Anda di halaman 1dari 4

FORUM 1

Berdasarkan Teori Tugas Perkembangan Havighurst, pilih satu tugas perkembangan mengikut
umur murid anda. Bincangkannya dalam 200 patah perkataan.
Anda juga dikehendaki memberi respon kepada jawapan salah seorang rakan dalam 50
patah perkataan.

Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya.


Menurut beliau, pada setiap peringkat pekembangan, manusia mempunyai tugas khas yang
perlu dicapai. Saya memilih ”Peringkat Awal Remaja” iaitu antara umur 12 hingga 18 tahun
untuk dibincangkan disini.

Pada peringkat ini, remaja ini telah mencapai peringkat akil baligh dan menyedari
terdapat perubahan pada bentuk tubuh badan mereka, sama ada perubahan secara fizikal
atau emosi. Perubahan ini menyebabkan berlakunya proses bagi remaja tersebut untuk
membuat keputusan bagaimana untuk menerima perubahan tersebut. Terdapat penerimaan
yang berbeza bergantung kepada remaja itu sendiri. Contohnya, penerimaan positif akan
menimbulkan rasa bangga dan menaikkan keyakinan diri manakala penerimaan negatif akan
menimbulkan konflik dalaman serta menjejaskan keyakinan diri remaja tersebut. Selain itu,
pada peringkat ini juga, remaja akan mengalami ketidakstabilan emosi yang mendorong
kepada sikap mudah merajuk, melenting, memberontak dan sebagainya. Sikap ingin
perhatian dan suka bersaing pula dapat digunakan secara positif dan akan memberikan
implikasi yang baik terhadap remaja itu sendiri. Pada peringkat ini juga, remaja mula
berinteraksi dalam penyesuaian sosial, dimana remaja akan cenderung untuk membentuk
hubungan yang matang dikalangan rakan sebaya. Remaja mula tertarik kepada individu yang
berlainan jantina yang dilihat mempunyai kelebihan serta menyerlah dikalangan rakan
sebaya untuk dijalinkan hubungan. Hubungan yang dijalinkan ini kadangkala bersifat
sementara dan ada juga diantaranya bersifat kekal dan dibawa kepada peringkat
perkembangan umur yang seterusnya.

Kesimpulannya, pada peringkat ini persahabatan yang lebih matang dibina dengan
rakan-rakan yang dipercayai. Mereka ingin mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa
dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, ibu bapa dan guru haruslah memberi lebih
perhatian supaya mereka tidak terlalu bebas tanpa pengawasan.
FORUM 2

Bincangkan kekuatan dan kelemahan teori Arnold Gessell serta sumbangan kepada Psikologi
Pendidikan.

Diantara kekuatan yang dapat dilihat dalam Teori Arnold Gesell ialah perkembangan
manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Teori ini menyatakan bahawa perkembangan
individu mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan, urutan atau pola tertentu. Selain
daripada itu, mengikut teori perkembangan ini, setiap individu menghadapi perkembangan
yang berbeza dimana sebahagian individu akan menghadapi perkembangan yang lebih awal
atau lambat dan bergantung kepada individu tersebut. Selain daripada itu, Teori Arnold
Gesell juga berfokus kepada penyelidikan kajian ekstensif beberapa orang kanak-kanak.
Kajian tentang teori perkembangan ini juga menyatakan faktor genetik adalah faktor utama
yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dimana perbezaan kecerdasan dan emosi
di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar serta dikaitkan dengan
kecerdasan dan emosi dari genetik ibu bapa. Teori ini juga menyatakan kematangan fizikal
juga akan mempengaruhi kelancaran kanak-kanak terhadap pembelajaran dimana kanak-
kanak diberi peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak boleh dipaksa melakukan
sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.

Namun begitu diiantara kelemahan yang dapat dilihat ialah kematangan kanak-kanak
masih berbeza dengan dewasa kerana faktor perkembangan kognitif. Kematangan kanak
masih memerlukan bimbingan ibu bapa yang sewajarnya bagi mengelak konflik mental dan
emosi berbanding fizikal yang boleh dikesan permasalahanya. Selain dari itu, teori ini juga
tidak mempertimbangkan faktor persekitaran seperti didikan, budaya yang turut
memberikan kesan berbeza didalam perkembangan kanak-kanak. Teori ini juga dilihat tidak
mengambil kira aspek emosi kanak-kanak itu didalam perkembanganya dan ini akan
menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan emosi didalam diri mereka.

Walaubagaimanapun, Teori Arnold Geselle tetap terbukti telah memberikan


sumbangan kepada Psikologi Pendidikan. Teori perkembangan ini sangat berguna bagi guru
dalam menganalis perkembangan tingkahlaku kanak-kanak. Ini dapat dilihat dengan
pengunaan peringkat pekembangan kanak-kanak dalam teori ini telah dapat membantu
sistem pendidikan awal kanak-kanak serta membangunkan standard kurikulum terutamanya
dalam aspek fizikal dan sosiomotor. Teori ini juga dapat membantu guru dalam menyediakan
aktiviti – aktiviti yang sesuai dan mengoptimunkan perkembangan kanak – kanak sesuai
dengan pekembangan mereka.
FORUM 3

Nyatakan implikasi berdasarkan kandungan unit 2.

Didalam unit 2 yang bertajuk Perkembangan Fizikal, Sosial dan Emosi ini
merumuskan bahawa pertumbuhan manusia merujuk kepada perubahan ficikal yang dapat
dilihat debgan mata kasar. Unit ini juga menyatakan proses perkembangan manusia itu
berlaku sepanjang hayat. Selain itu, topik in juga menyatakan pertumbuhan dan
perkembangan manusia itu dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitarannya.

Unit ini dapat membantu guru untuk lebih memahami perkembangan seseorang
kanak. Hal ini berlaku kerana setiap peringkat kanak-kanak mempunyai fikiran, emosi,
jasmani, perkembangan dan sebagainya adalah berbeza. Oleh itu, seorang guru mestilah
memahami apa kemahuan dan aktiviti yang perlu dilaksanakan pada usia tertentu.
Contohnya, guru tidak boleh mengarahkan pelajar tahun satu untuk bermain bola tampar
kerana dari segi psikomotor mereka adalah tidak sesuai dan akan memberi kesan kepada
otot mereka. Oleh itu, kita mestilah menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mereka seperti
menyuruh mereka melambung bola baling bersaiz kecil.

Selain daripada itu, unit ini juga membolehkan guru memahami mengapa pelajar
bertingkah laku sedemikian. Setiap tingkah laku yang telah dilaksanakan oleh kanak - kanak
mesti mempunyai tujuan atau sebabnya. Contohnya, murid yang nakal dalam kelas
bertujuan menarik perhatian daripada guru dan sebagai tanggungjawab guru mestilah
memikirkan cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah mereka.

Di samping itu, unit ini juga membolehkan guru bagi membantu pelajar memahami
diri mereka sendiri. Dimana selepas belajar tentang teori perkembangan kanak-kanak, ia
juga akan menolong guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dan
merumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang
ditetapkan. Contohnya, semasa guru mengajar sesuatu topik, guru mestilah mengajar asas
baru kepada topik yang lebih mendalam dan pelbagai cara perlu disediakan kepada pelajar
yang berbeza keperluanya.

Seterusnya, dalam unit ini guru juga boleh mengimplikasikan teori-teori ini untuk
meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yang tidak disenangi pelajar pada peringkat umur
tertentu, merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku dan
memotivasikan pelajar, merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap
perkembangan pelajar. Sebagai contoh, guru perlu menyediakan latihan yang mencabar
kepada kelas unggul manakala soalan yang lebih membantu kepada pelajar kelas lemah. Hal
ini berlaku kerana sekiranya soalan itu terlalu senang akan menyebabkan pelajar berasa
bosan manakala terlalu sukar akan menyebabkan mereka hilang keyakinan. Oleh itu, semasa
memilih latihan atau aktiviti mestilah memikir latar belakang pelajar.

Walaubagaimanapun, sifat prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar amat


penting bagi seorang guru. Guru mestilah mempunyai kesabaran semasa mengajar pelajar
yang lemah kerana guru mungkin terpaksa memberikan penjelasan berulangkali
mengunakan pendekatan yang berbeza kepada pelajar tersebut. Oleh itu guru boleh
membuat intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar dan boleh berbincang
dengan ibu bapa tentang langkah yang perlu dilakukan untuk sama-sama mengatasi masalah
pelajar. Perbincangan ini boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai