Anda di halaman 1dari 11

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASISKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pendidik atau guru adalah kerjanya mengajar (Kamus Dewan Edisi Empat, 2007), di mana secara asasnya guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajar di sekolah dengan ilmu pengetahuan. Guru juga adalah orang yang memberi inspirasi dan pengaruh melalui kepakaranya serta lebih mengenali pelajarnya. Dalam Bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris, yang bermaksud sebagai pengajar. Walau bagaimanapun dalam Islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai panggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Antara panggilan tersebut ialah alMuallim, al-Murabbi, al-Muaddib, al-Mursyid. Sebagai seorang guru, sayapun bertanggungjawap dan berperanan dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insane yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam apa-apa keadaan atau situasi dapat di sekolah tersebut. Contohnya, saya dapat ditempatkan untuk mengajar di sekolah kurang murid

Sekolah merupakan satu institusi yang membentuk ahlak seseorang pelajar dari setiap aspek mahupun akedemik dan juga sukan. Pendidikan di dalam sekolah merupakan satu proses yang asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara lansung merupakan saluran utama yang dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Sekolah memberi peluang kepada individu menerima pendidikan dan latihan. Situasi ini dapat membentuk individu secara tersusun hingga dapat menentukan individu secara tersusun hingga dapat menentukan individu itu berfikir secara kritikal dan berdaya kreatif. Kemampuan sekolah melatih individu bagi mencapai kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor, adalah satu usaha berterusan dalam memperkembangkan potensi seseorang. Di sinilah peluang individu melatih diri menguasai sesuatu kemahiran yang dapat dikembangkan dalam masyarakat pada suatu hari. Setiap pembelajaran yang diajar di dalam sekolah adalah merupakan langkah untuk memperkembangkan lagi potensi seseorang pelajar.

Sepanjang kajian saya di dalam pengalaman mengajar di sekolah ialah tentang peranan pihak pentadbiran sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-murid. Selain daripada itu, saya juga telah menjalankan kajian dalam aspek prasarana serta aspek program dan aktiviti yang dijalankan. Pihak pentadbiran sekolah telah menerapkan budaya-budaya yang positif dalam diri setiap muridmuridnya disamping memastikan dasar-dasar pendidikan negara dijalankan dengan baik. Budaya-budaya yang positif diterapkan di dalam setiap pelajar dengan pemberian dorongan dalam bentuk lisan dan juga melalui tulisan-tulisan dinding yang berunsurkan memberi semangat kepada para pelajar. Contoh kata-kata hikmah yang digunakan adalah seperti dispilin asas kejayaan, Usaha tangga kejayaan. Ini merupakan kata-kata yang memberangsangkan semangat setiap pelajar dan berupaya untuk memupuk nilai positif di dalam diri setiap pelajar.

Setiap

pihak

di

dalam

sekolah

berganding

bahu

dalam

memperkembangkan aspek intelek , jasmani , emosi dan sosial para pelajar. Dari segi intelek, ilmu itu dibekalkan secara berterusan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang diadakan setiap hari. Berdasarkan pemerhatian, proses P&P yang dijalankan adalah baik dan lancar. Setiap perkara yang diajar oleh guru disampaikan dengan cara yang berkesan dan pelajar dapat menerima apa yang hendak

disampaikan oleh guru dengan baik. Setiap pelajaran juga sentiasa menepati sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semasa proses pembelajaran dan pengajaran berjalan, selain daripada melakukan aktiviti mengajar guru juga sentiasa mempunyai tanggungjawab dalam membimbing serta mendorong pelajar tersebut dengan sentiasa memberikan kata semangat seperti jangan putus asa dan sentiasa berusaha. Selain itu, nilai-nilai murni sentiasa diterapkan kepada para pelajar. Mata pelajaran Moral serta agama diberi keutamaan oleh pihak pengurusan sekolah. Guru Penolong Kanan adalah orang yang kedua penting dalam sesebuah pentadbiran sekolah. Beliau juga memainkan peranan yang penting untuk

meningkatkan imej sekolah. Beliau bertanggungjawab dalam semua hal pentadbiran

dan beliau terpaksa menguruskan semua pentadbiran sekolah semasa ketiadaan Guru Besar. Dengan ini kita boleh mengatakan bahawa tugasan dan peranan Guru Penolong Kanan adalah agak berat jika dibandingkan dengan peranan Guru Besar sekolah.

Guru Penolong Kanan Kurikulum menjaga semua urusan yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran. Bagi meningkatkan aspek intelek murid, beliau sentiasa menganalisis, mengkaji menangani serta mengatasi masalah berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran. Beliau memastikan cara pengajaran guru dan bahan bahan bantu yang digunakan oleh guru memberi kesan yang positif kepada murid. Ini kerana, cara pengajaran guru yang menentukan perkembangan intelek seseorang murid. Beliau juga mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan bertindak segera untuk mengatasi masalah tersebut. Beliau juga berbincang dengan semua guru dan merancang strategi untuk meningkatkan kualiti peperiksaan. Dengan ini, murid dapat memperkembangkan intelek mereka dan juga boleh mengenalpasti dimanakah letaknya diri mereka dalam akademik. Beliau menyediakan peruntukan waktu pembelajaran mengikut mata pelajaran. Ini kerana jadual waktu juga boleh mempengaruhi perkembangan intelek seseorang murid. Beliau membuat pemantauan semasa guru mengajar di bilik darjah. Beliau menggalakkan guru menceriahkan bilik darjah untuk mewujudkan suasana

pembelajaran yang berkesan. Suasana pembelajaran juga boleh mempengaruhi intelek murid. Dengan ini, beliau mengadakan satu pertandingan keceriahan di antara kelas. Untuk memperkembangkan intelek murid, beliau juga memberi cadangan bahawa mengadakan pertandingan kuiz matematik, sains, moral dan sebaginya. Beliau juga berusha memperbanyakkan bahan bahan sumber pendidikan di sekolah serta mengkaji dan menilai buku tambahan yang digunakan oleh murid murid untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menjaga semua urusan yang berkaitan dengan perkembangan emosi, sosial dan rohani murid di sesebuah sekolah. Beliau sentiasa akan memerhatikan sikap para murid di sesebuah sekolah . Beliau akan berjumpa dengan murid yang mempunyai masalah disiplin dan bersedaya upaya untuk

menyelesaikan masalah mereka dan menyedarkan mereka. Beliau juga menyediakan ceramah ceramah moral dan agama kepada para pelajar supaya mereka dapat memperkembangkan aspek aspek ini.Semua Guru Penolong Kanan menjalankan peranan mereka dengan sempurna untuk memperkembangkan aspek aspek intelek, jasmani, rohani, sosial dan emosi setiap murid di sekolah.

Aktiviti yang diadakan adalah seperti minggu pendidikan Moral dan sebagainya. Melalui pemerhatian, murid-murid juga mempunyai nilai murni yang baik.Murid-murid sentiasa memberi salam serta senyuman walaupun mereka tidak mengenali saya. Nilainilai murni yang dapat dilihat pada pelajar sekolah tersebut ialah beratur semasa membeli makanan, prihatin dalam penggunaaan tandas serta memberi kerjasama yang tinggi semasa perhimpunan sekolah dijalankan.

Melalui temuramah saya dengan pihak pengurusan, saya mendapati pihak pengurusan memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani serta sosial para pelajar. Menurut Guru Besar sekolah, pihak sekolah sentiasa memberi keutamaaan di dalam bidang kokorikulum dan kurikulum. Menurut beliau lagi, pihak sekolah tersebut sentiasa melaksanakan pendidikan yang berterusan untuk melahirkan insan yang sempurna dan berketrampilan berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan. Selain daripada itu, beliau sentiasa memastikan semua pelajar melibatkan diri dalam segala aktiviti anjuran pihak sekolah. Dalam bidang kurikulum aktiviti yang diberikan keutamaan oleh pihak sekolah adalah seperti program KIA 2M yang memberi penekanan dalam kemahiran 3M. Selain

daripada itu, aktiviti seperti PROTIM dan Pemulihan Khas dijalankan bertujuan untuk meningkatkan prestasi intelek pelajar-pelajar pemulihan. Dalam bidang jasmani pula, tumpuan lebih diberikan kepada permainan kriket. Projek kriket telah dijalankan untuk melahirkan bakat-bakat baru. Pencapaian setakat ini yang telah dicapai oleh pasukan kriket sekolah tersebut ialah Pencapaian Peringkat Daerah kuala selangor-kriket Bawah 10 Tahun Lelaki-Johan (2009).

Selain itu, usaha seperti Program Prestasi Kurikulum telah dijalankan mulai tahun 2006. Tumpuan lebih diberikan kepada tahap 2 dalam aspek pengukuhan dan pengayaan manakala untuk tahap 1 tumpuan lebih diberikan kepada pemulihan khas untuk mengukuhkan kemahiran 3M. Saya juga telah mendapat tahu bahawa pihak sekolah tersebut telah mengadakan pelbagai jenis Program untuk menjayakan Program Induk Pembangunan Pendidikan serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita. Antara programnya ialah seperti Program KIA 2M, Program Pemulihan Khas, PROTIM, Kelas Skim Bantuan Tusyen, Program Mentoo-Mentee, Program Bacaan Pagi dan sebagainya.

Untuk memperkembangkan aspek rohani, sosial serta emosi pelajar, pihak pengurusan telah mengambil langkah seperti mengadakan aktiviti-aktiviti agama serta ceramah-ceramah agama. Untuk meningkatkan emosi seseorang pelajar, pihak sekolah sentiasa mengadakan ceramah-ceramah yang berkaitan dengan emosi serta cara untuk mengawal emosi seseorang pelajar. Ini merupakan satu langkah yang baik yang diamalkan oleh pihak pengurusan sekolah tersebut. Guru Penolong Kanan kokorikulum serta ketua Panitia juga memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan segala aspek dalam diri pelajar.

Melalui temuramah dengan Guru Penolong Kanan Kokorikulum, saya mendapati aktiviti kokorikulum memang diberi keutamaan yang tinggi kepada pelajarpelajar sekolah tersebut. Selain daripada aktiviti sukan, aktiviti seperti unit beruniform serta persatuan juga diberi keutamaan. Salah satu langkah yang diambil ialah

mewajibkan pelajar daripada Darjah 4,5, dan 6 memasuki aktiviti kokorikulum. Ini merupakan cara yang baik yang diamalkan oleh pihak sekolah tersebut untuk memastikan pelajar sentiasa aktif dan dapat membantu pelajar tersebut

memperkembangkan aspek jasmani, rohani, sosial dan intelek. Melalui pemerhatian saya sepanjang minggu tersebut, saya mendapati kemudahan sukan tidak begitu memuaskan kerana sekolah itu merupakan sebuah Sekolah Bantuan Kerajaan.

Pihak pengurusan sekolah juga sentiasa memastikan iklim sekolah berada dalam keadaan yang baik. Aspek-aspek seperti kebersihan bilik darjah, kantin, tandas dan kawasan sekolah diberi keutamaan yang tinggi. Pihak sekolah telah menyediakan beberapa orang pekerja untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan yang bersih serta sentiasa ceria. Melalui pemerhatian saya, keadaan tandas adalah cukup baik dan lengkap dengan kemudahan yang diperlukan. Para pelajar juag sentiasa prihatin dalam penggunaan tandas di sekolah tersebut. Aspek keselamatan juga diberi keutamaan. Pihak skolah telah melantik seorang pengawal sekolah. Pengawal sekolah tersebut bertanggungjawab dalam memastikan sekolah sentriasa berada dalam keadaan yang selamat. Kemudahan-kemudahan di sekolah masih boleh dikatakan kurang.

Kemudahan seperti dewan sekolah tiada di sekolah tersebut. Namun ini tidak diambil sebagai satu beban kepada pihak pengurusan sekolah tersebut. Kemudahankemudahan sekolah yang sedia ada memang cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan cermat. Ruang pembelajaran yang disediakan untuk menjalankan proses P&P juga cukup baik. Ruang untuk bergerak mencukupi, peredaran udara segar dan menyenangkan, suasana yang tenang dan kondusif. Kemudahan seperti padang sekolah disediakan untuk membina perkembangan fizikal para pelajar.

Daripada aspek keceriaan, sekolah dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan serta bungaan yang menampakkan sekolah tersebut sentiasa ceria dan mewujudkan susana yang sesuai untuk pembelajaran. Mural-mural sekolah juga dilukis dilukis di sekeliling kawasan sekolah. Kata-kata semangat juga dilukis di sekeliling kawasan sekolah untuk memberi semangat dan dorongan kepada pelajar. Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga dilekatkan di ruang pejabat serta intipati Pelan Induk Pembangunan Pendidikan juga dilekatkan.Ini FPK serta menunjukkan PIPP sebagai pihak sekolah tersebut sentiasa

menggunakan

panduan

dalam

pentadbiran

sekolah.Kemudahan yang pertama ialah padang sekolah. Padang sekolah merupakan kemudahan yang utama untuk perkembangan fizikal murid. SJK(T) Ladang Bukit Cheraka mempunyai 1 buah padang sendiri. Dengan adanya padang ini , guru boleh membawa murid mereka ke sana untuk mata pelajaran pendidikan jasmani. Fizikal murid boleh dikembangkan, apabila murid main dan melakukan aktiviti senaman atau

bermain di padang. Senaman adalah satu aktiviti yang baik untuk kesihatan murid. Selain itu, padang sekolah juga digunakan untuk mengadakan aktiviti sukan. Pertandingan sukan mengembangkan disiplin kendiri murid. Semua aktiviti aktiviti padang akan membantu murid untuk perkembangan fizikal. Apabila murid sentiasa aktif semasa pendidikan jasmani, mereka tidak mudah untuk jangkiti sebarang penyakit. Oleh sebab itu, semua sekolah harus mempunyai padang tersendiri untuk kebaikkan murid sekolah.Melalui pemerhatian yang dijalankan, aspek seperti hormat-menghormati di antara pihak sekolah, ibu bapa, para pelajar adalah amat baik. Para pelajar juga sentiasa menepati peraturan sekolah.Di dalam minggu saya menjalankan Pengalaman Berasaskan sekolah, semasa perhimpunan sekolah dijalankan, guru bertugas telah memberi sedikit ucapan yang berkaitan dengan rasa tanggungjawab pelajar tehadap diri, anggota sekolah dan lain. Melalui temuramah bersama pentadbiran sekolah, saya mendapati bahawa ibu bapa telah bekerjasama bersama anggota sekolah dalam menjayakan setiap program yang dijalankan di sekolah. Selain daripada itu, pihak ibu bapa juga sentiasa memberikan bantuan dari segi kewangan semasa menjalankan aktiviti sekolah. Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pihak sekolah hendaklah merancang objektif serta aktiviti aktiviti kurikulum yang boleh membina perkembangan kognitif murid. Pihak sekolah juga harus mengambil kira kebolehan dan minat murid dalam setiap aktiviti kurikulum yang diadakan disesebuah sekolah. SJK(T) Ladang Bukit Cheraka telah merancang beberapa aktiviti kurikulum untuk sepanjang tahun bagi membina perkembangan kognitif pelajar berdasarkan kepada kebolehan individu.

Akrtiviti mingguan mata pelajaran adalah aktiviti kurikulum yang diadakan setiap hari Isnin hingga Khamis untuk sepanjang tahun. Aktiviti kurikulum ini diadakan kepada semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 5. Tahun 6 tidak dilibatkan dalam aktiviti ini kerana mereka diberi tumpuan yang lebih dalam pengajaran dibilik darjah bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Setiap hari isnin adalah Info Sainsa, Matematik pada hari selasa, 30 Minutes English pada hari Rabu dan Bahasa Melayu pada hari Khamis. Aktiviti ini diadakan di tapak yang luas terdapat di sekolah tersebut. Semua pelajar akan duduk dalam kumpulan bercampur dengan semua tahun

di atas tapak tersebut. Aktiviti ini bermula pada pukul 7.45 hingga 8.15 iaitu 30minit setiap hari sebelum memulakan pembelajaran di bilik darjah. Aktiviti ini dikendalikan oleh ketua panitia matapelajaran tersebut. Dalam aktiviti ini semua murid didedahkan kepada kaedah pengajaran yang berbeza. Guru akan memberi penerangan yang lebih mendalam dan sentiasa mengaktifkan murid yang tidak dapat menguasai Sesuatu mata pelajaran. Ini dapat membina perkembangan kognitif pelajar.

Aktiviti kurikulum yang seterusnya ialah aktiviti bulanan mata pelajaran. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah pelancaran bulan rekacipta, pelancaran bulan bahasa melayu, pelancaran bulan PSS dan pelancaran bulan metematik. Ini juga dapat membina kognitif pelajar berdasarkan kepada kebolahan individu. Dalam semua pelancaran bulan ini, murid harus membuat sesuatu projek atau buku skrap. Untuk pelancaran bulan rekacipta murid boleh membina apasahaja projek untuk menunjukkan bakat dan minat mereka. Aktiviti ini menggalakkan perkembangan kritis, analitis dan kreatif murid. Bagi aktiviti membuat buku skrap, murid akan diberikan tajuk mengikut program tersebut. Ini adalah satu aktiviti indivu. Dengan adanya aktiviti ini, ia dapat membina perkembangan kognitif pelajar mengikut kepada kebolehan individu.

Aktiviti kurikulum yang terdapat disekolah tersebut adalah mengemaskinikan sudut mata pelajaran dengan info terkini tentang mata pelajaran berkaitan. Aktiviti ini dibuat oleh semua guru mata pelajaran untuk sepanjang tahun. Di sekolah SJK(T) Ladang Bukit Cheraka terdapat sudut bacaan mata pelajaran disetiap hujung tangga atau berhampiran dengan tangga. Aktiviti ini dapat membina perkembangan kognitif pelajar kerana mereka akan membaca dan mengingat setiap maklumat yang terdapat di sudut tersebut pada setiap kali mereka menaik atau menurun tangga. Guru mata pelajaran juga akan sentiasa memastikan sudut bacaan tersebut diisi dengan info yang terkini yang berkaitan dengan mata pelajaran. Maklumat maklumat ini dan strategi pengajaran yang berlainan ini juga dapat membina perkembangan kognitif pelajar mengikut kepada kebolehan individu murid itu sendiri.

Terdapat juga aktiviti Projek nilam di SJK(T) Ladang Bukit Cheraka. Ini juga salah satu aktiviti kurikulum untuk membina perkembangan kognitif murid mengikut kebolehan individu tersebut. Aktiviti ini digalakkan untuk semua pelajar dan ia dikendalikan oleh guru penyeleras Nilam dan semua guru kelas. Penyelaras akan menyediakan buku buku yang dimasukkan ke dalam bakul untuk diedarkan ke kelas kelas. Murid harus melaksanakan aktiviti membaca di dalam kelas semasa ketiadaan guru. Projek nilam ini diadakan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahas Inggeris. Aktiviti ini menggalakkan murid untuk banyak membaca dan menulis ulasanya dalam buku nilam. Mereka membuat ulasan tersebut dengan kebolehan individu masing masing. Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap murid harus melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh. Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam ( Badan Beruniform ), satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.Untuk menghasratkan matlamat Kementerian Pendidikan SJK(T) Ladang Bukit Cheraka juga mengadakan aktiviti kokurikulum di sekolah mereka. Pihak sekolah telah mengadakan aktiviti kokurikulum ini kepada murid tahap 2 sahaja. Sekolah ini mengadakan hari kokurikulum pada setiap petang hari Rabu. Terdapat banyak unit sukan dan permainan di sekolah ini. Antara sukan dan permainan yang ditawarkan disekolah ini ialah Bola sepak, Bola jaring, Olahraga, Bola Baling, kriket dan Serentak seirama. Terdapat carta organisasi untuk semua permainan ini. Sekolah ini mengadakan pertandingan antara semua pelajar Tahun 3, 4, 5, dan 6 dalam setiap permainan. Pertandingan ini dapat memberi pengetahuan kepada murid murid tentang ilmu anotomi, iaitu berkenaan sistem otot dan pembinaan otot yang kuat. Ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan pelajaran mengenai biologi tetapi murid juga akan dapat memahami konsep latihan dalam sukan dan menggunakan pengetahuan yang ada dalam latihan itu. Pertandingan seperti bola jaring, bola sepak, dan kriket

yang dapat menimbulkan semangat berpasukan, persefahaman, bekerjasama, ketabahan, ketangkasan, berdisiplin, ketahanan diri dan ketepatan membuat keputusan. Ia juga memberi peluang kepada murid murid memperkukuhkan dan memperkayakan pendidikan jasmani, nilai agama dan moral, sivik dan lain lain. Dengan adanya pertandingan seperti ini, murid boleh memperkembangkan bakat mereka dalam sukan dan permainan.

Sekolah ini juga mempuyai banyak unit beruniform. Antara unit beruniform yang ditawarkan di sekolah ini ialah Pengangkap dan persatuan bulan sabit merah. Semua unit beruniform ini mempunyai ahli daripada murid Tahun 4,5 dan 6. Sekolah ini telah mengadakan Perkhemahan Bersepadu Peringkat Sekolah dan juga mengadakan pertandingan senamrobik dan pertandingan Buku Log bagi semua unit beruniform. Aktiviti perkhemahan membaca dapat peta memberi (kajian peluang tempatan), kepada di murid menggunakan dapat memberi

pengetahuan

samping

pengetahuan dan pengalaman kepada murid tentang cara hidup berdikari, semangat kembara, berani dan berikhtiar. Perkhemahan juga menenangkan fikiran dan menteramkan jiwa setelah sekian lama di bilik darjah. Berpeluang berdikari di mana segala aktiviti dilakukan oleh ahli ahli sendiri tanpa bantuan ibu bapa atau saudara. Menerusi akitiviti ini murid dapat menonjolkan pengalaman baru dan bakat terpendam melalui aktiviti aktiviti sosial seperti nyanyian dan tarian.

Pertandingan kawat kaki juga diadakan di sekolah tersebut. Aktiviti ini dapat mengujudkan disiplin dalam pasukan, semangat berkerjasama, menurut perintah serta melatih kepimpinan. Aktiviti pertolongan cemas juga diajar dalam setiap unit beruniform di sekolah tersebut. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid mencuba pengetahuan atau pengalaman tentang cara cara membari rawatan kecemasan serta menggunakan pengetahuan yang dipelajari dalam mata pelajaran sains. Aspek aspek yang didedahkan dalam aktiviti pertolongan cemas adalah jenis jenis kecederaan, bentuk rawatan, peralatan yang digunakan dan perkara perkara yang bersangkutan.

Kelab dan Persatuan Akademik juga terdapat di sekolah ini. Antara kelab dan persatuan akademik yang ditawarkan ialah Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Matematik dan Sains, Persatuan Bahasa Tamil, Kelab Kebudayaan, dan Kelab Taekwando. Pihak sekolah telah mengadakan pertandingan membina slaid MS powerpoint antara pasukan akademik, pertandingan kuiz dan pertandingan pemeran rekacipta di antara pasukan akademik. Aktiviti aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid murid menambah pengetahuan dalam mata pelajaran yang berkaitan. Pertandingan rekacipta dapat memberi peluang kepada murid murid menggunakan pengetahuan mereka dalam matematik , dan sains di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran hidup.

Semua aktiviti kokurikulum yang diadakan di SJK(T) Ladang Bukit Cheraka dapat memberi peluang kepada murid melatih diri sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat serta membina semangat untuk menghayati perpaduan.

Anda mungkin juga menyukai