Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL 1 EDUP 3043 (12 JUN 2017)

SOALAN 3

Dengan merujuk pengalaman di sekolah dan semasa PBS, konsep guru efektif dalam konteks
pengurursan bilik darjah yang dapat saya fahami ialah guru yang dapat menguruskan bilik darjah
dengan berkesan, membentuk suasana pembelajaran yang terangsang serta menggunakan masa
PdP dengan efisiyen. Guru ini juga mampu memotivasi, memberi kesedaran diri dan
meningkatkan semangat belajar dalam diri seseorang murid itu sendiri. Selain itu, terdapat juga
kekuatan dan kelemahan pada pengurusan bilik darjah yang telah saya perhatikan serta boleh
dikaitkan dengan ciri-ciri guru efektif.

Antara kekuatan pengurusan bilik darjah yang telah saya perhatikan semasa berada di
sekolah dan PBS ialah, seorang guru yang efektif mampu untuk mengorganisasikan suasana
fizikal bilik darjah supaya kelihatan lebih teratur, selesa, kemas dan bersih dan ia sekaligus
mampu mendidik dan melatih murid agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Hal ini juga
adalah kerana, guru tersebut telah mempunyai matlamat yang jelas mengenai pengurusan serta
penetapan peraturan pada bilik darjah yang akan diurus agar suasana yang menggalakan
pembelajaran yang produktif dapat berlaku. Di samping itu, kekuatan ini juga dapat dilihat pada
hubungan yang terjalin antara guru dan murid serta keunikan gaya pembelajaran yang
digunakan oleh guru. Sebagai contoh, guru kelas telah membuat suatu transformasi kepada
murid dengan mewujudkan moto dan lagu bagi kelas yang dikawal selia. Ini mampu memupuk
semangat yang membara kepada murid untuk belajar serta mempromosikan kelas mereka
kepada orang luar. Layanan yang diberikan oleh guru kepada murid juga perlulah adil dan
saksama tanpa melibatkan diskriminasi kaum.

Manakala, dari aspek kelemahan pengurusan bilk darjah pula ialah, guru yang kurang efektif
tidak mempunyai perancangan dan matlamat yang rapi dalam pengorganisasian bilik darjah
yang akan diurus. Sebagai contoh, guru tidak mengambil berat kebajikan murid sama ada dari
aspek kesempurnaan kelengkapan dan kemudahan di dalam kelas seperti kerosakan meja dan
kerusi serta susun atur keadaan kedudukan. Sikap guru yang kurang peka dan tidak mempunyai
inisiatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif ini mampu menyebabkan
berlakunya bilk darjah akan menjadi tidak terkawal serta goyahnya disiplin murid.

Anda mungkin juga menyukai