Anda di halaman 1dari 8

I

A K TIVIT 4
P U L A N 4
KUM
AHLI KUMPULAN

NOR AISHA NOR AZIMA MAISARAH FIRDAUS


Soalan 1

Huraikan FPK dan FPG dalam


falsafah pendidikan di Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut Falsafah
Pendidikan Negara (FPN). Ia merupakan dasar kepada pendidikan di
Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di
Malaysia mestilah selaras dengan falsafah ini. Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Selain itu, bagi Falsafah Pendidikan Guru pula merujuk kepada, “Guru yang
pekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.”Justeru itu, dalam FPG Model Konseptual
pendidikan guru adalah dirangka berlandaskan dasar Falsafah Pendidikan Guru
dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah 3
dimensi utama iaitu ketuhanan, kendiri dan masyarakat. Antara elemen penting
dalam FPG ialah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara, menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, memelihara sebuah masyarakat yang
bersatu padu, memelihara sebuah masyarakat yang demokratik, memelihara
sebuah masyarakat yang progresif serta memelihara sebuah masyarakat yang
berdisiplin.
Soalan 2

Huraikan implikasi FPK dan FPG


terhadap sistem pendidikan di Malaysia
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru amat penting
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Matlamat yang terkandung dalam
kedua-dua falsafah tersebut memberikan impak besar kepada sistem
pendidikan Malaysia. Antara implikasi FPK dan FPG terhadap Sistem
Pendidikan di Malaysia ialah melalui perkembangan potensi individu. Hal ini
kerana setiap individu terlahir dengan potensi yang berbeza yang memerlukan
peranan seorang guru untuk menjadi mentor yang bijak bagi menggilap
potensi yang ada. Implikasi perkembangan potensi sama ada dalam aspek
jasmani, rohani, emosi dan intelek akan menjadikan pendidikan sebagai
medium untuk mencungkil bakat mereka. Perkara ini bukanlah mudah
sebaliknya perlu dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan bersungguh-
sungguh. Setiap peranan guru tersebut mampu melahirkan individu yang
seimbang dari semua aspek sehingga menjadi seorang yang berkemahiran
untuk membangunkan negara kita serta mampu bersaing di peringkat global.
Seterusnya, implikasi FPK dan FPG juga mampu melahirkan masyarakat yang
berpengetahuan..
Hal ini kerana rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan dapat dijana melalui
usaha seperti memupuk budaya membaca. Dengan bantuan dari guru yang
cemerlang, pengetahuan yang belum pernah ada juga dapat diketahui apabila
masyarakat mempunyai minda yang luas dan terbuka. Selain itu, masyarakat
yang beketerampilan juga dapat dilahirkan. hal ini kerana melalui FPK dan
FPG daya keyakian yang tinggi, kecekapan dan kompetensi diri dapat dipupuk
dengan sehabis baik. kesannya, mereka mampu menjalankan tugas dengan
sempurna serta mempunyai personaliti yang baik. mereka juga akan
berpandangan jauh dalam semua perkara yang dilakukan dan tidak pernah
mempersoalkannya.

Anda mungkin juga menyukai