Anda di halaman 1dari 7

4.

Sumbangan dalam Bidang Pendidikan

Prinsip-prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli psikologi Behaviorisme sangat praktikal dan berkesan. Ia amat sesuai untuk diamalkan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

4.2.1 Implikasi Teori Pelaziman Pavlov dalam Pengajaran Pembelajaran

Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov, gerak balas positif dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Proses pelaziman ini dapat dihuraikan dalam Rajah 1 di bawah.

(a)

Sebelum Pelaziman (rangsangan tak terlazim) Gerak balas (perhatian murid)

Guru Matematik mengajar kelas kali pertama

tak terlazim terhadap aktiviti pengajaran sahaja.

(b)

Semasa pelaziman (rangsangan terlazim) Murid tumpukan perhatian. (gerak balas tak terlazim)

Guru mengajar dengan cara menarik.

(c)

Selepas pelaziman

Kehadiran guru (menarik)

(rangsangan terlazim)

Murid tumpukan perhatian.

(gerak balas terlazim)

Rajah 1: Suatu model pelaziman klasik.

Model Pembelajaran Pelaziman Pavlov yang asalnya mula digunakan dalam bidang fisiologi dapat digunakan dalam bidang tingkah laku pembelajaran orang manusia. Misalnya kita ingin mengajar kanak-kanak berumur empat tahun dengan perkataan buku selepas mereka boleh sebut bunyinya (UCR) apabila ditunjukkan sebuah buku (UCS) di depan mereka. Di bawah keadaan ini kita boleh mula menggunakan perkaitan yang sedia ada untuk membentuk perkaitan yang baru, iaitu menggunakan kad perkataan ditulis buku, kemudian diikuti dengan sebuah buku untuk mendapatkan gerak balas kanak-kanak (Mok, 2008).

Aktiviti diulang beberapa kali hingga kanak-kanak dapat menyebut perkataan buku apabila kad perkataan buku sahaja ditunjukkan. Di samping pembelajaran perkataan, model ini juga boleh digunakan untuk belajar simbol matematik dan konsepnya, apabila satu rangsangan digantikan dengan rangsangan yang lain, iaitu rangsangan terlazim sekunder (Husin, 2001).

Untuk mengajar dengan berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif (rangsangan terlazim) dengan tugasan pembelajaran (rangsangan tak terlazim) demi menghasilkan gerak balas terlazim, iaitu melalui aktiviti pembelajaran yang memuaskan). Guru perlu membimbing murid menggunakan kemahiran untuk membuat generalisasi dengan tepat, dengan memberi pelbagai contoh yang berkaitan. Guru juga perlu membimbing murid menggunakan kemahiran untuk membuat diskriminasi, misalnya mengenalpasti ciri-ciri khusus segi empat selari dan rombus (Mok, 2008).

Guru juga turut perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan rangsangan terlazim. Misalnya, memberi latihan penyelesaian masalah matematik secara kerap. Peneguhan sekunder digunakan untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan. Misalnya,

menggunakan rangsangan baru sebagai rangsangan terlazim dalam proses memotivasikan murid semasa proses pembelajaran. Selain itu, guru dapat membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan (Mok, 2008).

4.2.2 Implikasi teori Pelaziman Klasik Watson dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Teori ini menyatakan bahawa semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziman. Tingkah laku positif boleh diajarkan dengan rangsangan yang sesuai.

Untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, pelajar hendaklah belajar perhubungan gerak balas secara sistematik. Manakala untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan, latihan-latihan hendaklah dijalankan beberapa kerap kali. Dalam proses pengajaran, guru hendaklah menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid supaya berminat belajar, dan mengelakkan penggunan rangsangan yang membawa kesan negatif (Mok, 2008).

4.2.3 Implikasi Teori Thorndike dalam Pengajaran-Pembelajaran

Teori Thorndike dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar, di mana guru harus menggunakan motivasi yang sesuai. Manakala untuk mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas pelajar, guru perlu membanyakkan aktiviti latihan., ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Menurut Mok 2008, pemberian ganjaran atau peneguhan untuk respon atau gerak balas yang betul daripada pelajar perlu dilakukan. Guru juga perlu memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Berdasarkan tiga hukum yang telah dikemukakan oleh Thorndike seperti yang telah dinyatakan, maka guru bolehlah menjadikannya sebagai satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru ialah sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar (kesediaan psikomotor, kognitif, afektif), mengadakan pelbagai rangsangan seperti gambar berwarna-warni, perisian komputer dan tayangan video untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, guru juga

boleh memberi ganjaran atau peneguhan seperti hadiah, pujian dan markah untuk respon yang betul dan menentukan persekitaran yang sesuai untuk proses pembelajaran seperti keadaan bilik yang ceria, bersih, tersusun, selesa dan harmoni (Nachiappan et al., 2008).

4.2.4 Implikasi Teori Pelaziman Operan Skinner dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Implikasi teori pelaziman operan Skinner dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dinyatakan seperti apabila sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari, maka guru hendaklah memberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran itu dapat dikukuhkan dan dikekalkan. Manakala penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini. Misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu samada peneguhan positif atau peneguhan negatif (Mok, 2008).

Guru perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. Guru juga boleh menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan peneguhan berkala yang berpatutan agar menjamin tingkah laku operan itu agar dapat dikukuh dan dikekalkan.

Kadangkala, peneguhan negatif pula sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Misalnya menarik balik pemberian masa rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah (Nachiappan et al., 2008).

RUJUKAN

Husin, K. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (2008). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nachiappan, S., Jantan, R., Abdul Syukor, A. A. (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor: Laser Press Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai