Anda di halaman 1dari 16

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh.

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya majlis


sambutan ulang tahun yang ke 100 sekolah ini dapat diadakan dengan julung
kalinya. Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun merupakan salah satu sekolah
yang bukan asing lagi di daerah Seberang Perai Selatan dan juga di negeri
Pulau Pinang amnya. Ianya bertepatan juga sebagai pusat pendidikan yang
banyak melahirkan ramai insan yang cemerlang di Pulau Pinang dan
umumnya di Malaysia.

Menyingkap sejarah sekolah ini, sekolah ini ditubuhkan pada tahun


1917 dan kini genap 100 tahun dengan penubuhan dan pembangunan pesat yang tidak boleh kita
nafikan. Bermula dengan sebuah pondok yang serba kekurangan dan kini kita dapat melihat
perkembangan yang sangat memberansangkan dengan berdirinya sebuah bangunan yang mampu
menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah di daerah Seberang Perai Selatan.Ia sangat
bersesuaian dengan sambutan 100 tahun sekolah ini dengan kemajuan infrastruktur dan bidang
pendidikan yang dikecapi.

Sekolah ini telah melalui kepayahan, kesulitan dan kesungguhan orang-orang yang terdahulu
untuk melihat perkembangan pendidikan yang gemilang serta melahirkan insan-insan yang cemerlang.
Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya guru-
guru, pelajar, PIBG dan alumni Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun serta masyarakat setempat atas
perkembangan ini dalam melahirkan rakyat yang berkualiti untuk berbakti kepada negeri dan negara
kita.

Untuk membantu membangun dan memajukan masyarakat, kerajaan akan sentiasa berusaha
untuk menyediakan serta menyalurkan peruntukan yang sewajarnya bagi pembinaan kemudahan
pendidikan yang berterusan dalam usaha untuk mencapai pembelajaran abad ke 21. Dalam konteks ini,
kerajaan akan mengambil langkah berterusan agar Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 mencapai
hasratnya.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan
Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun atas sambutan ulang tahun 100 tahun sekolah ini. Semoga sekolah ini
akan terus berupaya melahirkan anak-anak yang berketrampilan, berilmu serta berkualiti yang akan
memimpin negara pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang Terutama


TUN DATO’ SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS
D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N.,
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

1
PERUTUSAN
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kerana diberi peluang untuk merakamkan sepatah dua kata di dalam
buku Sambutan 100 tahun SK Bukit Tambun.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, Sambutan 100 Tahun SK


Bukit Tambun berjaya diadakan mengikut perancangan. Sebagai pembuka kata , saya bagi pihak Jabatan
Pendidikan Negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak sekolah kerana
berjaya merancang sambutan 100 tahun ini. Sesungguhnya sumbangan tuan-tuan dan puan-puan dalam
menjayakan sambutan ini melambangkan kesungguhan terhadap Sambutan 100 Tahun ini. Manakala
segala penajaan dan sumbangan yang diberikan oleh semua pihak menunjukkan komitmen dan
kesungguhan pihak berkenaan terhadap sambutan ini.

Objektif sambutan ini membolehkan pihak pentadbiran dan kakitangan sekolah, alumni, PIBG,
mantan kakitangan sekolah serta masyarakat setempat dapat berkumpul semula untuk mengeratkan
silaturrahim, bertukar-tukar pendapat dan pengalaman sepanjang berada di sekolah ini. Memang benar
usia 100 tahun sekolah ini telah melahirkan ramai modal insan yang berjaya malah ada yang pernah
suatu ketika dulu datang ke sekolah ini sebagai murid, namun pada masa ini telah kembali sebagai guru
untuk menabur bakti kepada sekolah. Manfaatkan sepenuhnya peluang ini yang hanya hadir 100 tahun
sekali.

Sebagai penutup, saya ingin mengambil kesempatan dalam ruangan ini untuk merakamkan
jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa Sambutan 100 Tahun yang telah melaksanakan
tugas masing-masing dengan penuh komited tanpa mengenal penat lelah bagi merealisasikan Sambutan
100 Tahun ini berjaya. Ucapan yang sama turut ditujukan kepada pentadbiran sekolah, tetamu kehormat
, alumni dan mereka yang hadir untuk menjayakan Sambutan 100 tahun ini termasuk penaja dan
penyumbang.

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

2
PERUTUSAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Esa. Saya bersyukur yang tidak terhingga kerana masih
diberikan ruang dan peluang untuk melakar coretan sempena sambutan 100 tahun SKBT yang menjadi
kebanggaan semua warga sekolah ini. Kepada para pendidik dan anak-anak yang saya kasihi, semoga
anda semua sentiasa berada di bawah naungan-Nya dan dapat mengharungi arus pendidikan yang kian
menginjak ke hadapan pada satu tahap paradigma.

Warga SKBT yang saya kasihi, bersesuaian dengan tuntutan transformasi pendidikan masa ini,
kini sekolah kita turut mengalami perubahan dalam satu fasa baru selangkah ke hadapan. Ia merupakan
satu manifestasi bahawa kita semua sentiasa bekerja kuat dan gigih bagi memastikan kelangsungan
kecemerlangan sekolah kita.

Kepada para guru, PIBG SKBT, murid –murid, alumni dan pihak penaja yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung sekalung tahniah dan rantaiaan penghargaan saya berikan kerana berjaya
memimpin dan merealisasikan sambutan 100 tahun bagi sekolah yang tercinta ini. Sekolah kita semakin
menghampiri misi dan visi yang kita sasarkan. Diharapkan dengan ulang tahun penubuhan sekolah kita
yang ke 100 tahun, kita mampu untuk menjadi di antara sekolah gemilang di negeri Pulau Pinang. Kita
bukan sahaja ingin menjadikan anak-anak ini cemerlang akademik, tetapi juga cemerlang sahsiah,
cemerlang peribadi dan mempunyai jati diri yang utuh lagi kental untuk berhadapan dengan arus
globalisasi masa ini.

Tiada kata secantik bahasa untuk saya menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk
saya gambarkan perasaan. Dengan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, saya berdoa semoga
kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta
tanggungjawab kita dalam merealisasikan kejayaan anak didik semua dengan penuh ikhlas, iltizam dan
komitmen. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T - Amin

Sekian terima kasih

3
(ZAINI BIN MAHARUP)
Guru Besar
SK Bukit Tambun

PERUTUSAN
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Jutaan penghargaan terima kasih tidak memadai untuk saya ungkapkan atas komitmen
dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua pihak yang terbabit dalam merangka
serta melaksanakan segala bentuk perancangan yang telah dibuat bagi merealisasikan
hasrat yang gemilang dalam meraikan sambutan perayaan 100 tahun SKBT yang kita
cintai. Selaku PIBG yang sentiasa menyokong sebarang usaha pihak sekolah dalam
menterjemahkan hasrat kementerian dalam melahirkan bakat-bakat ilmuan terpelajar
bagi kepimpinan negara dimasa hadapan, namun ianya tidak mampu digerakkan
sekiranya kekukuhan landasan yang dibina tidak disokong oleh ALUMNI SKBT. Tempat
jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat kita membina dan mencipta kenangan, maka pulanglah sirih ke gagang.

Pemuafakatan antara ibu bapa, guru serta didokong oleh kesepakatan yang jitu daripada para ALUMNI SKBT
merupakan tunjang penting dalam usaha untuk merealisasikan kecemerlangan SKBT. Sepanjang 100 tahun yang
lalu, SKBT telah memberi peluang untuk kita membina kejayaan, sekarang adalah peluang untuk kita membantu
SKBT dalam melakar laluan kejayaan untuk warganya. Janganlah kita bertanya apa yang sekolah telah berikan
kepada kita sepanjang 100 tahun yang lalu, sebaliknya bertanyalah apakah yang kita mampu sumbangkan kepada
sekolah supaya sekolah sentiasa melakar laluan kejayan untuk 100 tahun yang akan datang. Kerjasama yang jitu
daripada pihak sekolah, warga PIBG serta ALUMNI SKBT akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam
pembentukan kejayaan sekolah ini sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Semoga dengan sambutan
100 tahun ini ianya menjadi langkah permulaan bagi memastikan bahawa sirih benar-benar pulang ke gagangnya.

Sekalung ucapan tahniah dan jutaan penghargaan kepada seluruh warga kerja sambutan perayaan 100 tahun SKBT
yang terdiri daripada seluruh warga staf SKBT, AJK PIBG dan wakil-wakil ALUMNI serta agensi-agensi kerajaan yang
terlibat dalam menterjemahkan peribahasa berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Ianya sudah tentu bukan
sahaja pengorbanan tenaga, malah pengorbanan masa dan wang ringgit dalam memastikan sambutan 100 tahun
SKBT ini menjadi realiti. Kepada penyumbang-penyumbang untuk dana dan hadiah daripada badan korporat, NGO,
parti politik, ALUMNI serta individu perseorangan, semoga sumbangan kalian diberkati dan dilimpahi kemurahan
rezeki yang berganda. Justeru, saya menyeru agar kerjasama ini akan sentiasa berterusan dalam usaha untuk
menjadikan SKBT sebagai sebuah sekolah yang terhebat di Pulau Pinang dan Malaysia. Sudah tentu hasrat ini
diharap dapat disokong dan menjadi agenda utama oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dalam
merangka perancangan strategik bersepadu untuk SKBT. Semoga SKBT terus melakar kajayaan yang gemilang untuk
100 tahun akan datang.

Sekian, terima kasih.

4
(Professor Madya Dr Badrul Hisham Bin Yahaya)
Yang DiPertua PIBG SK Bukit Tambun

ATURCARA MAJLIS

08.00 pagi Pendaftaran Tetamu

08.30 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan

09.00 pagi Ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul
Rahman Bin Haji Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

09.30 pagi Nyanyian Lagu Negaraku


Nyanyian Lagu Negeri Pulau Pinang
Ucapan Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa

09.45 pagi Ucapan Guru Besar SK Bukit Tambun


Ucapan YDP PIBG
Ucapan Perasmian Oleh Yang di-Pertua Negeri

10.30 pagi Gimik Pelancaran


-Paluan Gong
-Menandatangani Plaque Sambutan 100 Tahun
-Memotong Kek
-Penyampaian Cenderahati
Jamuan makan
Persembahan Nasyid, Silat Dan Tarian

11.15 pagi Lawatan Yang di-Pertua Negeri Ke Tapak Pameran

11.30 pagi Yang di-Pertua Negeri meninggalkan majlis

12.00 tengahhari Makan Tengah Hari / Solat

2.30 petang Senamrobik Bersama Kementerian Belia Dan Sukan

3.30 petang Pertandingan Mewarna/ Gubahan/ Anyaman


Cabutan Bertuah

4.00 petang Penyampaian Hadiah Pertandingan


Cabutan Bertuah

4.30 petang Aktiviti Bergambar Alumni/ PIBG/ Pelajar/ Guru-guru & Staf SKBT

5.00 petang Bersurai

5
JAWATANKUASA INDUK
Penaung : EnZaini Bin Maharup(Guru Besar)
Penasihat : Prof. Madya Dr Badrul Hisham Bin Yahaya(YDP PIBG)
Pengerusi : Pn Nazariah Binti Jasman(PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi I : Pn Norlia Binti Mohd Shaari(PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En Mukthar Bin Abdullah(PK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Cik Rosnadia Binti Abd Rahman
Pen. Setiausaha : Pn Siti Aishah Binti Saidin
Bendahari : Pn Suzanariati Binti Abu Bakar

JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyelaras Program (Floor Manager)
Pn Nazariah Binti Jasman

AJK Surat Menyurat


Cik Rosnadia Binti Abd Rahman
Pn Siti Aishah Binti Saidin

AJK Protokol
Pn Suliati Binti Adnan
Cik Maizatul Munira Binti Md. Yusof
Pn Nor Azimah Binti Ismail
Pn Nor Baizura Binti Zainudin (PIBG)

AJK Tajaan/ Sponsor


Pn Mazlina Binti Mohamad
Pn Hjh Ruzaini Binti Abd Rashid
Pn Noorazura Binti Ramli
En Ihsan Bin Ishak (PIBG)
En Pn Norbaizura Binti Zainuddin (PIBG)
Pn Norhayati Binti Abdul Rahman (Alumni)

AJK Hebahan
Pn Suzanariati Binti Abu Bakar
En Ihsan Bin Ishak
Dr Imadudin Bin Johar

AJK Perhubungan Luar


En Nik Mohamad Anuar Bin Nik Marzuki
En Fathi Bin Mustafa

6
AJK Persiapan Pentas
Pn Suliati Binti Adnan
Pn Noorlida Binti Ahmad

AJK Buku Program


Cik Maizatul Munira Binti Md. Yusof
Pn Nor Azimah Binti Ismail

AJK Sambutan
Pn Noorlida Binti Ahmad
Pn Nurasyikin Binti Ahmad

AJK Makanan
Pn Azila Binti Abd Aziz
Pn Ruzaini Bin Abd Rashid

AJK Permainan
En Fathi Bin Mustafa
En Nik Mohamad Anuar Bin Nik Marzuki
Pn Siti Aishah Binti Wan Puteh (PIBG)

AJK Pertandingan
En Kesavan A/L Murugasan
Pn Nazimah Sal Binti Zabedin
Pn Nurasyikin Binti Ahmad
Pn Khairunnisa Binti Mahmad Bahri (PIBG)

AJK Persembahan
Pn Suliati Binti Adnan
Pn Suzanariati Binti Abu Bakar
Pn Nurizan Binti Hamzah

AJK Kebersihan
Pekerja Pembersihan
Semua Warga SKBT

AJK Persiapan Tempat


Pn Noraznita Binti Mhd Sapuan
Pn Azila Binti Abd Aziz
Pn Nurul Asnur Binti Kassim (PIBG)
Pn Noorazlina Binti Ismail (PIBG)

AJK Siaraya/ Disiplin


En Mazlan Bin Ishak
En Kesavan A/L Murugasan

AJK Pendaftaran/ Bunga Manggar


Pn Rohani Binti Saad
Cik Nur Asyikin Binti Abdullah

AJK Gerai Jualan & Cabutan Bertuah


Pn Nazimah Sal Binti Zabedin
Pn Ng Sock Wei
Pn Noorliana Binti Abd Rahim
7
Pn Norasiah Binti Darus (alumni)

AJK Penyediaan Galeri / Arkib


En. Mazlan Bin Ishak
Pn Mazlina Binti Mohamad
Pn Zalina Binti Mat
Pn Noorliana Binti Abd Rahim
Pn Raja Saidatul Ammeyzan Binti Raja Nor Ramli

AJK Keceriaan / Mural


Pn. Nurizan Binti Hamzah
Warga SKBT

AJK Pertunjukan Multimedia


Pn Raja Saidatul Ammeyzan Binti Raja Nor Ramli
Pn Zalina Binti Mat

AJK Jualan T-Shirt Dan Keychain


En. Mohd Faiz Bin Ihsan (alumni)

AJK Booth Bergambar


Pn. Suliati Binti Adnan
Pn Nurizan Binti Hamzah
Pn Nur Ummi Aqhma Binti Che Hassan

AJK Jurugambar/Dokumentasi
Pn Ng Sock Wei
Pn Rohani Binti Saad

AJK Bacaan Doa


En Nik Mohamad Anuar Bin Nik Marzuki

AJK Bacaan Yassin Dan Tahlil


En. Fathi Bin Mustafa

8
SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun ditubuhkan pada tahun 1917 dengan dikenali sebagai
Sekolah Melayu Bukit Tambun.Pada tahun 1926 sebuah bangunan kayu didirikan yang
mengandungi 4 buah bilik darjah.Ketika itu terdapat 70 orang murid dan 7 orang guru.

Bangunan sekolah lama pada tahun 1926.

Tandas yang digunakan pada tahun 1926

Pada tahun 1968 bilangan bilik darjah di tambah di bawah


bangunan sebanyak 3 bilik darjah, sebuah bilik guru dan
sebuah perpustakaan.Pentas sekolah turut dibina.Bilangan
murid turut bertambah seramai 183 orang murid dan 9 orang
guru. Sebahagian daripada bahan yang terdapat di dalam
perpustakaan pada masa itu.

9
Pada tahun berikutnya bilangan murid semakin bertambah kepada 245 orang dan terdiri
daripada pelbagai bilangan bangsa. Jalan masuk ke sekolah mula diturap dengan tar manakala
elektrik dan air dibekalkan. Sekolah ini seterusnya menyertai Rancangan Buku Hijau.

Pada tahun 1978 bangunan sekolah baru dibina ( Blok B ) mengandungi 6 bilik darjah , sebuah
bilik TV, sebuah bilik Guru Besar, pejabat, tandas guru dan tandas murid serta kantin. Bilangan
murid semakin bertambah seramai 276 dan 12 orang guru.

Bangunan blok B siap dibina pada 1978.

Bangunan blok lama telah diubahsuai dan


turut menempatkan perpustakaan sekolah.

10
Gambar pelajar pada 1994 ini menunjukkan bahawa bangunan lama masih digunapakai
sebagai bilik darjah dan perpustakaan pada tahun tersebut.

Kelihatan kantin dan padang sekolah (kini menjadi


tapak perhimpunan)

Gambar padang sekolah ini diambil sebelum


pra sekolah diwujudkan di sekolah ini.

11
TIADA MAKLUMAT 1917-1925

TIADA MAKLUMAT 1926-1929

DAUD BIN HAJI SALLEH 1930-1934


SENARAIOTHMAN
GURUBIN
BESAR SEKOLAH
KARIM (OTHMAN KEBANGSAAN
PAKIR) 1935-1939BUKIT TAMBUN

DARUS BIN AKIL 1940-1941

AHMAD BIN MAN 1941-1945

YAHAYA BIN CHIK 1946-1950

ZAKARIA BIN DAUD 1951-1955

HARUN BIN MD WALI 1956-1960

ABDULLAH BIN SHARIF 1961-1965

ABDUL HAMID BIN DARUS 1966-1967

ISMAIL BIN SHARIF 1968-1977

AYOB BIN AHMAD 1978-1980

Y.M TENGKU ISMAIL BIN TENGKU DAIE 1980-1983

HJ. MOHD DESA BIN UDOH PJM 1983-1984

MOHD NOOR BIN SAMAN 1984-1986

ELLIAS BIN ABDULLAH 1986-1988

ABD. RAHIM BIN MD NOOR 1988-1994

HUSSAIN BIN ABD.RAHIM 1994-1998

SAIDIN BIN HUSSAIN 1998-2002

ABDUL NASIR BIN JAMALUDIN 2002- 2006

SAADIAH BT HASSAN 2006-2010

JAMILAH BINTI HARUN 2010- 2013

SARIMAH BT JAB 2013- 2016


12
ZAINI BIN MAHARUP 2016- KINI
PENCAPAIAN SEKOLAH

BIL PERTANDINGAN PENCAPAIAN TAHUN


1. Tokoh Kanak-Kanak - 1984
2. Pesta Muzik Tarian Sekolah-Sekolah Johan 1985
Daerah Selatan
3. Pesta Muzik Koir Sekolah-Sekolah Naib Johan 1987
Daerah Selatan
4. Pesta Muzik Tarian Sekolah-Sekolah Naib Johan 1988
Daerah Selatan
5. Pertunjukan Pancaragam Sekolah- Cenderamata 1988
Sekolah
6. Pesta Muzik Tarian Sekolah-Sekolah Cemerlang 1996
Daerah Selatan
7. Pesta Muzik Tarian Sekolah-Sekolah Cemerlang 1997
Daerah Selatan
8. Kejohanan Olahraga MSSPP Naib Johan 1998
9. Pertandingan Ragbi Sentuh Johan 2001
Peringkat Zon
10. Pertandingan Ragbi Sentuh Kedua 2001
Peringkat Negeri
11. Pertandingan Bola Baling (P) Kedua 2001
Peringkat Zon
12. Anugerah Kunci Emas SPS Saguhati 2010
13. Pertandingan Bola Baling (L) Ketiga 2011
Peringkat Zon
14. Spelling Competition (Koakademik) Ketiga 2012
15. Anugerah Kecemerlangan Program Naib Johan 2012
Kendiri (Kategori Kantin Sekolah
Rendah)
16. Anugerah Pengisian Program Naib Johan 2013
Cemerlang Peringkat Zon
17. Pertandingan Tandas Bersih Johan 2014
Kategori Sekolah Rendah Peringkat
Daerah
18. Pertandingan Tarian Integrasi Naib Johan 2014
(RIMUP)
19. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Ketiga 2014
Daerah Selatan
20. Anugerah Sekolah Hijau Pemenang 2016

13
21. Innovation Design Research Anugerah Perak 2017
International Symposium (IDRIS)
Peringkat Antarabangsa
22. Karnival Pendidikan Sains Dan Anugerah Perak 2017
Teknologi Peringkat Negeri
23. Anugerah Kitar Semula F&N Kelima 2017
Peringkat Negeri
24. Pertandingan Bercerita Tahap 2 Kedua 2017
25. Pertandingan Bercerita Tahap 1 Ketiga 2017
Peringkat Zon

PENGHARGAAN

Ahli Jawatankuasa

PROGRAM SAMBUTAN 100 TAHUN


MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN
TERIMA KASIH KEPADA:
PDC NUSABINA SDN BHD, DR. MOHAMED ALI, PLUS HIGHWAY,
IBRAHIM CATERING, BESTVIEW ENTERPRISE, PERMATA
MANAGEMENT, JAMU SUSUK DARA, KEDAI EMAS WARISAN,
SYARIKAT CHICK WHOLESALE, PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU
KAWAN, KETUA WANITA UMNO CAWANGAN BUKIT TAMBUN,

KEDAI EMAS SIMPANG AMPAT,MATA AIR STATIONARY, SYARIKAT


TEOH, JKK BUKIT TAMBUN, KEDAI EMAS SK SERAI,BANK
SIMPANAN NASIONAL, QA TACKLE ENTERPRISE, ANEKA
GENERATION ENTERPRISE, ZUL BENGKEL BESI, JKKP KEPALA
BUKIT BUKIT TAMBUN, AGRO BANK, KEDAI ATAP BATU KAWAN(NA
SAKAN), LEEPEST CARE & CONTROL,

AHLI PIBG SK BUKIT TAMBUN, ALUMNI MURID SK BUKIT TAMBUN,


ALUMNI GURU SK BUKIT TAMBUN

14
Serta semua pihak yang telah memberi kerjasama, sokongan dan sumbangan secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga jasa baik semua pihak mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH S.W.T.

InshaAllah.

Terima kasih

KERJASAMA

15
AUTOGRAF

16

Anda mungkin juga menyukai