Anda di halaman 1dari 7

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Proses perkembangan dan pertumbuhan berlaku dalam keadaan yang salingberkait dan

meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku.Perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segikualiti mahupun kuantitit. Keseluruhan perubahan ini disebut sebagaipenyuburan.Konsep

pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kognitif (dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masake satu jangka masa yang lain contohnya seperti ketinggian dan berat badanseseorang dan juga perubahan dalam struktur dan fungsi seperti otot-otot saraf dan kalenjar. Manakala konsep perkembangan membawa maksud suatuperubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses yang melibatkan individumencapai tahap kematangan contohnya kemampuan seseorang menyebutperkataan mengikut peringkat umur dan juga seseorang yang cenderung kearahyang lebih baik dari segi pemikiran, kerohanian, moral dan sosial. Teori perkembangan manusia Kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah berbeza antara setiap individu,ini adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran dan baka. Berdasarkan faktor baka, corak perkembangan kanak-kanak diwarisi sejak kecil dan dikawal olehkod genetik daripada kedua ibubapa. Manakala faktor-faktor persekitaran yangmempengaruhi kanak-kanak adalah termasuk latar belakang keluarga, kesihatandan pemakanan, amalan asuhan kanak-kanak, status sosio-ekonomi sertapersekitaran sekolah.

Teori Perkembangan Arnold Gessell Menurut Gessell, faktor baka merupakan penggerak utama terhadapperkembangan individu. Perkembangan menurutnya berlaku secara dalamandan mengikut pola serata urutan tertentu yang dikawal oleh kematangan. Olehkerana perkembangan kanak-kanak ini sudah ditentukan oleh pola, maka tingkahlaku kanak-kanak adalah senang untuk diramal. Gessell juga mengutarakanbahawa setiap individu adalah unik dan seharusnya dihormati. Dengan ini kanak-kaka mestilah dibenarkan berkembang mengikut tahap perkembangan di manasetiap kanak-kanak itu mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri.Menurut teori perkembangan Arnold Gesell seseorang individu mampuberkembang mengikut tahap umur dari satu peringkat kesatu peringkat mengikutkadar perkembangan sendiri tanpa ada paksaan untuk mencapai perkembangantersebut. Ini kerana menurut Gesell proses perkembangan individu adalahdikawal oleh kematangan atau fisiologi, selagi kematangan fisiologi tidak dicapaiapa saja yang dilakukan tidak akan berjaya. Oleh yang demikian itu, seseorangguru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid mencapaipertumbuhan dan perkembangan yang optimum dan memahami bahawa setiapmurid perlu dibenarkan berkembang atau melakukan sesuatu mengikut kadar perkembangan mereka sendiri.Sehubungan itu untuk membantu murid mencapai tahap perkembanganynag optimum, guru mestilah mengetahui tahap perkembangan murid danmenghormati keupayaan dan keunikan setiap murid. Guru juga tidak bolehterlalu mendesak murid meakukan aktiviti yang sukar dan tidak bersesuaiandengan tahap perkembangan dan kematangannya. Guru juga harus mengetahui perkembangan yang menyuluruh setiapmurid, Dengan pengetahuan ini, barulah guru dapat menyediakan aktiviti danprogram yang berkesan untuk para pelajar seterusnya meningkatkan keyakinankanak- kanak ke arah yang lebih progresif. Sikap guru yang prihatin ini akandapat membantu murid mencapai tahap perkembangan dan pertumbuhan yangoptimum .

Teori Perkembangan Robert Havighust Havighust telah menggariskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah

berpaksikan kepada teori sosio budaya dan antrapologi. Beliau jugamenegaskan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Nilai dan institusi setiap sosio budaya ini akan melahirkanpersonaliti yang berbeza antara setiap individu.Havighust juga telah memperkenalkan tugas perkembangan

yangmerujuk kepada sesuatu tugas bermula dari awal kelahiran sampailah ke usiaremaja.Menurutnya setiap individu akan melalui perkembangan tugasan ini .Apabila berjaya melakukan tugasan ini kanak-kanak akan berasa gembira dansebaliknya apabila menemui kegagalan.Teori perkembangan yang dikemumukan ini amat penting untukmembantu meningkatkan tahap perkembangan dan

pertumbuhan murid ketahap yang optimum kerana melalui perkembangan tugasan Havighust ini gurudapat menyediakan objektif yang sesuai untuk aktiviti pengajaran danpembelajaran yang sesuai untuk membantu pelajar kearah tahap

perkembanganyang optimum. Guru juga haruslah menyediakan aktiviti yang bersesuaiandengan peringkat kanak-kanak seperti pada usia kanak-kanak murid ( 612tahun) murid lebih berminat pada aktiviti yang berbentuk permainan, lakonan dan lain-lain aktiviti yang dapat membentuk kreativiti. Dengan aktiviti sebeginimurid akan bergerak ke arah perkembangan dan pertumbuhan yang optimum.

KESIMPULAN Manusia dilahirkan dengan sifat semulajadi yang baik dan diibaratkan sebagaikain putih yang boleh dicorakkan mengikut kehendak pemiliknya. Oleh itumasing- masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan berhak untuk dikembangkan potensinya ke arah yang optima dan terus maju. Tahapperkembangan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti fizikal,kognitif, emosi dan sosial walaupun masing-masing melalui peringkatpertumbuhan yang sama.Setiap individu boleh dikembangkan potensinya mengikut kebolehan danbasebagaimana yang dinyatakan oleh Howard Gardner, manusia mempunyailapan jenis kecerdasan yang boleh dipertingkatkan iaitu kecerdasan verbal,logical, spatial, muzikal kinestatik,

intrapersonal, interpersonal, dan naturalis.Bagaimanapun terdapat juga factor-faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhandan perkembangan murid .Untuk membantu murid mencapai tahap perkembangan danpertumbuhan yang optimum, guru haruslah menyesuaikan kaedah pengajarandengan keupayaan dan kebolehan murid. Apabila guru mengetahui danmengenali keupayaan murid, beliau dapat mengaplikasi pelbagai kecerdasandalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapatmeningkatkan keyakinan pelajar seterusnya

mengembangkan potensi diri kearah perkembangan dan pertumbuhan yang optima. Umpamanya, guru bolehmelibatkan murid yang tergolong dalam kecerdasan logikal dengan aktiviti yangbercorak eksperimen untuk menguji idea-idea mereka di samping menyediakan ruang dan peralatan yang berkaitan untuk membangunkan kekuatan dankeupayaan murid.Penglibatan mengikut tahap kecerdasan ini dapat melahirkan pelajar yang berjaya mengikut kebolehannya tersendiri. Apabila keperluan setiapkepelbagaian kecerdasan ini dipenuhi dan dipraktikkan, murid akan bergerak ketahap perkembangan dan pertumbuhan yang optimum.Rasionalnya, manusia adalah makhluk yang amat unik dan amatberpotensi untuk dikembangkan tahap pertumbuhan dan perkembangannya.Sehubungan itu, apabila semua keperluan dan kepentingan dipenuhi ia akanberkembang dengan baik. Seterusnya menunjukkan keupayaan dan potensinyasebagai warga yang berguna untuk masyarakat, bangsa dan agama.

KAEDAH-KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEWUJUDKANIKLIM BILIK DARJAH YANG KONDUSIF Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan mewujudkan suasana yangkondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Yang dimaksudkan dengansuasana yang kondusif ialah rutin bilik darjah berjalan dengan lancar (bilik darjahbersih dan ceria, susun atur perabot tersusun dan kemas), disiplin kelasterkawal, peggunaan bahan atau sumber pengajaran dengan baik dan aktivitipengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan terkawal.Salah satu ciri guru yang baik dan efektif ialah guru yang berjayamengurus bilik darjah dengan baik. Peranan guru sebagai pengurus bilik darjahadalah berasaskan kepada empat eleman pengurusan iaitu merancang ( gurusebagai perancang ), mengelola ( guru sebagai pengelola), mengarah ( gurusebagai pengarah ) dan mengawal ( guru sebagai pengawal ).

Guru Sebagai Perancang Di dalam bilik darjah, guru berperanan penting sebagai perancang

bagimenggerakkan suasana bilik darjah yang kondusif. Guru perlu melihat dari aspekrutin harian, kutipan yuran, kehadiran dan lain-lain. Namun perkara pentingadalah yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran.Pengurusan bilik darjah melibatkan tujuh perkara : Objektif Bahan atau sumber Stategi/pendekatan/teknik Pemeringkatan isi Aktiviti Kemudahan dan susunan fizikal kelas Penilaian

Guru Sebagai Pensyarah Guru mestilah bertindak sebagai pensyarah dan menjadi pengarah kepadapelajarpelajarnya : Menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepertiberbincang (membentuk kumpulan, membuat laporan), menjawab soalan,mendengar, membaca, mengira dan menulis, serta membuat latihan. Menjalankan rutin harian bilik darjah seperti membersihkan kelas danmengatur barang yang ada. Mematuhi peraturan dan disiplin keluar masuk kelas, berbaris, ucapselamat, dan lain-lain lagi.

Guru Sebagai Pengawal Guru mengawal beberapa perkara bagi memastikan kelas sentiasa beradadalam suasana yang kondusif. Mereka akan mengawal : Mengawal aktiviti pengajaran dan pembelajaran. a.mengawal pelajar membuat demontrasi atau uji kaji supaya mengikutprosedur uji kaji yang sebenar. b. mengawal pelajar membuat kerja pertukangan.c.Mengawal pelajar dalam aktiviti berkumpulan.d.Mengawal perbincangan supaya tidak menyeleweng daripada tajukyang dibincang.e.Mengawal pergerakan pelajar.f.Mengawal perhatian pelajar melalui kedudukan guru, mimik muka,nada suara dan lain-lain lagi. Mengawal peraturan dan adab. Guru perlulah mengawal tingkah laku pelajar supaya tidak bertentangandengan peraturan sekolah amnya dan peraturan bilik darjah khususnya.Kawalan tingkah laku bukan bergantung pada dendaan sahaja. Malah ia juga terletak pada cara guru mendekati pelajar. Namun guru perlulahtegas dan adil.Setelah peranan guru telah jelas dan dapat di aplikasikan, maka kita lihat pulabilik darjah yang boleh memberikan suasana yang kondusif untuk memastikanpengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan baik.Terdapat beberapa jenis bilik darjah berdasarkan ciri dan fungsinya sepertibilik darjah tradisi, bilik darjah terbuka, bilik darjah bercantum, bilik darjahprasekolah, bilik darjah KBSR/KBSM, bilik darjah multimedia, bilik darjah khas mata pelajaran. Semua ini perlulah di satukan dalam mengikut keadaan agar pembelajaran dan pengajaran dapat di lakukan dengan kondusif

Anda mungkin juga menyukai