Anda di halaman 1dari 48

1

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RUMAH WARGA EMAS QI EN
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN KERJASAMA PANITIA MORAL SERTA PANITIA SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN


1.0 PENGENALAN
Warga emas adalah insan yang banyak berjasa kepada kita secara lansung atau
tidak lansung dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya dalam
bidang akademik. Mereka juga adalah insan-insan yang kesunyian lantaran
ditinggalkan oleh anak-anak yang begitu sibuk dalam mencari harta dunia. Oleh itu,
sewajarnya program ini dianjurkan oleh kami bagi menjejak kasih sayang warga tua
yang ditinggalkan oleh insan yang bernama anak dan bagi menghargai jasa mereka.
Kami membawa kasih sayang yang berada dalam jiwa kami sebagai seorang anak,
agar mereka dapat merasakan secebis kasih sayang daripada kami dan rasa sedikit
keprihatian daripada masyarakat sekeliling.

Selain itu, program ini dapat memberikan kepada kami sedikit input yang
berguna dalam memahami sifat-sifat warga tua dengan lebih mendalam dan
mengambil cara-cara terbaik dalam menguruskan warga tua yang mungkin
mengalami masalah kesihatan dan emosi. Di samping itu, kehadiran kami di Rumah
Warga Emas Qi En, Selangor adalah membawa sedikit ilmu yang ada pada kami
kepada warga tua di sana dalam mencari erti kasih sayang dan menerima ketentuan
Tuhan sebagai satu ujian untuk diri. Kami membawa diri kami dengan jiwa yang
ikhlas kerana kami sedar, kami perlu berkongsi kasih sayang agar insan lain juga
merasakan disayangi dan diambilberat.

Anak-anak murid yang mengikuti lawatan ini akan berpeluang beramah mesra
dengan warga tua. Sehubungan ini, hubungan silaturahim yang terjalin antara anak
murid dan warga tua dapat membina ikatan yang erat dan mengurangkan sedikit
perasaaan terpinggir dalam diri warga-warga tua. Program ini dapat memberikan
impak yang besar terhadap anak murid agar timbul kesedaran untuk menyayangi
insan-insan lain, menghargai peluang muda yang hanya datang sekali dan belajar
2

menghargai ibu bapa masing-masing. Selain itu, kehadiran murid sekolah kami di
sana dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang
pentingnya dalam memberi keprihatinan kepada warga tua dengan menghadiri
atau melawat mereka.

2.0 DEFINISI WARGA EMAS
Warga Emas (WE) merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi
60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World
Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara
ASEAN.

3.0 MATLAMAT
Matlamat utama pelaksanaan program dan aktiviti ialah;
3.1 Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan
perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta
membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga
emas hidup sejahtera dan produktif kepada negara.
3.2 Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai
serta menyayangi sesesama insan.
3.3 Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi
meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid dan
remaja.
3.4 Menggalakkan aktiviti kesukarelaan di pusat jagaan warga emas atau
kediaman warga emas di dalam kawasan penempatan murid dalam kalangan
warga sekolah.
3.5 Mempromosikan warga emas sebagai aset negara dan memupuk nilai
menghormati warga emas menerusi kempen menghormati warga emas.


4.0 OBJEKTIF
5.1 Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada
golongan kurang bernasib baik dan terpinggir serta mengeratkan sillaturahim
antara masyarakat tanpa mengira perbezaan umur.
3

5.2 Mempelajari, mengetahui dan menghargai apa itu erti kasih sayang ibu bapa.
5.3 Memberikan secebis perasaan kasih sayang kepada semua masyarakat
tanpa mengira pangkat dan darjat.
5.4 Membantu mereka yang susah dan mengurangkan kesedihan orang lain.
5.5 Murid-murid dapat mengaplikasi cara bersosial dengan masyarakat yang
mana telah mereka pelajari di sekolah di samping meningkatkan kemahiran
bersosial dalam diri para murid.
5.7 Membantu warga tua mengurangkan kesedihan yang mereka alami setelah
diabaikan dan dibuang oleh anak-anak mereka.
5.8 Dapat mengenali dengan lebih mendalam sifat-sifat warga tua agar dapat
mendidik diri para murid menjadi insan yang sayang akan warga tua .
6.0 TARIKH DAN HARI
21 September 2013 (Sabtu)

7.0 TEMPAT
Rumah Warga Emas Qi En, Taman Setia Rawang, 48000 Rawang

8.0 JENIS KEGIATAN / PROGRAM
Beramah mesra dengan warga tua.
Membersihkan tempat tinggal warga tua.
Mengadakan aktiviti-aktiviti yang santai untuk warga tua bagi menggembirakan
hati mereka.
Makan bersama dan memberikan sedikit sumbangan kepada warga tua.


9.0 PESERTA
13 orang murid SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang

11.0 STRUKTUR ORGANISASI
Sila rujuk lampiran A


4

12.0 ATURCARA PROGRAM
Sila rujuk lampiran B

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk lampiran C

14.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
14.1 Guru bertanggungjawab di atas keselamatan murid dan penggunaan alatan.
14.2 Murid mematuhi arahan dan mesti sentiasa bersama guru.
14.3 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendak disiasat dan
dilaporkan kepada pengetua/guru besar dengan segera.
14.4 Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah mematuhi
syarat-syarat Jabatan pengangkutan Jalan.
14.5 Memastikan ibu bapa/penjaga murid menandatangani surat kebenaran bagi
anak-anak mereka.
14.6 Memastikan keadaan kesihatan anak murid dalam keadaan baik sebelum
dibenarkan anak-anak mereka mengikuti rombongan ini.

15.0 LAIN-LAIN PERKARA
15.1 Pakaian
Murid sekolah yang mengikuti lawatan ini mestilah berpakaian baju sukan.
15.2 Tatasusila
Setiap murid yang mengikuti lawatan sambil belajar dikehendaki berkelakuan
baik semasa berada di luar sekolah demi menjaga nama baik sekolah.

16.0 PENUTUP
Diharapkan program ini dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya dan para murid dan
guru mendapat impak yang positif. Semoga dengan penyertaan program ini, para
murid dan guru lebih sayang kepada masyarakat sekeliling, menghargai ibu bapa
mereka dan lebih menghargai masa muda yang mereka miliki pada saat ini.




5

Disediakan oleh,


LAI KOK LING
Penyelaras
Program Lawatan ke Rumah Warga Emas Qi En



Disemak oleh,


PN SOO LAI PIN
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang



Disokong oleh,


EN. TAN KEAN LONG
Penolong Kanan Ko-kurikulum
SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang



Diluluskan oleh,


EN. TANG AH HAI
Guru Besar
SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang

6

LAPORAN LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS QI EN

Pada 21 September 2013 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama
Panitia Pendidikan Moral serta Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SJK ( C ) Bukit Tangga,
Bukit Beruntung, Rawang telah mengadakan lawatan ke Rumah Warga Emas Qi En.
Rumah tersebut merupakan tempat berlindung, berteduh dan bergantung bagi orang-orang
tua meneruskan kehidupan mereka pada usia senja. Lawatan itu disertai
oleh 15 orang anak murid sekolah dan diketuai oleh empat orang guru. Tujuan lawatan ini
adalah untuk menyedari anak-anak murid dan para guru sendiri tentang nasib orang tua
yang disisihkan oleh masyarakat.

Rombongan ini bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta guru. Lebih
kurang 40 minit perjalanan, kami tiba di pintu depan Rumah Warga Emas Qi En. Ketibaan
kami disambut oleh kakitangan rumah warga emas berkenaan. Pengurus Rumah Warga
Emas Qi En, Puan Zhen melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas kunjungan yang
dilakukan. Kami dibawa ke bilik tetamu untuk mendengar taklimat tentang pengurusan
rumah warga tua berkenaan.

Setelah mendengar taklimat, kami diperkenalkan dengan 15 orang warga emas di
sini yang berumur antara 65 tahun hingga 92 tahun. Apabila melihat kedatangan kami,
wajah mereka kelihatan begitu ceria.

Seterusnya kami memulakan aktiviti-aktivit yang telah kami rancang sebelum ini.
Mula-mula, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dalam menolong warga emas
membersihkan tempat tinggal mereka. Antaranya seperti mengemas bilik warga emas,
mencabut rumput, mencuci lantai dan sebagainya. Semua anak murid dan guru
menjalankan tugas dengan penuh bersemangat.

Dalam pada itu, kami turut membuat persembahan yang menarik seperti menyanyi
dan bercerita kepada warga emas. Mereka kelihatan sangat gembira. Pada wajah mereka
terukirnya senyuman yang manis. Selepas persembahan, anak murid dan guru turut
menolong warga emas mengopek ikan bilis sambil berbual-bual dengan mereka. Terdapat
beberapa orang warga emas telah menceritakan kisah lalu mereka kepada anak murid dan
7

guru. Mereka juga menasihati kami supaya menjadi manusia yang berakhlak mulia dan
sentiasa mengenang budi orang lain.

Sebelum berakhirnya lawatan, kami telah menjamu selera bersama warga tua di
sini. Dalam masa hampir 30 minit ini, kami berasa sungguh gembira kerana dapat berbual-
bual dengan mereka sambil makan tengah hari. Rasa gembira telah terukir di atas muka
warga tua di sini. Selepas makan, ketua guru mewakili kami memberikan sumbangan dan
wang saku kepada para warga emas. Sumbangan itu berupa barang-barang keperluan
harian mereka. Warga tua berasa terharu terhadap kami.

Menjelang waktu tengah hari, dengan hati yang lara, kami pergi beredar
meninggalkan Rumah Warga Emas Qi En. Pilu hati kami semasa hendak berpisah dengan
penghuni rumah tersebut, setiap sayup pandangan mereka menampakkan kesedihan yang
mampu mengalirkan air mata. Walau bagaimanapun kami semua berasa gembira kerana
dapat mencurahkan bakti kepada mereka walaupun hanya seketika.

Lawatan itu sungguh berfaedah dan dapat memupuk anak-anak murid mahupun
guru sendiri tentang kasih sayang terhadap ibu bapa dan warga tua serta menghargai jasa
mereka kepada kita dan masyarakat. Selagi hayat mereka dikandung badan, selagi itulah
tuntutan menjaga dan memelihara orang tua kita masih lagi terpikul di bahu kita. Ingatlah,
walau segala cara pun kita berusaha membalas jasa mereka, tidak akan terbalas, walau
ditebus dengan gunung emas dan perak sekalipun.

Di akhir lawatan yang singkat tetapi amat bermakna ini, semoga anak-anak murid
dan para guru sendiri membuka pemikiran masing-masing betapa perlu dititikberatkan
kasih sayang dalam institusi kekeluargaan terutama kepada ibu bapa yang melahirkan,
membesarkan dan mendidik anak-anak sehingga dewasa dan berjaya dalam kehidupan.
Iktibar dan kisah-kisah sedih para penghuni Rumah Warga Emas Qi En menjadi pedoman
dan keinsafan supaya terpahat di minda untuk merenungi "dari mana, untuk apa dan
kemanakah kita di penghujung sebuah kehidupan ini. Harapan dan hasrat supaya tidak
diulangi kitaran hidup yang sama seperti kehidupan para penghuni rumah-rumah kebajikan
ini.


8

SJK(C) Bukit Tangga,
48300 Bukit Beruntung,
Selangor Darul Ehsan.

En. Ismail bin Yusof Ruj.kami:Per PM/2013/1
Pegawai, Tarikh: 12 Ogos 2013
Pusat Pendidikan Daerah,
48300 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,
Lawatan ke Rumah Warga Emas Qi En
Adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Moral serta
Panitia Sivik dan Kewargenegaraan SJK (C) Bukit Tangga ingin mengadakan lawatan ke
Rumah Warga Emas Qi En yang terletak di Batu 16, Rawang pada 21 September.
Sehubungan dengan itu, saya memohon kebenaran pihak tuan agar kami dapat
menganjurkan lawatan tersebut. Kertas kerja berhubung perkara tersebut dilampirkan.

3. Tujuan lawatan ke rumah warga emas ini adalah untuk menjayakan Program Dasar
Warga Emas Negara (DWEN) yang disarankan. Di samping itu, ia bertujuan untuk
mendedahkan para murid tentang kepentingan sifat taat terhadap orang tua. Selain
daripada itu, nilai-nilai moral lain turut dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak murid
melalui lawatan sebegini.

4. Dengan maklumnya, seramai 13 orang palajar SJK(C) Bukit Tangga menyertai lawatan
tersebut. Lawatan ini dibimbing oleh 4 orang guru. Senarai nama dan maklumat para guru
dan murid SJK(C) Bukit Tangga yang menyertai lawatan akan dilampirkan pada surat ini
untuk rujukan pihak sekolah.

5. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan meluluskan permohonan kami ini.
Rakyat Didahulukan, Kepentingan Diutamakan

9

Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah,


(Lai Kok Ling)
Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling
SJK (C) BUKIT TANGGA
Diluluskan oleh,



( En. Tang Ah Hai )
Guru Besar
SJK (C) BUKIT TANGGA


















10




SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) BUKIT TANGGA
JALAN KASTURI, BUKIT BERUNTUNG,
48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN
KOD SEKOLAH : BBC5024
Alamat e-mail: sjkc_bukittangga@yahoo.com.my
____________________
____________________
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.


En Tang Ah Hai,
Guru Besar,
SJK ( C ) Bukit Tangga,
Bukit Beruntung,
48300 Rawang,
Selangor Darul EHsan. ____________

KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
Saya _________________ (nama) ibu / bapa / penjaga kepada _______________ (nama
murid), Tahun _________ membenarkan anak / anak jagaan saya menyertai
________________________________________________ pada ______________.

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telahpun memberi segala penerangan dan akan
mengambil langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang lawatan tersebut diadakan.
Lantaran itu, saya mengaku bahawa tidak akan mendakwa mana-mana pihak sekiranya
berlaku kecederaan terhadap anak / anak jagaan saya semasa dalam perjalanan dan
lawatan tersebut.

3. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya untuk memberikan
apa-apa pertolongan cemas atau perubatan kepada anak / anak jagaan saya jika didapati
perlu.

Sekian, terima kasih.


_____________________
( )

No. KP ..
No. Telefon
11

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS QI EN

Penaung : Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengarah : Jabatan Pelajaran Negeri
Penasihat : En Tang Ah Hai
Penyelaras : Pn Lai Kok Ling
Fotografi : Cik Lau Mei
Kecemasan : Cik Liew Siew Khien
Makanan : Cik Pau Chai Fong dan En Fedoh



LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM LAWATAN MENJEJAK KASIH WARGA EMAS
(21 September 2013 , Sabtu)

Masa Aktiviti
7.30 pagi
8.00 pagi
8.40 pagi
8.50 pagi
9.00 pagi

9.30 pagi
12.00 tengah hari
1.00 tengah hari
1.30 petang
- Berkumpul di sekolah / pendaftaran
- Bersedia untuk bertolak ke Rumah Warga Emas Qi En
- Tiba di Rumah Warga Emas Qi En
- Diberi taklimat ringkas oleh pegawai yang bertugas
- Melawat sekitar kawasan rumah warga emas (tempat tidur,
tempat makan, tempat berisytirehat)
- Aktiviti-aktiviti bersama warga emas
- Makan tengah hari bersama warga emas
- Penyampaian sumbangan dan wang saku
- Bertolak balik ke sekolah




12

LAMPIRAN C

PENDAPATAN
13.1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 100.00
13.2 Derma Sukarela Daripada Guru RM 300.00
Jumlah RM 420.00


PERBELANJAAN
13.3 Bayaran Pengangkutan RM 60.00
13.4 Makanan ( 33 orang ) RM 130.00
13.5 Sumbangan RM 80.00
13.6 Wang Saku Untuk Warga Emas RM 150.00
Jumlah RM 420.00





























13

TUGASAN 2
Moral berasal dari bahasa Latin moralitas yang bererti cara, perwatakan dan tingkah laku
yang diterima. Konsep moral membawa pengertian kesedaran tentang ajaran atau
pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan
yang sejajar dengan tatasusila dan peratuaran masyarakat. Oleh itu, konsep moral ini
merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berlandaskan standard-standard yang dihayati
serta diamalkan oleh seseorang individu. Seseorang yang dikatakan memiliki tingkah laku
yang bermoral jika tingkah laku tersebut berdasarkan prinsip-prinsip atau
peraturanperaturan yang diterima.

Konsep moral merupakan aspek menyeru manusia supaya berbuat baik kepada
semua orang. Contohnya apabila kita melihat warga tua berdiri di dalam bas, kita
seharusnya bangun dan memberi tempat duduk tersebut kepada warga tua terbabit
sebagai lambang bahawa kita merupakan seorang yang mempunyai moral yang tinggi.
Selain itu, amalan tidak membuang sampah dan meludah di merata-merata tempat perlu
disemai dalam diri murid. Setiap guru mesti mengharapkan anak murid sendiri melakukan
yang terbaik untuk dirinya dan orang lain.

Sementara itu, agama dan moral sebenarnya harus diajar kepada kanak-kanak
sejak kecil sehinggalah mencapai peringkat mumaiyis iaitu berumur tujuh tahun. Dalam
lingkungan usia tujuh tahun kanak-kanak sudah mampu untuk membezakan antara perkara
membandingkan yang baik dengan perkara buruk, perbuatan yang baik dan perbuatan
yang jahat. Kolhberg (1970) misalnya menjelaskan moral adalah konsep di mana semua
manusia perlu berbuat baik sesama manusia. Maksudnya di sini adalah:
(a) Menjadi manusia yang baik di mata orang lain. Ini bermakna kita seharusnya menjadi
orang yang baik pada pandangan orang lain.
(b) Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat.

Pembentukan tingkah laku anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa kerana ibu
bapa yang akan menjadikan anaknya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Walaupun pepatah ini
menekankan peranan ibu bapa dalam pembentukan moral anak-anak namun peranan guru
juga penting kerana tempoh pelajar berada di sekolah adalah sebahagian hari. Oleh itu,
guru turut dipertanggungjawabkan untuk membimbing akhlak anak murid.

14

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada
anak murid mahupun guru sendiri tentang warga tua yang tidak mempunyai tempat tinggal
dan sekaligus memupuk rasa kasih sayang dan hormat kami kepada warga tua.
Menyaksikan kehidupan sekumpulan warga tua yang menetap di rumah warga emas ini
benar-benar membuka minda tentang bagaimana pentingnya ibu-bapa dalam kehidupan
kita. Begitu menyayat hati melihat keadaan para ibu dan ayah yang kesunyian. Mereka
kesunyian akan perhatian dan belaian anak-anak, sanak saudara malahan cucu mereka.
Ada yang terlantar, ada yang sihat berjalan-jalan terbongkok-bongok, malah ramai yang
termenung jauh mengenang nasib hidup. Mengapalah mereka dihantar oleh sanak
saudara, bahkan oleh darah daging mereka dan sendirian menghadapi penghujung
nyawa? Benar kata pepatah, ibu mampu untuk menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh
orang anak belum mampu untuk menjaga seorang ibu. Besar harapan para guru agar
anak-anak murid ini kelak tidak akan menjadi salah seorang individu yang akan
menghantar ibu bapa mereka ke sini. Semoga anak murid kami akan mencurah bakti dan
kasih sayang mereka terhadap ibu bapa masing-masing sehinggalah ibu bapa mereka
menutup mata.

Perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk menjaga kebaikan orang lain
lebih daripada kepentingan diri sendiri telah diperlihatkan di dalam lawatan kali ini dalam
kalangan anak murid mahupun guru sendiri. Perlakuan ini selaras dengan prinsip altruisme
yang dikemukankan oleh pemikir-pemikir Pendidikan Moral. Mereka mengatakan bahawa
dalam prinsip alturisme ini, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan
orang lain terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut
akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas
kasihan, simpati, memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang
lain. Di samping itu, amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi
daripada kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Bak kata pepatah bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing. Lantarannya, melalui penerapan nilai ini dalam
kalangan anak murid dapat mewujudkan suasana masyarakat yang hormani.

Sebenarnya guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam
proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan
profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan
masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan
15

mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa
dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya
dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri
Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Guru juga berperanan besar membentuk anak
murid menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai dan jati diri yang tinggi serta bermoral.
Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para
guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi.
Selain itu, mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah
juga masyarakat. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilainilai
murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.

Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di
kalangan anak murid. Jika dilihat, kita telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran
dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh dilanggari.
Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi
mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara. Sikap
toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam
masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional. Prinsip utama seorang guru yang
cemerlang adalah ia mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik serta meneladani
adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu
menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah
kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu
pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan
memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan
ikhlas.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk
mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual,
rohani, emosi dan jasmani (JERI). Guru mengajarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini,
guru haruslah memastikan yang adab dan budi pekertinya adalah di tahap yang cemerlang.
Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat
sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Di samping itu, guru bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti
mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai murni yang perlu ada pada seorang
16

guru adalah sifat daya tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sifat yang demikian akan
menjadikan guru lebih bermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru seperti ini sentiasa berfikiran
Jika tidak boleh melalui satu pintu, saya akan keluar mengikut pintu lain atau saya buat
pintu lain. Sesuatu yang saya mahu akan jadi , sama ada dalam gelap atau dalam terang.
Sikap inilah yang boleh menjadikan martabat guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa
mengira jemu dan putus asa terutama dalam mendidik generasi akan datang.

Sementara itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama antara komuniti guru dan
anggota masyarakat dalam membentuk pelajar supaya mempunyai jati diri dan kaya
dengan nilai-nilai moral sejajar dengan Falsafah Pendidikan Malaysia iaitu Pendidikan di
Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan budaya ketimuran seperti
berbudi bahasa dan bersopan santun. Melalui subjek Pendidikan Moral, nilai-nilai ketimuran
dapat dipupuk kepada setiap anak murid awal-awal lagi. Ini juga amat berkait rapat dengan
hasrat kerajaan untuk menjadikan Budi Bahasa Budaya Kita yang boleh direalisasikan
melalui amalan nilai murni yang terkandung di dalam Pendidikan Moral. Untuk itu, peranan
Guru Pendidikan Moral adalah amat penting dalam melahirkan insan yang bermoral dan
berakhlak mulia.

Menurut modul Pendidikan Moral Tahun 4 telah menyatakan insan bermoral
merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral merujuk kepada individu
yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan
seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadap
perlakuan tersebut. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik
dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral
tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana
17

perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam
sesebuah masyarakat.

Di samping itu, insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni
berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal
dan mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi
faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai
murni yang diperoleh dalam pendidikan moral, sama ada secara formal atau tidak, akan
dapat mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi. Amalan nilai murni suatu
masyarakat itu bermula dari diri individu itu sendiri. Dengan perkataan lain, penaakulan
moral bagi seseorang individu itu adalah berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan
rasional yang mana penekanan utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan
bertindak atau menunjukkan tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima
dalam sesebuah masyarakat. Contohnya dengan memahami nilai-nilai seperti menghormati
ibu bapa, kasih sayang, mengenang jasa, baik hati dan semangat bermasyarakat, maka
pihak sekolah dan guru menggalakkan anak-anak murid menyertai aktiviti kesukarelaan di
pusat jagaan warga emas, membudayakan penglibatan warga emas dalam aktiviti sekolah
dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, nilai-nilai moral dapat dipupuk dan diperlihatkan
pada diri anak murid.

Nilai Yang Boleh Diterapkan Dalam Lawatan Ke Rumah Warga Emas
Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala
tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam
masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi
merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan
Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang
sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga
perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri
anak-anak mereka.

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak
mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan
agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta
18

orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka
akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-
nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk
masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat
membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Di
peringkat sekolah, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru,
akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif
luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri
Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di
bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang
berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi,
berfikiran luas serta positif.

Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk
mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan
pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang
kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi
role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan
lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan
seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah
dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri
mereka.
A) Menghormati dan Mengenang Budi Ibu Bapa dan Orang Tua
Amalan ini merupakan tanda menghargai golongan tua terutama sekali kedua ibu
bapa kita yang banyak berjasa dan berkorban demi mewujudkan keadaan hidup yang
bahagia dan selesa untuk seisi keluarga. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka
curahkan sejak kita dalam kandungan lagi itu begitu besar dan tidak ternilai harganya.
Kedua ibu bapa mencari nafkah, mengasuh dan mendidik kita sejak kecil sehingga
dewasa. Mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai
cabaran demi masa depan anak-anak dan keluarga. Malah dalam keadaan tertentu,
seorang ibu boleh menjaga dan mengasuh ramai anak. Tetapi mengapa sejak akhir-
19

akhir ini ramai anak sukar atau keberatan menjaga seorang ibu atau bapa yang sudah
berusia?

Lebih menyedihkan adalah perkembangan terkini menunjukkan bahawa sikap
mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua termasuk ibu bapa semakin banyak
berlaku dalam masyarakat. Ramai golongan tua yang terbiar dan tak kurang pula yang
dihantar ke rumah-rumah kebajikan. Malah terdapat anak yang sanggup mendera dan
mencederakan orang tuanya disebabkan wang atau harta.

Demi mengelakkan perkara ini berleluasa, maka berharaplah melalui lawatan kali
ini membolehkan anak murid mahupun para guru sendiri sentiasa mengingati bahawa
sebagai anak, kita perlu sedari mulai saat ini bahawa menghormati, mentaati dan
berbuat baik kepada orang tua terutama sekali kedua ibu bapa kita adalah amalan
yang wajib dan mulia yang harus berterusan. Menghormati dan berbuat baik kepada
mereka bukan setakat memberi wang ringgit semata-mata. Apa yang lebih utama dan
sewajarnya diberikan tumpuan ialah hubungan kasih sayang dan silaturahim yang erat
melalui penjagaan serta pemeliharaan yang sempurna dalam apa jua keadaan dan
suasananya. Ini perlu diambil berat memandangkan tempat terbaik bagi warga emas
atau ibu bapa yang telah tua adalah bersama keluarganya iaitu anak-
anaknya. Tambahan pula, anak-anak merupakan sumber penenang jiwa, kasih sayang
di samping merupakan orang yang terdekat dan sepatutnya membantu mereka dalam
keadaan-keadaan tertentu.

Di samping itu, anak harus sentiasa menghargai jasa ibu bapa mereka. Nilai
kesyukuran perlu ada pada setiap insan. Kata orang yang bijak pandai, orang yang
bersyukur ialah manusia yang bahagia kerana dapat menikmati segala kurniaan-
Nya. Rentetan daripada itu, setiap anak perlu menghargai segala nikmat yang
diperoleh. Mereka perlu mengenang jasa ibu bapa seperti peribahasa, hutang emas
boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Untuk berterima kasih kepada ibu bapa yang
mengasuh, membimbing dan mendidik kita, sebagai anak, kita harus taat dan hormat
kepada mereka. Ketika hari jadi ibu bapa, anak boleh membuat kad hari jadi kepada
mereka. Anak boleh membeli hadiah kepada ibu bapa dengan wang saku. Kad yang
berharga satu dua ringgit itu membawa makna yang tidak ternilai kepada penerima
kerana anak itu sedar akan kesusahan dan pengorbanan ibu bapa mereka. Ketika Hari
20

Bapa atau Hari Ibu, adik-beradik boleh menyediakan hidangan yang disukai oleh ibu
bapa untuk mengambil hati mereka dan berusaha membahagiakan mereka.

B) Keikhlasan Dalam Melakukan Kerja Amal
Kerja amal yang dilakukan oleh anak-anak murid dan para guru pada kali ini
merupakan tindakan yang ikhlas. Ia dilakukan secara sukarela kerana mengambil berat
terhadap kebajikan warga tua di situ. Ia turut berasaskan agama dan kepercayaan
untuk melakukan sesuatu yang baik dengan membantu dari segi tenaga, kewangan
dan kebendaan. Kerja amal merupakan suatu bentuk sokongan sosial yang amat
diperlukan dan dihargai oleh semua lapisan masyarakat pada bila-bila masa. Kami rasa
lebih seronok apabila dapat melakukan kerja seperti ini, apatah lagi melihat mereka
yang memerlukan juga gembira dengan kehadiran kami.

Kita tidak sepatutnya membiarkan ego kita atau sikap mementingkan diri sendiri
menghalang dari memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Jika hari ini kita
kedekut untuk memberi pertolongan, mungkin esok ketika kita betul-betul memerlukan
bantuan, tiada siapa yang sudi membantu kita. Sekiranya hari ini kita dengan ikhlas
menghulurkan bantuan, mungkin esok ramai yang akan menghulurkan tangan ketika
kita susah. Jadilah seorang yang prihatin terhadap situasi sekeliling. Jangan jadi seperti
enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Sekiranya kita menyedari
bahawa ada teman atau orang yang dalam kesusahan, biarlah kita terlebih dahulu yang
menawarkan bantuan. Ada orang yang malu untuk meminta bantuan dan mungkin juga
mereka tidak suka menyusahkan orang lain. Sekiranya kita sendiri yang menawarkan
diri untuk menolong, sudah tentu mereka akan berbesar hati. Berharaplah kita dapat
membantu orang yang memerlukan pertolongan kita dengan hati yang ikhlas.

C) Bekerjasama
Semangat kerjasama merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu
melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta
akan negara . Dengan itu, peranan sekolah amat penting dalam memupuk semangat
kerjasama kepada murid-murid di sekolah. Misalnya, melalui pengajaran dan
pembelajaran para guru boleh membimbing murid-murid tentang kepentingan semangat
bekerjasama. Keadaan ini dapat dilihat melalui lawatan kami ke rumah warga tua ini
baru-baru ini. Semangat bekerjasama ini telah diterapkan dalam kalangan anak-anak
21

murid dan para guru semasa membersihkan sekitar rumah orang tua bersama-sama. Di
samping itu, pelbagai aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah,
mengemas dan menceriakan bilik darjah, menghias sekolah dengan jalur gemilang
sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya juga dapat
diimplimentasikan. Hal ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia
melalui semangat bekerjasama yang diterapkan di peringkat sekolah ibarat melentur
buluh biarlah dari rebungnya membolehkan keharmonian masyarakat terbentuk.

Lantarannya, semangat bekerjasama bukan sahaja penting dalam mengekalkan
suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup
besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya
saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi
melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta
ke arah kegemilangan di puncak jagat.

D) Bertanggungjawab dan Prihatin Terhadap Warga Tua
Salah satu peranan yang prioriti anak untuk menjamin kebahagiaan keluarga adalah
bersahsiah mulia dan berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana tingkah laku anak yang
sopan dapat melegakan ibu bapa yang menghadapi pelbagai persaingan dalam kerjaya
mereka. Sehubungan dengan itu, setiap anak perlu sentiasa bertutur dengan lemah
lembut dan berhemah tinggi untuk melayani ibu bapa mereka. Kita tidak patut
bertengkar dengan adik-beradik sehingga merisaukan orang tua kita. Sebagai jantung
hati ibu bapa, anak hendaklah bersalam kepada orang tua dan mesti meminta
kebenaran daripada mereka sebelum membuat sesuatu keputusan. Kata-kata hikmat
harus sentiasa tertanam dalam bibir anak, seperti terima kasih, maafkan saya,
bolehkah saya, tolong dan lain-lain lagi. Segala penat lelah ibu bapa akan reda
ketika menghadapi anak mereka yang berperangai murni. Tegasnya, tingkah laku anak
yang berjati diri dan berbudi bahasa dapat meningkatkan keharmonian dalam rumah.
Maka, lawatan kami kali ini sedikit sebanyak telah memberi iktibar kepada anak-anak
murid dan para guru supaya bersopan santun dan prihatin terhadap ibu bapa yang kita
sayangi.

Selain itu, anak perlu mendukung tanggungjawab untuk meringankan beban ibu
bapa dengan melakukan kerja rumah tangga. Pada alaf baru yang sentiasa
22

berkompetitif, kebanyakan ibu telah bekerja di luar di samping memainkan peranan
sebagai suri rumah tangga. Senario ini menyebabkan mereka sentiasa menghadapi
lambakan kerja yang tidak pernah habis. Sebagai anak yang bertimbang rasa, kita juga
patut melakukan kerja-kerja rumah tangga untuk meringankan beban ibu yang
disayangi. Sebagai contoh, semasa melawat ke rumah warga tua ini, anak-anak murid
telah mempelajari melakukan kerja-kerja seperti menyapu rantai, mengelap tingkap,
mencuci longgang, membersihkan halaman rumah dan sebagainya. Semangat berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing harus diamalkan antara ahli keluarga. Dengan
demikian, anak yang sanggup melakukan kerja-kerja rumah tangga dapat meningkatkan
kualiti kesejahteraan keluarga.

Seterusnya, anak yang bertanggungjawab dan prihatin hendaklah berdisiplin dan
menjauhi kegiatan yang negatif. Sejak kebelakangan ini, ibu bapa sentiasa gelisah dan
risau akan anak mereka yang terlibat dalam pelbagai kemelut sosial seperti vandalisme,
melepak, merokok bahkan menagih dadah. Demi menjauhi kemelut sosial ini, ibu bapa
atau pihak sekolah boleh menggalakkan anak murid melakukan sesuatu yang boleh
membawa kebaikan kepada masyarakat misalnya dengan cara melawat ke rumah
orang tua dan rumah anak yatim piatu. Aktiviti ini dapat memupuk nilai kerjasama,
prihatin, sayang akan warga tua dan sebagainya. Paling penting ialah aktiviti sebegini
membolehkan anak murid dapat menggunakan masa dengan baik dan tidak terlibat
dalam kemelut sosial yang lain. Seandainya anak dapat mengamalkan prinsip yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan, mereka pasti dapat melepaskan diri
daripada kepompong sindrom sosial. Lantarannya, perselisihan dalam keluarga pasti
dapat diminimumkan.

Secara kesimpulan, anak memainkan peranan yang penting untuk
membahagiakan keluarga mereka. Anak yang bersopan, bertanggungjawab, berdisiplin,
rajin dan menghargai jasa ibu bapa dapat membahagiakan ahli keluarganya. Walau
bagaimanapun, setiap anggot keluarga perlu bermuafakat seperti peribasasa, bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat untuk mewujudkan institusi
kekeluargaan yang utuh dan sejahtera. Atas persefahaman dan kerjasama setiap
anggota keluarga, progaram Rumahku, Syurgaku dan Semakin Hari Semakin
Sayang baru dapat direalisasikan. Maka, berharaplah aktiviti melawat ke warga emas
dapat membuka minda anak-anak supaya melaksanakan tanggungjawab sebagai
23

seorang anak yang menghormati, sayang, bersopan, prihatin terhadap kedua ibu bapa
dan warga tua yang telah banyak berkorban atau berjasa kepada kita.

E) Memupuk Semangat Kesukarelaan
Menurut Kamus Dewan, sukarela bermakna dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-
paksa, tidak dikerah dan dengan rela hati. Manakala kesukarelaan membawa makna
sikap sukarela. Jadi, kesukarelaan dapat dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu
dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan niat yang ikhlas dan tidak
mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.
Dalam masyarakat tradisional, kesukarelaan antara lain dicerminkan konsep gotong-
royong, dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat penyayang dan prihatin, seperti
dalam kenduri-kendara, turun ke sawah, menguruskan sakit pening dan kematian,
memindahkan rumah dan sebagainya. Namun demikian, kesukarelaan telah
mengalami pengembangannya yang tersendiri. Kini, ia menyerlah dalam pelbagai
bentuk. Daripada kerja-kerja sukarela secara sendirian kepada secara kumpulan.
Daripada organisasi tidak formal kepada organisasi formal. Daripada peringkat
kampung hingga peringkat kebangsaan.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, aktiviti sukarelawan
membolehkan rakyat di negara ini mempromosikan sikap bertanggungjawab,
berdisiplin, bekerjasama, cintakan negara, prihatin kepada persekitaran, kerja secara
gotong-royong, kesederhanaan, bersopan-santun dan berbudi bahasa serta rendah
hati. Jadi, berharaplah melalui lawatan ini dapat memupuk semangat sukarelaan dalam
kalangan anak murid dan para guru dan seterusnya dapat meneruskan semangat ini
dalam apa jua keadaan yang memerlukan.
F) Kasih Sayang
Sebagai anak, kita haruslah mentaati ibu bapa dan menunjukkan kasih sayang kita
kepada mereka. Pada pandangan saya, cara yang paling penting untuk kita mentaati
ibu bapa ialah mencurahkan kasih sayang kita kepada ibu bapa sebagaimana mereka
pernah menumpahkan kasih sayang dan menatang kita bagai minyak yang penuh.
Sebagai contoh, kita bolehlah berbual-bual dengan ibu bapa, menghiburkan hati mereka
dan membawa mereka melancong ke luar negara. Walaupun sesetengah anak sibuk
dengan pekerjaan, tetapi sewajarnya mereka meluangkan masa untuk menemani ibu
24

bapa. Dengan berbuat demikian, kedua-dua ibu bapa akan berasa gembira dan tidak
berasa diabaikan oleh anak-anak. Keadaan ini boleh dilihat semasa kami melawat ke
Rumah Warga Emas Qi En. Warga tua di sana berasa begitu gembira atas kedatangan
kami. Mereka begitu berharap agar kami merupakan anak mereka sendiri. Mereka
begitu berharap supaya mereka dapat berbual-bual dengan kami. Selain itu, seseorang
anak juga perlu sentiasa mentaati dan mendengar kata dan arahan ibu bapa. Hal ini
kerana setiap kata-kata ataupun leteran ibu bapa kepada anak adalah untuk kebaikan.
Sebagai insan yang lebih banyak makan garam, pastinya mereka telah mengharungi
pelbagai cabaran yang belum kita tempohi. Perasaan orang tua sememangnya amat
sensitif. Mereka perlu dibelai dan sentiasa diberi perhatian. Cuba untuk menunaikan
setiap permintaan mereka tentu sekali dapat menggembirakan hati dan menyenangkan
perasaan mereka.

Kesimpulan
Daripada 26 juta rakyat Malaysia, tujuh peratus atau 1.75 juta adalah warga tua atau warga
emas. Mereka yang berumur 60 tahun ke atas dikategorikan sebagai warga emas.
Mengikut definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), warga emas adalah di
kalangan mereka berusia 65 tahun ke atas. Warga emas menjadi sebahagian aset penting
negara dan kehadiran mereka wajar dimanfaatkan. Kelebihan yang ada pada mereka ialah
mampu memberi sumbangan kepada agama dan negara, terutama membabitkan aspek
pembangunan diri, keluarga dan masyarakat. Di samping itu, pengalaman dan kepakaran
dimiliki oleh warga emas tidak ada nilainya walaupun kemungkinan dari segi teorinya.
Justeru, generasi muda jangan bersifat bongkak dan sombong apabila berdepan warga
emas.

Hormatilah warga tua sekarang kalau kita minta dihormati apabila kita menjadi tua
nanti. Hidup di dunia ini bagai satu roda yang berpusing kerana yang muda tidak akan
muda selama-lamanya. Oleh itu, golongan muda jangan alpa ketika meniti kehidupan pada
usia puncak yang menyeronokkan. Di tambah pula, warga emas dianggap aset penting
negara dan hakikat ini tidak boleh ditolak, sebaliknya perlu dimanfaatkan. Walaupun sudah
semakin berusia, sumbangan bagi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara
menerusi pengalaman, kepakaran serta kemampuan boleh terus dihulurkan. Ini adalah
kerana golongan ini memang kaya dengan pelbagai pengalaman yang diperoleh dan
dipupuk melalui pendidikan awal, hidup berkeluarga, berkerjaya dan bersosial.
25

Sememangnya perhatian terhadap warga emas adalah satu kewajipan yang tidak boleh
diabaikan, yang akan menjadikan kita sebagai orang yang mengenang budi; yang akan
menjadikan harapan sepanjang zaman. Tanpa mereka, hidup kita mungkin menjadi sia-sia
kerana restu dan reda mereka akan menjadi sebahagian keberkatan dan kerahmatan
Tuhan terhadap kita. Maka, dengan apa daya sekalipun kita hendaklah berusaha untuk
menjaga hati mereka di samping memberi bantuan moral dan kewangan. Hendaknya kita
melakukan yang terbaik untuk mereka ketika mereka melalui sisa-sisa hidup yang sedikit
berbaki itu. Biarlah kasih sayang yang dicurahkan kepada warga tua dirasai mereka
dengan sempurna. Jangan sesekali mengabaikan dan mensia-siakan mereka.

























26

TUGASAN 3
Konsep Sosialisasi
Menurut Kamus Dewan, Sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia dalam
masyarakat melalui pengalaman dan aktiviti. Sosiologi pula didefinisikan sebagai ilmu
kemasyarakatan iaitu ilmu mengenai sifat dan pertumbuhan masyarakat. Ia merujuk
kepada suatu bidang ilmu pengetahuan moden yang menghubungkan sosiologi dengan
masyarakat. Selain itu, sosialisasi juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mempelajari
peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Di samping
itu Ia juga merupakan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat. Konsep
sosialisasi mengkehendaki seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap,
kemahiran dan peranan yang dapat membentuk personalitinya dan menyatukannya ke
dalam kelompok masyarakat. Dengan erti kata lain, sosialisasi adalah sebuah proses
seumur hidup yang berkenaan dengan bagaimana individu mempelajari cara-cara hidup,
norma, dan nilai sosial yang terdapat dalam kelompoknya agar dapat berkembang menjadi
peribadi yang dapat diterima oleh kelompoknya. Menurut Charlotte Buhler misalnya
sosialisasi adalah proses individu-individu yang belajar dan menyesuaikan diri. Peter
Berger pula menyatakan bahawa sosialisasi adalah suatu proses di mana seseorang anak
belajar menjadi seseorang anggota yang mengambil bahagian dalam masyarakat.
Manakala Bruce J. Cohen pula menyimpulkan sosialisasi adalah proses manusia
mempelajari tata cara kehidupan dalam masyarakat.

Sosialisasi dapat dibahagikan kepada dua iaitu sosialisasi primer dan sosialisasi
sekunder;
Sosialisasi primer berlaku pada zaman awal kanak-kanak yang baru cuba mempelajari
konsep kendiri, personaliti, kemahiran, motor, penaakulan dan kemahiran bahasa. Di
peringkat ini, ibu bapa dan ahli keluarga perlu membentuk sahsiah yang betul kerana
pada usia ini, anak-anak mudah menerima dan mempelajari. Nilai-nilai positif ini yang
menentukan tingkahlakunya kelak dalam membuat pertimbangan. Sebagai contoh, sejak
Ahmad kecil, ibunya selalu mengajarkan bagaimana bersikap sopan santun kepada
orang yang lebih tua dan juga selalu mengajarkan dia menggunakan tangan kanan saat
makan dan menerima pemberian dari orang lain.
Sosialisasi sekunder pula berlaku di luar keluarga. Budaya dipindahkan kepada
individu oleh agen-agen seperti rakan sebaya, sekolah, media massa dan juga
27

persatuan. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baharu di suasana
yang baharu, dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Individu tersebut
perlu memilih peranan yang bersesuaian dengan dirinya. Individu haruslah dapat
membuat pertimbangan yang sesuai dengan suasana baharunya.
Sosialisasi represif merupakan suatu bentuk sosialisasi yang bakal membawa kepada
hukuman dan pemberian sesuatu ganjaran. Dalam sosialisasi ini, seseorang yang dapat
menuruti kemahuan dari orang lain akan mendapatkan ganjaran yang berbentuk
kebendaan mahupun bukan kebendaan. Sebaliknya, jika seseorang tersebut tidak dapat
menuruti kemahuan dari orang lain maka dia akan mendapatkan sesuatu hukuman.
Sebagai contoh, ibu ingin anaknya dapat hidup berdisiplin dan taat kepada aturan-aturan
yang telah ditetapkannya. Jika anak tersebut melanggar aturannya, ibu akan memarahi
bahkan memukul anaknya setiap kali tidak taat dan berdisiplin.

Tujuan Sosialisasi
Membentuk pola perilaku dan keperibadian individu berdasarkan nilai dan norma
sesuatu masyarakat.
Mewariskan nilai dan norma kepada generasi baharu.
Membantu individu untuk mengenal lingkungan sekitar (adaptasi)
Memberikan pengetahuan yang berhubungan dengan nilai dan norma yang harus
dipelajari, diinteralisasi serta dilakukan oleh individu.
Menjaga hubungan sosial yang ditunjukkan dengan adanya integrasi dalam masyarakat.
Mencegah terjadinya perilaku menyimpang yang akan dilakukan oleh seseorang atau
sebagai dasar pengendalian sosial.
Sekolah Sebagai Agen Sosialisasi Dalam Pembentukan Moral Dan Akhlak Murid
Sekolah atau dengan erti kata lain ialah tempat untuk mendapat pendidikan secara
formal. Pendidikan sekolah adalah bertujuan supaya anak-anak mempelajari sesuatu yang
baharu yang belum dipelajari dalam keluarga mahupun kelompok bermain seperti
kemampuan membaca, menulis dan menghitung. Pendidikan dianggap sebagai proses
membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif.
Sekolah juga ialah tempat untuk mendapat latihan untuk memberi kemahiran teknikal dan
kegiatan psikomotor. Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada
manusia, khasnya generasi muda, untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan
28

kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan
masyarakat dan kehidupan harian.

Maka fungsi sekolah sebagai medium sosialisasi antara lain adalah untuk mengenali
dan mengembangkan karakteristik diri (bakat, minat dan kemampuan), melestarikan
kebudayaan, merangsang peranan demokrasi melalui pengajaran keterampilan berbicara
dan pengembangan kemampuan berfikir kritis, kreatif, rasional dan objektif dan untuk
mengembangkan kemampuan menyesuaikan diri anak-anak.

Selain itu, di sekolah, guru bertanggungjawab mensosialisasikan muridnya. Guru
merupakan role model kepada murid-muridnya. Selain memberi pendidikan formal seperi
belajar membaca, menulis dan mengira, guru juga bertanggungjawab dalam membentuk
peribadi muridnya supaya menjadi insan yang sempurna dan terbaik. Guru perlu menjaga
tutur kata dan perilaku semasa berada dalam lingkungan muridnya supaya perilakunya
boleh diambil sebagi contoh yang terbaik. Ini adalah kerana pendidikan mementingkan
perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut nilai, norma dan
kehendak masyarakat. Justeru itu, pendidikan memainkan peranan dalam mengekalkan
corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial. Misalnya,
perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat
hormat-menghormati biasanya dipelajari di sekolah. Selain daripada mendidik berkaitan
dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru juga seharusnya
menerapkan norma dan nilai sosial yang baik kepada muridnya. Nilai yang diterapkan
diharapkan dapat membantu muridnya bersosialisasi dengan lebih baik dalam
masyarakatnya. Guru juga diibaratkan sebagai seorang ayah dan ibu di sekolah, justeru
guru yang cemerlang adalah guru yang mampu memberikan mutiara ilmu dan menjadi
contoh teladan yang baik untuk murid-muridnya serta mampu untuk membimbing muridnya
ke jalan yang direstui oleh norma masyarakat.

Sehubungan dengan itu, pendidikan di sekolah bukan hanya menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna
dan memetuhi peraturan masyarakat. Oleh itu, guru di sekolah perlu memainkan peranan
sebagai agen sosialisasi dengan membawa perkembangan kualiti sosial murid mengikut
arus perkembangan masa kini.
29

Kesimpulannya, sekolah sememangnya antara agen sosialisasi. Kewujudannya
pada hakikatnya memberikan faedah yang cukup banyak kepada masyarakat sekitarnya.
Perlu difahami, sekolah bukan hanya tempat menuntut ilmu, bahkan adalah satu institusi
yang mampu membentuk insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, dam berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara seperti apa yang tercakup dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) negara
kita.

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Tahun 2 Di Sekolah Jenis Kebangsaan
Era baru dalam pembentukan sahsiah golongan ini terpapar di hadapan mata kita. Era baru
sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnya bukan berubah
atau bertukar menjadi manusia yang aktif malah memaparkan model kerosakan dan
keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi sehingga mengancam masa depan Negara.
Di manakah silapnya? Salahkah para guru mengasuh dan mendidik benih-benih muda ini?
Atau adakah Dasar Pendidikan Negara tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran
amat berpengaruh dan berkesan sehingga dapat mengubah hala tuju dan pendirian serta
sikap para pelajar atau remaja kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan
menjadi sebab akibat menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan
jika tidak dibendung secepat mungkin.

Sistem pendidikan negara kita masih menekankan pendidkan moral, nilai dan aqidah
melalui Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam
pengajaran. Untuk menjayakan pendidikan moral dan nilai dalam sistem pendidikan negara
kita, setiap orang harus berusaha ke arah memperbaiki kerosakan dan keruntuhan akhlak
yang menjadi-jadi, di samping terus menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan
tuntutan agama. Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhan akhlak dan moral
masyarakat telah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan.

Dengan ini, Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah rendah misalannya ialah
satu program mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia
dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan
perlakuan moral. Ia memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan
30

kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni universal yang terdapat
dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat
satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini
membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan sosial terhadap segala
keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Antara prinsip utama yang telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan
yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial dalam Kurikulum Standard
Pendidikan Moral adalah seperti berikut;
Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;
Berpegang teguh pada ajaran agama;
Prihatin kepada alam sekitar;
Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
Bersemangat patriotik;
Menghormati hak asasi manusia; dan
Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan

Di samping itu, Pendidikan Moral sekolah rendah turut memberi peluang kepada murid
menguasai kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, berfikir secara kritis dan kreatif,
penyelesaian konflik, inovasi dan kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-
kemahiran ini akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
Ini membolehkan murid dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab
sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan
kebolehan menghadapi cabaran dan tekanan hidup dalam kalangan murid.

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah digubal mengikut tema dan
mengandungi enam (6) tema yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai
universal. Penggubalan tema ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan
persekitarannya. Rajah di bawah merupakan tema-tema yang digubal mengikut tahun;
31



Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri murid, nilai
yang sama diajar setiap tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun nilai itu
diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap
perkembangan dan kematangan murid. Nilai-nilai universal Kurikulum Standard Pendidikan
Moral Sekolah Rendah Tahun Dua adalah seperti jadual berikut;

Nilai-nilai Kandungan Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah
Tahun Dua
Kepercayaan
kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing
selaras dengan prinsip Rukun Negara.
Mematuhi amalan beribadat dalam keluarga
Baik hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain
dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.
Memberi bantuan kepada keluarga kembangan

Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna.
Melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga

Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
Mengamalkan budaya berterima kasih dalam keluarga

Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
Mengamalkan budi pekerti mulia sesama ahli keluarga
Diri Saya Tahun 1
Saya dan Keluarga Tahun 2
Saya dan Sekolah Tahun 3
Saya dan Jiran Tahun 4
Saya dan Masyarakat Tahun 5
Saya dan Negara Tahun 6
32

Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan
institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.
Menghormati ahli keluarga

Kasih sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang
lahir daripada hati yang ikhlas.
Menyayangi ahli keluarga

Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.
Menunjukkan sikap adil dalam keluarga

Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.
Mempertahankan maruah keluarga

Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.
Mengamalkan sikap jujur dalam keluarga

Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat
dalam melakukan sesuatu perkara.
Mengamalkan sikap rajin dalam keluarga

Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.
Melaksanakan tugas bersama-sama keluarga untu
kebaikan bersama

Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan
tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Mengamalkan sikap sederhana dalam keluarga

Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi
kesejahteraan hidup.
Mengamalkan sikap toleransi sesama ahli keluarga







33

Penambahbaikan Buku Teks Pendidikan Moral Tahun Dua Dalam Meningkatkan
Sosialisasi Sesama Kaum dan Antara Kaum
A) Memupuk Semangat Sukarelaan
Kerja sukarela umumnya ialah kegiatan atau usaha yang dilakukan dengan rela hati dan
ikhlas untuk masyarakat (atau orang lain) tanpa mengharapkan ganjaran wang atau
kebendaan. Kerja ini biasanya dijalankan pada waktu lapang, yakni di luar waktu kerja
rasmi seseorang. Dalam konteks masyarakat moden hari ini, kerja sukarela atau
kesukarelaan adalah digalakkan kerana dianggap penting untuk memupuk dan
mengembangkan nilai, amalan kerjasama dan perpaduan, demokrasi, hak-hak asasi
manusia dan keadilan sosial dalam masyarakat. Maka, nilai dan aktiviti sukarelaan
harus dilakukan dalam P&P Pendidikan Moral atau matapelajaran lain.

Oleh sebab pembangunan negara telah menyebabkan semangat sukarela di
kalangan masyarakat negara ini semakin terhakis berbanding semangat yang pernah
dimiliki oleh masyarakat dahulu, maka semangat sukarela ini perlu dipupuk semasa di
bangku sekolah rendah lagi. Sejak dari usia muda, sejak dari tadika mereka perlu
dididik dengan aspek budaya kesukarelaan, melakukan sesuatu tanpa mendapat
sebarang upah dan ganjaran, melakukan sesuatu tanpa perlu mendapat pengiktirafan
dan melakukan sesuatu kerana percaya bahawa perbuatan bantu-membantu sesama
manusia adalah perbuatan mulia dan amat terpuji. Ini adalah kerana semangat
sukarelawan atau tolong-menolong dalam kalangan masyarakat bukan hanya mampu
meringankan kesusahan golongan yang memerlukan, juga mengeratkan hubungan
antara masyarakat.

B) Pengajaran Di Zi Qui
Dalam Sukatan Pendidikan Moral sekolah rendah harus menitikberatkan bacaan yang
berunsurkan moral iaitu Di Zi Gui. Pengajaran Di Zi Gui ini telah diamalkan dengan
meluas di negara-negara lain seperti Taiwan, Cina, Hong Kong dan Singapura atas
keutuhannya dalam melahirkan modal insan yang unggul. Di Zi Gui merupakan satu
pedoman yang bertujuan menjadi murid dan manusia yang baik. Ia berdasarkan
kepada ajaran Confucius, iaitu seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat
terkenal. Beliau yakin bahawa pendidikan moral, perilaku luhur dan disiplin yang baik
adalah pola pendidikan dasar bagi anak-anak. Tujuan pendidikan Di Zi Gui ini adalah
34

untuk membentuk manusia yang utuh, sihat dari segi jasmani dan rohani serta
bermoral. Ia menegaskan pentingnya pendidikan rumah tangga dalam membentuk
etika dan norma kehidupan yang sihat dan baik bagi seseorang. Dengan ini,
pengajaran Di Zi Gui di sekolah adalah sesuai untuk membentuk modal insan yang
berakhlak mulia serta seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani seperti yang tertera di dalam FPK. Bukan setakat untuk menghafalkan
pengajaran Di Zi Gui malah perlu mengaplikasikannya dalam kalangan anak murid
melalui lakonan, bercerita, tontonan video yang berkaitan dan sebagainya. Dengan cara
ini, anak murid akan mengaplikasikan pengajaran ini dalam kehidupan hariannya.

C) Penerapan Nilai Budaya dan Agama Kaum Lain Melalui Program Silang Budaya
dan Silang Agama
Memandangkan negara kita merupakan masyarakat majmuk yang bersilang budaya
dan agama, jadi memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling
mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Prinsip hidup yang serupa itu
perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil lagi demi mengekalkan
keharmonian yang akhirnya membolehkan keamanan negara dikekalkan sepanjang
masa. Misalannya, aspek kebudayaan dan kemasyarakatan perlu dititikberatkan kerana
anak murid secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa, budaya
dan agama. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya atau khususnya
silang budaya dan silang agama, anak murid tidak akan mengenali jati diri masyarakat
lain. Maka timbullah isu-isu yang bersifat perkauman di sekolah.

Lantarannya, pembelajaran silang budaya atau silang agama berlandaskan integrasi
kaum harus diusahakan melalui P&P Pendidikan Moral dengan tujuan untuk
menerapkan dan menyemai nilai-nilai murni melalui pembelajaran unsur-unsur budaya
dan agam pelbagai kaum. Menerusi aktiviti perkongsian yang melibatkan ketiga-tiga
kaum ini, anak murid didapati lebih prihatin akan isu-isu berkaitan integrasi kaum.
Antara unsur-unsur budaya dan agama yang diketengahkan dalam aktiviti silang
budaya ini ialah pemakanan, adab sopan dan perayaan serta agama sesebuah
masyarakat. Natijahnya, anak-anak murid berpeluang untuk mengenali budaya dan
sistem kehidupan kaum yang berlainan.

35

Pengajaran dan pembelajaran silang budaya dijalankan semasa waktu Pendidikan
Moral atau Kurikulum. Antara persoalan yang boleh dikemuka dan dibincangkan dalam
aktiviti silang budaya dan silang agama adalah seperti berikut;
Tahukah anak murid tentang budaya dan agama sendiri, contohnya makan bersila
dalam majlis khas, pakaian yang sesuai semasa menghadiri upacara kematian, jari
yang betul memegang cawan dalam sesi meminum teh Cina dan kelebihan makan
beralaskan daun pisang? Apakah makanan tidak halal bagi setiap kaum?
Aspek budaya manakah yang boleh dianggap penting dan mengapa kita harus
mempertahankannya?
Mengapakah sikap bertoleransi diperlukan agar tidak menjadi punca bagi sebarang
perselisihan faham?
Integrasi kaum melalui aktiviti silang budaya dan silang agma amat penting bagi
menjamin kestabilan hidup yang harmoni. Setiap warganegara memainkan peranan
tertentu. Remaja sebagai pemangkin masa hadapan seharusnya dapat memainkan
peranan dan memberi sumbangan walaupun sekecil zarah dalam mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu. Hal ini demikian rupa kerana budaya adalah
sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek
moyang dan akan diwarisi pula oleh generasi akan datang.

D) Aktiviti Kerja Amal
Aktiviti kerja amal seperti melawat ke rumah orang tua, rumah anak yatim piatu, rumat
orang kurang upaya, bergotong royong membersihkan kampung, balai orang awam dan
sebagainya selain diajar secara teori dalam sukatan Pendidikan Moral, ia perlu
diaplikasikan dalam kehidupan harian anak murid sejak dari kecil lagi. Maka, guru
dengan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa harus mengadakan aktiviti di luar
sekolah dalam menjayakan program aktiviti kerja amal ini. Dengan membawa anak
murid melakukan aktiviti sebegini, mereka akan lebih memahami realiti hidup golongan
yang kurang bernasib baik berbanding dengan diri mereka. Lantarannya mereka akan
lebih menghargai apa yang mereka sedia ada.

E) Penambahan Cerita Yang Membawa Unsur Moral Dalam Buku Teks Sedia Ada
Memandangkan anak murid Tahun Dua masih berumar 7 hingga 8 tahun, maka cerita
yang menarik dapat memupuk minat mereka melalui proses P&P. Sekiranya hanya
36

ingin mengajarkan nilai moral melalui teori sahaja adalah tidak memadai. Anak murid
peringkat ini lebih aktif dan suka bercerita. Jadi, guru boleh menerapkan nilai moral
melalui teknik bercerita sama ada guru sendiri bercerita mahupun anak murid sendiri
bercerita untuk kawan-kawannya. Guru boleh bercerita kepada anak murid semasa
P&P dengan menggunakan cakear disk atau Internet. Teknik ini bukan sahaja dapat
menarik minat anak murid, bahkan dapat menerapkan nilai moral demi memupuk akhlak
yang mulia di kalangan mereka di samping dapat juga mengajarkan teknologi maklumat
kepada anak murid. Guru boleh mengajar dan menyuruh anak murid mencari dan
mendengar cerita yang bermoral melalui Internet.

Langkah-langkah Lain Demi Meningkatkan Sosialisasi Sesama Kaum Dan Antara
Kaum Melalui Pembentukan Moral dan Akhlak Dalam Kalangan Anak Murid
A) Pendekatan Langsung Melalui Pengajaran Pendidikan Islam dan Moral
Pendekatan langsung membabitkan pengajaran dua mata pelajaran yang khusus di
peringkat sekolah rendah dan menengah, yang bertumpu secara langsung terhadap
perkembangan moral, etika, akhlak dan pendidikan nilai, iaitu mata pelajaran Pendidikan
Islam bagi pelajar Islam dan Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam seperti apa yang
telah dijelaskan di atas.

B) Pendekatan Tidak Langsung
Pendekatan tak langsung membabitkan penggunaan mata pelajaran-mata pelajaran
dalam kurikulum sekolah sebagai alat untuk merealisasikan pendidikan nilai dan moral.
Sebagai contoh, pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah membekalkan peluang atau
sumber yang baik bagi pendidikan nilai dan moral. Para pelajar boleh mengenalpasti
dilema moral, penaakulan moral dan membuat keputusan moral dalam novel dan
penulisan sejarah. Pendekatan tak langsung adalah sebahagiannya berlandaskan
andaian bahawa pemahaman tentang manusia dan kemanusiaan memerlukan
perkembangan daya imaginasi dan intuisi yang membolehkan seseorang meningkatkan
kepekaan moral dan kepekaan intelektual. Satu kaedah yang dapat memupuk beberapa
nilai murni ialah pengajaran secara kooperatif. Pembelajaran ini bukan setakat pelajar
duduk dalam kumpulan kecil tetapi kumpulan itu ada semangat kekitaan yang mana
murid dapat bantu- membantu ahli kumpulan belajar dan meningkatkan prestasi sendiri
dan kumpulan.
37

C) Aktiviti Kokurikulum
Adalah dimaklumkan bahawa di sekolah masa kini terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum
seperti unit beruniform, persatuan dan kelab serta sukan permainan. Pada umumnya,
setiap hari Rabu akan dikhususkan untuk kegiatan kokurikulum dan semua murid Tahap
2 di sekolah rendah manakala semua pelajar di sekolah menengah adalah diwajibkan
terlibat. Begitu juga untuk guru, mereka perlu hadir ke sekolah pada hari kokurikulum ini.
Aktiviti ini perlu dijalankan dengan menarik. Apabila semua pelajar sudah senang hati
dan seronok, mereka tidak akan terfikir atau berpeluang untuk keluar ke tempat-tempat
awam. Dengan cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang meruntuhkan akhlak.

D) Sokongan daripada Pentadbir Sekolah
Untuk membentuk akhlak para pelajar, pihak pentadbir sekolah khasnya pengetua dan
guru besar harus memainkan peranan ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh
menekankannya dengan memberi ucapan mingguan di samping pengumuman yang lain.
Ucapan yang diberi hendaklah yang memberi penekanan kepada moral dan akhlak
murid. Dengan cara yang demikian, anak murid akan merasa mereka diberi perhatian.
Selain itu, program berbentuk pendidikan akhlak diadakan di sekolah atau di luar
sekolah contohnya kem motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat mereka seperti sukan,
nyanyian dan di samping itu diberi pendidikan moral dan agama.

E) Kepimpinan Kerohanian
Guru harus mempunyai corak kepimpinan ini kerana ia penting untuk membina sahsiah
murid. Kepimpinan kerohanian ialah kepimpinan yang menekankan soal-soal moral,
agama, ibadah, tingkahlaku yang baik, adab dan hubungan yang bersopan santun. Guru
perlu membina sikap toleransi antara kaum dan budaya dalam kepimpinan pendidikan
agar dapat membentuk budaya dinamik sekolah terutamanya keadaan sekolah yang
mempunyai murid dan guru berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Peranan
kepimpinan kerohanian amat penting dalam pembentukan watak dan sahsiah
seterusnya dapat membina kekuatan moral di kalangan murid dan guru. Tanpa agama
dan moral yang baik, pendidikan akan gagal membentuk warganegara yang mempunyai
asas-asas moral yang baik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.



38

F) Pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan
dengan meluas sebagai sesuatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan
pembelajaran dan sosialisasi. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran di
mana muridnya bekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil. Pembelajaran
koperatif sebenarnya membabitkan murid bekerja bersama untuk menyelesaikan
masalah secara berkongsi dan seterusnya membantu pelajar untuk mengembangkan
perasaan satu kumpulan dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan
saling menyokong situasi pembelajaran. Anak murid akan bekerja bersama-sama,
belajar untuk saling memberi dan menerima, bantu-membantu, berkongsi idea dan
mencari cara baharu bagi menyelesaikan masalah. Kaedah pembelajaran ini
memerlukan usaha guru melatih murid bekerja dalam kumpulan dengan betul, iaitu
bersikap mahu mendengar pendapat orang lain, memberi pengukuhan, menjadi
pemimpin atau ketua yang demokratik, membantu rakan sekumpulan dan berusaha
mendapat kejayaan.

Agen-agen Sosialisasi Lain
A) Keluarga
Keluarga intipati agen ssosialisasi yang paling rapat antara individu adalah meliputi
ayah, ibu, saudara kandung yang tinggal bersama dalam satu rumah. Menurut
Gertrudge Jaedar, keluarga merupakan agen sosialisasi yang paling awal kepada anak-
anak kerana anak-anak sentiasa berada dalam lingkungan keluarga terutamanya ibu
bapa mereka. Menurut George Herbert Mead, perkembangan kanak-kanak bermula
pada tahap yang mana anak-anak mula melakukan kegiatan meniru perilaku orang
terdekat meskipun perbuatan itu tidak sempurna.

B) Rakan Sebaya
Rakan sebaya ataupun teman sepermainan memainkan peranan penting dalam agen
sosialisasi. Ketika berada di luar rumah anak-anak akan mempunyai kawan-kawan untuk
bermain dan berkongsi pendapat. Rakan sebaya banyak memainkan peranan dalam
membentuk keperibadian seseorang individu. Dalam pergaulan, anak-anak akan
memperlajari peraturan yang mengatur peranan dan kedudukan seseorang dan
mepelajari nilai-nilai yang murni dalam masyarakat.

39

C) Kemajuan Teknologi Dan Media Massa
Kemajuan teknologi membuatkan semua maklumat berada di hujung jari manusia.
Kemajuan ini telah membuatkan manusia tidak ketinggalan dalam kemajuan dunia.
Dengan kemajuan teknologi maklumat ini juga anak-anak kita mampu belajar sesuatu
apabila melihat maklumat yang terkandung dalam internet. Media massa juga
merupakan agen sosialisasi anak-anak kerana kebanyakan rumah mempunyai
televisyen yang menyiarkan berbagai-bagai rancangan yang boleh membentuk perilaku
anak-anak. Kanak-kanak mudah belajar melalui pemerhatian. Menurut George Herbert
Mead, pada tahap meniru, kanakkanak akan meniru apa yang dilakukan oleh orang
dewasa dan apa yang dia lihat.

Kesimpulan
Pengajaran dan pemupukan nilai-nilai murni ke dalam diri murid merupakan tugas suci
(mission) sekolah sejak zaman berzaman. Sejak zaman dahulu, ahli-ahli pemikiran
tradisional tanpa merasa jemu telah membuat penegasan bahawa fungsi utama pendidikan
adalah ke arah membangun peribadi diri, khususnya aspekaspek yang berkaitan dengan
perkembangan moral dan akhlak. Di samping kepentingan peribadi, perwatakan dan
sahsiah guru yang menjadi role model kepada murid-murid yang memberi sumbangan
yang besar dalam menerapkan budaya moral dan akhlak yang baik, peranan Pendidikan
Moral dan Agama Islam itu sendiri juga tidak boleh dipertikaikan. Secara teori, kerangka
konseptual, matlamat dan organisasi kandungan, kurikulum Pendidikan Moral di Malaysia
adalah sesuatu yang ideal, lengkap dan sempurna. Pelaksanaan Pendidikan Moral
menuntut sekolah menyempurnakan dua tanggungjawab yang besar dan berat iaitu yang
pertama (1) sekolah terpaksa mengajar nilai-nilai murni kepada anak murid yang mana
nilai-nilai tersebut tidak diajar di rumah dan kedua (2) demi untuk menjamin proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan, sekolah mesti berperanan
sebagai caring moral communities yang boleh membantu kanak-kanak yang terabai dari
rumah agar mereka dapat dimotivasi dan dipupuk minat mereka kepada pelajaran, dapat
mengawal perasaan marah dan kecewa, serta dapat merasai bahawa diri mereka
sebenarnya masih disayangi dan berpotensi menjadi insan yang bertanggungjawab. Dalam
menjayakan pendidikan moral dan akhlak sepenuhnya, semua pihak mesti melakukan
reformasi terhadap diri masing-masing serta memandang ke hadapan dengan fikiran yang
terbuka dan positif, mengamalkan cara hidup yang bermoral, berhemah tinggi serta
40

sanggup menjadi model dalam masyarakat. Guru terutamanya amatlah penting
memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada
kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesion keguruan
yang bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Di
samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapat
merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta mencapai Wawasan 2020.







































41

BIBLIOGRAFI

Abd Rahman Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang:
Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

Ahmad b. Khamis (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi pengajian tinggi.
K. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah
(KSSR) Pendidikan Moral Tahun 2: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Eow Boon Hin, Khoo See Ling, You Hsueh Hwei dan Lim Lee Suan (2011). Pendidikan
Moral Tahun 2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina: Beh-Er Publicatian Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.

Koo, K. P. & Tang, C. Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI: Profesionalisme Keguruan Sekolah
Rendah: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.

http://replikamanusia.blogspot.com/2012/02/agen-sekunder-dan-agen-utama.html
http://ajisje.blogspot.com/2009/04/guru-sebagai-agen-pembentukan-akhlak.html
http://cikguskskr.blogspot.com/2012/08/pengenalanrakyat-malaysia-memang.html










42

LAMPIRAN
Murid dan Guru Masuk ke Rumah Emas Qi En



Rumah Warga Emas Qi En



Dapur / Ruang Makan Rumah Warga Emas Qi En




43

Ruang Melakukan Kerja Sampingan


Bilik Tidur



Anak Murid Membersihkan Ruang Tamu

44

Guru dan Anak Murid Membersihkan Pintu dan Tingkap Grill



Guru Membersihkan Almari dan Kipas





45

Guru dan Anak Murid Mengopek Ikan Bilis


Guru Memberi Sumbangan dan Kuih Bulan Untuk Warga Emas









46

Guru Bersembang dan Mendengar Kisah Warga Emas


Guru dan Anak Murid Membuat Persembahan Untuk Warga Emas


Guru Memberi Nasi Ayam dan Wang Saku Untuk Warga Emas

47

Bersiap Sedia Untuk Balik







Kenangan Manis Saya.
Lawatan Ini Telah Menceriakan Dan Menyenangkan
Hati Warga Emas
Berharaplah Pada Masa Akan Datang Dapat
Mengadakan Lawatan Yang Bermakna Ini Bersama
Anak Murid Saya Lagi
Senantiasa Mengingat Budi Dan Menghormati
Kedua Ibu Dan Bapa

48

KASIH IBU BAPA
Mari-mari kita sejenak mengingat
Kasih ibu bapa yang tiada terkira
Walaupun dirinya letih dan penat
Namun di wajahnya tetap bergembira

Cubalah bayangkan kasih ibu bapa
Yang mengasuh kita petang dan pagi
Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa
Setelah dewasa tak terkenang lagi

Wahai anak muda janganlah lupa
Taatlah kepada dua ibu bapa
Jangan, jangan, jangan anda menjadi
Anak yang derhaka pada ibu bapa

Balasan di dunia dah banyak terjadi
Berbagai derita yang datang menimpa
Bila ibu bapa dah dibawa pergi
Menuju pusara meninggalkan kita
Baginya permata tak berguna lagi
Selain doa dari anak yang bertakwa

Anda mungkin juga menyukai