Anda di halaman 1dari 24

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat
Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi


sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
1.0 PENGENALAN
Untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada usaha dan rancangan dalam
memajukan bidang pendidikan, maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal.
Salah satu perkara yang ditekankan oleh kerajaan dalam membangunkan pendidikan
ialah Pembangunan Modal Insan. Ini adalah kerana kerajaan memerlukan kepakaran hasil
daripada sistem pendidikan untuk membawa negara ke arah negara maju menjelang
tahun 2020. Bagi menjana pembangunan modal insan yang seimbang, dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek, sangat diberikan penekanan seperti mana yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah menjadi pengetahuan umum pada tahun
1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita sejak sekian
lama. Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan hasil
daripada nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan
membawa impikasi-implikasi kepada sistem pendidikan. (Mohd Fathi Bin Adnan,
Rohana Bt Hamzah & Amirmudin Bin Udin: Jurnal Implikasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

Dalam

Pendidikan

Teknik

Dan

Vokasional

Di

Malaysia).

Menurut pengkaji, implikasi yang dapat dilihat daripada kemunculan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan adalah implikasi terhadap kurikulum, implikasi terhadap guru

dan implikasi terhadap institusi. Implikasi terhadap kurikulum adalah seperti perubahan
pendidikan sekolah adalah selaras dengan cita-cita dengan tujuan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu perubahan sukatan pelajaran, penyerapan nilai-nilai murni dalam
semua mata pelajaran, orientasi pendidikan ke arah umum dan alam pekerjaan dan
latihan yang sesuai bagi melahir pelajar berkemahiran dalam bidang masing-masing.
Implikasi terhadap guru adalah seperti menjadikan perubahan strategi dan teknik
pengajaran yang bersesuaian bagi melahirkan insan berilmu, berketerampilan dan
berakhlak mulia. Guru yang berjaya memahami kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan akan dapat memartabatkan pendidikan sekolah masing-masing ke arah lebih
tinggi dan berdaya saing.
Implikasi terhadap Institusi pula adalah perubahan organisasi sekolah ke arah
mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan
cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti perubahan dari segi kemudahankemudahan bagi mengembang potensi pelajar secara menyeluruh dan aktiviti-aktiviti
sekolah

yang

lebih

memupuk

nilai-nilai

murni

dalam

jiwa

pelajar.

Seiring dengan kajian seperti ini para guru, pelajar dan ibu bapa harus memahami hasrat
kerajaan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini akan membawa kepada ke arah
pencapaian matlamat kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi dan intelek pelajar. Usaha ini juga perlu seiring dengan hasrat kerajaan
untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi tujuan kemajuan negara
pada masa akan datang.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka
sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan paling hadapan
dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan
membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga
kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan tersebut selaras, iaitu untuk
1

melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan
menjadi seorang warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling
penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. FPK melihat individu dalam
beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk
pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan iaitu bermula dengan keluarga,
masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga
dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti. Berikut merupakan perincian yang dihuraikan oleh pengkaji mengenai FPK.
a) Pendidikan Suatu Usaha Berterusan
Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai-nilai
murni serta mendapatkan kemahiran. Proses ini berjalan secara berterusan dalam diri
individu sejak lahir lagi. Pendidikan asas kanak-kanak bermula dari rumah dan dari
rumah jugalah sahsiah mereka mula terbentuk dan berterusan. (Kamarudin Hj Husin &
Kamarul Azhar, 1994)
Pendidikan adalah satu bentuk pencarian erti kehidupan yang sentiasa berterusan. Boleh
kita pecahkan pendidikan kepada dua iaitu Pendidikan Tidak Formal dan Pedidikan
Formal. Pendidikan tidak fomal bermula di rumah. Ini bermaksud seseorang kanak-kanak
dari bayi sehingga memasuki alam persekolahan telah mempelajari pelbagai pelajaran
melalui pengalaman dan pemerhatian mereka di persekitaran dalam dan luar rumah.
Pendidikan ini tidak mempunyai sukatan pelajaran dan lebih banyak mengunakan
psikomotor. Jelasnya disini ialah kanak-kanak telah cuba jaya dalam sesuatu pelajaran
yang telah dilakukan olehnya. Sebagai contoh, belajar berjalan, makan, bercakap dan
lain-lain lagi.

Sistem pendidikan formal pula adalah satu pendidikan yang mempunyai sukatan
pelajaran, kelas atau sekolah, mempunyai ujian dan peperiksaan serta lain-lain lagi.
Kebiasaannya pendidikan ini bermula seawal usia lima hingga tujuh belas tahun. Hal ini
boleh kita lihat dari Tadika sehingga Tingkatan Lima nanti. Pembelajaran yang
dinyatakan dalam FPK sebenarnya bukan berhenti di sekolah malahan ianya berterusan
sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya sepanjang hayat. Terdapat
banyak program-program yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mewujudkan budaya
belajar sepanjang hayat. Antaranya ialah mengalakan golongan guru untuk belajar ke
peringkat yang tertinggi bagi memberi peluang kepada golongan ini belajar lagi. Program
ini telah memberikan kesedaran kepada guru supaya mereka bukan setakat mempuyai
diploma atau ijazah sahaja, malah mereka digalakan untuk belajar ke peringkat yang
paling tinggi.

b) Memperkembangkan Potensi Individu


Setiap individu memiliki keupayaan dan bakat yang tersendiri. Keupayaan dan bakat itu
pula dapat diperkembangkan menerusi aktiviti sosial. Namun begitu tidak semua
kebolehan itu dapat dilihat dengan jelas kerana pendedahan untuk memperkembang dan
mempertingkatkanya agak terhad. Oleh itu pendidikan memainkan peranan penting
dalam memperkembangkan potensi individu dan ia perlu diracangkan terlebih dahulu dan
dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh. ( Ee Ah Meng, 1988).
Di sekolah, terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang telah diwujudkan bagi memberi
keseimbangan dalam akedemik dan aktiviti luar. Kokurikulum ini biasanya dilaksanakan
selepas proses pembelajaran. Penglibatan pelajar boleh kita perhatikan dalam kegiatan
sukan, kelab, persatuan dan pakaian seragam. Dalam aktiviti ini pelajar akan melakukan
sesuatu aktiviti secara berkumpulan. Ada di kalangan mereka yang mempunyai bakat
dalam menjadi pemimpin. Daripada mereka juga akan membentuk satu kumpulan yang
menjadi pengikut kepada ketua mereka. Kesannya, ia akan mendedahkan pelajar tersebut
supaya

dapat

menampilkan

diri

mereka

yang

sebenar

suatu

hari

nanti.

Daripada kegiatan ini juga, seseorang pelajar akan dapat mengembangkan diri mereka
dalam pelbagai bidang. Contohnya sukan, berpantun, bersajak, berlakon, menyanyi,
menari, mereka cipta sesuatu benda baru dan lain-lain lagi kebolehan yang dapat
3

ditunjukan oleh pelajar dalam kegiatan luar. Bakat-bakat ini jika sesebuah sekolah
mengunakan kelebihan pelajar ini sudah semestinya ia akan meningkatkan nama
sesebuah sekolah. Kita ambil contoh sebuah sekolah yang berunsurkan kesenian iaitu
Sekolah Seni Kuching. Di sekolah ini, aktiviti berbetuk kesenian sangat dititikberatkan.
Pelajar-pelajar belajar seperti biasa pada sebelah pagi. Di sebelah petang pula, pelajar
akan dibahagikan beberapa aktiviti yang telah mereka pilih mengikut minat mereka.
Antaranya mereka akan masuk kelas teater, kelas tarian masyarakat, kelas muzik
tradisonal, kelas syair dan puisi, kelas pantun dan lain-lain lagi. Semasa kegiatan ini
dijalankan, mereka akan diasah mengikut kebolehan mereka dengan bimbingan beberapa
guru nanti. Guru akan menjadi petunjuk dalam mencari dan memperkembangkan bakat
pelajar ini (Omardin Ashaari, 1998). Kesannya, pelajar tadi akan menjadi semakin mahir
dalam minat yang telah mereka pilih tadi. Ini akan memberikan satu impak yang sangat
berguna kepada pelajar di sekolah ini apabila mereka tamat persekolahan nanti.
c) Menyeluruh Dan Bersepadu
Potensi-potensi yang ada pada individu harus dikembangkan secara bersepadu dan tidak
boleh dipisahkan antara satu sama lain. Sebagai contohnya potensi dari sudut intelek
tidak boleh dipisahkan dengan potensi kerohanian. Pelajar yang bijak adalah tidak
seimbang tanpa ada norma-norma kemanusiaan seperti kasih sayang sesama manusia dan
menghormati orang lain. Begitu juga dengan potensi lain iaitu potensi rohani dan jasmani
dalam satu-satu aktiviti tidak boleh dipisahkan dengan kemahiran bersosial semasa
bermain secara berpasukan seperti sifat-sifat kerjasama dalam permainan. Semua potensi
ini seharusnya berkembang secara menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar
yang sempurna.
Usaha hendaklah dijalankan untuk menghubungkaitkan perkembangan semua potensi
untuk memenuhi keperluan jasmani, intelek, rohani dan sosial. Antara usaha yang boleh
dilakukan adalah selain memberikan pendidikan keduniaan seperti ilmu akademik dan
jasmani untuk mengembangkan semua potensi secara bersepadu adalah dengan
menerapkan kepercayaan kepada tuhan. Ini akan melahirkan pelajar yang bersahsiah
tinggi selain berilmu. Oleh itu, semua potensi hendaklah dikembangkan melalui
berbagai-bagai aktiviti kehidupan manusia yang berlandaskan nilai-nilai murni dan juga
norma-norma masyarakat yang baik seperti aktiviti ceramah agama dan gotong-royong
selain proses pembelajar dan pengajaran dalam kelas.
4

Oleh itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan kurikulum yang
sesuai bagi mencapai hasrat ini. Antaranya adalah mewujudkan bidang mata pelajaran
seperti matematik dan bahasa untuk tujuan komunikasi, bidang Pendidikan Agama Islam,
moral, geografi dan sains untuk mengenali manusia dan alam sekeliling serta pencipta
kita. Bidang Muzik, pendidikan Jasmani dan kesihatan, kokurukulum dan bidang
kemahiran-kemahiran manipulatif untuk memperkembangkan potensi individu secara
bersepadu.
d) Insan Yang Seimbang Dan Harmonis
Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia mencukupi iaitu
pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan bersepadu.
Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani dalam diri
manusia adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Keadaan ini akan membawa hubungan
baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar dan manusia dengan
Maha Pencipta.
Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengatahuan,
berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang sihat, tubuh badan yang sihat dan
cergas serta mampu bekerjasama dengan orang lain dan mempunyai keyakinan yang
teguh kepada Tuhan. Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan harmonis memiliki
kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran. Dalam alam pekerjaan
mereka mampu melaksanakan tugas dengan amanah dan baik. Mereka juga begitu teguh
dalam menjalani kehidupan seharian iaitu segala masalah dan cabaran yang dihadapi
dapat di atasi secara profesional dan rasional.
Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pendidikan sempurna di sekolah dan rumah. Di
sekolah telah disediakan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak. Hasrat ini tidak
akan tercapai jika anak-anak tidak ke sekolah. Oleh itu ibu bapa dan guru harus
bekerjasama bagi memastikan pendidikan ini sampai kepada golongan pelajar untuk
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

e) Keseimbangan Dari Aspek JERI


5

Pendidikan di Malaysia suatu usaha berterusan ke arah melahirkan insan atau individu
yang seimbang dari aspek Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani atau lebih dikenali sebagai
JERI. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Keseimbangan dalam aspek JERI boleh dicapai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Unsur Jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan angota-angota
tubuh badan dengan cekap dan sihat. Walaupun merujuk tubuh badan, kesihatannya
bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, ia juga perlu penjagaan
emosi. Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Oleh itu
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan subjek-subjek yang berkaitan
dalam sistem pendidikan negara. Contohnya subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta aktiviti dalam Kelab dan Persatuan
seperti Kelab Kebudayaan yang melibatkan gerakan dan kemahiran. Dengan unsur
jasmani pelajar seharusnya dapat memperkembangkan bakat dan kemahiran teknikal,
memanipulatif dan bersosial. Jasmani yang sihat secara dasarnya bermaksud memiliki
tubuh badan yang sihat. Dengan tubuh badan yang sihat pelajar tentu sekali dapat
menyumbang tenaga dengan baik dan berkesan.
Dengan melahirkan insan atau individu yang sihat sahaja tidak cukup dalam sistem
pendidikan negara. Ia juga perlu melahirkan insan atau individu yang stabil emosi. Unsur
emosi ini diselit bagi menjamin perasaan yang sihat dan matang serta memiliki kasih
sayang untuk mencintai perpaduan serta keamanan dan perasaan positif yang lain yang
dapat menjamin kestabilan individu yang membawa kepada keatabilan negara.
Contohnya, seseorang yang sihat tubuh badan tetapi bila menghadapi cabaran cepat
panas baran, putus asa atau pun bunuh diri. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada emosi
yang stabil. Emosi merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi pelajar yang
mempunyai masalah emosi guru kaunseling bertanggungjawab untuk memberi nasihat
dan panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat diselesaikan dengan baik.
Contohnya, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga ditubuhkan di setiap
sekolah di mana ahlinya dipilih di kalangan pelajar-pelajar untuk membantu pelajarpelajar yang mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli PRS ini diberi
pendedahan yang khas untuk membantu rakan-rakan mereka. Satu buku panduan yang
6

mencadangkan cara-cara menangani masalah emosi harus diterbitkan dan diberi secara
percuma kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah agar ianya dapat
dijadikan panduan oleh mereka apabila mempunyai konflik emosi kerana sesetengah
pelajar malu untuk meluahkan konflik emosi mereka. Penjagaan emosi adalah penting
kerana masalah emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal.
Seimbang daripada aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, emosi yang stabil juga tidak
cukup untuk melahirkan insan yang seimbang, jika tidak ada unsur rohani dalam diri.
Rohani adalah merujuk kepada pembentukan dan pembinaan watak dan kejatidirian
manusia. Sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang sesuai dengan
agama, adat dan sosio-budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara.
Unsur rohani ini diselitkan agar setiap individu percaya kepada Tuhan, sentiasa
bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan serta berakhlak mulia dan berpegang teguh
kepada amalan-amalan yang baik. Jika rohani kosong atau penerapan nilai-nilai moral
tidak ada maka kita tidak dapat melahirkan keperibadian yang mulia. Oleh itu kerajaan
telah memantapkan matapelajaran agama Islam di sekolah kebangsaan dengan
memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF). Bagi pelajar yang
bukan Islam pendidikan moral sudah cukup tetapi amali haruslah diutamakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran agar ianya dapat dipraktikan di luar.
Sihat, emosi stabil dan bermoral juga tidak dapat melahirkan insan yang seimbang tanpa
intelek. Intelek bermaksud daya kemampuan berfikir dan memahami (menganalisis dan
sebagainya). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan yang seimbang
dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai
kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup
bermasyarakat dan cergas. Intelek merupakan unsur yang sangat diperlukan.
Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi
rakyat Malaysia intelek diukur di atas kertas ujian. Kebanyakan rakyat Malaysia
menganggap bahawa intelek merupakan lembing kejayaan individu. Perkara ini harus
dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan
dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu
bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah
kejayaan merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk
7

hidup dan berdikari. Contohnya, apalah guna cemerlang didalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan berfikiran
rasional untuk membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa hadapan. Guruguru harus mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang diajar supaya
murid yang lahir akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat keputusan
yang bernas dan bijak serta tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan. Guru boleh
memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan keyakinan pelajar dengan memberi
mereka peluang untuk bercakap di khalayak ramai.

f) Kepercayaan Kepada Tuhan


Kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam
pembentukan identiti negara Malaysia. Pihak kerajaan telah membentuk rukun negara
dengan meletakkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan pada tempat yang pertama. Ini
menunjukkan betapa pentingnya prinsip ini kepada pembentukan sesebuah negara
Malaysia yang harmoni di mana masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai
agama, kaum, budaya, bahasa, dan sebagainya. Dengan adanya kepercayaan kepada
Tuhan oleh masyarakat di negara kita, ini akan mewujudkan satu masyarakat yang
seimbang. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), perkara yang sangat
dititikberatkan adalah berkaitan dengan soal keagamaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan.
Kepercayaan kepada Tuhan adalah elemen yang ketujuh dalam Pembentukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dimana kalau kita lihat kepentingannya, semua pelajar Islam
diwajibkan mengambil mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan
awam. Sementara itu, pelajar bukan Islam hendaklah diberikan pelajaran Pendidikan
Moral. Kewajipan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelajar-pelajar dapat
mengamalkan konsep kepercayaan kepada Tuhan kerana mereka telah diajar perkara
tersebut di dalam kelas.
Dalam melihat kepada kerelevan kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan pelajarpelajar di negara kita berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pengkaji bersetuju
dan berpendapat bahawa ianya begitu relevan dan sesuai mengikut peredaran zaman dan
masa. Hal ini kalau kita lihat secara rasionalnya, individu-individu pelajar telah
mengakui tentang wujudnya Pencipta. Pelajar-pelajar telah mengamalkan kepercayaan
8

keagamaan masing-masing seperti dalam agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan
sebagainya. Mereka mengakui bahawa manusia dan alam semesta dijadikan oleh
Pencipta yang disebut sebagai Tuhan. Malah mereka juga mengetahui hukum dan
fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta. Pelajar-pelajar juga
boleh berfikir dan menyedari bahawa manusia dijadikan adalah untuk memakmurkan
alam dan bertanggungjawab di atas perbuatan yang dilakukan seperti percaya adanya
syurga dan neraka, dosa dan pahala, hukuman dan tindakan dan lain-lain.
Malah, pelajar-pelajar berusaha untuk meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan di mana
mereka akan hadir ke tempat-tempat beribadat mengikut kepercayaan dan amalan agama
masing-masing. Bagi mengukuhkan amalan, mereka berusaha mencari ilmu dan
mengamalkan ajaran agama. Sebagai contoh, pendidikan tentang agama bermula dari
sekolah rendah dan ramai pelajar memasuki sekolah aliran agama bagi mendapatkan ilmu
pengetahuan agama, mengamalkannya dan menyampaikan ilmu tersebut kepada orang
lain.
Secara realiti dunia pada hari ini, peredaran zaman telah mengubah pelbagai aspek dalam
kehidupan manusia di dunia ini. Tidak terkecuali dalam aspek pendidikan dan sahsiah
pelajar. Di sini kita melihat konteks di negara kita, pegangan agama dalam kalangan
pelajar sejak akhir-akhirnya ini amat membimbangkan. Ramai pelajar pada peringkat
rendah mahupun atasan kurang memahami dan menghayati isi kandungan apa yang
diajar kepada mereka berkaitan aspek keagamaan. Ramai pelajar tidak tahu membaca alquran dan tidak menjawab soalan Pendidikan Islam dan moral dalam peperiksaan.
Pelajar-pelajar yang berjaya dan lulus dalam peperiksaan Pendidikan Islam dan moral
hanyalah sekadar untuk memenuhi syarat mereka untuk memasuki institusi pengajian
tinggi ataupun untuk mencari pekerjaan apabila tamat persekolahan nanti. Kita juga amat
sedih kerana kurangnya dari segi pengamalan keagamaan pelajar-pelajar dan
mempraktikkannya dalam kehidupan harian semasa ilmu-ilmu pengetahuan agama yang
diajar oleh guru-guru di sekolah. Pelajar-pelajar lebih suka pergi ke tempat-tempat lain
seperti pusat beli belah, melepak dijalanan, ke taman-taman rekreasi, tempat perkelahan
dan sebagainya. Mereka jarang untuk pergi ke tempat-tempat beribadat dan ada sekalipun
hanya apabila perlu sahaja. Keadaan ini boleh menimbulkan gejala-gejala yang tidak
9

sihat dalam kalangan pelajar yang akhirnya mereka boleh terjebak ke lembah maksiat
dan meninggalkan amalan keagamaan seperti kepercayaan kepada tuhan.
Dunia teknologi maklumat dan globalisasi pada hari ini menyebabkan penyebaran
budaya dan anasir-anasir jahat yang bertentangan dengan agama dan norma masyarakat.
Proses

globalisasi

yang

tiada

sempadan

memudahkan

pihak

yang

tidak

bertanggungjawab menyebarkan dakyah negatif kepada remaja kita. Contohnya, amalan


Black Metal, Punk, Skin Head, seks bebas, perkahwinan sejenis dan sebagainya. Perkaraperkara ini bukan sahaja telah disebarkan kepada remaja dan pelajar-pelajar, malah ada
yang telah mengikut dan mengamalkannya. Hal ini amat membimbangkan semua pihak.
Oleh itu, usaha dan langkah-langkah perlu diambil agar gejala ini tidak meresap ke dalam
jiwa remaja dan pelajar-pelajar. Kepercayaan kepada tuhan yang terdapat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan perlu ditekannya kepada pelajar-pelajar agar masalah seperti ini
dapat diatasi.

g) Berilmu Pengetahuan
Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang ditekankan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen ini menyarankan rakyat yang
memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya
untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar
membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan
serta menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri
dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam. Selain itu, dalam
pembentukan FPK, ianya juga menekankan penyebaran ilmu pengetahuan dan
memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain.
Secara realiti dalam konteks hari ini, wujud segelintir pelajar-pelajar baik peringkat
rendah mahupun menengah tidak tahu membaca. Hal ini amat membimbangkan para
pendidik kerana zaman moden kalau difikirkan kita memang tidak wujud golongan
pelajar yang tidak pandai membaca. Ini boleh membantutkan perancangan negara dalam
memcapai negara maju pada tahun 2020. Ramai pelajar hanya belajar sehingga peringkat
ijazah dan berhenti setakat itu sahaja demi mencari pekerjaan yang bersesuaian. Situasi
ini berlaku disebabkan terlalu ramai graduan universiti yang menganggur dan tidak
10

mendapat pekerjaan yang sesuai. Bagi pandangan graduan, tidak guna belajar pada
peringkat yang seterusnya sedangkan tiada peluang pekerjaan diwujudkan bersesuaian
dengan bidang-bidang yang diambil semasa di univerisiti.
Selain itu, rakyat Malaysia kurang membaca buku-buku ilmiah berbanding buku-buku
berbentuk hiburan seperti majalah mangga, komik kartun dan sebagainya. Ini juga amat
merisaukan semua pihak. Untuk mencapai hasrat kerajaan dalam FPK, ilmu pengetahuan
yang mendalam perlu ada dalam diri masyarakat. Rakyat Malaysia lebih mengetahui
situasi dan perkembangan isu di negara luar berbanding dalam negara sendiri. Ini juga
merisau pihak kerajaan dalam merealisasikan apa yang terkandung dalam FPK.

h) Rakyat Malaysia Yang Berketerampilan


Keterampilan membawa maksud bagaimana seseorang dapat berhubung dengan insan
yang lain (Ee Ah Meng, 1990). Ia juga meliputi beberapa aspek seperti pemikiran ,
kepercayaan dan perasaan. Di sini hasrat yang ingin dicapai ialah melahirkan rakyat
Malaysia yang mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam menjalankan sesuatu tugas
atau amanah.
Melahirkan individu yang berketerampilan ini penting bagi memastikan keseimbangan
pendidikan dari segi rohani, jasmani dan intelek. Antara ciri-ciri individu
berketerampilan yang ingin dilahirkan ialah yang berilmu pengetahuan. Ilmu
pengetahuan sememangnya kunci bagi kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi.
Dalam situasi perkembangan dunia hari dimana perkembangan teknologi adalah begitu
pesat, ilmu pengetahuan sememangnya amat mudah didapati. Hasrat melahirkan individu
yang

berpengetahuan

harus

disertai

dengan

mempunyai

kemahiran

apabila

mempraktikkan ilmu pengetahuan tersebut.


Selain itu, mereka juga harus memiliki kelayakan yang wajar bagi menjalankan sesuatu
tugas. Mempunyai kelayakan membolehkan individu mempunyai keyakinan bagi
menjalankan sesuatu tugas. Apabila mahir serta berkelayakan, maka individu mampu
melaksanakan tugas dengan cekap, tangkas dan sempurna. Dengan ini juga individu
tersebut mampu memberi dan menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada orang lain yang
memerlukan.
Dalam pendidikan, kompenan-kompenan yang harus di ambil kira ialah penampilan
11

secara fizikal dimana seseorang pelajar harus memainkan peranan dalam penampilan
mereka. Sebagai contoh, pakaian pelajar perlu kemas dan mengikut kod etika pakaian
serta harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Seterusnya, ketrampilan juga
melihat elemen bagaimana pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan juga orang
lain. Ia berkaitan dengan aspek positif atau negatif pemikiran seseorang itu terhadap diri
mereka dan orang lain. Akhirnya ia memberi penekanan yang tinggi terhadap perasaan
harga diri dan keyakinan diri.

i) Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia


Sehubungan dengan itu, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga ingin
melahirkan masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia. Masyarakat berakhlak mulia di
sini bermaksud masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersopan santun,
berbudi bahasa, jujur, amanah, berintergriti dan sebagainya. Unsur ini merupakan perkara
utama yang dituntut agar rakyat Malaysia mampu untuk berfikir, bertindak dan menilai
mana satu yang baik dan mana satu yangg buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam
menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang
dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak
mulia. Kesemua nilai-nilai murni ini sangat penting dan perlu diterapkan kepada rakyat
Malaysia sejak dari peringkat sekolah lagi supaya ia sebati di dalam jiwa rakyat
Malaysia.

j) Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab


Selain daripada itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menitikberatkan unsur dan
nilai kebertanggungjawaban di dalam diri setiap rakyat Malaysia. Bertanggungjawab
yang dimaksudkan disini bukanlah bererti bertanggungjawab ke atas tugasan pekerjaan
sahaja malahan ianya meliputi pelbagai aspek tanggungjawab seperti tanggungjawab
terhadap agama dan keluarga, tanggungjawab terhadap perlembagaan undang-undang,
tanggungjawab terhadap keamanan sejagat dan sebagainya. Oleh sebab itu, nilai ini telah
dipupuk dan disemai kepada rakyat Malaysia sejak berada di bangku sekolah lagi.
Dengan mengetahui tugas dan tanggungjawab ini diharapkan agar rakyat Malaysia
mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara yang
12

berwibawa, disegani dan dihormati disamping memelihara perpaduan kaum untuk


menjamin keamanan negara diteruskan.

k) Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri


Seterusnya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang mampu dan berkeupayaan untuk menikmati kesejahteraan diri.
Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri di sini bermaksud seseorang individu yang
berupaya menangani apa-apa sahaja masalah di dalam hidupnya sebagai contoh. Mereka
juga mampu untuk berfikir secara waras apabila menghadapi sebarang situasi seperti
menilai kesan dan akibat baik dan buruk sesuatu pertimbangan. Di samping itu juga,
keseimbangan mencapai kesejahteraan hidup ini juga meliputi keupayaan seseorang
individu untuk mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin
perhubungan yang baik dengan orang lain.

STRATEGI

MEREALISASIKAN

FPK

Dalam membicarakan strategi merealisasikan FPK, sememangnya memerlukan usaha


dari dua pihak iaitu di pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri dan di pihak guru di
sekolah. Gabungan daripada kedua-dua belah pihak ini akan dapat merealisasikan FPK
ini.
4.1)

Peranan

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

Dalam membincangkan strategi merealisasikan FPK, KPM menggunakan pendekatan


strategik untuk merealisasikan FPK seperti yang termaktub di dalam buku Dasar
Pembangunan Pendidikan Kebangsaan. Strategi yang dilakukan oleh KPM merangkumi
tiga bidang iaitu pembangunan insan, pembangunan sumber manusia dan penyelidikan
dan

pembangunan.

Dalam strategi pembangunan insan, matlamat utamanya adalah membangunkan dan


mengembangkan potensi yang ada pada diri inidividu secara menyeluruh dan bersepadu.
13

Strategi pembangunan insan ini, mempunyai beberapa perkara yang ditekankan.


Antaranya ialah penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubah suai kandungan
sukatan pelajaran mengikut keperluan semasa, penyediaan sistem penyampaian yang
berkesan dengan memperkenalkan sistem teknologi maklumat (ICT) yang serba moden.
Selain daripada itu, penekanan juga diberikan kepada pendidikan agama dan moral
dengan penerangan nilai-nilai agama dan moral dalam semua peringkat persekolahan dan
dalam semua mata pelajaran. Begitu juga dengan peluang pendidikan ditingkatkan
melalui pelbagai bidang dan pendekatan altenatif. Sebagai contohnya wujudnya
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), wujudnya Open University (OUM), kursus-kursus
professional, Pendidikan komputer dan sebagainya. Selain daripada itu, penekanan
diberikan juga dalam meningkatkan semangat patriotisme melalui penerapan dalam
semua subjek mata pelajaran di samping penerapan melalui aktiviti kokurikulum dan
aktiviti khidmat masyarakat seperti yang ada dalam subjek Pendidikan Sivik dan
Kenegaraan.
4.2)

Pembangunan

Sumber

Pendidikan

Dalam pembangunan sumber pendidikan ini, matlamat KPM melalui strategi ini adalah
untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Dalam strategi ini, terdapat beberapa
perkara yang ditekankan. Antaranya ialah, dalam penyediaan input pendidikan yang
mencukupi, lengkap dan terkini dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru,
prasarana yang lengkap serta program sokongan dari semasa ke semasa dan mengikut
keperluan

semasa.

Selain daripada itu, penekanan juga diberikan dalam pelaksanaan program pendidikan
mengikut perancangan dengan memastikan matlamat pendidikan dan rancangan
Malaysia tentang keperluan terhadap guna tenaga mahir dapat dicapai dan diperolehi. Di
samping itu, KPM juga menekankan tentang meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta
persekitaran pembelajaran yang kondusif. Contohnya kemudahan untuk mengakses
maklumat melalui internet, keadaan bilik darjah yang elok dan selesa, lengkap dengan
kemudahan
4.3)

asas
Penyelidikan

dan
dan

sebagainya.
Pembangunan
14

Dalam strategi ini, tujuan KPM menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan
adalah bertujuan mengemas kini ilmu, membaiki serta mempertingkatkan sistem
pendidikan kebangsaan di masa akan datang. Oleh yang demikian, KPM memberi
tumpuan kepada perkara-perkara seperti penyediaan tenaga pengajar untuk membuat
penyelidikan dengan mengajar dan memberi latihan kepada para guru dan pegawai
pendidikan untuk mempertingkatkan kemahiran dengan menjalankan penyelidikan dalam
pendidikan. Selain daripada itu, mencari dana atau sumber kewangan untuk membiayai
projek penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan serta merangka dasar
pendidikan untuk menggalakkan para guru untuk membuat penyelidikan khasnya dalam
bidang

penyelidikan.

4.4)

Peranan

Guru

Secara tuntasnya, guru sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam
merealisasikan matlamat FPK melalui strategi yang dirangka oleh KPM. Ini sejajar
dengan matlamat FPK serta misi KPM iaitu membangunkan sistem pendidikan bertaraf
dunia serta menjadi pusat kecemerlangan ilmu di rantau atau pelusuk dunia. Justeru itu,
usaha guru dalam merealisasikan strategi KPM adalah ditumpukan kepada beberapa
penekanan. Antaranya penekanannya ialah pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang
dapat mengembangkan potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
secara

menyeluruh

dan

bersepadu.

Selain daripada itu, pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelengaraan


prasarana atau infrastruktur yang lebih efektif dan efisyen supaya kemudahan pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan licin dan optimum serta dalam keadaan yang
baik dan selamat. Seterusnya ialah mengadakan perhubungan yang erat antara pihak guru
dengan masyarakat iaitu dengan mewujudkan perkongsian pintar di antara warga sekolah
dengan masyarakat supaya dapat melahirkan semangat kerjasama untuk membantu
membangunkan

sekolah

dari

segi

kewangan

ataupun

tenaga.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN
15

Sesungguhnya peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan. Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid
memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat
setiap murid untuk terus mencari ilmu dan seterusnya memberi sumbangan kepada
khazanah
Untuk

ilmu

merealisasikan

hasrat

yang
Falsafah

sedia

Pendidikan

ada.

Kebangsaan,

aspek-aspek

kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid
perlu

diberi

perhatian

a)

dan

diaktifkan

secara

Aspek

menyeluruh.
Kepemimpinan

Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin sekolah
iaitu pengetua atau guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi
pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan
berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan
falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang
berlandaskan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah,
aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan
perhatian

yang

sewajarnya

supaya

hasrat

FPK

dapat

direalisasikan.

Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju


utama di sekolah-sekolah. Perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam
aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan,
tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa,
dan perancangan. Peranan pengetua dan guru besar merupakan antara faktor utama yang
akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Pengetua dan guru
besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang.
Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020,
fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar.
16

Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader


yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk
melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah
berperanan sebagai transformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan.
Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang
perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia.
Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah
pengawasannya

untuk

menjadi

lebih

berkesan.

Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar
mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi
juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar
merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu
perubahan.
Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak
kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal
pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan
kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau
budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan
perbezaan
b)

dalam

pencapaian
Aspek

akademik

murid
Budaya

(Rutter

et

al,1979).
Sekolah

Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah, kadang
kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Iklim sekolah yang terbuka
menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan
guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja
dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil,
dedikasi,

gembira

dan

sempurna.

Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan
iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid
17

lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih
spontan

dan

berkreativiti

serta

lebih

tinggi

motivasinya.

Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek
fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.
Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah,
keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap,
keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan
sekolah.
Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan
keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan
mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan.
Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti
semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah.
Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program
akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca
dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan
daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau
bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara
utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa
secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk
meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan,
perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan
penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua Bahasa Inggeris juga perlu diberi
perhatian sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
melahirkan

modal

insan

yang

mampu

berdaya

saing

di

peringkat

global.

Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan bertujuan
menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari
aspek

jasmani,

emosi,

rohani

dan

intelek.
18

c)

Aspek

Ko-kurikulum

Aspek ketiga pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, sekolah juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan
gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak
pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan
aktiviti-aktiviti kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan
pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di
sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak
kerja

yang

dijalankan

adalah

terancang.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat


kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan murid.
Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai
perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan
rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui
kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri sendiri.
Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam
mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Begitu juga masyarakat
yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid.
Ini disebabkan alam masyarakat di luar sekolah sebenarnya amat kaya dengan ilmu
pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh
dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform,
persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak sekolah perlu memastikan semua murid
melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai
sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan.
Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat
penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspek pembelajaran, dan aspek sosialisasi.
Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap akan
dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan murid; memupuk
nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini, memajukan kemahiran, minat dan bakat
murid,

meningkatkan

disiplin

dan

kepemimpinan

diri,

mengukuhkan

dan
19

memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran, menjadi asas kerjaya pada masa akan
datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan menyeronokkan.
Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan
mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan muridmurid. Selain itu, perhubungan antara guru dengan murid juga dapat diwujudkan.
Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan
membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan
serta

mempunyai

rasa

dan

tanggungjawab

berkhidmat

untuk

masyarakat.

Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan kokurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu,
membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu
disiplin para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak
sekolah juga harus memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai
pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran
masing-masing.
d)

Aspek

Guru

Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi
murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani,

emosi

dan

jasmani.

Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga
bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus,
fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang
yang

mendatangkan

pembaharuan.

Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi


murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya
ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran
berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran
20

itu.
Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai cara
seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role
playing),

mengadakan

simulasi

dan

sebagainya.

Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah
bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua,
langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya
murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang
menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkahlangkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu
rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan dan alatalat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik
akan

membawa

faedah

yang

besar

kepada

murid-murid.

Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru
seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk
membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataanperkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya
padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan
dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong
murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna.
Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu
mengajar

lain.

Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti


sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan
menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah
objektif

pengajaran

dan

pembelajaran

telah

tercapai.

Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan
bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan
menentukan

jatuh

bangun

bangsa

dan

negara

di

masa

hadapan.
21

e)

Aspek

disiplin

Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama
bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi.
Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang
perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan
Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.

Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk
disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka
terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga
sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar
sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran

di

sekolah.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah
jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik
beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah
bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah
yang

terdapat

masalah

disiplin.

Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas
daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku
pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula
sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan
kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang
mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini.
Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan
dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai
kebajikan

masyarakat

atau

pihak

polis.

Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah
tersebut seperti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur,
22

keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi, murid-murid


menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin, keselamatan murid-murid dapat dijamin
kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan sekolah, kemalangan yang
berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan, segala tugasan dapat disiapkan
dalam

tempoh

masa

yang

lebih

singkat

dan

sebagainya.

Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran


sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan
diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang
menekankan usaha pembentukan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

KESIMPULAN
Kesimpulannya ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bergantung kepada aspek-aspek kepemimpinan,
budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan
modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

atau

tidak.

Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana
dan membina modal insan yang berkualiti. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan
sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan,

berakhlak

mulia

bertanggungjawab

dan

keupayaan

mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran


masyarakat dan negar

23

Anda mungkin juga menyukai