Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN

KARNIVAL KEMANUSIAAN DAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH


TAHUN 2014
(SESI PETANG)

CATATAN
Kata-kata aluan
oleh
pengacara
majlis

TEKS UCAPAN
Yang Berusaha Puan Pengetua Kanan, Cik Ang Siew
Jin,Penolong Kanan Petang, En. Saun bin Angkut @ George,
Ketua Bidang Kemanusiaan, Pn. Yeo Sung Ming, guru-guru,
barisan pemimpin pelajar dan para pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum/ selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia
Selamat datang ke Majlis Pelancaran Karnival Kemanusiaan Dan
Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2014. Tujuan sambutan
ini diadakan untuk memupuk semangat patriotik dan semangat
perpaduan dalam kalangan warga SMK Merbau. Bersempena
dengan sambutan Karnival Kemanusiaan Dan Kemerdekaan
yang bermula pada 4 Ogos hingga 12 September 2014, pelbagai
aktiviti akan dianjurkan untuk memeriahkan lagi sambutan bulan
kemerdekaan pada tahun ini.
Perasmian oleh Bagi menyempurnakan majlis pada hari ini, dijemput Ketua
Puan Pengetua
Bidang Kemanusiaan, Puan Yeo Sung Ming untuk mengiringi
pengetua / En. Saun Bin Angkut @ George bagi merasmikan
aktiviti Karnival Kemanusiaan Dan Kemerdekaan pada tahun
ini.
Perasmian oleh Puan Pengetua dan gimik pelancaran diadakan.
Tayangan montaj dipersembahkan kepada guru dan pelajar.
Bersempena dengan sambutan ini juga, semua guru dan pelajar
digalakkan memakai pakaian tradisional sepanjang hari
persekolahan pada 12 September 2014. Walau bagaimanapun,
pakaian tradisional yang dipakai perlu memenuhi syarat-syarat
dan tidak boleh mencolok mata. Sehubungan dengan itu juga,
semua guru dan pelajar digalakkan membawa bendera untuk
memeriahkan lagi Majlis Penutupan Karnival Kemanusiaan Dan
Kemerdekaan pada 12 September 2014 nanti.
Nyanyian lagu Bagi menyempurnakan lagi majlis ini, semua guru dan pelajar
patriotik
diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan dua buah lagu
patriotik iaitu Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang.
Guru-guru dan pelajar menyanyikan lagu patriotik tersebut.
Selesai nyanyian itu tadi, maka, selesailah sudah Majlis
Pelancaran Karnival Kemanusiaan Dan Kemerdekaan pada
aziati.smkm.2014

tahun ini. Diharap semua pelajar ayuh secara beramai-ramai


menyertai aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Sekian terima
kasih.

aziati.smkm.2014

Anda mungkin juga menyukai