Anda di halaman 1dari 4

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SK BLAU/SeKilau

UCAPAN PENTADBIR SeKilau

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Hari Kanak-kanak adalah acara tahunan yang disambut bagi menggalakkan kesedaran tentang isu-isu
yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia. Uniknya, setiap negara menyambutnya pada tarikh
yang berbeza, ada yang menyambutnya pada 1 Jun, ada yang menyambutnya pada 20 November
dan sebagainya.

Pengisytiharaan Hari Kanak-Kanak ini bermula daripada Persidangan Dunia Untuk


Kesejahteraan Kanak-kanak di Geneva, Switzerland pada tahu 1925. Bertitik tolak daripada
perhimpunan tersebut, 1 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Kanak-Kanak Sedunia. Walau
bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat mengapakah tarikh 1 Jun dipilih namun pada
masa kini, banyak negara yang menyambutnya pada tarikh yang berbeza.

Di sesetengah negara, sambutan ini disambut sebagai Minggu Kanak-kanak dan bukan hanya
Hari Kanak-kanak. Terdapat banyak versi Hari Kanak-kanak yang disambut oleh banyak negara di
dunia pada hari dan masa yang berbeza selama lebih dari seratus tahun yang lalu. Sejak 14 Disember
1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO mula mengisytiharkan 20 November sebagai
Hari Kanak-kanak Sedunia.

Ia juga adalah sambutan tahunan badan bukan kerajaan UNICEF. UNICEF mempunyai
mandat di peringkat dunia untuk mempromosi dan melindungi hak-hak kanak-kanak tidak kira di
mana sahaja kanak-kanak berada. Sempena hari istimewa ini, orang ramai harus menyambutnya
sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk
piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia.

Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959
bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari
untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia. Deklarasi Hak
Kanak-kanak adalah dokumen antarabangsa yang mengutarakan hak kanak-kanak. Pada asalnya
deklarasi ini dicadangkan oleh aktivis hak asasi manusia Eglantyne Jebb dan diterima pakai oleh Liga
Bangsa-Bangsa pada 1924.

Di bawah ini apa yang dinyatakan dalam dokumen tersebut:

1. Kanak-kanak mesti diberikan cara yang diperlukan untuk perkembangan normalnya, baik
dari segi material dan rohani.
2. Anak yang lapar harus diberi makan, anak yang sakit harus dirawati, anak yang mundur
harus dibantu, anak yang nakal harus dinasihati, dan anak yatim dan orang tua harus
diberikan perlindungan dan pertolongan.
3. Kanak-kanak mesti menjadi orang pertama yang menerima bantuan semasa kesusahan.
4. Kanak-kanak itu mesti diletakkan dalam kedudukan yang mesti dilindungi daripada sebarang
bentuk eksploitasi.
5. Kanak-kanak itu mesti dibesarkan dalam kesedaran bahawa bakatnya mesti ditumpukan
kepada perkhidmatan sesama manusia.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi merakamkan
terima kasih kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah Seliaan Unit Hal Ehwal Murid selaku
Urus Setia Induk Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat sekolah pada tahun ini. Terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung.

Buat anak-anak SeKilau yang ada di hadapan saya ini, tempuhilah zaman kanak-kanak anda
dengan pengalaman indah mencuba dan melakukan perkara-perkara yang membawa manfaat
kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Sentiasa beringat, dapatkanlah nasihat dan panduan
daripada ibu bapa, ahli keluarga dan mereka yang sesuai jika memerlukannya. Malu bertanya sesat
jalan.

Akhir kalam, saya mahu semua pihak termasuk semua kanak-kanak tahu dan sedar bahawa
setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk kehidupan, hak untuk perlindungan, hak untuk
penyertaan dan hak untuk perkembangan selari dengan Dasar Kanak-kanak Negara, Akta Kanak-
Kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).

Pergi ke sawah membawa peti


Peti berisi setangkai padi
Jadilah anak yang rendah budi
Pasti mengerti balas budi

Balik dari kota


Beli tudung saji
Baik tutur kata
Semua orang puji

Baju dicuci harus dibilas


Saat dijemur tidak boleh malas
Jadi murid tidak boleh malas
Harus kerjakan semua tugas

Main layang2 di tengah laman


Duduk sendiri di atas tikar
Saling sayang bersama teman
Saat bermain jangan bertengkar

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak


Peringkat Sekolah Kebangsaan Aring 2023. Saya sudahi dengan Wabillah hi taufik Wal Hidayah
Wassalam Mualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SEKIAN TERIMA KASIH.


UCAPAN WAKIL MURID
Yang dihormati
Tuan Pengerusi Majlis, Cikgu Azrizul bin Yaziz
Yang dihormati
En. Yusri bin Mohamad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Norazilla binti Othman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Zunaini binti Remali, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru yang berdedikasi dan rakan-rakan murid yang dikasihi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.

Saya Muhammad Shahrul Adam dari kelas 6 Gamma, selaku wakil murid, saya mengucapkan ribuan
terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis sambutan Hari Kanak-kanak
peringkat Sekolah Kebangsaan Aring bagi tahun 2023 ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Hari kanak-kanak amat besar maknanya kepada saya
dan rakan-rakan murid. Hal ini kerana alam kanak-kanak ini merupakan alam pertama bagi
kamicsebelum menempuh alam remaja dan dewasa. Tahukah rakan-rakan sekalian, hari kanak-
kanak adalah acara tahunan yang disambut bagi menggalakkan kesedaran tentang hak dan isu-isu
yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia.

Selain itu, Hari Kanak-kanak juga disambut sebagai tanda penghargaan orang dewasa
terhadap kita. Penghargaan ini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti kasih sayang, perhatian dan
hadiah. Oleh itu, sewajarnya penghargaan yang diberikan ini kita balas dengan berjanji untuk
menjadi kanak-kanak yang berjaya, bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia.

Hadirin yang dikasihi, dalam majlis ini, kami memohon kepada guru-guru agar dapat
mendoakan, mendorong dan menjadikan kami sebagai kanak-kanak yang berjaya dalam pelajaran
seterusnya sebagai insan yang berjaya di dunia juga akhirat. Kami memohon kepada guru-guru agar
mendidik kami dengan penuh kasih sayang.

Jika kami ada melakukan kesilapan, tegurlah kami seperti menegur anak sendiri. Pada
kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan berjanji untuk menjadi anak murid yang baik dan
berhemah tinggi. Segala teguran dan nasihat cikgu akan kami sematkan di dada. Kami juga berikrar
untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya menjadi insan yang berguna
kepada masyarakat dan negara. Sekian sahaja ucapan saya untuk kali ini. Sebelum saya
mengundurkan diri, terimalah serangkap pantun;

Kami ini kanak-kanak warisan,


Sebagai pengisi generasi cemerlang;
Baktimu guru dalam ingatan,
Menjadikan kami kanak-kanak gemilang.

Sekian, terima kasih

SEKALUNG PENGHARGAAN

Barisan Pentadbir Sekolah Kebangsaan Aring

Unit Hal Ehwal Murid SKA (HEM)

Unit Bimbingan dan Kaunseling SKA (UBK)

Persatuan Ibu bapa dan Guru

Seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Aring

TEMA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - MALAYSIA

2023 : “Memperkasakan Kanak-Kanak: Membina Masa Depan yang Lebih Baik”

2022 : “Keterangkuman dan Kepelbagaian, Untuk Setiap Kanak-Kanak”

2021 : “Anak Kita Masa Depan Kita”

2020 : “Bumi Lestari, Anak-Anak Kita Dilindungi”

Anda mungkin juga menyukai