat juga boleh membeli mesin dengan harga RM120,000. Ia
mempunyai nilai bakian RM20,000 setelah digunakan selama 5 tahun.Keupayaan kedua-dua mesin adalah
seperti berikut:-
Mesin sedia ada Mesin baru
Keluaran setahun (unit) 40,000 60,000
Kos berubah seunit RM4.00 RM4.50
Kos tetap setahun RM30,000 RM20,000
(tidak termasuk belanja susut nilai )
Harga jualan seunit RM10.00 RM10.00

Sediakan jadual yang menunjukkan aliran tunai bersih.


Penyata Aliran tunai: Membeli mesin baru
T0 T1 T2 T3 T4 T5
Aliran Tunai Keluar:
Pelaburan awal
Kos berubah (Jumlah)
Kos tetap

Aliran Tunai Masuk:


Jualan mesin lama
Hasil jualan
Nilai bakian

2
Cg Narzuki Online
Penyata Aliran tunai: Terus menggunakan mesin lama
T0 T1 T2 T3 T4 T5
Aliran Tunai Keluar:
Kos pembaikian
Kos berubah (Jumlah)
Kos tetap

Aliran Tunai Masuk:


Hasil jualan

Kaedah Aliran Tunai Terdiskaun


Terdapat dua pendekatan untuk membuat keputusan bagi belanjawan modal bagi kaedah aliran tunai
terdiskaun. Pertama menggunakan pendekatan Nilai Kini Bersih (NKB) dan yang kedua ialah Kadar
Pulangan Dalaman.

a) Pendekatan Nilai Kini Bersih (NKB).


* Nilai kini bermaksud nilai pada masa sekarang.
* Nilai kini aliran tunai bersih bermaksud nilai yang ditunjukkan pada tahun 0.
* Nilai kini bersih ditentukan dengan mendiskaunkan aliran tunai bersih kepada
nilai pada masa memulakan projek (T0).

Contoh 2
Syarikat Bersatu bercadang untuk membeli sebuah mesin yang berupaya dalam sesetengah operasi yang
selama ini dilakukan secara manual. Kos mesin tersebut ialah RM5000 dan boleh digunakan selama 5
tahun. Mesin tersebut tidak mempunyai nilai bakian pada akhir tempoh ke 5. Penggunaan mesin tersebut
dapat menjimatkan kos buruh sebanyak RM1,800 setahun. Syarikat meletakkan pulangan minimum
sebanyak 20% sebelum cukai daripada pelaburan tersebut. Adakah syarikat patut membeli mesin
tersebut?
Cara penyelesaian:

Analisis NKB

Item Tahun Aliran tunai (RM) Faktor Aliran NK


Kos yang dijimatkan 1-5 RM1,800 2.991
(Kos buruh)
Pelaburan awal 0 (RM5,000) 1.000
NKB
Contoh 3
Syarikat Pertiwi mendapat kontrak menjual satu produk baru selama 5 tahun. Produk tersebut dibeli daripada
pembekal. Syarikat Pertiwi bertanggungjawab ke atas kos pengagihan dan promosi. Selepas mengkaji secara
teliti, Syarikat Pertiwi telah membuat belanjawan keatas kos dan hasil bagi produk tersebut:

Kos kelengkapan RM 60,000


Modal kerja 100,000
Belanja penyelenggaraan kelengkapan 5,000
Nilai bakian 10,000
Hasil dan kos tahunan:
3
Cg Narzuki Online
Hasil jualan 200,000
Kos barang dijual 125,000
Belanja operasi pentadbiran 35,000

Syarikat akan menggunakan modal kerja untuk pelaburan lain apabila akhir tempoh 5 tahun sekiranya
syarikat tidak berhasrat untuk menyambung kontrak tersebut.Syarikat Pertiwi meletakkan kadar diskaun dan
kos pelaburan sebanyak 20%. Adakah anda bersetuju untuk mencadangkan produk baru ini?

Cara penyelesaian:
Analisis NKB

Item Tahun Aliran tunai (RM) Faktor 20% Aliran NK

b. Kadar Pulangan Dalaman (KPD)


Didefinasikan sebagai kadar diskaun yang menjadikan nilai kini bersih suatu aliran tunai bersih bersamaan
dengan kosong (o).

Contoh 3.
Syarikat Perwaja bercadang membeli sebuah jentolak yang besar, pada masa sekarang syarikat sudah
mempunyai sebuah jentolak yang agak kecil. Harga Jentolak baru ialah RM16, 950 dan boleh digunakan
selama 10 tahun. Tiada nilai skrap . Jentolak baru itu juga boleh menyelesaikan kerja dengan cepat
berbanding jentolak lama. Keadaan ini boleh menjimatkan kos buruh sebanyak RM3000 setahun.

Penyelesaian:
Untuk mengira pulangan dalaman, kita perlu mencari kadar diskaun yang boleh menjadikan nilai kini bersih
kosong. Cara mudah untuk menentukan kadar diskaun apabila aliran tunai masuk bersih adalah sama
sepanjang tahun dengan menggunakan formula.

Faktor Kadar Pulangan Dalaman = Kos pelaburan/Aliran tunai masuk bersih

Faktor KPD = RM16,950/RM3000


= 5.650 ( Rujuk jadual nilai kini untuk dapatkan kadar diskaun)

Item Tahun Aliran tunai (RM) Faktor12% Aliran NK


Penjimat kos (kos buruh)
Pelaburan awal
Nilai kini bersih

4
Cg Narzuki Online
Teknik Interpolasi digunakan apabila kadar pulangan dalaman tidak ada dalam jadual nilai kini setelah
proses pengiraan formula dibuat.

katakan ;
Pelaburan awal RM6,000
Penjimatan tahunan RM1,500
Jangka hayat projek 10 tahun
Langkah 1
RM 6,000/RM1,500 = 4.000

Langkah 2 Semak 4.000 di dalam jadual, kedudukannya antara 20% dan 22%.

Langkah 3 Tunjukkan seperti berikut


Faktor nilai kini
Faktor 20% 4.192 4.192
Faktor sebenar 4.000
Faktor 22% 3.923
Perbezaan 0.192 0.269

Langkah 4
Kadar pulang dalaman = 20%+(0.192/0.269x 2%)
= 21.4%

Jadual Nilai Kini


Menggunakan jadual nilai kini yang telah disediakan. Ia memberi nilai angkali yang akan didarab
dengan amaun aliran tunai mengikut tahun tunai diterima dan kadar diskaun yang diberi.

Jadual Nilai Kini bagi RM1

Tempoh 12% 14% 16% 18% 20% 22%


1 0.8929 0.8772 0.8621 0.8475 0.8333 0.8197
2 0.7972 0.7695 0.7432 0.7182 0.6944 0.6719
3 0.7118 0.6750 0.6407 0.6086 0.5787 0.5507
4 0.6355 0.5921 0.5523 0.5158 0.4823 0.4514
5 0.5674 0.5194 0.4761 0.4371 0.4019 0.3700
6 0.5066 0.4556 0.4104 0.3704 0.3349 0.3033
7 0.4523 0.3996 0.3538 0.3139 0.2791 0.2486
8 0.4039 0.3506 0.3050 0.2660 0.2326 0.2038
9 0.3606 0.3075 0.2630 0.2255 0.1938 0.1670
10 0.3220 0.2697 0.2267 0.1911 0.1615 0.1369

5
Cg Narzuki Online
ii. Kaedah Tempoh Bayar Balik

Didefinasikan sebagai bilangan tahun yang perlu untuk mendapat semula pelaburan yang dibuat. Tempoh
masa merujuk kepada bilakah sesuatu pelaburan itu membiayai pelaburannya sendiri. Berdasarkan kaedah
ini, secepat mana sesuatu pelaburan itu mendapat pulangannya semula pelaburan itu adalah yang terbaik.

Apabila aliran tunai tahunan bersih adalah sama sepanjang tahun, pengiraan TBB adalah berdasarkan
formula berikut:-
TBB= Kos pelaburan/ Aliran tunai masuk bersih

Contoh: Syarikat Yok memerlukan mesin baru. Syarikat mempertimbangkan dua mesin, mesin A dan B.
Mesin A bernilai RM15,000 dan akan mengurangkan kos operasi sebanyak RM5,000 setahun. Mesin B
bernilai RM12,000 dan dapat mengurangkan kos operasi sebanyak RM5,000 setahun. Mesin manakah yang
atut dibeli oleh Syarikat Yok?

Mesin A : TBB = ____________ = _________

Mesin B : TBB = ____________ = _________

Berdasarkan pengiraan bayaran balik di atas, Syarikat Yok sepatutnya membeli mesin ______kerana tempoh
bayar balik ________ berbanding mesin _______ yang tempoh bayar balik ialah ________.

Contoh tambahan bagi TBB. TBB dikira dengan membahagikan kos pelaburan dengan aliran tunai masuk
bersih yang dihasilkan daripada projek tersebut, sekiranya mesin baru telah mengantikan mesin lama, oleh
itu nilai bakian yang diterima daripada pelupusan mesin lama tersebut perlulah ditolak daripada kos mesin
baru. Sebagai tambahan, susutnilai yang ditolak untuk mendapatkan pendapatan bersih perlulah ditambah
semula untuk mendapatkan aliran tunai masuk bersih.

Contoh:- Syarikat Goodtime mempunyai beberapa rangkaian kedai. Salah satu mesin di kedainya kurang
menghasilkan untung. Jadi syarikat bercadang untuk mengantikan mesin tersebut dan memasang mesin
membuat aiskrim. Mesin tersebut bernilai RM80,000 dan mempunyai 8 tahun jangka hayat. Pertambahan
hasil daripada mesin baru iaitu, pendapatan bersih ialah RM20,000, manakala susutnilai mesin baru
RM10,000. Mesin lama boleh dijual pada nilai skrap RM5000. Syarikat Goodtime tidak akan membeli mesin
membuat aiskrim, melainkan TBB adalah 3 atau kurang daripada 3 tahun. Adakah patut syarikat membeli
mesin tersebut.Penyelesaian:-
Langkah 1 Kirakan Aliran tunai masuk bersih
Pendapatan bersih .
Tambah: susutnilai ___________
Aliran tunai masuk bersih ___________

Langkah 2 Kos belian mesin baru .


Tolak: untung jualan mesin lama(Nilai bakian) __________
Kos pelaburan diperlukan __________

Langkah 3 Kirakan TBB

TBB = Kos pelaburan diperlukan/ Aliran tunai masuk bersih


TBB = RM______________/RM____________
= _____________.

6
Cg Narzuki Online
Kaedah Kebaikan Kelemahan
TBB 1. Mudah difahami 1. Tidak mengambil kira aliran
tunai selepas TBB
2. Menjimatkan masa kos analisis 2. Tidak mengambil kira
keseluruhan aliran tunai
3. Tidak mengambil kira corok
aliran
4. Sukar menetapkan tempoh yang
maksimum harus dibenarkan
KPP 1. Mudah difahami dan digunakan 1. Menggunakan keuntungan
2. Boleh dikira dengan data perakaunan bukan aliran tunai
perakaunan. 2. Mengenepikan nilai masa bagi
3. Menggunakan keseluruhan mata wang.
aliran pendapatan.
NKB 1. Mengambil kira semua nilai 1. Sukar digunakan
masa bagi wang 2. Ia mengandaikan kos modal
2.Mengambil kira aliran tunai syarikat diketahui
KPD 1. Mengambil kira nilai masa bagi 1. Sukar difahami dan digunakan
wang 2. Mengandaikan tunai yang
2. Mengambil kira semua aliran diperolehi dari pelaburan dilabur
tunai semula dan memberi pulangan pada
3.Tidak perlu menentukan kos KPD
modal perniagaan

Membuat Pemilihan

Langkah terakhir dalam belanjawan modal adalah membuat pemilihan yang berasaskan peraturan keputusan

Ringkasan peraturan keputusan


Peraturan Keputusan
Kaedah Pilih satu alternatif sahaja Boleh pilih lebih dari satu alternatif
TBB Alternatif yang dipilih ialah TBB Pilih alternative yang TBB lebih
yang terkecil kecil dari yang ditetapkan
NKB Pilih alternatif yang NKB terbesar Pilih alternatif yang NKB positif
KPD Pilih Alternatif ysng KPD terbesar Pilih alternatif yang KPD lebih
besar dari yang ditetapkan
KPP Pilih alternatif yang KPP terbesar Pilih alternatif yang KPP lebih
besar dari yang ditetapkan

Faktor factor Kualitatif

Selain daripada faktor-faktor kuantitatif, faktor-faktor kualitatif perlu juga diberi pertimbangan yang
melibatkan :-

1. Kesan projek ke atas alam sekitar


2. Kesan projek ke atas keupayaan organisasi pada masa depan
7
Cg Narzuki Online
3. Kesan projek ke atas nama baik organisasi
4. Kesan projek ke atas moral kakitangan organisasi
5. Kesan projek ke atas keyakinan pengurus

8
Cg Narzuki Online

Anda mungkin juga menyukai