Anda di halaman 1dari 4

SK KAMPUNG JAWA

JALAN KOTA RAJA


41000 KLANG

TEKS UCAPAN
GURU BESAR
HARI TAKLIMAT PRASEKOLAH
SESI 2019
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam
sejamtera.

Terima kasih pengacara majlis.

Alhamdulillah dengan izin dan keredhaan Allah S.W.T Hari


Taklmat Prasekolah sesi 2019 dapat kita adakan pada hari ini
dalam suasana yang ceria dan bermakna buat kita semua.
Saya mewakili seluruh warga SK Kampung Jawa mengalu-
alukan dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan ke majlis untuk mendaftar anak tuan-
tuan dan puan-puan sekalian. selamat datang

Hadirin yang dihormati sekalian,

Untuk pengetahuan semua, jumlah murid yang diterima


masuk adalah seramai 100 orang daripada jumlah permohonan
sebanyak ---------116 pemohon. Tuan-tuan dan puan-puan
adalah sangat bertuah kerana anak-anak tuan-tuan dan puan-
puan terpilih untuk ditawarkan tempat di prasekolah SK
Kampung Jawa. Adalah menjadi harapan kami agar tuan-tuan
dan puan-puan dapat memberi kerjasama kepada pihak
sekolah agar program pendidikan prasekolah di sekolah ini
berjalan lancar.
Pendidikan Prasekolah ini juga merupakan satu usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan kualiti
pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, adalah sangat penting pra
ibu bapa memberi tumpuan khusus kepada pendidikan awal
kanak-kanak ini. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada
pendidikan anak tersebut pada masa hadapan. Seperti pepatah
Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini
membawa pengertian yang amat jelas bahawa pendidikan awal
kanak-kanak memainkan peranan yang sangat penting dalam
perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak
sehingga pendidikan prasekolah ini telah dijadikan salah satu
sub NKRA dalam bidang pendidikan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Anak-anak kita adalah harapan dan masa depan kita.


Oleh itu, marilah kita bersama-sama menggunakan peluang
yang ada untuk saling bekerjasama dalam membimbing dan
mengajar anak-anak agar mereka berupaya menyiapkan dan
menyediakan diri untuk melangkah ke tahun satu, seterusnya
mampu bersaing secara sihat dalam alam persekolahan yang
lebih mencabar.

Dengan demikian, berbekalkan amanah yang


dipertanggunggjawabkan ini serta iringan doa dan harapan
semua ibu bapa dan guru-guru, saya amat yakin kita semua
mampu melahirkan anak-anak yang cemerlang bukan sahaja di
dunia tetapi juga di akhirat, inshaallah.

Pada hari ini juga, saya mengambil kesempatan ini untuk


merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
guru-guru, kakitangan dan ibu bapa sekalian, kesudian dan
kesediaan tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama-sama
hadir dalam majlis ini amat saya hargai dan sanjungi. Kepada
anak-anak, hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan
olehibu bapa dan balaslah jasa mereka dengan kejayaan suatu
masa nanti.

Anda mungkin juga menyukai