Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN A (Soalan Struktur / Respon Pendek)

1. Perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu


berkembang dan membesar, menyesuaikan diri dengan persekitaran dan berubah
melalui peredaran masa.
Berdasarkan pernyataan di atas, perincikan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak.

Contoh Jawapan

 Perubahan bersifat kualitatif dan perubahan ini adalah stabil, berlaku secara


teratur dan progresif dalam arah tertentu
 Perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan
melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu dan ditentukan oleh genetik dan
persekitaran
 Perubahan yang berlaku adalah berbeza bagi setiap individu
 Setiap perubahan yang berlaku akan mengikut pola dan urutan
 Dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti baka, persekitaran dan kesihatan
 Perkembangan fizikal adalah berperaturan dan dapat diramalkan
 Semua kanak-kanak mengalami corak perkembangan yang sama iaitu dari satu
peringkat ke peringkat yang seterusnya
 Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan seperti perkembangan
intelektual berlaku lebih cepat berbanding perkembangan fizikal

2. Ramai sarjana bidang psikologi pendidikan menyatakan bahawa pemikiran sebagai


aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Berdasarkan pernyataan di atas, kemukakan peranan yang boleh dimainkan oleh
guru untuk memastikan kemahiran berfikir aras tinggi dapat dilaksanakan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Contoh Jawapan:

 Memberi peluang pada murid untuk berbincang dan bertanya semasa


pembelajaran di bilik darjah bertujuan meningkatkan kemahiran inkuiri
 Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar
dapat menjana pemikiran murid
 Merancang soalan, tugasan serta aktiviti yang menuntut murid untuk berfikir
secara berterusan
 Mendorong murid memberi pandangan dan pendapat semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran
 Menggalakkan murid membuat penyelidikan dan inovasi secara terancang dan
berstruktur
 Memainkan peranan sebagai pemudahcara di dalam bilik darjah dengan
menggalakkan penyertaan murid secara aktif dalam semua aktiviti pembelajaran
 Memotivasikan murid sepanjang masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran secara aktifdi sepanjang masa PdP.
 Mengaplikasikan strategi pembelajaran berbentuk inkuiri, penyelesaian masalah,
penyelidikan dan pembelajaran berasaskan projek
 Mengemukakan soalan yang membolehkan murid mengaplikasi, menganalisa,
mensintesis dan menilai suatu maklumat berbanding sekadar menyatakan
semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari

3. Perspektif Behavioris menekankan aspek ganjaran dan hukuman sebagai kunci


dalam menentukan motivasi murid dalam bilik darjah.
Berdasarkan perspektif di atas, analisis tindakan dan usaha yang boleh dilaksanakan
oleh guru untuk meningkatkan motivasi murid dalam bilik darjah secara lebih efektif.

Contoh Jawapan:

 Menyediakan bahan pembelajaran mengikut kebolehan murid dan disusun


daripada mudah kepada kompleks
 Menggalakkan murid mengambil inisiatif untuk belajar sendiri
 Memberi galakan kebebasan belajar berasaskan minat murid agar mereka
sentiasa bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara
aktif
 Menyediakan pelbagai rangsangan yang menyeronokan dalam bilik darjah untuk
menarik minat murid terhadap aktiviti pembelajaran
 Memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi membolehkan murid
dapat mengalami suasana pembelajaran yang selesa.
 Memberi ganjaran dan peneguhan positif pada murid untuk meningkatkan tahap
motivasi secara berterusan
 Memberi peneguhan negatif pada murid sekiranya mempamerkan sesuatu
perlakuan yang tidak diingini dengan tujuan mengubah kelakuan dan bukan
sebagai balasan perlakuannya
 Memastikan kesediaan belajar di kalangan murid diambilkira dalam perancangan
dan pelaksanaan aktiviti
 Memperkukuhkan gerakbalas murid yang diingini melalui aktiviti pelazim dan
latihan berulang bagi meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid
BAHAGIAN B (Soalan Esei)

1. Ahli psikologi menyatakan bahawa persekitaraan ialah kuasa luaran yang boleh
mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Faktor persekitaraan dalam
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan ini boleh dilihat sebelum kelahiran
(prenatal ) dan selepas kelahiran ( posnatal ).
Berdasarkan kepada pernyataan di atas, bandingkan faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak sebelum kelahiran (prenatal) dan
selepas kelahiran (posnatal).

Contoh Jawapan:

Faktor-faktor yang mempengaruhi sebelum kelahiran ( prenatal )

 Pemakanan ibu. Ibu yang sedang hamil harus mematuhi piramid pemakanan
yang mengandungi gizi yang seimbang bagi menjamin pertumbuhan dan
perkembangan bayi yang sihat.
 Kesihatan ibu memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesihatan
bayi.
 Gaya hidup sihat seorang ibu. Mengelakkan diri daripada mengambil dadah,
merokok dan meminum minuman keras.
 Umur ibu yang sesuai untuk melahirkan anak yang sihat. Ibu muda atau sudah
lanjut usia berisiko tinggi melahirkan anak Sindrom Down atau darjah kecerdasan
yang rendah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi selepas kelahiran ( posnatal )

 Pemakanan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak terutama pada jangka


masa tumbesaran.
 Keluarga dari segi gaya kepimpinan ibu bapa, kedudukan kanak-kanak di
keluarga, asuhan keluarga dan kesejahteraan keluarga
 Rakan sebaya penting dari segi interaksi sosial.
 Sekolah menyediakan suasana pembelajaran membantu perkembangan
sosioemosi kanak-kanak
 Media massa dari segi ledakan telekomunikasi memberi impak yang besar
terhadap perkembangan kanak-kanak.

2. Cikgu Maimunah seorang guru permulaan di sebuah sekolah, menyedari murid-


murid di kelas beliau memiliki aras kecerdasan yang berbeza di samping tahap
kebolehan yang berlainan. Perbezaan kebolehan individu yang amat ketara ini
menyebabkan beliau perlu sentiasa merancang dan melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara efektif.
Berdasarkan situasi di atas, bincangkan implikasi perbezaan individu terhadap
persediaan guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara lebih efektif.

Contoh Jawapan:

 Menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan,


main peranan, strategi berpusatkan murid dan sebagainya untuk melayan murid

3
yang berbeza dari aspek jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.
 Melaksanakan program pemulihan untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah untuk mengikuti aktiviti pembelajaran yang dirancang agar
mereka tidak ketinggalan dalam mencapai hasil pembelajaran.
 Melaksanakan program pengayaan bagi murid-murid yang cerdas supaya
mereka sentiasa aktif serta memastikan tahap keupayaan mereka sentiasa
dicabar.
 Mengambilkira aspek kesediaan belajar murid semasa merancang dan
melaksanakan aktiviti pembelajaran agar semua murid dapat terlibat dalam
proses pembelajaran secara menyeluruh.
 Merangka objektif pengajaran dan pembelajaran dengan mengambilkira
kesesuaian objektif dengan aras kebolehan murid misalnya menyediakan latihan
dan aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya
murid yang lambat tidak terus tercicir dan murid yang cerdas tidak merasa
bosan.
 Menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sesuai bagi menghadapi murid-
murid bermasalah di dalam pembelajaran terutamanya yang mempamerkan
tingkah laku disruptif atau destruktif.
.

Anda mungkin juga menyukai