Anda di halaman 1dari 1

PUBLIC SPEAKING OBJECTIVE KSSR MATHEMATICS

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah tersayang


serta rakan rakan yang dihormati lagi dikasihi sekalian. Berdirinya saya di hadapan ini
bukanlah untuk menari, apatah lagi menyanyi. Berdirinya saya tegak di sini adalah untuk
memberikan buah fikiran akan intipati yang telah dipetik dari objektif DSKP KSSR iaitu
Penggunaan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.

Sidang pendengar sekalian,

Moleklah jika saya menyatakan terlebih dahulu, apakah definisi yang dimaksudkan
dengan objektif yang ketujuh ini. Kata kunci utama yang terdapat dalam objektif ini adalah
perwakilan dan perkaitannya dengan matematik. Perwakilan atau tatatanda matematik dapat
ditakrifkan sebagai satu sistem perwakilan bersimbol untuk objek dan idea matematik. Ia
terdiri daripada simbol ringkas seperti nombor 1, 2, 3, simbol tambah, tolak, darab dan
bahagi, rumus dan formula matematik serta gambar-gambar rajah serta bentuk dan graf
yang digunakan. Takrifan ini juga telah disokong oleh Raja Sulaiman (2002), perwakilan idea
secara maujud atau simbol bertindak sebagai penghubung antara satu idea dengan idea
matematik yang lain.

Hadirin sekalian,

Tanpa kita sedari, perwakilan Matematik ini juga mempunyai kepentingannya yang
tersendiri khususnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana,
ia bertindak sebagai pemudah cara dalam menyampaikan idea matematik yang kompleks.
Di samping itu, ia juga membantu dalam menyelesaikan masalah melalui pengunaan
gambar rajah yang mudah bagi soalan yang KBAT seperti perkaitannya dengan kehidupan
seharian. Contohnya, .. . Oleh itu, penggunaan perwakilan dalam Matematik
amatlah digalakkan dalam PdP kerana ia adalah suatu indikator dalam menterjemah dan
menyampaikan idea seseorang.

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Bunga cempaka, bunga selasih,

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai