Anda di halaman 1dari 1

iii

PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya kesihatan yang cukup, masa dan kematangan fikiran untuk menyiapkan kajian ini dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan terima kasih yang rasanya tidak saya mampu untuk balas kembali hingga ke akhir hayat saya kepada penyelia utama Prof. Dr. Jamaluddin Md. Jahi atas bantuan yang begitu besar, bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna sepanjang kajian ini. Tidak lupa juga kepada ketiga-tiga penyelia bersama saya iaitu Tuan Hj. Ir Abu Bakar Che Man, Prof. Dr. Ismail Bahari dan Prof. Madya Dr. Abd.Rahim Md Nor dengan kepakaran masing-masing yang banyak membantu menguatkan lagi semangat saya untuk menyiapkan kajian ini. Terimakasih juga saya ucapkan kepada pihak kedekanan PPS atas skim bantuan zamalah yang banyak membantu dari segi kewangan pada awal kajian ini. Banyak data bagi penulisan ini telah diperolehi dari SIRIM Berhad. Penulis ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pegawai-pegawai SIRIM Berhad khususnya pegawai dari Jabatan Sistem Pengurusan Kualiti, Jabatan Sistem Pengurusan Persekitaran dan Jabatan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kerana membantu saya dari segi penyediaan data pensijilan. Tidak lupa juga pegawai-pegawai dari Jabatan Teknologi Maklumat NIOSH kerana membenarkan saya menggunakan perpustakaan NIOSH dengan semaksimanya. Begitu juga dengan pegawai yang bertanggungjawab terhadap sumber maklumat di perpustakaan DOSH, Putrajaya. Sekalung penghargaan juga tidak saya lupakan buat En. Kadaruddin Aiyub yang telah banyak memberi input dari segi data dan maklumat terkini dari luar negara. Ucapan terimakasih juga saya hulurkan kepada pembantu penyelidik yang merupakan pelajar-pelajar Sarjana Pengurusan Persekitaran kerana begitu prihatin terhadap tugas masing-masing iaitu En. Caril Andi Mansur, En. Rospian Achil, Cik Uma Priya a/p Kupusamy dan Cik Vanitha Kumari a/p Kanan yang banyak membantu saya di lapangan. Begitu juga dengan semua pengurus persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengurus kualiti dikalangan organisasi yang dikaji kerana sanggup meluangkan masa semata-mata untuk membantu saya menyiapkan kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai