Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN PRA-SEKOLAH)

SEMESTER NOVEMBER 2019

KOHORT 47

KUMPULAN K47G1

PENSYARAH:PROF.DR.MOHD ZAIDI BIN MOHD HAJAZI

NAMA NO MATRIKS

FARAH UMAIRAH BT ABDULLAH 3193000081


JAWAPAN BAHAGIAN A

1) Berdasarkan teori-teori sosiologi tersebut, bincangkan SATU (1) sahaja teori yang boleh
dikaitakan dengan permasalahan tingkah laku murid-murid mengikut kefahaman anda
.A)Teori Fungsionalisme B). Teori Konflik C). Teori Interaksionisme
Teori konflik ialah perspektif dalam sosiologi dan psikologi sosial yang menegaskan tafsiran
materialis sejarah, kaedah analisis dialektik, pendirian kritikal terhadap pengaturan sosial
yang sedia ada, dan program politik revolusi atau, sekurang-kurangnya, pembaharuan. Teori
konflik menarik perhatian kepada perbezaan kuasa, seperti konflik kelas, dan secara
umumnya menonjolkan ideologi dominan yang dominan. Oleh itu, ia merupakan analisis
peringkat makro masyarakat. Teori ini bertujuan untuk menganalisis asal usulnya suatu
kejadian terjadinya sebuah pelanggaran peraturan atau latar belakang seseorang yang
berperilaku menyimpang. Konflik disini menekankan sifat pluralistik dari masyarakat dan
ketidakseimbangan distribusi kekuasaan yang terjadi di antara berbagai kelompok, karena
kekuasaan yang dimiliki kelompok-kelompok elit maka kelompok-kelompok itu juga
memiliki kekuasaan untuk menciptakan peraturan, khususnya hukum yang bisa melayani
kepentingan-kepentingan mereka. “Konflik berasal dari kata kerja latin “Configere” yang
bererti ”saling memukul”. Secara sosiologi, konflik diertikan sebagai suatu proses sosial
antara dua orang atau lebih yang mana salah satu pihak berusaha menyingkirkan pihak lain
dengan cara menghancurkannya atau membuatnya tidak berdaya.

2) Huraikan DUA (2) cadangan bagaimana hubungan kekeluargaan dapat dieratkan diantara
ibu bapa dan anak-anak.
Pada pendapat saya cadangan mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak ialah Saling
bekerjasama antara ibu dan anak-anak.sebagai contoh, Salah satu tugasan harian yang boleh
dilakukan bersama keluarga adalah seperti mengemaskan rumah atau membasuh pakaian
bersama. Ibu bapa haruslah bijak dalam mengagihkan tugasan bersama. Apabila mereka
diberi peluang untuk melakukan tugasan ini kerana mereka berpeluang memainkan peranan
penting dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan. Ini dapat memupuk semangat
bertanggungjawab di kalangan anak-anak. Dengan melaksanakan aktiviti ini anak-anak dapat
belajar dan memahami kepentingan berkerjasama melalui agihan tugasan untuk memastikan
rumah sentiasa bersih dan terurus. Ini dapat memupukkan sikap bertanggungjawab anak-anak
dari peringkat awal untuk memainkan peranan penting dalam memastikan kebersihan rumah
sentiasa terurus. Apabila kesemua rutin diterapkan ke dalam rutin harian anak-anak akan
lebih memahami nilai dan kepentingan kerjasama sesama ahli keluarga. Seterusnya, cadangan
yang kedua ialah aktiviti menabung bersama.Sebagai contoh, mulakan tabung percutian
keluarga melalui tugasan-tugasan yang dilakukan sekeluarga. Pastikan setiap keluarga
mestilah turut sama dalam setiap pengagihan dan perancangan tugasan-tugasan sekeluarga.
Contohnya bila memasak, pasangan anda mencuci pinggan dan anak-anak membantu buang
sampah. Setiap tugasan yang diselesaikan akan menyumbang ke dalam tabung percutian
keluarga. Di samping memupuk nilai berjimat cermat, ia juga mengajar anak-anak untuk
lebih menghargai dan saling menyayangi antara satu sama lain.
3) Sebagai seorang guru kelas, cadangkan LIMA (5) langkah bagaimana dapat menyelesaikan
masalah ponteng kelas di kalangan murid-murid.
Terdapat lima langkah menyelesaikan masalah ponteng pertama ialah guru haruslah mengajar
dengan kaedah pengajaran yang menarik supaya murid-murid sentiasa menantikan waktu
pelajaran guru tersebut. Dengan itu pelajar tidak akan merasa bosan atau jemu untuk belajar,
bahkan mereka akan merasakan masa pembelajaran berlalu dengan begitu cepat bagi mata
pelajaran tersebut.Seterusnya guru yang bertanggungjawab ialah guru haruslah menunjukkan
salah satu sifat guru yang paling penting ialah menimbulkan minat pelajar terhadap sesuatu
mata pelajaran yang diajarkanya. Seseorang guru yang baik akan sentiasa mencari jalan bagi
membantu pelajar-pelajar memahami tentang isi pelajaran yang akan diajar. Guru yang dapat
membuatkan pelajar-pelajar memahami apa yang diajar tidak harus memberi kerja sekolah
yang terlampau banyak sehinggakan pelajar-pelajar tidak dapat menyiapkannya. Selain itu
pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) untuk
menangani masalah disiplin pelajar. Perjumpaan antara guru dan ibu bapa harus
dipertingkatkan. Guru-guru boleh berbincang dengan ibu bapa tentang masalah pelajar-
pelajar secara terbuka. Pelajar ponteng sekolah mungkin disebabkan peraturan sekolah yang
terlalu ketat. Pihak sekolah tidak boleh menghukum pelajar sesuka hati dan menyebabkan
pelajar berasa takut untuk hadir ke sekolah. Selain itu pihak sekolah juga boleh melancarkan
program motivasi untuk menyedarkan pelajar-pelajar tentang kesan buruk jika melakukan
perbuatan negatif seperti ponteng kelas.selain itu, Guru perlu bijak untuk menyusun strategi
agar suasana komunikasi antara guru dan murid dapat berlaku secara harmonis, saling bantu
membantu, hormat menghormati supaya tidak timbul sebarang masalah atau konflik.Akhir
sekali, guru haruslah dedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat mereka bagi
menggalakkan mereka hadir sekolah. Seharusnya pelajar-pelajar didedahkan dengan aktviti
ko-kurikulum seperti aktiviti bersukan dan kebudayaan. Ini boleh mengisi masa terluang
mereka disamping menghilangkan rasa bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Melalui
aktiviti-aktiviti tersebut pelajar-pelajar akan dapat mengurangkan tekanan kerana sepanjang
hari menghadap buku serta mengulangkaji pelajaran.

4) 4. Sekiranya anda sebagai seorang pengawas sekolah, jelaskan TIGA (3) cara bagaimana
anda boleh membantu dalam mengeratkan hubungan antara murid-murid yang berlainan
bangsa.
Terdapat tiga cara bagaimana anda boleh membantu dalam mengeratkan hubungan antara
murid-murid yang berlainan bangsa ialah Dari segi keagamaan dan kebudayaan Perbezaan
nilai dan agama setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang
berbeza.contohnya,jangan membandingkan agama mereka , dan boleh menyebabkan
perbalahan antara kaum dengan kaum. Setiap kaum mempunyai semangat yang menebal
terhadap kebudayaan mereka dan bahasa mereka. Mereka hanya ingin menggunakan bahasa
mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka kerana beranggapan jika terdapat
yang lain selain bangsa mereka.Seterusnya, dari segi sosial juga terdapat cabaran yang
menjadikan usaha pemupukan hubungan kaum.Mereka haruslah bercampur dan berinteraksi
sosial antara kaum.Ini boleh mengeratkan hubungan sesama kaum.Akhir sekali,semua kaum
haruslah tidak mengasingkan diri supaya mereka terlibat dengan aktiviti sekolah kerana dapat
mengeratkan hubungan sesama kaum melayu,cina,dan india.
5) Sebagai seorang pentadbir sekolah, bincangkan LIMA (5) cadangan dalam mengeratkan
hubungan di antara komuniti dan pihak sekolah.
Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada kekuatan sumber
manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah sahaja bahkanjuga melibatkan
komuniti setempat. Keadaan ini berlaku kerana pengurusan sekolah dan komuniti setempat
boleh saling bekerjasama untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Sekolah memperoleh
faedah berbentuk sokongan moral, bantuan kewangan dan sumbangan tenaga bakti daripada
komuniti. Manakala komuniti pula memperolehi faedah dari aspek peningkatan penguasaan
ilmu dalam kalangan anak-anak mereka.Antara cadangan dalam mengeratkan hubungan di
antara komuniti dan pihak sekolah ialah Komunikasi dua hala yang paling efektif untuk
mewujudkan kerjasama dan respon dari pihak ibu bapa. Komunikasi ini dapatdikekalkan
melalui PIBG, lawatan ibu bapa ke sekolah dan penyertaan dalam aktiviti sekolah.seterusnya,
terdapat empat prinsip yang dapat membantu para guru untuk memastikan hubungan ibu
bapa, guru dan komuniti lebih bermakna dari kajian yang dilakukan antaranya mengalu-
alukan kedatangan ibu bapa dan komuniti lain kesekolah , menerangkan pengurusan dan
perjalanan aktiviti di sekolah untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa dan penjaga
pelajar, sentiasa menerima ibu bapa, yang pelbagai sosiobudaya dan mengalu-alukan
sumbangan daripada ibu bapa, pengetahuan serta idea mereka dalam mendidik anak.Selain
itu juga,pihak sekolah dan komuniti ini secara bersama-sama boleh membawa kepelbagaian
pemikiran tersebut dan disesuaikan dengan minat murid-murid yang akhimya dapat
membantu proses pengajaran pembelajaran mereka. Hubungan Sekolah dan Komuniti
hendaklah mempunyai hala tuju untuk menghasilkan usaha bersama antara pihak sekolah dan
ibu bapa.Walhal,pihak pengurusan sekolah harus memainkan peranan sebagai morale builder
program designer and program coordinator dengan mengamalkan dasar pintu terbuka, seperti
menyediakan bilik pertemuan dengan ibu bapa, menyelaras mesyuarat dan bengkel dengan
ibu bapa, dan memberi sokongan kepada PIBG.Para guru boleh bertindak sebagai fasilitator,
kaunselor, penyelaras program dan sumber serta kawan kepada ibubapa. Kedua-dua pihak
guru dan ibu bapa hendaklah bersikap terbuka dalam usaha memperbaiki keputusan anak dan
murid-murid masing-masing.

6) Huraikan “Konsep sekolah sebagai sistem sosial”.


Sekolah dari segi Bahasa Latin: skhole, scola, scolae atau skhola yang memiliki arti: waktu
luang atau waktu senggang, dimana ketika itu sekolah adalah kegiatan di waktu luang bagi
anak-anak di tengah-tengah kegiatan utama mereka,iaitu bermain dan menghabiskan waktu
untuk menikmati masa anak-anak dan remaja. Menurut kultur sekolah,sekolah adalah sebuah
konsep yang mempunyai makna ganda. Pertama, sekolah bererti suatu bangunan atau
lingkungan fisik dengan segala perlengkapannya yang merupakan tempat untuk
menyelenggarakan proses pendidikan tertentu bagi kelompok manusia tertentu. Dengan
demikian, apabila kita mendengar perkataan “sekolah” maka yang terbayang adalah
lingkungan fisik seperti itu. Bayangan sekolah sebagai lingkungan fisik seperti itu diperkuat
dengan keseragaman relative mengenai bentuk bangunan dan perlengkapannya,sehingga
dapat dikatakan bahwa kondisi fisik sekolah-sekolah yang sejenis dan setingkat relative sama.
Kedua,sekolah berarti suatu proses atau kegiatan belajar mengajar.Jadi dalam hal ini sekolah
dipandang sebagai sebuah pranata untuk memenuhi kebutuhan khusus tertentu. Bisa juga
“sekolah”diartikan sebagai sebuah organisasi ,yaitu organiasi soSial yang mempunyai
struktur tertentu yang melibatkan sejumlah orang dengan tugas melaksanakan suatu fungsi
untuk memenuhi suatu kebutuhan. Sesungguhnya ketiga pengertian itu selalu
berdampingan,karena proses belajar berjalan dalam sebuah lokasi dan diselenggarakan oleh
organisasi yang mempunyai struktur dan tujuan tertentu. Penampilan keterpaduan antara
ketiga makna tersebut dipengaruhi oleh berbagai factor seperti jumlah,tingkat usia, serta
karakteristik lain yang menandai orang-orang yang terlibat didalamnya serta tujuan,program
kerja dan kegiatan yang dilaksanakan,lama waktu penyelenggaraan,dan pendekatan yang
digunakan. Akan tetapi diantara semuanya itu terdapat persamaan yaitu bahwa setiap
lembaga yang dinamakan sekolah berperan mengurusi manusia,bukan mengurusi benda-
benda mati. Sekolah dirancang untuki melaksanakan pembimbingan dalam sebagian
perkembangan hidup manusia. Sekoilah melanjutkan proses sosialisasi yang telah dilakukan
sebelumnya yaitu dalam keluarga dan lingkungan sekitar rumah tangga,dan menyiapkan anak
untuk memasuki tahapan hidup selanjutnya. Hal ini yang membedakan sekolah dari
organisasi lain yang mengurusi manusia adalah bahwa sekolah menghadapi kliennya dalam
bentuk kelompok,bukan sebagai individu seperti yang terjadi dirumah sakit terhadap
pasiennya atau di rumah penjara terhadap tahanan-tahanannya. Juga sekolah menetapkan
terlebih dahulu penerimaan klien dan pengeluaran mereka,sedangkan rumah sakit dan rumah
penjara tidak melakukannya.
BAHAGIAN B: SOALAN ESEI JAWAB DUA (2) SOALAN SAHAJA
1.A) Sebagai seorang pelajar sosiologi pendidikan, apakah pandangan anda tentang
kenyataan di atas?
Pada pendapat saya, murid dapat mendisiplinkan diri dan mereka dapat mengurangkan
masalah jenayah dan dapat menangani gejala buli di sekolah. Murid yang terbabit dalam
salah laku disiplin akan diberikan latihan berbentuk teori dan fizikal secara berterusan dengan
menggembling kepakaran serta kemahiran anggota tentera dan polis dalam pelaksanaan
aktivitinya.

2. B.) Menurut anda, kenal pasti DUA (2) sebab utama pelajar-pelajar menjadi pembuli ?
Dua sebab utama mereka menjadi pembuli ialah pengaruh rakan sebaya. Gejala ini dikatakan
berpunca daripada pengaruh rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan
rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Malah, ibu bapa dan guru tidak menjadi model dalam
kehidupan remaja kini.Mereka lebih percaya dengan rakan yang seusia untuk berkongsi
masalah. Pelajar yang bertubuh besar dan tegap suka membuli pelajar yang saiz tubuhnya
lebih kecil. Kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka
adalah sebaya. Selain itu,pengabaian ibu bapa terhadap anak-anak. Hal ini demikian kerana
pengabaian ibu bapa terhadap tanggungjawab mendidik anak-anak sehinggakan mendorong
mereka mencari kebebasan di luar rumah. Keadaan ini menyebabkan anak-anak mudah
memberontak, menghadapi tekanan perasaan dan berasa kurang mendapat perhatian. Tekanan
perasaan yang dialami oleh remaja disebabkan oleh desakan hidup seperti masalah kewangan,
penderaan, kebincangan institusi keluarga dan kesunyian hidup menyebabkan mereka
melepaskan tekanan perasaan dengan pelbagai cara seperti membuli rakan yang lain semata-
mata dengan niat melepaskan kemarahan terhadap ibu bapa mereka.

3.C) Pada pandangan anda, adakah menghantar pembuli mengikuti latihan polis dan tentera
dapat membantu menyelesaikan masalah buli di sekolah? Beri justifikasi anda dan
penyelesaian, jika ada.
Pandangan saya ,dengan adanya aktiviti ini pelajar lebih sedar dan takut melakukan
jenayah.Selain itu,program seperti sekolah angkat bersama PDRM juga bagus dipraktikkan
agar pelajar lebih berhati-hati melakukan tindakan.Terdapat juga program khas pemuliharaan
dan sesi taklimat secara bersemuka dengan banduan sendiri
4.D) Jika anda sebagai pentadbir sekolah, cadangkan DUA (2) strategi anda menangani
masalah buli di sekolah anda?
strategi menangani masalah buli di sekolah ialah sekolah perlu mempunyai peraturan yang
jelas berkaitan dengan buli.contohnya menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga
mengedarkan risalah antibuli kepada setiap murid untuk dibaca bersama dengan ibu
bapa.Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, beberapa petua
mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli
dan talian telefon atau alamat e-mel untuk melaporkan insiden buli. Mereka yang boleh
membuat laporan bukan sahaja mangsa tetapi juga saksi.Selain itu, perbincangan tentang buli
hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG. Bagi peringkat kelas pula, satu
peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli perlu dibentuk. Peraturan
tersebut hendaklah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku
buli (psikologi dan fizikal), dan apa hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor
melakukannya. Setiap murid diberikan senarai peraturan tersebut dan mereka hendaklah
menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan di dalam fail murid. Sebelum
itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan satu
perjanjian tingkah laku antara murid dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah. Dari semasa
ke semasa, guru hendaklah membincang tentang isu buli dengan murid.

5.E) Jika anda sebagai Menteri Pendidikan, bincangkan DUA (2) cadangan menangani isu
sekolah ‘hot’ spot’ seperti disebut dalam artikel di atas ?
Pada pendapat saya cadangan menangani isu sekolah ‘hot’ spot’ seperti disebut dalam artikel
di atas ialah mengadakan pelbagai program khusus membabitkan pelajar yang bermasalah
disiplin.contohnya memperkenalkan Program Remaja Berwawasan. pihak polis dan
Angkatan Tentera Malaysa (ATM) ditugaskan melatih pelajar berkaitan ketahanan mental,
kerohanian serta fizikal sepanjang mengikuti program berkenaan.

3) Setiap sekolah kerajaan mempunyai peraturan sama yang perlu dilaksanakan. Huraikan
LIMA (5) peraturan yang ada di sekolah dan jelaskan mengapa peraturan itu diadakan.
Terdapat lima peraturan yang ada di sekolah ialah peraturan am.contohnya Setiap murid
dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pelajaran dan mana-mana pihak berwajib yang ada hubungan dengan sekolah.Selain
itu,peraturan sekolah waktu hadir ke sekolah.Sebagai contoh,pada loceng yang pertama
dibunyikan (Pukul 7.10 pagi) pelajar-pelajar sesi pagi hendaklah berkumpul di tempat
perhimpunan / mana-mana tempat yang di arahkan oleh Pengetua/ Guru Penolong Kanan/
Guru Disiplin/ guru-guru bertugas mingguan.selain itu juga,peraturan waktu balik
sekolah.contohnya, Apabila loceng akhir berbunyi, pelajar hendaklah menutup suis/
menyimpan semua peralatan yang digunakan dengan arahan guru. Keluar berbaris di luar
kelas/ mana-mana bilik khas yang digunakan dengan arahan guru dengan tertib. Kemudian
berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu utama sekolah dengan tenang, bersopan dan
mengikut giliran.seterusnya,etika berpakaian rasmi dan kelengkapan sekolah.contohnya,bagi
pemakaian pelajar lelaki Seluar panjang berwarna hijau tua/ hijau lumut(Dark Olive).
dilarang memakai seluar ketat/ terlalu labuh/ besar/ berbentuk tirus/ lebar di bahagian bawah/
buku lali(Bell Bottom) dan ketat di bahagian peha/celah peha.Selanjutnya,kekemasan diri dan
kebersihan diri.contohnya,rambut pelajar lelaki tidak dibenarkan panjang.selanjutnya
sekali,khidmat penggunaan tandas.contohnya ialah pelajar dibenarkan ke tandas pada waktu-
waktu berikut, iaitu sebelum waktu pertama, pada waktu rehat dan selepas tamat belajar. Jika
ke tandas semasa waktu pengajaran dan pembelajaran, pelajar hendaklah menggunakan PAS
keluar kelas.Akhir sekali,pelajar perlu menjaga kebersihan,keselamatan dan
kesihatan(3k).Contohnya , Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan
pesekitaran/kawasan sekolah.oleh itu Pelan Pergerakan Kebakaran mesti dipamerkan di
semua tempat yang menjadi tumpuan seperti pejabat, bilik guru,bilik darjah,bilik-bilik khas
dan sebagainya.Patuhi arahan pergerakan dan berkumpul di tempat yang telah dikhaskan.

Anda mungkin juga menyukai