Anda di halaman 1dari 2

Tahap kesediaan guru pelatih Matematik terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah

Tajuk
(PBD)
Reka bentuk kajian Kajian Tinjauan
1. Apakah tahap kesediaan guru pelatih Matematik terhadap pelaksanaan pentaksiran
bilik darjah dari aspek pengetahuan ?
2. Apakah tahap kesediaan guru pelatih Matematik terhadap pelaksanaan pentaksiran
Persoalan kajian
bilik darjah dari aspek kemahiran ?
3. Apakah tahap kesediaan guru pelatih Matematik terhadap pelaksanaan pentaksiran
bilik darjah dari aspek sikap ?
1. Mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih Matematik terhadap pelaksanaan
pentaksiran bilik darjah dari aspek pengetahuan.
2. Mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih Matematik terhadap pelaksanaan
Objektif kajian
pentaksiran bilik darjah dari aspek kemahiran.
3. Mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih Matematik terhadap pelaksanaan
pentaksiran bilik darjah dari aspek sikap.
Skop/batasan
Guru pelatih opsyen Matematik sekitar kawasan Zon Tengah
kajian
Pemboleh ubah
Tahap kesediaan guru pelatih dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap
bersandar
Pemboleh ubah
Pentaksiran bilik darjah (PBD)
tidak bersandar
Pentaksiran bilik darjah (PBD) telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) selaras dengan perubahan dalam Sisten Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK) pada tahun 2017 untuk sekolah menengah dan 2018 untuk sekolah
Pengenalan/latar rendah. Melalui garis Panduan Pelaksanaan PBD (KPM,2018), guru dapat membuat
belakang penilaian secara menyeluruh dari aspek penilaian kognitif (intelek), psikomotor (jasmani)
afektif (emosi dan rohani), sosial, dan seiring dengan kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan aspek fizikal, mental dan kerohanian iaitu jasmani, emosi,
rohani dan intelektual (JERI).
Teori/Dapatan
Teori Kesediaan Thorndike
Masa Lalu
Unggul – Guru memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pentaksiran mestilah bersesuaian dengan pencapaian
atau pemahaman murid untuk memberikan maklumat mengenai hasil pembelajaran.
Realiti – Masih terdapat golongan guru pelatih yang masih keliru dan belum bersedia
Pernyataan dalam melaksanakan PBD semasa berpraktikum di sekolah. Terdapat segelintir daripada
masalah mereka merasakan PBD ini sukar untuk dilaksanakan disebabkan oleh tiada penerangan
atau kursus mengenainya.
Cadangan – Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih
Matematik tentang kesediaan dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka
terhadap pelaksanaan PBD oleh KPM.
Hipotesis kajian -
Definisi Tahap – Didefinisikan sebagai tingkat dan peringkat (Baharom,2010). Tahap dalam konteks
operasional/istilah kajian ini merupakan tingkat kesediaan guru pelatih Matematik terhadap pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Kesediaan – Merupakan kesanggupan seseorang unyuk melaksanakan sesuatu tugas yang
dipertanggungjawabkan. Dalam konteks kajian ini, kesediaan yang dimaksudkan adalah
kesanggupan guru pelatih Matematik dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah
semasa berpraktikum
Pentaksiran Bilik Darjah – Satu pentaksiran yang lebih lengkap, bermakna dan sahih dan
tepat untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid. Manakala, kajian ini menumpukan
maksud pelaksanaan pentaksiran bilik darjah sebagai proses pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran di sekolah.
Guru pelatih – Memberikan peluang kepada guru pelatih untuk mempertingkatkan lagi
pengetahuan dan kemahiran akan tahap kesediaan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah dengan mengaplikasikan pentaksiran bilik darjah.
Pensyarah – Kajian ini dapat membantu pensyarah untuk mencari maklumat dan
mendapatkan idea untuk mempertingkatkan lagi prestasi guru pelatih serta membantu
mereka dalam memberikan garis panduan terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.
Kepentingan kajian
IPG – Hasil daripada keseluruhan kajian ini diharapkan akan memberikan gambaran dan
panduan yang lebih jelas kepada pihak pentadbir IPG untuk meingkatkan lagi mutu
pendidikan dan kualiti guru yang akan dilahirkan pada masa akan datang.
KPM – Kajian ini juga penting kepada pihak pentadbir atasan di Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam merangka program untuk mendedahkan para guru tentang kemahiran
asas pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.
Instrumen Soal selidik

Anda mungkin juga menyukai