Anda di halaman 1dari 2

Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Terima kasih pengacara majlis.

Yang berbahagia Pn.Sabariah Bt Shafiee, Guru Besar SK Brickfields 1,


Yang berusaha En Yakob Bin Saleh (Guru Penolong Kanan Pentadbiran),
En Faizal Bin Abd Rahman (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid),
Pn Shareena Bt Samsudin (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas),
Yang dihormati guru-guru,
Serta murid-murid yang diraikan sekalian.

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izin-nya dapat kita bersama-sama
berkumpul di pagi yang indah ini di majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SK
Brickfields 1 bagi tahun 2021.

Untuk pengetahuan murid-murid dan guru-guru semua, di Malaysia perayaan hari


kanak-kanak ini mula disambut pada 8 oktober 1959 sebaik sahaja Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan
meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai ‘Satu Hari Persaudaraan
Dunia dan Persefahaman dalam Kalangan Kanak-kanak’. Malaysia adalah antara 150
buah negara yang meraikan Hari Kanak-kanak setiap tahun.

Bagi membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan


kanak-kanak, SK Brickfields 1 juga turut serta meraikan Hari Kanak-kanak peringkat
sekolah.

Hadirin sekalian,

Antara objektif sambutan ini diadakan adalah untuk menghargai sumbangan dan
peranan kanak-kanak di sekolah serta mewujudkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak. Diharapkan dengan
adanya sambutan seperti ini, murid akan rasa diri mereka dihargai dan memberi
kesedaran kepada mereka bahawa mereka adalah sebahagian daripada aset sekolah
dan seterusnya akan menyangi sekolah. Secara tidak langsung juga, sambutan ini
boleh mengeratkan hubungan antara murid dan guru SK Brickfields 1.

Tuan-tuan, puan-puan serta murid-murid yang diraikan sekalian,

Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang sangat indah. Zaman kanak-kanak


jugalah proses pembelajaran berlaku dan zaman kanak-kanak jugalah untuk kita
membentuk dan memupuk mereka menjadi insan yang sempurna.  Bak kata pepatah
‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.  Golongan kanak-kanak merupakan
sebahagian besar dari masyarakat dan bertambah dari setahun ke setahun.  Sebagai
anggota masyarakat khususnya ibu bapa, wajarlah bagi kita mencorakkan masa depan
kanak-kanak seterusnya mewarnai masa depan negara.

Bagi mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada SK


Brickfields 1 kerana dapat merealisasikan sambutan pada hari ini.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, sukacitanya saya merasmikan majlis Sambutan


Hari Kanak-kanak peringkat Sekolah Kebangsaan Brickfields 1 bagi tahun 2021.

Sekian,
Wassalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai