Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PENGELOLA, KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS MSSD Petaling Perdana

Terima kasih saudari pengacara majlis……

1. Yang berbahagia, Tuan MUSA BIN ISMAIL Timbalan PPD Sektor Perancangan, PPD PP

2. Yang Berusaha, En MOHD NASUHA BIN SEMSURI, Penolong PPD Unit Bakat Murid Pembangunan, Sektor Pembangunan Murid
(SPM)

3. Yang berusaha, En MOHD HARIS BIN RAHMAT Penolong PPD Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran, PPD PP

Yang berusaha, Pegawai-pegawai PPD PP

Pengetua-pengetua dan Guru Besar, Para Jemputan serta Para Hadirin Sekalian

4. Assalamualaikum WBT

5. Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kpd Allah SWT kerana dengan izin serta limpah RahmatNya kita dapat berhimpun di
Taman Botani Negara dalam Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS
MSSD PETALING PERDANA 2022

Pertamanya, Izinkan saya merakamkan rasa sukacita dan berbesar hati khusus kepada Tuan MUSA BIN ISMAIL, Timbalan PPD, Sektor
Perancangan, PPD PP atas kesudian tuan hadir bersama-sama memeriahkan majlis pada hari ini.

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada UNIT PENDIDIKAN KHAS kerana telah memberi peluang dan
kepercayaan kepada SMK TTDI Jaya sebagai pengelola pada tahun ini. Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Azahar Nor Arifin
bin Ahmad, Pengerusi Panitia Pendidikan Khas Petaling Perdana kerana banyak membantu kami dalam menguruskan keperluan dan
persiapan kejohanan pada kali ini.

Seterusnya saya ingin rakamkan ucapan Tahniah dan syabas kepada semua AJK Pelaksana yang telah memberi sepenuh komitmen
dalam memastikan kejohanan terlaksana dengan tersusun, teratur dan sempurna. Kerana walaupun menempuhi banyak cabaran,
dengan usaha yang padu serta kegigihan AJK pelaksana, kejohanan ini telah berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Syabas AJK
pelaksana.

Akhir kata, saya bagi pihak kejohanan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih khususnya kepada pihak TAMAN
BOTANI NEGARA, semua Jabatan/agensi yang terlibat serta semua penyumbang, terima kasih daun keladi… InsyaAllah kita
bekerjasama lagi. Juga kpd semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.
Sesungguhnya Tanpa sokongan dan kerjasama semua pihak, pasti kejohanan ini tidak dapat dijayakan.

Sekian dulu, saya sudahi dengan wabillahitaufiq….

Anda mungkin juga menyukai